Tuesday 22 April 2014

Perut mengeras ..angin mungkin puncanya , Shaklee Peppermint-Ginger Plus,penyelamat!

Assalamualaikum..

Seminggu ni kesihatan diri kurang best, Allah nak suruh rehat dan guna peluang rehat untuk baca banyakla tu insyaallah..baca al quran, baca buku ....

Usia kandungan sekarang dah pun 28 minggu....

Untuk setiap pregnancy saya alami keadaan yang sama...perut mulai mengeras setelah masuk 6 bulan pregnancy....

Semalam paling teruk, ingatkan nak bersalin dah...langsung tak dapat lelapkan mata, mengadu kat suami kata sakit..terus terfikir beg bersalin tak ready lagi...rasa macam awal lagi,janganlah bersalin awal....awal sangat ni...baru 28 minggu ...

dah masuk subuh pun masih sakit...suami kata mungkin angin juga...bila saya tepuk perut bahgaian atas rasanya mungkin angin juga...

pagi ni saya telan sebiji pil ginger Shaklee, terus kentut dan rasa lega perut...macam magic hilang terus ...anginla ni puncanya :)

Peppermint ginger plus memang terima kasih sangat, cepat keluarkan angin dari perut .


Saya rasa mungkin malam tadi berpunca dari angin, tapi mungkin ada faktor lain kenapa perut mengeras  mcm tu so saya cari di internet antara punca perut mengeras...

rupanya ramai lagi yang senasib macam saya :)

Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung : 

1. Bayi bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi

Cara menangani perut mengeras semasa hamil
1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan


Untuk sebarang persoalan boleh sms 
NORLIN 013-9270211


FB Amir Izzani Norlin 

Harga Peppermint-Ginger Plus ni pun murah ja. RM 45 ...tapi BEST!!!..ada 90 biji semuanya, guna bila perlu tak perlu hari hari :)

Wednesday 9 April 2014

Pemilihan sekolah Ahmad Ammar





Dah habis baca buku Ammar...saya ni jenis baca sikit hayati, baca sikit hayati....lagipun kalau nak baca terus menerus tak mungkin, hihi para ibu suri rumah fahamla kan macammana keadaan kita kat rumah ni dengan anak anak kecik ni..

Dalam banyak banyak perkongsian, yang paling saya suka adalah perkongsian dari mak Ammar ...

saya tertarik dengan kisah sekolah Ammar..

Ammar dihantar ke sekolah yang islamik selama 6 tahun di SERI ABIM AL HUDA , kemudian menyambung pengajian selama 3 tahun di SAMBEST (SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI)...so memang dia dibesarkan dalam suasana sekolah yang islamic..

tapi lepas PMR, Ammar memohon masuk ke Maktab Tentera Diraja (RMC) tanpa pengetahuan mak dan ayahnya.

---> Tidak pernah terlintas dalam pemikiran dan perancangan abah mahupun emak, untuk menghantar Ammar belajar di sana. Menurut Ammar, "Ammar mohon online, kawan yang ajak".

Yang menariknya, emak ayah Ammar ambil berat pilihan anaknya...bukan terus menolak dan nak menangkan pilihan mereka untuk memilih institusi pengajian yang islamic ...mereka sangat berfikiran terbuka ...

namun dalam buku ini diceritakan last minit Ammar pula yang tak jadi nak ke RMC ( part tu kalau nak tahu boleh baca), tapi atas nasihat dan dorongan ibunya RMC menjadi pilihan terbaik Ammar.

Antara nasihat dan pandangan mak Ammar untuk bersetuju menghantar Ammar Ke RMC adalah

" Suasana di RMC lebih realistik, kerana di situlah nanti terdapat cabaran hidup yang sebenar. Ammar akan jumpa kawan kawan dari pelbagai latarbelakang kehidupan dan tahap penghayatan agama"

walaupun ada suara suara negatif tentang RMC---> tak berapa islamic, masalah sosial, ragging , mental torture , ----> ada di kalangan sahabat mak ayah Ammar yang hairan dengan keputusan memasukkan Ammar ke RMC , dan ada juga yg memberikan respon berbaur negatif..

Namun akhirnya RMC menjadikan Ammar kuat mental fizikal, Ammar mendapat kejayaan dalam bidang akademik, kokuriulum dan latihan ketenteraan. Kehidupan 2 tahun di RMC telah berjaya membentuk peribadi yang mantap dalam diri Ammar.

---------------------------------------------------------------

Ya Allah memang sebagai ibu bapa, buntu juga nak pilih sekolah anak anak...anak saya Adam Haikal yang sulung ni baru 6 tahun, tahun depan dah nak masuk darjah 1, pening juga saya nak fikir sekolah mana yang nak dimasukkan....

Cuma dari cerita Ammar ni, saya berkenan nak wujudkan suasana yang "mix"...islamic tapi dapat bergaul dengan semua lapisan....sekolah yang biasa biasa tapi luar biasa.. Ya Allah berikanlah yang terbaik untuk anak anak ku ....

Memilih sekolah anak anak adalah sesuatu yang subjectif untuk menentukan kualiti setiap sekolah...
Mungkin kita boleh buat strategi mengikut kemampuan dan keadaan kita dan anak...serah pada Allah agar diberi yang terbaik....insyaAllah.


UNTUK DAPATKAN BUKU CERITA CINTA AHMAD AMMAR 
BOLEH HUBUNGI SAYA
NORLIN 013- 9270211
ATAU 
FB Amir Izzani Norlin

Buku ini berharga RM 23 dan kos pos RM 7

ATAU 

BOLEH DAPATKAN SET KOMBO HOT INI 
PERCUMA SEBUAH BUKU AMMAR 

BUKU BUKU DALAM SET KOMBO HOT INI SEMUANYA BUKU BUKU PARENTING TERBAIK 
BESTSELLER PEBERBIT DAN PEMBEKAL  :)


HANYA RM 153, PERCUMA BUKU AMMAR
KOS POS RM 10 

Pesakit SLE , berikhtiar dengan Shaklee.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit info tentang SLE. Terima kasih pada customer Shaklee saya yang bertanya tentang SLE, saya telah melakukan pembacaan untuk mencari info di internet, mungkin anda boleh terus membaca lebih lagi dan boleh membawa maklumat maklumat ini bertukar pendapat dengan Dr untuk dapatkan hasil yang terbaik. 

setiap pesakit SLE mempunyai gejala dan tahap kesihatan yang berbeza, oleh sebab itu sangat penting untuk anda kenali tahap kesihatan anda dahulu dari pemereksaan Dr, jika anda ada masalah buah pinggang, hati atau organ lain perlu dimaklumkan kepada si penjual supplemen supaya anda tidak tersilap ambil supplemen. Dan yang paling penting anda berbincang lah dengan beberapa orang Dr terlebih dahulu untuk tingkatkan keyakinan anda.

Pesakit Shaklee menghadapi cabaran gejala sakit itu sendiri dan juga kesan kesan treatment ubat ubatan seperti steroid dan sebagainya...semoga terus bersabar dengan ujian ini, dan kita sebagai manusia tiada pilihan lain selain dari terus bersabar dan berdoa pada Allah. Bersyukur atas apa saja kurnian Allah , pasti ada hikmahnya....kita rasa sakit, tapi mungkin ramai lagi yang lebih dasyat sakitnya dari kita :) 



ok , saya kongsikan :)



SLE ( Systemic lupus Erythematosus) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza. 


Jadi dalam produk Shaklee ada beberapa jenis produk yang tidak digalakkan diambil oleh pesakit SLE, antaranya adalah ;

RISIKO UNTUK PESAKIT SLE

ALFALFA


Alfalfa mengandungi amino acid (L-canavanine). L canavanine  ni selalu didapati dalam legumen . L canavanine dapat meningkatkan sistem immune badan dan keadaan ini akan meningkatkan lagi symptoms auto imun di badan pesakit. So sebab apa Alfalfa bahaya ? sebab L canavanine yang terkandung dalam alfalfa nilah puncanya. Walaupun alfalfa yang digunakan oleh Shaklee adalah dari bahagian daun yang sangat kurang kuantiti canavaninenya dibandingkan dengan alfalfa dari bahagian legumen atau sprout  tetapi atas dasar keperhatinan Shaklee tentang sensitiviti pesakit SLE maka Shaklee meletakkan warning di botol Alfalfa untuk pesakit SLE. 


Untuk lebih detail...saya kongsikan secara ringkas kenapa canavanine ni bahaya, mungkin anda boleh cari lagi apakah tumbuhan lain yang mengandungi canavanine sebagai langkah berjaga jaga. Antara yang dapat saya senaraikan adalah tomato, terung , kentang

L canavanine memberikan kesan negatif pada B sel atau pun dikenali sebagai B lymphocyte dalam badan manusia. B sel pula berfungsi untuk membina antibodi terhadap antigen, membentuk antigen-presenting cell dan untuk develop memory  B cells after activation by antigen interaction. 

Anda boleh baca tentang kaitan B sel dengan SLE di sini, saya tak pandai nak terjemahkan...memang detail :)
Mechanisms of B cell autoimmunity in SLE .


VITALEA
Vitalea juga mengandungi kandungi Alfalfa walaupun sedikit, tetapi sebagai langkah berjaga jaga lebih baik elak.


GARLIC COMPLEX


Garlic mengandungi allicin, ajoene dan thiosulfinates yang dapat merangsang sitem imun badan. Garlic dapat meningkatkan activiti sel darah putih , terutamanya marcophage dan lympocytes. Keadaan ini bagus kerana garlic dapat meningkatkan sistem imun badan seseorang dari jangkitan, namun malangnya  tidak untuk pesakit SLE. Ini kerana sistem imun pesakit SLE dah overactive so garlic akan memudaratkan lagi keadaan pesakit SLE.  So mengambil sebarang supplemen yang mengandungi garlic adalah tidak digalakkan. Begitu juga dengan penyedian makanan , seboleh bolenyanya cuba kurangkan bawang putih.



ESP dan CINCH SHAKE MIX


Soy product mengandungi kadar phytoestrogen yang tinggi, estrogen dipercayai dapat meningkatkan kadar risiko pesakit SLE, so lebih baik tak payah ambil produk berasaskan soya. Walaupun phytoestrogen meniru mimik estrogen sebenar dengan ikatan ynag sangat lemah , namun adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga jaga. Atau kalau nak ambil juga, perlu dalam dos yang sikit.


Disamping itu kandungan protein tinggi tidak sesuai untuk pesakit SLE yang mengalami gangguan buah pinggang.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CADANGAN PRODUK SHAKLEE UNTUK PESAKIT SLE
OSTEMATRIX
Pesakit SLE berisiko tinggi terdedah kepada Osteporasis akibat dari penyakit itu sendiri dan juga pengambilan ubat ubatan untuk meredakan SLE yang mengakibatkan pengurangan calsium dalam badan.
jadi, OSTEMATRIX (kalsium) sangatlah digalakkan untuk diambil.


Di samping itu, Ostematrix juga mengandungi vitamin D. Vitamin D sangat penting bagi pesakit SLE kerana mereka tidak boleh terdedah pada cahaya matahari, ini menyebabkan badan mereka kekurangan vitamin D. Vitamin D penting dalam membantu penyerapan calsium oleh badan. So pengambilan Ostematrix adalah paling tepat bagi pesakit SLE yang mencari supplemen tambahan.



OMEGA
Omega 3 mengandungi asid lemak yang penting untuk mengurangkan inflamasi pesakit SLE, omega juga dapat mengurangkan risiko penyakit coronary atery disease, dapat menurunkan tekanan darah pada pesakit SLE. Omega juga membantu pesakit SLE untuk lebih fokus dan mengelakkan gangguan memori yang serius akibat pengambilan ubat ubatan SLE seperti steroid.

VITAMIN C dan VITAMIN E
Pesakit SLE digalakkan mengambil antioksidan untuk mengurangkan symptom symptom SLE. Vitamin C dapat meningkatkan keupayaan badan menyerap iron dan ini penting bagi pesakit SLE yang selalu mengalami gejala anemia.

Itu sahaja secara ringkas dari saya,
Moga pesakit pesakit SLE sentiasa tabah dan kuat semangat,
setiap sakit itu adalah ujian dari Allah, hanya orang orang yang mampu sahaja diuji begitu..pasti ada nikmat dan hikmah di sebaliknya...

INSYAALLAH , shaklee dapat membantu anda mendapatkan nutrisi yang sesuai dengan kesihatan anda, ramai juga pesakit SLE yang beri feed back positif pada Shaklee...
dapatkan nasihat Dr dan ketahui tahap kesihatan anda




Untuk sebarang persoalan boleh sms 
NORLIN 013-9270211
FB Amir Izzani Norlin 

Monday 7 April 2014

Resepi workout drink khas untuk bodybuilder

Assalamuallaikum ,


Saya sangat tertarik dengan resepi work out drink ini...mungkin ramai bodybuilder di luar sana yang belum pernah mencubanya...terlalu taksub dengan Whey semata mata...atau Casein semata mata...ruginya anda tidak tahu tentang resepi MIX ini...yang ternyata lebih membantu membina otot untuk jangka panjang.



RESEPINYA TERBAIK MINUMAN WORKOUT ADALAH 

MIX WHEY , CASEIN AND SOY AT 2:1:1 RATIO

ATAU 

2 SUDU WHEY + 1 SUDU CASEIN + 1 SUDU SOYA (ESP)





Sebelum itu, jika anda ingin membaca tentang ESP sebagai sumber soya yang baik untuk membina otot silakan ke SINI








Untuk membina otot, semestinya anda menjalani latihan beban yang "tone up your muscle"...Jika anda serius untuk membina badan, anda sememangnya perlu mendaftarkan diri di mana mana gym dan melakukan latihan berkala yang konsisten....bukan hanya sekadar bercita cita, cuba dua tiga kali angkat berat dan rehat.....atau minum ESP Shaklee sebab dikatakan dapat membina otot, berangan dan berharap bangun pagi esok berketul ketul ...oh tidak mungkin !!!!

Workout drink yang kaya dengan sumber protein sangat penting dalam misi anda untuk membina otot. Mengambil workout drink selepas menjalani latihan angkat berat dapat memulihkan tisu otot yang tercedera dan menggalakkan kan lagi pertumbuhan otot badan. 

Kombinasi  WHEY CASEIN sering kita dengar , dimana WHEY dikatakan sebagai FAST DIGESTING WORKOUT PROTEIN dan CASEIN sebagai SLOW DIGESTING WORKOUT PROTEIN. 

KOMBINASI SOY + WHEY + CASEIN  adalah antara resepi baru workout drink, namun mungkin masih ramai yang belum mencubanya. Menambahkan Soy protein ke dalam WHEY dan CASEIN akan memberikan impak yang lebih besar terhadap otot anda. Soy lebih perlahan dihadamkan dari Whey , tetapi lebih cepat dari casein . Ini menjadikan proses membina tisu tisu otot yang berterusan , dan pastinya hasilnya lebih lumayan.


silakan baca artikel ini ....banyak lagi artikel saintifik lain yang boleh dibaca dan dikaji..

saya petik sikit  yer...silakan baca :)

While the whey-casein combo is a great post-workout choice, a brand-new study published in the Journal of Nutrition suggests that a combination of whey, casein, and soy proteins may be even better. While whey has a fast digestion rate and casein has a slow digestion rate, soy digests at a rate somewhere in between the two. From a timing standpoint, a casein-whey-soy blend theoretically could help your body sustain a higher level of protein synthesis for a longer period.

To test the theory, researchers from the University of Texas Medical Branch in Galveston had men consume 20 grams of whey protein or 20 grams of a whey-soy-casein combo one hour after a leg workout. Researchers found that both the whey protein and the mixed protein increased muscle protein synthesis to a similar degree. However, the mixed protein, with its differing rates of digestion, maintained a higher rate of protein synthesis for hours longer.

It could be argued that the same response would have been seen with a whey and casein combination. After all, other studies have shown the exact same result with only the dairy proteins. Keeping this in mind, my advice is to combine at least whey and casein to your post-workout shake. For best results, though, I recommend adding soy to the mix. I've been recommending a blend of whey, casein, and soy for almost a decade now.


BERMINAT UNTUK DAPATKAN ESP SEBAGAI MINUMAN TAMBAHAN WORKOUT ANDA 
SILA MSG ATAU WASSUP SAYA 

NORLIN  013-9270211
ATAU 
FB : Amir Izzani Norlin 

InsyaAllah saya akan berikan info terbaik untuk anda



Shaklee memaksa saya buat solat Dhuha....

Assalamuallaikum...

Alhamdullilah sangat setelah hampir 3 minggu saya peramkan laptop di atas katil bilik tidur, malam ini, saya dah yakin untuk duduk study Shaklee dengan laptop kesayangan sayani di atas meja study...alhamdullilah ya Allah, Kau telah ringankan sakit ku...dan kini aku ingin terus berusaha untuk jadi hambaMu yang sentiasa mengharap rahmat dan keberkatan Mu dalam setiap nafas dan usahaku..

Untuk kawan kawan yang baru  membaca blog saya, saya telah diserang sakit saraf kaki dari pinggul kiri hingga ke seluruh kaki kiri, serangan sakit saraf ni biasa terjadi pada diri saya ketika mengandung. alhamdullilah kini saya sedang mengandung anak ke 4 dan usia kandungan saya sekarang telah 6 bulan lebih.

 sebelum sebelum ini, serangan saraf agak awal dalam bulan ke 3 pregnancy saya dah mulai sakit saraf kaki, saya sangkakan kali ini saya terlepas rupa rupanya Allah menguji saya untuk merasai sakit saraf pada usia kandungan 6 bulan, alhamdullilah Ya Allah pasti ada hikmahnya....dan saya sangat hargai setiap masa sihat yang diberi kerana masa sakit sangat perit dan sungguh menguji kesabaran dan kekuatan hati saya....betullah kata orang , beramallah sebelum sakit...gunakan masa sihat sebaikknya sebelum diuji sakit....alhamdullilah :)

Malam ini saya baru saja membaca wassup dari group shaklee saya, mummy shaklee saya menghantar pesanan pada kami semua.....ingin saya kongsikan sedikit pesanan mummy shaklee saya Ainul,

Malam ini , ainul kongsikan pentingnya solat dhuha...



" Buatlah Dhuha walaupun pada awalnya sebab terpaksa, lama lama akan jadi biasa"




Terus saya ambil pen dan buat catatan pada buku Shaklee saya.....
(saya tersenyum, betullah niat saya pada mula mula nak join Shaklee kerana saya rasa Shaklee boleh menarik saya untuk dekat pada Nya, Shaklee bagaikan usrah...dan ternyata, malam ini saya sedang berusrah....alhamdullilah)

ya Allah memang seikhlas hati saya rasa berat ya allah untuk lakukan dhuha...walau telah berkali kali dinasihatkan oleh upline saya Ainul...namun malam ini saya terpanggil untuk menjiwai rasa merindui Dhuha...yaa Allah kau panjangkanlah umur ku agar esok pagi aku boleh bangun subuh dan seterusnya kau teruskanlah suburkan hati ku untuk merindui Solat Dhuha agar aku lebih merasai nikmat kemanisan Solat Dhuha itu Ya Allah.

Ainul kongsikan sedikit tips sebagai dorongan untuk kita melakukan Solat Dhuha (Tips ini adalah dari Dr Azizan)

Setkan alarm !!!!!

Setkan daily alarm  di phone kita

1. jam 7.45 am : Tulis 15 Minit to Dhuha
2. jam 8:00 am: Tulis Dhuha Time
3. jam 8.15 am : Tulis make sure dah dhuha ok !!
4. Jam 11 am: Last call for Dhuha.

Alhamdullilah saya dah setkan !!!!!

Tindakan mudah tapi saya takpernah lakukan :)
Ya Allah aku telah berusaha untuk mendekati Dhuha pada setiap pagi ku ya Allah, Kau mudahkanlah usaha ku ini Ya Allah...

Jadikanlah aku manusia, isteri, anak dan ibu yang baik ya Allah
Andai Shaklee ini boleh terus mendidik ku untuk jadi baik, kau permudahkanlah segala usaha ku..
andai Shaklee ini baik untuk iman ku Ya Allah, kau jauhkan lah rasa putus asa dan kau rapatkanlah aku dengan Shaklee agar aku boleh dipengaruhi yang baik baik untuk dekat pada Mu...

Ya Allah terlalu kerdil dan lemahnya diri ini, dekatkanlah insan insan yang boleh mendekatkan diri Ku pada Mu....Amin

Terima kasih Group Shaklee saya , terutamanya my mummy, my mentor Ainul :)


Saturday 5 April 2014

main layang layang di pantai kempadang



Dah agak lama kami tak pergi ke pantai kempadang...dekat ja dengan rumah, lebih kurang 3 km :)

Petang minggu ni suami ajak kami ke pantai..

anak anak apa lagi seronokla

haikal yousuff tak sabar nak main layang layang yang tok ayah depa beli masa kat pantai Batu Buruk...

sampai ja di pantai ....terus terbangkan layang layang..Umar je yang tak ada layang layang, kalut la dia nak berkongsi layang layang dengan abang abangnya..

hampir beberapa kali juga layang layang terlepas tali , gara gara Umar yang pegang tak kemas..berkejaran papa, dan abang abang ligan layang layang nasib baik tak terbang jauh :)

layang layang haikal dan yousuff terbang tinggi
      

Umar pun sempat main , seronok ja dia :)
Lepas main layang layang, main pasir pulak 
Depa tengah buat bukit 


Lepas tu kami bergambar :)



 Acara terakhir, mandi pantai...kalau dah sampai pantai mana boleh tak mandi anak anak ni...nasib baik saya dah ready bawak baju salin untuk mereka.....

lain kali papa kita gi lagi yer pantai...seronok anak anak :)









Reclaim your heart, buku mendidik jiwa ibu bapa.



Alhamdulillah, AKHIRNYA buku Reclaim Your Heart, Yasmin Mogahed sudah berada dengan kami setelah sudah lama kehabisan stok.


kenapa buku ini highly recommended untuk ibu bapa dan sesiapa sahaja?

=> kita tak mampu senyum gembira pada anak...di saat hati kita sesak dengan kegelisahan...

=> kita tak mampu mengawal jeritan dan tangisan anak..di saat hati kita juga menjerit dan menangis kebuntuan

=> kita tak mampu memimpin anak mencintai akhirat...di saat kita meletakkan dunia sebagai tujuan

=> kita tak mampu sabar menangani kerenah anak..di saat hati kita sendiri tidak tenang..

=> kita tak mampu berkreativiti dengan anak ..di saat kreativiti kita tersekat dengan fikiran fikiran yang menyesakkan...

=> Mulai saat ini, kita mulakan hidup yang lebih tenang..lebih dekat pada Ilahi....

=> agar kita bisa mencorakkan masa depan kita..pasangan kita..anak anak kita..dengan sesuatu yang menyegarkan..

=> Dalam Buku reclaim your heart karya Yasmin Mogahed banyak membantu persoalan di atas..

=> salah satu karya yang sedang di cari cari di pasaran antarabangsa...

dapatkannya bersama kami..


Buku ini berharga RM 81




ATAU


Anda boleh dapatkan KOMBO HOT dengan PERCUMA PERCUMA PERCUMA buku Cerita Cinta Ahmad Ammar di sini:

Semua buku ini adalah buku Best Seller samada di pasaran kami atau di pasaran penerbit.
hanya 40 set terbuka untuk semua sehingga 30 April 2014 ini.
40 set sahaja ya.
Jumlah harga semua buku di dalam KOMBO ini adalah rm 181
pada bulan ini, anda mendapat buku ini dengan harga RM 153, dan PERCUMA buku Cerita Cinta Ahmad Ammar (Harga Asal RM 23)
Harga pos: RM 9.80
Mahu lebih jimat kos pos? belilah secara beramai ramai kalau jiran, ahli keluarga atau rakan sepejabat mahu beli juga;)
Semoga lebih ramai mendapat manfaat dari segala ilmu dan rahsia kepunyaan Maha Pencipta


BERMINAT UNTUK DAPATKAN 
SET KOMBO HOT INI
BOLEH MSG SAYA 

NORLIN 013-9270211
FB Amir Izzani Norlin 
page FB : Hiyoko Islamic parenting 



Thursday 3 April 2014

Shaklee business yang best!!!


Assalamuallaikum , 


Bisnes Shaklee ni kalau buat sungguh sungguh tekun dan sabar insyaAllah hasilnya sangat mengujakan...malam ni saya ambil peluang untuk baca success story rakan rakan yang dah berjaya capai tahap tahap tertentu dalam Shaklee...

kalau kawan kawan nak baca...jom join group saya ...bawah Master Ainul Shahrazad, ada banyak cerita cerita yang dikongsikan oleh mereka yang dah berjaya dalam Shaklee....jatuh bangun, kesungguhan, kecekalan...dan mereka ada push factor yang jelas...banyak langkah , amalan dan usaha yang dikongsi....terus terang saya katakan...banyak sangat nilai nilai murni yang kita dapat ambil dari perkongsian mereka...

Alhamdullilah dengan nilai keahlian RM 65 untuk dapat ilmu sebanyak ini, berterusan pulak tu....saya syukur sangat, saya tak rugi...malah untung berganda ganda, untung duit ...untung jati diri ...untung semangat 
dan moga moga segala bimbingan mereka beri saya untung akhirat 

petik sikit ayat mummy saya 

Kalau betul2 serius, nasihat saya; REDAH JE! BUAT JE! Kalau rasa malu nak post, POST JE! kalau rasa tergagak2 nak cerita kat org ttg Shaklee, CERITA JE! kalau rasa xde org suka baca post u ttg Shaklee, lantak derang lah... u post ajer.
Ikut apa yang mentor dah ajar.. duplicate.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

JOM berbisnes Shaklee bersama saya, jangan bertangguh untuk mulakan....

p/s : saja nak share, call umi saya dan beritahu apa yang saya dapat bulan ni bonus 4 angka dengan Shaklee....terkejut umi...  saya hanya suri rumah, yang tak habis habis dengan kerja rumah dan anak anak kecil yang bijak dan aktif ....usaha , doa tawakal...lambat cepat tu semua kuasa Allah 




Berminat boleh hubungi ;
Puan Norlin
SMS 013-9270211

FB: Amir Izzani Norlin

Kepentingan Kalsium pada ibu ibu mengandung .

Kalsium sangat penting untuk ibu ibu yang sedang mengandung.

Selain untuk pembentukan tulang  dan gigi ibu,  Kalsium juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tulang rangka baby dalam kandungan ( skeleton).
tahukah anda bayi dalam kandungan anda menyerap vitamin, nutrien dan zat dari badan si ibu untuk keperluan perkembangan fizikal bayi dalam kandungan. Oleh itu sangat penting ibu mengandung mengekalkan pengambilan zat makanan yang mencukupi bagi menampung keperluan ibu dan bayi. Jika tidak, si ibu akan mengalami kekurangan zat penting dan juga boleh memberi kesan negatif pada perkembangan bayi dalam kandungan.

Oleh itu , jika ibu yang sedang mengandung mempunyai diet yang kurang kalsium adalah dicadangkan untuk mengambil supplemen calsium supaya tidak kekurangan tanpa disedari. Jangan risau untuk mengambil supplemen kerana prinsip diri mahukan yang original, kerana calsium dari supplemen juga tidak mempunyai kekurangan dari sudut zat dan tidak memberikan kesan sampingan pada badan. Apa yang lebih penting adalah anda cukup bekalan kalsium bagi menampung keperluan anda dan bayi :)

Ketika proses mengandung, badan seorang wanita dapat menyerap calsium pada jumlah yang lebih tinggi terutamanya pada 20 minggu terakhir , iaitu fasa yang paling penting dalam pembentukan dan pertumbuhan bayi. Adalah dicadangkan untuk mengambil 1200 mg kalsium setiap hari, jika dalam masa yang sama anda minum susu dan diet kalsium yang tinggi anda boleh kurangkan pengambilan supplemen kalsium kepada 500 mg sehari. Untuk produk Shaklee, Ostematrix adalah kalsium yang direka khas dalam bentuk pil yang licin dan mudah di telan, sebiji pil adalah 250 mg kalsium, jadi dalam fasa mengandung anda dicadangkan untuk mengambil 2 ke 4 biji sehari mengikut keperluan diet anda.

Kalsium bukan sahaja penting untuk pembentukan tulang ibu dan bayi dalam kandungan , Kalsium berperanan lebih lagi untuk mengelakkan "preclampsia". Preclampsia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan kehadiran protin dalam air kencing, terutamanya pada fasa three semester. Jika tidak dirawat, ia boleh mengurangkan pengaliran darah kepada fetus dan akan menyebabkan kelahiran pramatang.

Jadi buat ibu ibu yang sedang mengandung, ambil berat soal calsium intake untuk kesihatan diri sendiri dan juga bayi. Selain dari kepentingan tulang, kalsium juga mempengaruhi kesihatan saraf ketika mengandung, saraf dan tulang mempunyai kaitan rapat kerana keduanya saling dekat dan mempengaruhi.....kurang kalsium, tulang tak kuat, saraf terganggu dan kepada yang memang mempunyai masalah saraf anda akan lebih derita :( so pastikan anda mengambil supplemen Kalsium untuk mencukupkan zat kalsium anda.

Saya syorkan OSTEMATRIX



Berminat boleh hubungi ;
Puan Norlin
SMS 013-9270211
FB: Amir Izzani Norlin


Wednesday 2 April 2014

Buku parenting PROMOSI SET KOMBO HOT!- PERCUMA BUKU AMMAR !!!

Bismillahirrahmanirrahim, 







Semua buku ini adalah buku Best Seller samada di pasaran kami atau di pasaran penerbit.


Hanya 40 set terbuka untuk semua sehingga 30 April ini.

40 set sahaja ya.



Jumlah harga semua buku di dalam KOMBO ini adalah rm 181

pada bulan ini, anda mendapat buku ini dengan harga RM 153, dan PERCUMA buku Cerita Cinta Ahmad Ammar (Harga Asal RM 23)


Harga pos: RM 9.80
Mahu lebih jimat kos pos? belilah secara beramai ramai kalau jiran, ahli keluarga atau rakan sepejabat mahu beli juga;)

Semoga lebih ramai mendapat manfaat dari segala ilmu dan rahsia kepunyaan Maha Pencipta






RECLAIM YOUR HEART 

by Yasmin Mogahead
Many of us live our lives entrapped by the same repeated patterns of heartbreak and disappointment. Often, we have no idea why this happens.  Reclaim Your Heart is about freeing the heart from this slavery.  It is about the journey in and out of life’s most deceptive traps.
Reclaim Your Heart is not just a self-help book. It is a manual about the journey of the heart in and out of the ocean of this life. It is a book about how to keep your heart from sinking to the depths of that ocean, and what to do when it does. It is a book about redemption, about hope, about renewal. Every heart can heal, and each moment is created to bring us closer to that transformative return. Reclaim Your Heart is about finding that moment when everything stops and suddenly looks different. It is about finding your own awakening. And then returning to the better, truer, and freer version of yourself. Many of us live our lives, entrapped by the same repeated patterns of heartbreak and disappointment. Many of us have no idea why this happens. Reclaim Your Heart is about freeing the heart from this slavery. It is about the journey in an out of life's most deceptive traps. This book was written to awaken the heart and provide a new perspective on love, loss, happiness, and pain. Providing a manual of sorts, Reclaim Your Heart will teach readers how to live in this life without allowing life to own you. It is a manual of how to protect your most prized possession: the heart.

HOT ISLAMIC PARENTING BOOK FROM UK 
THE MUSLIM PARENT'S GUIDE TO THE EARLY YEARS





The Muslim Parent's Guide to the Early Years is an invaluable aid for parents to help bring up their pre-school age children in an Islamic setting.



It offers advice from the Qur'an and Sunnah to the busy parent about a variety of issues from how to create a child-friendly, Islamic home environment right through to how to deal with a disruptive child.

It is packed full of ideas and activities that will keep children from the ages of 0 to 5 stimulated in all areas of their physical, mental, emotional and religious development, with sample daily activity plan, themes and observation chart.

CONTENTS:

1. The Role Of Parents
2. Creating An Islamic Home
3. Creating A Child Friendly Home
4. Raising Healthy Children
5. How To Deal With A Disruptive Child
6. Intellectual Development And Play
7. Child Development
8. Planning Your Day And Activities
9. Observing Your Child

Writer:
Ummu Safiyyah Najmaddin is a mother of two. She received her Diploma in Child Care and Education (DCE) in 2003 and currently is working towards her degree in Psychology. A passionate advocate of the Islamic education of the future generation, she has extensive experience working with pre-school children both in nursery setting and private tuitions.




Cinta Di Rumah Hasan Al Banna



                                                 




Menggambarkan contoh praktikal dalam kehidupan berumah tangga orang-orang soleh. Hasan Al Banna adalah figure yang soleh sekaligus pejuang dakwah yang harum namanya di dunia Islam. Bagaimana praktik kehidupan Hasan Al Banna ? Bagaimana ia menjalin komunikasi dengan isteri dan anak-anaknya? Dapatkan jawapannya di buku ini, melalui hasil temubual dengan anak-anak Hasan Al Banna Rahimahullah
As-Syahid Hasan Al-Banna, sebagai pewaris Nabi dan ulama mujtahid penyambung tugas penyampai Risalah Islamiyah ini, telah mengamalkan semaksima mungkin bagaimana praktikal dan amalan mendidik anak-anak yang beliau telah lakukan sendiri.

Justeru keteladanan yang telah ditunjukkan dengan nyata di dalam kehidupan keluarganya, terutama dalam pendidikan iman, ilmu dan akhlak, memberikan inspirasi hebat dalam kehidupan jemaah, terutama pelapis-pelapis besar yang mewarisinya, para ulama, pemikir, da'ie dan cendikiawan dalam medan dan rangkaian dakwah, sepetutnya terus menjadi pengajaran dan iktibar berharga bagi generasi kini, ulama, pendakwah dan aktivis gerakan Islam, khasnya pendidik dan orang tua dalam menghadapi cabaran dan tribulasi mewariskan perjuangan Risalah yang mulia ini kepada generasi akan datang

Muhammad Al-Fatih 1453

Pemuda yang mengukir namanya dalam sejarah emas dunia, dengan prestasi dan pencapaian yang tidak pernah ada pada masanya ataupun sebelumnya, prestasi yang jauh melampaui zamannya.
Ini adalah kisah ketika dunia hanya mengenal dua wilayah; Barat dan Timur. Ini adalah persaingan antara dua negara: Imperium Rom dan Khalifah Islam. Ini adalah ceritera saat dunia terbahagi menjadi dua bahagian; Kristian dan Islam. Ini adalah epik antara dua kekuatan: Byzantium dan Uthmani.
Pada suatu masa ketika dunia hanya terbahagi menjadi dua bahaagian, sudah menjadi kewajaran bagi Barat untuk menakluki Timur. Namun ada seorang pemuda yang membalikkan semuanya dan menakluki sebahagian besar Barat.
Pemuda yang mengukir namanya dalam sejarah emas dunia, dengan prestasi dan pencapaian yang tidak pernah ada pada masanya ataupun sebelumnya, prestasi yang jauh melampaui zamannya.
Ini adalah satu pertempuran paling penting dalam sejarah Islam dan sejarah dunia. Pertempuran yang sangat berpengaruh kepada hubungan Kristian dan Islam serta panglima terbaik yang telah digambarkan oleh Baginda Rasulullah SAW.




PERCUMA 
CERITA CINTA AHMAD AMMAR 


BERMINAT UNTUK DAPATKAN 
SET KOMBO HOT INI
BOLEH MSG SAYA 

NORLIN 013-9270211
FB Amir Izzani Norlin 
page FB : Hiyoko Islamic parenting 

PROMOSI INI HANYA UNTUK 40 SET SAHAJA!!!







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...