Alhamdullilah saya mahu menulis
juga pada satu satunya blog yang tersimpan banyak kenangan untuk saya.
Alhamdullilah saya kini merupakan seorang suri rumah sepenuhmasa dan telah
hampir dua bulan belajar dan berkongsi tentang Shaklee.
Banyak yang saya belajar dari Shaklee.
Shaklee bukan sekadar pengeluar produk makanan tambahan, kesihatan dan
kecantikkan yang bersih, berkualiti, “green”, dan unggul malah Shaklee berjaya
membentuk kumpulan yang membimbing untuk menjadi insan yang lebih baik.
Mengapa saya pilih Shaklee?
Pada mulanya, saya amat letih
menjadi seorang suri rumah, Ya itulah jawapan ikhlas dari saya, saya letih
menguruskan rumah tangga, minda yang saya rasakan sempit, kosong, saya rasa
sunyi walaupun hakikatnya saya amat sibuk dengan tiga orang hero kecil yang
bijak, aktif dan cergas. Namun kadang kadang hati saya rasa kosong, saya
perlukan sesuatu agar saya tidak terlalu melayan rasa letih yang mengundang
rasa bosan, saya perlukan sesuatu yang dapat menyuntik semangat dan memberi
cabaran untuk saya, saya perlukan sesuatu yang dapat mengalihkan rasa letih dan
keluhan yang sentiasa memberi ruang untuk syaitan membisikkan yang negative,
saya mahukan sesuatu yang muhibah yang dapat memberi ruang untuk diri saya
mencipta impian dan belajar berusaha
memburunya.
Saya sering berdoa
“Ya Allah dekatkanlah aku pada
apa apa yang boleh mendekatkan aku pada Mu, dekatkanlah aku pada apa apa yang
boleh mendisplinkan diriku untuk sentiasa taat dan mencintaiMu, dekatkanlah aku
pada apa apa yang boleh memaksaku tika aku malas untuk merinduiMu”
Setelah membaca blog teman saya
Ainul yang sekarang merupakan mentor dan mummy Shaklee saya, hati saya sangat
sangat terdetik dan terpanggil pada Shaklee.
Saya tertarik kerana Shaklee
mengajak saya untuk berdoa pada sang pencipta, Shaklee mengajak saya untuk
berharap, merayu, merintih pada yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Shaklee
meniup semangat untuk saya berazam menginfakkan rezeki yang ada, Shaklee
mengingatkan saya untuk berbakti pada ibu bapa, Shaklee menanam rasa cinta pada
agama. Ya Allah ampunkanlah segala dosa dosaku kerana lalai padaMu.
Itulah yang menarik saya pada
Shaklee, Tika saya berdoa, tika jiwa saya meronta ronta untukNya, Allah
datangkan Shaklee untuk saya.
Alhamdullilah kini saya berada dalam group yang tepat, alhamdullilah
alhamdullilah alhamdullilah. Ikhlas saya katakan group Shaklee bagaikan group
usrah bagi saya..mentor saya bagaikan nakibah untuk saya, Ya Allah dekatkanlah
apa apa yang mendekatkanku pada Mu.
Buat teman teman yang mahu
dibimbing group Shaklee rahsia alam maya kami insyaAllah mampu membantu. Alhamdullilah
sekali lagi, diri yang kosong dengan ilmu bisnes ini juga semakin terisi,
semakin berani untuk berniaga, rasa malu tak yakin pada diri mulai hilang
dengan motivasi dari mentor yang tak henti, ilmu dan semangat yang ditiup oleh
mentor dan rakan rakan group sangat berharga bukan saja untuk bisnes Shaklee
semata mata malah untuk apa apa yang dilakukan dalam kehidupan. Buat yang malu
untuk berbisnes, tiada ilmu untuk memulakan, Shaklee sangat sangat membantu
anda untuk berjinak jinak dalam perniagaan, kita dibimbing berterusan dan yang
penting kita juga dibimbing untuk meningkatkan usaha dan iman juga berserah
padaNya. Moga Allah beri ruang untuk saya lebih lama bersama Shaklee ,
berkongsi ilmu, tingkatkan iman, kukuhkan ekonomi dan saling pengaruh
mempengaruhi yang baik baik untuk agama islam tercinta. Amin.
No comments:
Post a Comment