Tuesday 13 May 2014

TIPS elakkan koyak perinium atau digunting(episiotomy) ketika bersalin .

Assalamuallaikum ,

lama tak menulis :)
kandungan saya kini dah 7 bulan lebih...bila dah agak sarat ni, saya mulai membaca dan usahakan persedian menghadapi proses "bersalin"...

walaupun ini merupakan kehamilan ke empat...tapi saya tetap baca dan hayati benda yang sama...hihi sebab kadang kadang kita tahu tapi buat tak kisah...so bila kita berusaha membaca dan ambil tahu, harapnya kita pun semakin ambil berat untuk hadapi saat bersalin nnati insyaAllah.

Ok saya nak kongsikan tentang petua untuk elakkan digunting atau mengurangkan koyakan ketika proses bersalin. Petua ini saya telah pun lakukan ketika bersalin anak pertama lagi, alhamdullilah hasilnya saya berjaya elakkan diri dari digunting, dan koyakan juga sangat sikit hanya 2 jahitan.
Semua tu kuasa Allah, kita usahakan saja :)....


Caranya adalah:

1. Sapukan minyak zaitun ke seluruh bahagian badan, terutamanya di kawasan perut , punggung dan dada untuk mengelakkan kulit pecah akibat kandungan yang makin membesar. Dan sapukan juga minyak zaitun di kawasan perinium ...untuk memudahkan anda supaya tidak lupa, letakkan botol minyak zaitun di bawah bantal...sebelum tidur, sapukan seluruh badan dengan minyak zaitun....insyaAllah jika botol minyak zaitun berada dekat dengan anda, anda boleh konsisten menyapunya setiap malam.

Pesan umi saya, menyapu minyak zaitun ke seluruh badan sangat penting dan besar kesannya jika kita amalkan sejak kehamilan pertama....jika kehamilan pertama kita jaga, insyaAllah untuk kehamilan berikutnya kulit kita lebih terjaga insyaAllah..... Minyak zaitun melembabkan kulit, mengelakkan kulit dari pecah dan kulit lebih elastik dan anjal.



2. Ambil supplemen atau makan makanan berkhasiat. Supplemen yang memberi kesan yang baik pada kulit sangat membantu melembapkan dan menjaga elastik kawasan perinium....

Jika minyak zaitun bertindak dari luar melembabkan kulit , supplemen tertentu mampu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit dari dalam....pengalaman saya menggunakan set kulit Shaklee, memberikan kesan kulit yang lembab dan best seluruh badan...

antara supplemen Shaklee yang boleh anda gunakan adalah ;

1) ESP - Protein Soya terbaik untuk menjaga kulit, otot dan tisu. Kulit memang rasa lembab dan otot lebih anjal.
2) Vitamin E (tapi pengambilan nya tak boleh hari hari tak sesuai untuk ibu hamil)
3) Vitamin C SR
4) B kompleks



3. Senaman kegel...senaman ini sangat penting bukan sahaja untuk mengelakkan koyakan perinium tetapi juga sangat membantu proses meneran ketika bersalin nanti insyaAllah. Senaman ini membantu menguatkan otot pelvic anda..sangat penting anda serius melakukan senaman ini pada usia kehamilan 7 bulan ke atas....otot pelvic yang kuat akan memudahkan proses meneran, insyaAllah proses meneran akan berlaku dengan tepat dan lebih mudah.

ada banyak cara kiraan masa untuk senaman kegel ini, bagi saya adalah anda contract otot yang betul..bukan otot perut tapi otot pelvic...kiraan terpulang pada anda...walaupun senaman ini nampak mudah, tetapi jika pertama kali anda melakukannya pasti anda rasa letih juga :)

petua saya, setiap jam...pastikan anda contract otot pelvic dalam kiraan 10. (setiap kiraan cuba tahan untuk 30 saat)..lepastu rest.....lama lama anda boleh gandakan setiap kiraan ke 60 saat...hasilnya  :) sangat lumayan  :) anda kena cuba dulu...

senaman ini mudah dan jika anda dah mahir, anda boleh melakukannya di mana saja dan dalam keadaan apa saja tanpa disedari sesiapa....namun walaupun mudah, jika tiada kemahuan, sia sia saja..



4. Mengetahui cara meneran yang betul dan selamat untuk mengelakkan koyakan perinium atau digunting (episiotomy).

" JANGAN ANGKAT PUNGGUNG, DAN PEGANG TERUS PERGELANGAN KAKI"

rasanya ramai ibu ibu yang dah tahu teknik ni tapi bila bersalin biasalah kita tengah sakit kadang kadang terlupa...cara untuk anda tidak lupa, pesan selalu pada suami yang insyaAllah akan temani kita dalam labour room nanti supaya selalu ingatkan kita supaya tidak angkat punggung.

saya juga pernah terdengar, bahawa setiap ibu mempunyai hak memberitahu Doktor untuk tidak melakukan episiotomy, namun jika dalam keadaan terdesak kita redha saja asalkan selamat bayi dilahirkan. Episiotomy sebenarnya bertujuan baik untuk mengelakkan koyakan yang lebih teruk (bentuk zig zag)...tetapi ada juga doktor yang mahu memudahkan proses, nampak saja kepala baby terus gunting...kasihannya si ibu tu....

so sebagai langkah berjaga jaga...pesan elok elok kat doctor

" Dr kalau boleh saya nak cuba teran habis baik dan kalau boleh elak gunting saya harap sangat"...insyaAllah kalau kita pesan macam tu sekurang kurangnya Dr akan take note.

Untuk cara meneran, saya suka kongsikan dari penulisan blog ini : 5 tips meneran ...silakan baca :)


Itu saja petua petua penting dari saya :)

Ermm mungkin ada yang berkata..alah normallah tu koyak, namapun bersalin :)

memang betul, biasalah bersalin nak keluar baby bukan mudah, koyak tu biasa...tapi andai kita dapat berusaha mengurangkan kecederaan sangatlah dapat mengurangkan kesakitan kita selepas bersalin...

: memudahkan proses menyusukan bayi andai cedera kurang
: memudahkan proses berurut
: memudahkan proses membuang
: mengurangkan trauma

Apa apa pun kita usahakan saja, tawakal pada Allah...yang penting bayi dan ibu selamat :) redha saja atas ketentuannya....sekarang masa untuk berusaha dan berdoa :)

p/s : alhamdullilah saya dah melahirkan bayi ke empat saya pada 8 julai yang lalu, dan alhamdullilah "intact" (tak luka, tak jahit), buat kawan kawan kita usahakan saja, serah pada Allah.yang penting usaha dan doa tawakal. 

Berminat untuk dapatkan set kulit untuk keanjalan Shaklee
Boleh sms saya Norlin 
013-9270211

Yes! saya dah rasai kesan set untuk kulit ni,,,memang terbaik untuk kelembapan dan keanjalan kulit insyaAllah .

4 comments:

fatimah said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

natura said...

Rasa takut sangat dan nyilu dila pikir anak pertama dulu.
Teran anak punggung dan banyak koyakan pun.
Teruk kena jahit

norlin said...

Fatemah dan azeni maaf yer saya lama tak buka blog...tulah pengorbanan seorang ibu...moga ilmu yang dikongsi boleh digunakan mana tahu kalau berjaya kurangkan risiko koyakan serius..insyaAllah semua kuasa Allah belaka...

Haidar Aqram said...

Good info sis Tq!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...