Tuesday 26 November 2013

Sumber soya terbaik untuk “bodybuilders"




Assalamuallaikum, semoga semuanya sihat selalu...




Hari ini saya ingin kongsikan info makanan tambahan terbaik khas untuk bodybuilders….sebenarnya “pak sepupu” saya yang bertanyakan tentang makanan tambahan dari Shaklee untuk built up muscle….setelah saya lakukan pembacaan dari online Bodybuilding Magazine dan sumber sumber ilmu yang yang lain saya sangat happy untuk berkongsi dengan anda semua, soy-protein terbukti secara saintifik memberi banyak kesan positif untuk membentuk otot! Ini berita baik buat bodybuilder …… J dan ini juga merupakan berita gembira untuk saya kerana Shaklee ada menyediakan protein soya terbaik. Pada tahun 1961, Dr Shaklee telah berjaya mencipta protein segera iaitu salah satu rumusan pengasingan protein soya yang pertama, dan kini Shaklee sebuah syarikat pengeluar makanan tambahan terulung telah berjaya menyediakan ESP Soy Protein Isolate Powder. Untuk kawan kawan yang belum mengenali Shaklee, Shaklee sangattttttlah detail dan cerewet tentang mutu produknya, ESP contohnya…hanya soya yang terbaik, bukan GMO (genetic modified organism), bebas dari racun kimia, ianya sangat semulajadi, dijaga pemprosesan soya untuk dapatkan hasil terbaik untuk diserap oleh system badan manusia…….semua usaha ini bukanlah mudah memerlukan kos yang tinggi, kepakaran saintific, ujikaji berterusan…. dan Shaklee telah berjaya melakukannya…So kawan kawan, bila saya katakan soya sumber terbaik untuk membina otot, anda carilah sumber soya yang tepat….ok J

Ok , sebelum saya menulis tentang kelebihan kelebihan soya sebagai sumber protein segera untuk membina otot, saya kongsikan dulu tips tips ringkas yang mungkin anda bodybuilders dah tahu….tapi mungkin tips tips ini berguna bagi kawan kawan yang baru memasang angan angan untuk membina dan membentuk badan….




  •          Anda harus makan…jangan tak makan!....

  •    Makan makanan yang kaya dengan protein seperti ayam, daging , telur,kekacang dan susu.


  •        Mulakan mengangkat berat (weight training) termasuk dumbbell, barbell, squat, push up dan lunges. Lebih berkualiti jika anda daftarkan diri di gym dan dapatkan tunjuk ajar jurulatih yang pakar, dan kelengkapan latihan yang cukup.

  •            Pastikan anda mengambil post workout drink selepas melakukan latihan.

  •       Berhati hati jangan overtrain- latihan angkat berat memadai 45 minit, 3 kali seminggu. Boleh ditambah dengan senaman bercorak kardio. Larian (sprinting/ jogging 30 minit juga boleh membantu). Overtrain berbahaya kerana boleh menyebabkan microscopic tears , otot koyak.

  •     Never never give up, untuk dapatkan bentuk muscle yang diidamkan bukanlah mengambil masa seminggu dua, anda perlukan usaha yang berterusan. Dari apa yang saya baca dari pengalaman orang, 6 bulan tu paling cepat….so don’t give up!

  •          Tidur secukupnya.





Terdapat banyak sumber protein powder di pasaran khas untuk body builder. Kebanyakkan produk mempopularkan Whey sebagai protein powder terbaik untuk membina otot, harga pasaran juga boleh tahan, mencecah ratusan ringgit…saya mencari detail tentang Whey, terkejut saya apabila ada syarikat pengeluar Whey yang menyatakan nilai BV (biology viability) produk Whey mereka adalah 150%, 168%...wow tu tinggi sangat tu!!!! Hasil pembacaan saya ingin saya kongsikan dengan kawan kawan bodybuilder terutamanya…bukanlah niat untuk memberi persepsi negative tentang whey tetapi ingin memberi info tentang pilihan sumber protein dan di sini saya menekankan kebaikkan sumber protein berasaskan soya.


Tahukah anda dari mana asal usul Whey? Whey adalah sejenis byproduct atau hasil sampingan dalam pemprosesan penghasilan keju (susu lembu ditukarkan kepada keju). Sebelum ini, Whey ini hanya dianggap sebagai sisa dan dibuang begitu sahaja, namun hasil dari kajian untuk meningkatkan nilai byproduct supaya tidak terbuang begitu sahaja, mereka telah berjaya menggunakan whey sebagai makanan tambahan protein. Whey ini kemudiannya dibeli oleh syarikat syarikat pengeluar supplemen dan mereka menwar warkan ianya sumber terbaik protein dengan nilai BV yang tinggi walhal menurut laporan dari pengeluar Whey (kilang), nilai BV whey hanyalah 92% sahaja, banyak beza percanggahan tu (tahukah anda, banyak syarikat supplemen yang tidak mempamerkan nilai sebenar produk mereka, atas keprihatinan dan kebijaksanaan andalah untuk mencari info tentangnya, so berhati hati jangan tertipu!).

Banyak juga blog blog tempatan yang yakin dengan nilai BV Whey sebagai kayu ukur nilai protein, namun hakikatnya nilai BV untuk menentukan kualiti protein adalah OUTDATED, cara terkini dan accurate untuk mengukur kuantiti dan kualiti protein untuk penyerapan badan manusia adalah PDCAAs ( Protein digestibility Corrected Amino Acid Score). Ini merupakan industry standard yang terkini. Nilai PDCAAs yang terbaik adalah menghampiri 1.0. dan result PDCAAs untuk beberapa sumber protein adalah seperti berikut:



Casein          1.0
Eggs white    1.0
Soy protein   1.0
Whey           1.0
Beef             0.99
Chickpeas     0.78
Fruits           0.76
Black bean    0.75
Vegetables    0.73
Legume        0.70
Cereal          0.59
Peanut         0.52



Dari keputusan PDCAAs untuk sumber sumber protein di atas…Casein, Eggs white, Soy protein dan Whey mempunyai nilai tertinggi iaitu 1.0. Jadi kawan kawan Whey yang anda gunakan sebagai supplemen adalah pilihan yang betul, namun adakah Whey benar benar terbaik untuk anda berusaha membina otot ????...jawapannya TIDAK…..


Tahukah anda selain protein, banyak lagi asid amino penting yang menyumbang kearah pembinaan otot….asid amino penting untuk otot adalah GLUTAMINE dan ARGININE….

Untuk makluman kawan kawan berikut adalah kandungan Glutamine dalam beberapa sumber protein

Glutamine (per 100g)

Soy             10.5 g
Milk protein   8.8 g
Whey            4.9 g

Lihatlah kawan kawan, kandungan Glutamine dalam soya adalah dua kali ganda dibandingkan dalam Whey!!!!!! Bodybuilder semua, anda patut baca dan tahu apakah kelebihan Glutamine pada badan anda, rasanya mungkin ramai yang dah tahu….saya kongsikan di sini kelebihan Glutamine:

(Maaf yer kawan kawan saya kurang pandai nak tukar English ke bm jadi ayat agak kelakarlah sikit, tapi yang penting boleh faham……)

·      Tahukah anda oleh kerana fungsi Glutamine sememangnya untuk pembinaan otot, glutamine telah digunakan di hospital hospital untuk mempercepatkan proses pemulihan kecederaan otot. Glutamine juga digunakan untuk memperbaikki keadaan otot pesakit ketika dalam tempoh “starvation”, “infection” dan “exercise trauma”
·      Pengambilan Glutamine sebagai supplemen telah menunjukkan pembinaan muscle glycogen , yang mana mempengaruhi peningkatan , muscle protein synthesis.
·      Glutamine juga menunjukkan kemampuan untuk meningkatkan isipadu sel otot melalui process hidrasi selular.
·      Pengambilan minimum Glutamine sebagai supplemen ,iaitu sebanyak 2 g  sehari menunjukkan peningkatan paras plasma growth hormone, dapat membantu pembakaran otot dari glucose ke asid lemak.
·      Kajian telah mencadangkan bodybuilder perlu mengambil 8 hingga 15 g glutamine setiap hari, pengambilan 3-5 g glutamine sebanyak 3 kali sehari telah menunjukkan kesan positif tanpa menunjukkan kehadiran dalam air kencing (maksudnya tidak berlebihan, kalau berlebihan akan dapat di kesan dalam air kencing)

Sumber; Bulus, N., Pysysiologyical Importance of Glutamine. Metabolism Vol 38, No 8, August 1989.

Parry- Billilngs, M. Effects of Changes in cell volume in the rates of Glutamine and Alanine release From Rat Skeletal muscle in vitro. Biomedical Journal, 276, 1991.


Dan ini pula kandungan Arginine dalam beberapa sumber protein;

Arginine (per 100g)
Soy             7.6 g
Beef            6.3 g
Egg             5.8 g
Cassein        3.7 g
Whey          2.9 g

Sekali lagi protein soya dapat menandingi Whey !!! hampir 3 kali ganda!!...Arginine penting untuk melawan kelesuan mental dan fizikal. Arginine juga merangsang hormone insulin dan hormon peertumbuhan. Semasa melakukan workout atau latihan angkat berat kadang kadang berlakunya “muscle trauma” yang menyebabkan otot anda tercedera dan anda perlu berehat untuk tempoh tertentu bagi memulihkannya. Di sini arginine bertindak untuk terus memperbaikki kecederaan dengan meningkatkan kadar pemulihan tisu. Arginine juga membantu detoksifikasi ammonium oleh hati, ianya juga menunjukkan keupayaan untuk menurunkan kadar LDL cholesterol dan triglyceride level dalam darah. Dalam dunia perubatan Arginine digunakan dalam perawatan angina, congestive heart failure, male infertility dan penyembuhan luka yang serius.

Di samping nilai Arginine dan Glutamine yang tinggi dalam soya berbanding Whey, protein soya mempunyai banyak lagi kelebihan lain yang dapat membantu meningkatkan kesihatan individu. Jadi mengambil ESP soy protein sebagai workout supplemen adalah lebih bijak kerana anda mendapat banyak lagi bonus kesihatan yang lain dari soy, antaranya adalah mengurangkan risiko kanser, mengelakkan osteophoresis, mengurangkan kolesterol, mengelakkan stroke dan arteri tersumbat. InsyaAllah saya akan kongsikan lebih detail tentang kebaikkan ESP untuk kesihatan badan.

So jom cuba tukar atau tambahkan ESP dalam workout drink anda!!! hasilnya lebih bagus insyaAllah :)





Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee atau ingin berkongsi pendapat tentang Shaklee boleh hubungi saya,

Puan Norlin
013-9270211
FB: Amir Izzani Norlin 
ID Shaklee : 1028243





















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...