Thursday, 28 August 2014

Buku Prophetic Parenting


                                   


Buku Prophetic parenting kini dalam Bahasa Malaysia!!!!

Buku ini merupakan buku best seller di Timur Tengah, best Seller juga di Indonesia..

Sebelum ini Buku Prpphetic parenting dalam bahasa indonesia moden mudah faham, atas permintaan tinggi terhadap buku ini, usaha telah dilakukan untuk terbitkannya dalam bahasa Malaysia 

dan yang bestnya harganya lebih murah hanya RM 40, dan sempena hari kemerdekaan kami beri 10% less untuk semua buku yang kami jual....alhamdullilah..


Buku Prophetic parenting adalah buku parenting no 1 yang saya suka dari segi pengisian ilmunya...memang dari bab pertama sampai akhir rasa penuh maklumat ilmu....insyaAllah saya akan tulis lagi isi bukunya untuk dikongsi bersama....

Di bawah ni adalah antara ilmu dari buku Prophetic parenting....




Kepada rakan rakan yang berminat untuk dapatkan buku ini 
boleh sms Norlin 013-9270211

bersama kita mencari ilmu 
agar sentiasa termotivasi menjadi ibu bapa 
yang puas mendidik anaknya

masa berlalu sangat cepat
jangan lepaskan detik detik masa kecil mereka
kerana ia sangat berharga :)











Wednesday, 27 August 2014

Membaca untuk tambah ilmu Shaklee...

Anak anak dah tidur ,
bangun slow slow, buka laptop teruskan membaca info pasal Phytocol , product terbaru Shaklee yang berfungsi khusus untuk menurunkan paras kolesterol..

Hari tu masa product ni dilancarkan masih dalam pantang rasanya, so saya buat tak endah dulu...fokus pada nak bersalin, berpantang dan penjagaan diri, so hampir saya tinggalkan terus internet....tak apalah rezeki tu insyaAllah ada , kadang kadang kena lepaskan sesuatu untuk menjaga sesuatu...ok no problem  :)

tak puas rasanya membaca di skrin internet , ilmu banyak sekali tapi mata yang dah berkaca mata ni rasa pening nak baca di skrin....alhamdullilah baru order buku nutrisi Shaklee, kawan kawan group wasup under mentor saya Ainul yang kumpul order....tak sabar rasanya nak dapatkan buku nutrisi tu, moga membantu saya mendalami ilmu supplement ni....

Berniaga perlukan ilmu, tambahan pula berniaga jenis supplemen ni....alhamdullilah, bertambah ilmu...

ok masa untuk teruskan membaca, bye bye blog !!

Gambar raya






Hari ni mood nak tengok gambar raya..

adik saya Nabilah baru kirimkan ke FB ....orang lain dah kongsi gambar raya saya baru nak tgk gambar raya...tertinggal keretapi sungguh

raya kali ni saya masih dalam pantang...21 hari masa raya pertama...

ikutkan peraturan memang duduk atas katil ja, tapi perasaan membuak buak nak pakai baju raya dan bergambar raya, nak bersalaman dengan tetamu sedara mara yang datang...saya pakai juga baju raya cuma tak lah gi bejalan rumah org merata hihi....cuma ke rumah nenek saja, untuk beraya dengan mak bide (nenek saya), mak bide tak leh jalan dah uzur sekarang....moga mak bide sihat dan bahagia selalu sentiasa di bawah rahmat Allah, amin.

Masa ni selepas balik solat hari raya, saya di rumah dengan Anas.  Tahun ni Nazli aimi sekeluarga tak ada, mereka beraya di perlis, nabilah pulak time ni tgk duk make up  :) hihi kan dah tertinggal dalam gambar kesian adikku  yg comey.


Pergi beraya rumah mak bide (nenek)
Tudia adik saya , anak anak panggil SU....yang baju biru tu sepupu yang paling rapat dah macam adik dah pun...namanya Husaini , nama manja POKSA

                             

kunjungan anak anak arwah ayah mea......besar besar belaka dah anak anak ayah mea
semua anak anak ayah mea ada...arwah ayah mea mesti seronok anak anak dia dah besar  dan bagus bagus semua alhamdullilah :)...al fatihah untuk ayah mea
kunjungan keluarga mak lonng dari pasir pekan...teringat arwah ayah long , alfatihah.
depa duk melayan tv
Anas pun dapat duit raya, paling banayk kot 

Haikal beraya dengan coklat, banyak betul coklat rumah mak bide, mesti budak budak suka sangat.




Banyak lagi tetamu tetamu yang datang tapi tak snap...seronoknya raya walaupun serba sederhana tahun ni, sebab nak tumpu kenduri adik ...jadi raya tahun ni syarat raya je..yang penting berkunjung bermaafaan...bila lah nak dapat berkumpul lengkap satu keluarga...tahun ni nazli aimi sekeluarga beraya di perlis...tahun depan turn saya beraya di lubuk meriam pulak...nampak gayanya kena tukar jadual raya...bagi dapat kumpul semua...atau plan kumpul bila bila pun ok...asalkan ada semua...teringin nak pergi bercuti, ...tak pernah lagi bercuti dgn ayah umi sejak kawin...dulu masa bujang bujang, umi ayah selaulu bawak anak anak bercuti...mungkin kena fikirkan satu hari untuk kita pulak bawak mereka bercuti .... :)







Hamil dengan Shaklee

An excellent Shaklee alternative would be:

◇1 tablet of Vitalea with Iron.

◇1 tablet of B-Complex with Folic Asid. (Basic prenatal nutrients)

◇2-4 tablets of Ostematrix to meet needs for calcium, vit D and other bone health nutrient.

◇3 softgel capsules of Omega Guard to support your baby brain development.

◇1 tablet of Vit C to help your body fight infection, as antioxidant and help body to absorb iron.


◇2 scoops of ESP to supply quick energy, and increases immune system. Protein is important for your baby development.





dapatkan juga 2 buah buku ini sebagai persedian kelahiran dan berpantang



RM 60 tidak termasuk pos.

Buku Hadiah Dari Syurga merupakan panduan lengkap bagi ibu-ibu sepanjang tempoh kehamilan. Diinspirasikan dari pengalaman penulis sendiri, pelbagai tips yang bermanfaat dikongsikan oleh penulis untuk membantu ibu-ibu melalui tempoh kehamilan dengan kesihatan yang terbaik dari segi fizikal dan kerohanian. 

RM 35 tidak termasuk post

Boleh hubungi saya 

Norlin 013 9270211








Tuesday, 26 August 2014

Giant Journey puzzle

Assalamuallaikum ,

Saya tertarik dengan floor puzzle ni, terus rasa nak jual...

Anak anak saya memang suka bermain puzzle, Haikal pernah dibelikan tok ayah puzzle peta Malaysia dan peta dunia, bila selalu susun puzzle tu ingatan tentang kedudukan negeri dan negara secara mudah diingati...

sebab tu bila jumpa puzzle ni, terus berkenan...floor puzzle ni mungkin agak mudah untuk susunnya jika anak dah berumur 5 tahun ke atas, tetapi untuk umur anak 4 tahun ke bawah insyaAllah ligat otak anak kita nak menyusunnya nanti...yang menariknya adalah floor puzzle ni menunjukkan cerita kisah para nabi...part tu yang saya berkenan sangat tu...

anak anak saya suka sangat dengar cerita nabi, mereka sukakan puzzle, so sangat tepat Giant journey puzzle ni...sambil mereka menyusun bolehla saya bercerita...insyaAllah mama nya lagi rajin bercerita bila ada alat bantu macam ni.... :)

ok saya copy paste info tentang puzzle ni

Giant Journey puzzle

RM 45, kos post RM 10








Piece together this most incredible journey!

The Giant Journey is a 30 piece floor-puzzle vividly illustrating the lives and sequences of the Prophets mentioned in the Noble Quran. The image shows a pathway along which a symbol from each of the Prophets story is illustrated. As an invaluable resource, it includes removable name inserts used to assess the child's understanding of the sequence of the Prophets and their associated stories. This revised 2nd edition also includes Arabic inserts.

The Giant Journey is made of generously thick board with a glossy laminate finish. When completed, it measures 58cm by 78cm. The puzzle comes in a compact yet sturdy box and has a complete image for easy reference. A short description of each section of the image is also included.


Ini pula vidio giant journey puzzle , mungkin lebih jelas untuk kita lihat lebih dekat :)

http://www.youtube.com/watch?v=A0Sylyfw0i0&list=UUB6E9eV_onIZx3DDp5Ig8yQ




Jika anda berminat untuk dapatkan 
floor puzzle ini untuk anak anak bijak soleh anda
boleh msg saya di 013-9270211

Monday, 25 August 2014

Impian Berpantang dengan Shaklee

Assalamuallaikum

(draf dah agak lama, sekarang dah habis pantang pun, dan alhamdullilah saya berpantang dengan Shaklee :)  )

Hari ni dah 35 minggu pregnant...
Cepat ja masa...saya dah start kemas kemas barang baby...keperluan untuk berpantang pun saya dah start ready...

Untuk anak ke empat kali ni ...ada sedikit kelainan....
Saya akan gunakan set berpantang Shaklee selain dari jamu (jamu tak leh nak tinggal sebab dah sebati hihi...3 org anak makan jamu, insyaAllah moga bertambah sihat nutrisi badan)
dan saya juga dah order bangku tangas....nak bertangas cara duduk tu...
berdiang( baring tepi bara api)  mungkin tak dapat nak buat :)...so sebagai gantinya saya nak bertangas insyaAllah moga dipermudahkan urusan pantang saya nanti...

Ok bab vitamin Shaklee...saya dah list down vitamin apa yang perlu masa pantang nanti...kalau dulu dulu sebelum kenal shaklee saya juga ada ambil vitamin dalam pantang, saya ambil multivitamin dari klinik....sebab saya jenis yang berpantang strict , so sangat perlu ambil vitamin kalau tak memang terjejas nutrisi badan saya ni...

Yang bestnya produk Shaklee..ada antara vitamin yang memang dah digunakan dari awal pregnant lagi...so sangat jimat, boleh terus sambung guna dalam pantang...memang berbaloilah :)

Untuk makluman kawan kawan...saya memang tak ambil buah, sayur dalam tempoh berpantang 44 hari...so sangat perlu saya mencari alternatif lain untuk seimbangkan nutrisi ...alhamdullilah saya pengguna Shaklee....so kali ni ...kita tukar multivitamin pada vitamin Shaklee... :) lebih fokus


Ini dia set pantang Shaklee;

ESP
Vitamin C
Vitalea
B kompleks
Ostematrix
Alfalfa
Gla
Omega

dan mungkin saya nak ready Herblax untuk elakkan sembelit 
dan Peppermint ginger plus untuk buang angin dan panaskan badan



Maklumat bahan dalam herblax ni saya ambil dari internet , Herblax ni macam jamu jugakla, dirumus dari bermacam macam jenis herba terpilih fokus untuk detoksifikasi. Terbaik untuk elakkan sembelit.


Peppermint Ginger Plus ni saya ada amalkan masa pregnant , memang terbaik untuk buang angin, dan saya suka keselesaan lepas gunakannya :)


Last sekali ...selain jamu, vitamin...bagi ibu ibu yang pertama kali berpantang ...kena ada ilmu berpantang sikit...boleh baca buku yang sangat berguna ni ..


Buku ni hanya RM 35, kos pos RM 6

Boleh hubungi saya untuk dapatkannya

Norlin 013 9270211





Sunday, 24 August 2014

Bermulanya latihan coral spaking Haikal


Masa ambil haikal sekolah tadi, cikgu Puspa terus ke kereta saya...kalau dulu, bila nak ambil Haikal saya akan masuk hingga ke pintu sekolah sempat bertanya khabar hal sekolah anak...tapi sekarang dengan baby kecik Anas+ umar yang tak duduk diam dan Yousuff yang lincah,  saya just buka cermin kereta dan ucapkan terima kasih dan senyum saja pada cikgu Puspa yang selalunya setia temani anak anak yang tunggu ibu bapa datang menjemput...

Cikgu Puspa maklumkan pada saya, yang Haikal dan 6 orang teman sekelasnya terpilih untuk masuki acara coral speaking mewakili daerah Kuantan, jadi mereka akan mulakan latihan pada hari Rabu ini. Cikgu Puspa juga maklumkan yang Haikal turut terpilih untuk memasuki acara membaca dalam bahasa Inggeris. Cikgu puspa pesan pada saya untuk latih haikal membaca petikan akhbar berbahasa english dengan gaya macam pemberita  :) oh!! mama tak sempat dah nak latih haikal betul betul, tapi mama akan cuba sedaya upaya pulun untuk minggu ni ok :)

saya berterus terang pada cikgu Puspa saya agak tak sempat, tapi akan cuba latih Haikal...cikgu Puspa cadangkan saya beli akhbar the star dan cari petikan petikan mudah. Cikgu Puspa memang bersemangat, itulah yang saya kagum sangat dengan cikgu Puspa ni. Terima kasih kerana mendidik anak saya dengan sungguh sungguh.

:)

ok malam ni kita start berlatih membaca in english ok...

Yousuff pun basal join bang haikal berlatih ok

tahun lepas abang haikal berlatih hafal coral speaking , tengok tengok Yousuff pun ingat sekali rangkap pertama... :)

B kompleks tingkatkan selera makan

Assalamuallaikum...

Alhamdullilah rasa sangat seronok hari ni...

Kak Nora call tanya B kompleks, Kak Nora adalah pelanggan tetap B kompleks dan Vitamin C SR Shaklee....dia dah call minggu lepas untuk beli b komplek tapi sebab saya masih di kampung dan tengah berpantang saya tak dapat sediakannya untuk Kak Nora.

hari ni Kak Nora call, B kompleks tak sampai lagi, saya baru order...kata kak Nora, dah 2 minggu dia tak makan B kompleks, selera makannya jadi berkurang dan berat badannya turun  :(   ... Kak Nora menggunakan B kompleks untuk tambah berat badan dan ternyata B kompleks berkesan ...


Bila saya dengar macam tu terus saya nak bagi B kompleks yang saya ada untuk buat sampel untuk  2 minggu, kesian kak Nora, sementara tunggu B kompleks yang di order sampai, boleh la dia guna yang sampel,

sebagai agen Shaklee, saya rasa seronok sangat bila dengar kesan positif ni ..alhamdullilah syukur pada Allah, semoga apa yang saya jual ni membantu orang yang memerlukan.

Untuk pengetahuan kawan kawan, B kompleks dapat meningkatkan berat badan ...mungkin kita yang badan biasa biasa ni risau nak ambil b kompleks takut gemuk, takut selera meningkat...sebenarnya ada caranya :)

Ambil sebiji B kompleks sebelum makan, untuk yang nak tingkatkan berat badan...so masa makan lunch atau dinner , memang selera kita meningkat...bila dah lalu makan insyaAllah berat badan boleh meningkat.

dan bagi yang tak mahu berat badan naik, ambil B kompleks selepas makan. B kompleks bagus untuk orang perempuan, terutamanya untuk hilangkan stress....sangat sesuai untuk ibu ibu yang sibuk bekerja, jaga anak....yang terdedah pada stress. ada banyak lagi kelebihan B kompleks nanti saya tulis lain....


Untuk mendapatkan info lanjut
jangan segan silu untuk 
hubungi saya

NORLIN  013-9270211

bersama kita berkongsi ilmu 


mendidik anak lakukan kerja rumah

Assalamuallaikum...

Siapa kata suri rumah boleh rehat rehat :)....bagi saya kerja suri rumah la paling sibuk...dari pagi sampai malam...tidur pun tidur tidur ayam...sebab tu kalau suami ajak makan kat luar atau ajak jalan jalan, nikmatnya tuhanja yang tahu...walaupun masa makan luar dan jalan jalan tu si mama tetap tak menang tangan kontrol anak anak tapi suasana tu dah lain, best sangat dapat keluar rumah ooo :)

tapi walaupun letih takpalah...insyaAllah biar Allah beri rasa ikhlas dalam kita melakukan kerja, dan moga mendapat ganjaran pahala..moga segala susah payah menguruskan anak anak dan rumah  menjadi kenangan terindah yang tak dapat dicari ganti tak dapat dijual beli....kenangan yang insyaallah dapat memberikan kepuasan yang tak ternilai ..insyaallah.

ok sebenarnya saya tengah berfikir macammana cara saya nak bahagikan tugas kerja rumah yang simple simple kat anak anak saya...haikal sudah 6 tahun, yousuff 4 tahun, umar 2 tahun dan anas baru sebulan.....rasanya Haikal dan Yousuff dah boleh diberikan tugas...untuk melatih mereka jadi anak yang lebih bertanggungjawab, di samping meringankan kerja saya  :)

saya terjumpa post ini di blog cinta rasul, blog ni memang saya selalu ikuti sebab bagi saya penulis blog ini sangat komited mendidik anak anaknya dan rajin menyampaikan idea kepada semua orang melalui blognya....

saya copy paste
sebagai rujukan saya terutamnya





1- AJAR:
Ajar anak-anak cara untuk membuat kerja rumah

2- BAHAGI TUGAS

Contoh:
Mama sapu sampah, Abang ABbudey sidai baju, Adik cuci pinggan

3- KERJASAMA

Jika kerja rumah itu banyak seperti kerja-kerja di dapur, sama-samalah buat dengan anak2

4- BERI PELUANG
Biasanya anak-anak memang suka menolong (+ kacau) ibu bapa melakukan kerja rumah, berilah peluang kepada mereka untuk turut sama melakukannya, InsyaALLAH lama kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan dan memudahkan kerja kita pula.

Apabila musim cuti juga adalah masa yang terbaik untuk membiasakan anak-anak dengan tugasan-tugasan di rumah 


Saturday, 23 August 2014

Buku Hadiah dari syurga

Assalamuallaikum

Hari ni saya nak kongsikan satu buku yang bagi saya sangat bermakna untuk seorang wanita....moga semua kawan kawan wanita yang membaca blog ini bakal menjadi ibu suatu hari nanti...jangan dirisau lambat atau cepat...yang penting kita ada impian untuk menjadi ibu...

buat adik adik jangan malu untuk bermimpi menjadi ibu...walau kita masih belum ada calon, belum bertunang, belum berkahwin...tak salah untuk kita berazam menjadi ibu... :)

Menjadi seorang ibu bukanlah mudah...walau pun kita dah bergelar ibu, tapi ilmu untuk menjadi ibu untuk anak yang seterusnya tetap perlu sentiasa "direfreshkan"...teringat saya bebelan nurse ketika di ward semasa melahirkan Anas..

nurse tu beri nasihat kepada semua ibu di ward tu ( ada 4 orang ja masa tu)...nurse tu cakap : Awak ibu ibu muda ni, kena rajin cari ilmu...kalau tak kesian anak anak awak...patutnya bila baby dah lahir awak dah tahu apa nak buat  (eye contact dengan baby, tumpuan pada baby, menyusu)...kesian anak awak kalau awak buat tak layan ja kat minggu pertama baby (sebab ramai ibu yang layan handset ketika temankan anak sepatutnya perhatian perlu diberikan penuh baby terutamanya di awal hari hari usianya :)  )

:)

ok moga bebelan makcik nurse tu bermanfaat untuk semua juga untuk saya sendiri...

saya kongsikan buku HADIAH DARI SYURGA


bagus buku ni....bakal ibu kena beli :)


Buku Hadiah Dari Syurga merupakan panduan lengkap bagi ibu-ibu sepanjang tempoh kehamilan. Diinspirasikan dari pengalaman penulis sendiri, pelbagai tips yang bermanfaat dikongsikan oleh penulis untuk membantu ibu-ibu melalui tempoh kehamilan dengan kesihatan yang terbaik dari segi fizikal dan kerohanian. 
Halaman : 176
Penulis :  Fadillah Nur Bt Abdul Rashid



Buku ini berharga RM 60 dan kos pos Rm 7





Kepada kawan kawan yang berminat untuk dapatkan buku ini
boleh msg saya 
NORLIN : 013- 9270211




Friday, 22 August 2014

kenangan melahirkan Anas (part 1)

( saya tulis post ni dah lama tapi baru hari ni nak publish tu pun tak habis tulis lagi  :)  :)...buat anakku Anas, mama usahakan catat kenangan ini untuk Anas baca bila besar nanti , moga jadi anak yang soleh, baik, cerdik, sihat, dan diredhai Allah )

Assalamuallaikum ...

Alhamdullilah...lamanya tak mencatat....alhamdullilah  masih berada dalam bulan yang penuh berkat ini, bulan Ramadhan......

Anas sedang tidur sekarang, saya pula baru lepas kemas bilik...terasa nak mendekati labtop yang dah lama tak saya gunakan.....mood agak dingin nak melihat fb dan internet...hihi biasala kan bila ada si kecil, tumpuan hampir 100 peratus padanya, melihat setiap teletah anas rasa tak jemu....sekejap ja nanti gelagat kecil ni akan bertukar ..dah besar lain pula ragamnya nanti... :) 

Sebelum saya terlupa kisah bersalinkan Anas ni baik saya catatkan sementara tengah ada mood ni :)

tanggal 8 Julai 2014...saya tersedar agak lewat untuk sediakan juadah sahur, cadangnya saya dan adik saya Nabilah nak masak Char Keuw teaw....sebab sehari sebelum tu saya teringin nak makan char keaw teaw, so adik saya Nabilah beria ria nak beli keaw teaw untuk masak masa sahur ...nabilah cakap dia pandai masak Char keaw Teaw...sekali dua dua terlewat bangun...suami saya cakap takpalah kita minum air milo, biskut dan roti pun dah cukup...

masa bersahur tu saya buatkan oocha (Teh jepun)...sebab pagi tu sepatutnya saya kena buat BSP (Blood Sugar profile) di klinik Kempadang...pengalaman lepas bila saya minum oocha, paras gula stabil.......so saya just minum 2 cawan oocha masa sahur tu....lepas sahur, saya suami dan anak anak solat jemaah subuh sama sama....masa solat subuh tu saya dah mulai rasa contraction yang agak perlahan....lepas solat subuh, saya terus beritahu suami saya memang dah nak bersalin.....cepat cepat saya mandi, siap pakai baju.....beg baby semua dah sedia dalam kereta... 

Adik saya nabilah, agak terkejut sebab masa sahur tadi tak sakit tak apa....suami saya pulak agak cool mungkin dia dah ada pengalaman sebelum ni 2 orang anak yang dia setelkan masa sakit dan bawa ke hospital (Yousuff dan Umar)...cepatja kami dah bersedia ke hospital...saya bila dah mulai sakit mulut pun tanpa henti baca ayat ayat al quran, tu sajalah sumber kekuatan...ingat Allah....semua segalanya adalah ketentuan dan di bawah kekuasaanNya.

Perjalanan pagi agak mudah dan senang...tak ada banyak kereta....gelap subuh terasa sedikit menenangkan hati saya...saya syukur sangat sebab bukan waktu siang saya nak bersalin kali ni...kalau tidak jalan memang sibuk terutamanya dalam bandar kuantan...suami saya sempat hantar msg pada wasup group famili untuk maklumkan saya dah nak bersalin....contraction masa tu adalah seminit dalam gap masa 2 ke 3 minit.....agak cepat....saya memang jenis macam tu start sakit contraction memang cepat 

kalau Umar anak ketiga dulu tempoh sakit dan bersalin semuanya ambil masa 40 minit...kali ni saya menjangkakan sakit saya lebih cepat....dalam kereta saya tak putus putus baca ayat al quran...sampai hospital kuantan terus ke low risk (tempat bersalin)...syukur sangat sebab time tu awal pagi, parking banyak, suami saya parking betl betul depan pintu masuk low risk....bila dah sampai...saya dan suami tak terus turun...niat hati saya nak tunggu biar betul betul rasa sakit (sebab contraction kali ni tak sekuat macam nak bersalinkan anak anak yang sebelum ni)...tapi saya just bertahan lebih kurang 5 minit dalam kereta..saya dapat rasakan sakit makin kuat...so terus beritahu suami, kita kena keluar sekarang....

saya berjalan sambil tahan sakit tapi saya boleh senyum haha...ingat lagi , suami saya cakap...la kalau sakit buat la muka sakit ni duk sengih tu kenapa....saya memang pesen macam tu ...bila sakit tapi bila berhadapan dengan org saya akan tersenyum...adoi murah senyuman sungguh...takpalah sedekah :) 

masuk dalam low risk tempat bersalin tu, saya diminta duduk di kerusi dulu, tapi saya cakap kat nurse tu dah tak boleh dah , dah sakit nak bersalin dah ni, so mereka minta saya baring di katil...saya lihat ada 4 buah katil yang hanya dipisahkan oleh tirai...oh macam ni la keadaan tempat bersalin yang saya pernah dengar org cerita, hanay dipisahkan oleh tirai.....tapi saya tgk yang duduk kat katil tu tak sakit pun relax ja....rupa rupanya katil tu tempat Dr monitor , check bukaan ja....saya lihat ada mesin CTG ....saya terus naik katil...Dr pelatih wanita check bukaan dan hanya baru 5 cm..alhamdullilah check bukaan tak sakit, lega rasa hati...

lepas Dr tu check dia terus ke katil sebelah saya....saya dengar dia tanya soalan soalan biasa kat kakak sebelah saya dan kakak tu pun nampak tak sakit relax ja....sakit saya pula sanagt cepat dan bertambah kuat...saya agak segan nak panggil Dr sebab Dr tu baru ja check saya dan baru tanya 3 soalan kat kakak tu  (hihi ...ingat tu setiap detik :) ) saya panggil Dr untuk check saya tapi Dr tu cakap..."puan , saya baru check puan sekejap tadi 5 cm ..lambat lagi puan"......

Oh tidak...saya fikir ligat kena buat ayat yang positif ni... " Dr minta maaf Dr, tapi saya rasa memang dah nak teran...saya memang jenis bersalin cepat...boleh Dr tengok sekali lagi "...saya susun ayat sambil tahan sakit ...alhamdullilah Dr tu terus datang kat saya dan chcek..dan terus jerit FULL....dan jerit lagi WHEEL CHAIR!!!...ha kan dah kata ...Ya Allah kelam kelibut nurse datang bawa wheel chair nak bawa saya ke labour room...saya ingatkan saya nak kena bersalin kat situ ja, rupanya tu tempat pemeriksaan sahaja....

nasib baik labour room dekat, dalam hati saya bersalin atas wheel chairlah kali ni...tapi alhamdullilah labour room sebelah tu ja...tak sempat salin baju, nurse pun tak sempat nak pasang lapik tilam... terus naik atas katil, suami ada di sisi saya beri semanagt dan sempat berpesan jangan angkat punggung, dan terus teran ..dan alhamdullilah tepat pukul 7.05 pagi, baby terus keluar...sekali teran saja...laju sungguh kali ni...kelam kabut rasa.....bila baby dah keluar, saya dengar nurse cakap "baby dah tertelan najis dah ni"....hati saya agak risau tapi bila tengok baby nangis biasa, dan semua nya nampak ok saya rasa lega....nurse tunjukkan baby dan minta saya kenalpasti boy atau girl..alhamdullilah baby boy :)....ramai hero hero saya :) alhamdullilah...

saya dibiarkan berehat atas katil di labour room tu, sambil nurse bersihkan semuanya...anak saya di bawa untuk dibersihkan dan diperiksa.....nurse maklumkan pada saya, yang mereka sedang tunggu Dr kanak kanak untuk datang check baby....hampir 2 jam saya di atas katil tu...alhamdullilah pada masa tu juga, nurse bawa baby Anas untuk saya susukan..alhamdullilah Anas pandai menyusu....saya teringat ketika bersalinkan Yousuff di Jepun dulu, Dr akan pastikan ibu tetap baring di katil labour room selama 2 jam...selepas 2 jam baru dibenarkan bergerak ke ward.....kali ini juga saya baring hampir 2 jam...setelah 2 jam saya minta izin ke toilet...lepas ke toilet baru saya ditolak dgn wheel chair ke ward low risk...alhamdullilah semuanya terbaik dari nurse, bidan dan Dr pelatih HTAA....tak ramai orang, dapat Dr perempuan, intact (tak luka tak jahit), layanan mesra, Dr kanak kanak datang pantas check Anas...alhamdullilah terima kasih semua petugas yang menyambut kelahiran baby saya...terima kasih...

Terlupa pula saya, Dr kanak kanak datang cepat untuk check anas sebab dia dah tertelan najis, Dr perempuan berbangsa India tu sangat bagus, dia jelaskan secara terperinci keadaan Anas...katanya keadaan Anas sekarang stabil walaupun lidahnya warna agak hijau menandakan dia tertelan banyak najis...Dr tersebut menasihatkan saya untuk kerap menyusu dan perhatikan pernafasan baby....dalam ward, keadaan agak tenang kerana bahagian low risk sememang nya tak ramai orang, banayk katil kosong ...nurse juga agak free dan mesra dengan semua...nurse datang untuk check Anas, dan dia cuba kongsikan pemerhatian dia dengan saya dan suami ...katanya nafas Anas agak laju...dan dia buat keputusan untuk panggil pakar kanak kanak.....beberapa minit selepas tu saya lihat ada dua orang Dr berlari masuk ke ward menuju ke bilik rawatan tempat anak saya dibawa oleh nurse tersebut...dalam hati saya, mungkin Dr tu berlari untuk melihat dan merawat anak saya...jauh dalam hati saya terselit rasa risau dan rasa berterima kasih kerana Dr sangat ambil berat...berlari untuk anak saya ...terima kasih Dr.




Jatuh cinta dengan HERBLAX


HERBLAX DAH HABIS!!!

saja jer nak bagi terkejut 

jangan risau HERBLAX masih ada lagi, 

Nak tahu tak kenapa Herb lax cepat habis?

-----------------------------------------------

Kenapa Herb lax cepat sangat habis? Herb lax memang antara HOT produk untuk slimming....

permintaan tinggi, dan ramai yang dah jatuh hati bila menggunakannya...

Dah lah harga nya MURAHH SANGATT!! Tak sampai RM50 untuk 120 tablets. Sebotol boleh makan selama 3-4 BULAN.
Bukannya kena makan hari-hari pun. Dah cuba confirm repeat order punya!!

Herb lax dirumus khas untuk membantu proses detoksifikasi dalam badan. Herb lax didatangkan dengan kombinasi 9 herba yang telah digunakan secara traditional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas....

Antara herba hebat di dalamnya adalah Alfalfa, Senna, Anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver root.

So bahan bahan nya bukan calang calang sebab tu hasilnya bagus, dan Shaklee pula sangat detail dalam memilih sumber semulajadi, semua sumber mestilah mengikut gred yang sepatutnya, bukan alfalfa sebarang alfalfa tapi alfalfa yg terpilih, bukan senna sebarang senna tapi senna yang terpilih dan bermutu....

Contohnya Senna leaves, Senna memang susah nak dapat, tumbuh di kawasan pergunungan dan bermusim.Shaklee pula sangat STRICT dengan kualiti produk, contohnya Shaklee letak standard A untuk raw material tertentu, tapi yg sampai adalah standard A- (tak sampai B atau C pun), maka Shaklee akan reject.

Pernah tahun lepas lamaaa sangat Herblax out of stock sebab Shaklee reject the whole batch!!! So kawan kawan lihatlah betapa Shaklee menjaga kualiti, ...Shaklee menyediakan yang terbaik, terpilih sahaja...bukan main jual ja...NO NO NO

Jadi kawan kawan masa tengah ada ni grab cepat cepat....kalau tak, nak kena tunggu lama....tunggu lama pun tunggulah kan yang penting anda dapat yg berkualiti.. (kalau sanggup tunggu la lepas ni )



Untuk mendapatkan info lanjut
jangan segan silu untuk 
hubungi saya

NORLIN  013-9270211

bersama kita berkongsi ilmu 

Sembelit- Herblax dalam pantang.

Assalamuallaikum, 

Alhamdullilah dah selesai berpantang...tapi tak cukup pantang 44 hari kena tambah lama sikit bagi 100 hari....pantang 100 hari untuk makanan yang sejuk sejuk.... :)

ok nak bercerita pasal supplemen atau ubat yang saya guna masa dalam pantang lepas...

mula mula sekali saya teruja sangat nak cerita pasal HERBLAX

Masa dalam pantang hari tu saya gunakan produk Shaklee dan jamu ...kali ni saya "tabik spring " kat HERBLAX Shaklee ...sebab Herblax ni memang membantu sangat proses membuang....kepada kawan kawan yang tgh menunggu hari tu...ready kan HERBLAX...lepas bersalin terus ambik 3 biji...insyaAllah lancar membuang....tak perlu ambil hari hari...3 atau 4 hari sekali pun ok...

HERBLAX memang saya syorkan untuk ibu lepas bersalin yang tak mahu terseksa dengan sembelit....

alhamdullilah mungkin saya dah biasa mmakan jamu, anak saya tak ada masalah bila saya ambil herba....herblax ni gabungan dari 9 herba terpilih khusus untuk detoks...terbaik :)

OHHH saya takut sikit kalau cakap pasal sembelit ni...





buat para ibu yang baru lepas bersalin terutamanya, lakukan sesuatu persedian dari segi herba atau ubat ubattan sebagai langkah berjaga jaga, mungkin anda jenis yang sistem pencernaan sangat slow akibat perubahan hormon selepas bersalin , so kemungkinan besar anda berhadapan dengan SEMBELIT

SEMBELIT untuk orang perempuan BAHAYA!!!

bukan nak takut takutkan...tapi ni berdasarkan pengalaman saya tinggal dengan nenek , seorang bidan kampung...ramai yang ada masalah "sakit puan" akibat sembelit....nak cerita bahasa kampung segan pulak, saya cari info saintific tentang ni nanti insyaAllah.

HERBLAX adalah mirip ubat julap, ubat untuk lawas...kesan dia sangat baik untuk atasi sembelit.


Disamping HERBLAX yang kesannya pantas untuk membuang , cuba kawan kawan amalkan makan nasi yang ditabur lada hitam yang dikisar....mudahja, kita kisar siap sipa lada hitam letak dalam satu botol....letak kat meja makan, masa nak makan nasi tu just tabur serbuk lada hitam atas nasi...pendapat saya lada hitam juga antara makanan yang membantu elakkan sembelit.


Lada hitam juga bagus untuk dijadikan amalan dalam pantang untuk mengelakkan sembelit.

Susu juga bagus untuk elakkan sembelit, tapi ada setengah orang kembung bila minum susu...saya ok ja minum susu....

tapi kalau dah tersembelit, jangan berani nak teran...pergi farmasi cari ubat yang macam peluru tu untuk lembutkan najis....tu tindakan paling pantas....tapi sebolehnya elakkan lah sembelit sebelum jadi, sebab kesan sembelit ni tak elok untuk organ dalaman wanita juga....

sebab tu sangat penting untuk ready apa apa ubat atau herba yang membantu melancarkan proses membuang ketika dalam pantang terutamanya...pilihan saya adalah HERBLAX, sangat puas hati. 



Untuk mendapatkan info lanjut
jangan segan silu untuk 
hubungi saya

NORLIN  013-9270211
bersama kita berkongsi ilmu 


Wednesday, 20 August 2014

Mudah susahnya berpantang

Assalamuallaikum ,

Alhamdullilah hari ni saya dah selesai berpantang 44 hari...alhamdullilah moga Allah beri kesihatan dan kekuatan untuk saya terus jadi isteri, ibu dan anak yang baik.

Ok , :)

Khas buat ibu ibu yang bakal berpantang atau juga untuk ibu ibu yang baru habis pantang tapi masih nak melanjutkan pantang demi kesihatan badan....saya sangat syorkan buku ni  

Buku ini mengetengahkan panduan pemakanan yang sihat untuk keperluan wanita berpantang. Terdapat 23 menu cadangan yang lazat dan jarang-jarang didedahkan dalam mana-mana resepi berpantang.

Halaman : 56

Penulis : Muslim Cottage

Harga RM 35

kos pos Rm 5.90




Jika puan puan berminat untuk dapatkannya, boleh msg saya
Norlin: 013-9270211






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...