Tuesday 18 November 2014

laporan sekolah Haikal

Semalam saya ke sekolah haikal...ada hari menerima laporan...
Tak ada buku laporan, cuma ibu akan diberi laporan terperinci oleh guru secara lisan...agak lama juga lebih kurang 15 minit sorang.

Saya masih ingat tahun lepas ketika haikal umur 5 tahun, 
laporan yang cikgu beri semuanya sangat bagus, kecuali mewarna....
tapi tahun ni, semuanya juga sangat bagus...dan termasuk mewarna, cikgu kata ada peningkatan...sambil berseloroh cikgu cakap "kan dapat no 1 hari tu mewarna, so memang dah nampak hasil improve haikal"..... :) alhamdullilah.

Cikgu Puspa banyak memberi semangat untuk saya untuk terus membimbing anak anak di rumah...
Untuk cuti sekolah panjang nanti , cikgu puspa sarankan untuk saya mendisplinkan masa sekurang kurangnya 1 jam masa dengan buku, samada membaca, menulis atau mengira.

kata cikgu biarkan jadi satu jam sehari tu satu tabiat...supaya dia boleh kekal sikap suka belajar. Kata cikgu puspa lagi...cikgu puspa cadangkan saya banyak beri buku cerita berbahasa english pada haikal...untuk lancarkan bacaannya.

Cikgu Puspa banyak berikan pujian....katanya haikal seorang murid yang dia kagumi...saya pula rasa nak nangis masa tu ...

cikgu puspa beritahu lagi..haikal banyak kongsikan dengan cikgu dan kawan kawan ilmu yang saya beri di rumah...
" mama saya kata......bla bla bla..."
jadi selalunya bila cikgu ajar apa apa...haikal akan beri input lebih, dan selalu dia akan beritahu sumber yang dia dapat adalah dari mamanya  :)
cikgu puspa ucapkan tahniah kepada saya juga selaku ibu dan galakkan saya terus berkongsi ilmu dengan anak anak , sebab pengaruh ibu sangat besar mengatasi ilmu yang guru berikan...

saya juga berkongsi dengan cikgu puspa yang haikal suka bercakap bahas english yang simple simple di rumah contohnya " mama look here!....mama, please help me!.....sedangkan saya dan suami memang bercakap bahasa melayu sepenuhnya di rumah, saya ucap terima kasih pada cikgu puspa, sebab saya tahu ni adalah pengaruh guru di sekolah...

cikgu Puspa seronok bila saya maklumkan begitu, ada hasil pada usahanya, rupanya cikgu puspa beritahu setiap selasa dan khamis, cikgu Puspa memang akan bercakap dalam bahasa english dengan pelajar pelajar tadika perpaduan....samada mereka faham atau tidak cikgu akan terus bercakap dengan tegas dan jelas. Terima kasih sangat cikgu! 

InsyaAllah tahun hadapan Haikal akan bersekolah di sekolah agama irsyad, dia perlu tahu lebih tentang tulisan jawi, ayat ayat al quran dan banyak subjek agama yang akan diberikan tumpuan. Berdasarkan perkongsian dari kawan kawan yang ada anak di irsyad, mereka katakan untuk bi dan math ibu ayah kena beri tumpuan lebih di rumah, kerana di sekolah masa untuk subject tu kurang untuk beri masa pada subjek agama lain. Jadi ibu ayah kena galas peranan, moga Allah mudahkan saya mengajar anak anak nanti ...

Untuk Yousuff
Hero mama yang selalu bersemangat nak ke sekolah
insyaAllah tahun depan Yousuff dah boleh ke sekolah....tahun lepas Yousuff berkobar kobar nak ke sekolah tapi tak dapat...tahun ni insyaAllah dapat
Tadika perpaduan juga menjadi pilihan....
mama dan papa dah fikir panjang...insyaAllah Tadika perpaduan akan berikan yang terbaik untuk Yousuff...kita sama sama berusaha jadi baik...baik akademik, baik perangai, baik emosi dan baik iman...gambatte Yousuff dan Haikal..

Besar dah anak anak mama :)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...