Sunday 30 November 2014

Tips : kesilapan anak .... ya ka ?

Anak suka tumpahkan air, anak suka berebut barang, anak suka tinggalkan toilet tanpa di flush, anak suka mengejek.....macam macam lagi kereneh anak anak yang sangat suci bersih jiwanya, tak ada dosa seperti kita yang dewasa ni...

anak anak yang besar sikit...kerenahnya lain pula, suka melayan gajet, tidak suka buat kerja kerja rumah, suka sepahkan bilik tidur...macam macam lagi...

Mengubah kebiasaan lama anak, memerlukan masa yang panjang bukan sehari dua untuk mengubahnya. Ini kerana anak harus diberi kesempatan yang cukup untuk berlatih dengan kebiasaan yang baru, sambil diberi bimbingan supaya anak mampu membuat matlamat untuk berlatih dengan kebiasaan yang baru.

Berikan masa untuk mereka berubah....tapi jangan pula malas dan jemu untuk mengubah perilaku buruk mereka....kerana jika mereka terus dibiarkan kekal dengan perilaku yang negatif...kelak sikap anak anak ini akan merugikan diri anak itu sendiri dan semestinya sikap itu akan terus dikongsi pada bakal keluarganya nanti....

yang tak elok janganlah diwarisi..tinggalkanlah.....

Tuesday 25 November 2014

Tips : Kurangkan peraturan di rumah

Seringkali dalam mendidik anak , ibu bapa terlalu fokus pada kesalahan yang diberikan anak. Akhirnya yang lebih banyak diterima oleh anak adalah hukuman.

Sedangkan kebaikkan yang dilakukan oleh anak tidak pula dipandang ataupun dihargai oleh ibu bapa. 

Kurangkanlah peraturan di dalam rumah...supaya tidak banyak kesalahan dan hukuman...

Semakin sedikit peraturan semakin baik...
Semakin sedikit atau semakin jarang jarang hukuman , semakin baik..

Berilah penghargaan sebanyaknya...

Buka mata hati lihat fokus yang baik..
yang kurang molek janganlah terlalu fokus sehingga anak anak rasa
"ayah ni semua yang saya buat semua salah"

Tuesday 18 November 2014

laporan sekolah Haikal

Semalam saya ke sekolah haikal...ada hari menerima laporan...
Tak ada buku laporan, cuma ibu akan diberi laporan terperinci oleh guru secara lisan...agak lama juga lebih kurang 15 minit sorang.

Saya masih ingat tahun lepas ketika haikal umur 5 tahun, 
laporan yang cikgu beri semuanya sangat bagus, kecuali mewarna....
tapi tahun ni, semuanya juga sangat bagus...dan termasuk mewarna, cikgu kata ada peningkatan...sambil berseloroh cikgu cakap "kan dapat no 1 hari tu mewarna, so memang dah nampak hasil improve haikal"..... :) alhamdullilah.

Cikgu Puspa banyak memberi semangat untuk saya untuk terus membimbing anak anak di rumah...
Untuk cuti sekolah panjang nanti , cikgu puspa sarankan untuk saya mendisplinkan masa sekurang kurangnya 1 jam masa dengan buku, samada membaca, menulis atau mengira.

kata cikgu biarkan jadi satu jam sehari tu satu tabiat...supaya dia boleh kekal sikap suka belajar. Kata cikgu puspa lagi...cikgu puspa cadangkan saya banyak beri buku cerita berbahasa english pada haikal...untuk lancarkan bacaannya.

Cikgu Puspa banyak berikan pujian....katanya haikal seorang murid yang dia kagumi...saya pula rasa nak nangis masa tu ...

cikgu puspa beritahu lagi..haikal banyak kongsikan dengan cikgu dan kawan kawan ilmu yang saya beri di rumah...
" mama saya kata......bla bla bla..."
jadi selalunya bila cikgu ajar apa apa...haikal akan beri input lebih, dan selalu dia akan beritahu sumber yang dia dapat adalah dari mamanya  :)
cikgu puspa ucapkan tahniah kepada saya juga selaku ibu dan galakkan saya terus berkongsi ilmu dengan anak anak , sebab pengaruh ibu sangat besar mengatasi ilmu yang guru berikan...

saya juga berkongsi dengan cikgu puspa yang haikal suka bercakap bahas english yang simple simple di rumah contohnya " mama look here!....mama, please help me!.....sedangkan saya dan suami memang bercakap bahasa melayu sepenuhnya di rumah, saya ucap terima kasih pada cikgu puspa, sebab saya tahu ni adalah pengaruh guru di sekolah...

cikgu Puspa seronok bila saya maklumkan begitu, ada hasil pada usahanya, rupanya cikgu puspa beritahu setiap selasa dan khamis, cikgu Puspa memang akan bercakap dalam bahasa english dengan pelajar pelajar tadika perpaduan....samada mereka faham atau tidak cikgu akan terus bercakap dengan tegas dan jelas. Terima kasih sangat cikgu! 

InsyaAllah tahun hadapan Haikal akan bersekolah di sekolah agama irsyad, dia perlu tahu lebih tentang tulisan jawi, ayat ayat al quran dan banyak subjek agama yang akan diberikan tumpuan. Berdasarkan perkongsian dari kawan kawan yang ada anak di irsyad, mereka katakan untuk bi dan math ibu ayah kena beri tumpuan lebih di rumah, kerana di sekolah masa untuk subject tu kurang untuk beri masa pada subjek agama lain. Jadi ibu ayah kena galas peranan, moga Allah mudahkan saya mengajar anak anak nanti ...

Untuk Yousuff
Hero mama yang selalu bersemangat nak ke sekolah
insyaAllah tahun depan Yousuff dah boleh ke sekolah....tahun lepas Yousuff berkobar kobar nak ke sekolah tapi tak dapat...tahun ni insyaAllah dapat
Tadika perpaduan juga menjadi pilihan....
mama dan papa dah fikir panjang...insyaAllah Tadika perpaduan akan berikan yang terbaik untuk Yousuff...kita sama sama berusaha jadi baik...baik akademik, baik perangai, baik emosi dan baik iman...gambatte Yousuff dan Haikal..

Besar dah anak anak mama :)




Thursday 13 November 2014

101 Kids Activities.

101 Kids Activities.

 Buku ini di bawa masuk kali kedua oleh pasukan kami. Buku ini dikarang oleh 2 penulis blog terkenal yang menerajui KidsActivitiesBlog.com dengan hits lebih dari 2 juta sebulan dan mempunyai lebih dari 71,000 peminat di Facebook dan 100,000 pengikut di Pinterest.

Atas permintaan ramai, kami membuka pre order semula. Dateline adalah pada selasa , 17 Nov 2014, bagi mamastikan buku sempat tiba pada awal December, InsyaAllah. Mudah mudahan dapat membantu musim cuti sekolah di rumah.

Berikut adalah harga yang kami tawarkan:
- Harga Sebuah: RM 100/pos Rm 7.30 Atau
- Beli secara borong dengan penjimatan lebih banyak iaitu:

5 buah: 10% less, jatuh RM 90 sebuah /pos RM 13 , Jimat RM 10
10 buah: 20% less, jatuh RM 80 sebuah/pos RM 20, Jimat RM 20

Dijangka ditiba di Malaysia: Minggu pertama December














Jika berminat silakan pm 
Norlin 013 9270211


Saturday 8 November 2014

Promosi crazy sale

Set ni masih ada

set ni masih ada

dah habis

set ni masih ada tapi electrical kit tu di replace dengan item lain sebab dah habis

set ni dah habis



Jika berminat dengan set clearance ini 
boleh sms ke
013-9270211

Terima kasih 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...