Sunday 23 October 2011

vidio surah Al zalzalah...

lama tak masukkan vidio haikal dalam blog...ini adalah vidio haikal menghafal surah al zalzalah dan at takaathur...semakin hari semakin susah untuk ambil vidio sebab haikal suka buat aksi depan kamera...tak apalah janji suara terakam...

sekarang ni haikal tengah hafal surah al aadiyaat baru cuba hafal sampai ayat ke empat...susah sikit surah al aadiyat ni sebab ayat 1 hingga 3 macam nak dekat dekat...

maksud surah ni macam perlu kefahaman sikit...saya pun tak faham sangat...saya cuma ceritakan pada haikal maksud ayat ni terus dari tafsirannya...antara yang menarik dalam surah ni ...saya perkenalkan haikal tentang istilah mati shahid...

haikal kalau ditanya cita cita dia sekarang...

haikal;haikal nak jadi askar...
mama;sebab apa nak jadi askar..
haikal;sebab haikal nak tembak orang jahat..

mama;tak payah la jadi askar , bahaya haikal...kalau orang jahat tembak haikal dulu macammana..?

kalau sebelum sebelum ni...jawapan dia...

haikal;haikal tembak orang jahat tu dulu, orang jahat mati dulu...

tapi dua malam lepas....haikal dah beri jawapan lain sikit...

haikal;takpala, kalau kena tembak dulu...haikal mati shahid...

hihi....ermmm macam berani anak mama ni....kalau jadi askar haikal, berjuanglah ke jalan islam tau..tapi sebelum tu kena jadi askar yg tahu membaca menulis dulu ok! :)

Thursday 20 October 2011

due date lambat dua minggu..

berdasarkan ultrasound due date baby dijangkakan pada 11 Mei 2012...kalau ikut pengiraan saya 30 april...so sekarang ni ikut yg Doktor tentukan ...11 Mei...haikal dan yousuff dua dua 37 minggu bersalin...kalau kali ni pun sama, saya kena bersedia awal...

NTT hospital..sebelum ni saya ingatkan Entiti hospital...hahaha apalah saya nikan...
tak ramai orang hospital ni, sunyi ja...agak kecil berbanding redcross hospital....bagus juga,,...kalau dulu semasa di Redcross hospital mungkin kedaan yang ramai orang dan masa menunggu yang lama tidak menjadi hal pada saya kerana saya sorang...tapi kali ni bila dah ada yousuff, memang tepatlah pilihan saya untuk check up di NTT hospital...hari rabu lepas ketika check up cuma ada 3 orang ibu yang menunggu, urusan jadi cepat dan mudah....

Yumiko banyak membantu memandangkan nurse tidak boleh berbahasa enggeris langsung...nasib baik Dr masih boleh bertutur sedikit dalam bahasa enggeris, mungkin untuk appointment seterusnya Dr tu akan lebih bersedia untuk bercakap dalam bahasa enggeris...
cara layanan Doktor, baik dan mesra...namun saya lebih suka cara Dr Senoe di Redcross hospital lagi....takpalah, baru first check upkan...

kualiti ultrasound memang tak leh tanding kecanggihan alatan di Redcross hospital....yang bab ni saya sedikit frust...hihi...dulu masa Yousuff memang jelas dan mengikut kata dr senoe, alatan ultrasound di redcross hospital antara yang tercanggih di dunia, memang patutla kulaiti gambarnya bagus....
tapi apa pun....pilihan check up di NTT hospital tetap terbaik untuk saya buat masa ini....
yang penting...kandungan sihat dan kedaan saya juga sihat...alhamdullilah...moga allah beri perlindungan kepada kami...

saya ada bertanyakan pada Doktor tentang kedaan saya yang masih menyusukan Yousuff...Doktor jelaskan yang saya boleh terus menyusukan Yousuff selagi saya tidak merasa sakit pada bahagian perut atau rahim...
dalam hal menyusu ni...saya memang kena banyak sabar dan kuatkan semangat....ternyata menyusu ketika mengandung amatlah meletihkan dan sakit...(sakit pada puting susu)....rasa sayang untuk putuskan susu memandangkan yousuff baru setahun, tambahan pula bukan senang nak putuskan susu, si ibu dan anak bergolak emosinya.....jadi demi Yousuff setakat ini mama cuba tabahkan hati juga...moga badan mama masih mampu memberikan susu buat Yousuff...
buat si kecil di dalam rahim mama....semoga sihat sihat di dalam ...mama makan banyak :) insyaAllah cukup zat untuk kedua dua anak mama...mama doakan yang terbaik untuk kita..

Tuesday 18 October 2011

hari ni nak gi check up

insyaAllah pagi ni pukul 845 saya akan gi check up di hospital berdekatan.....kali ni saya memilih hospital entiti, dulu semasa Yousuff saya check up dan melahirkan di red cross hospital, betul betul berhadapan dengan universiti suami...tapi kali ini entiti hospital agak jauh sikit dari universiti suami saya.....check up untuk pregnancy kali ni mungkin akan memberi pengalaman berbeza bagi saya...itu pilihan saya kali ini, menggunakan khidmat penterjermah bahasa...

kali ini saya akan ke hospital bersama seoranag teman nihonjin(orang jepun) yang boleh berbahasa enggeris dengan agak baik...namanya Yumiko....Yumiko akan menjadi penterjemah bahasa untuk saya...hari pertama ke hospital pastinya banyak borang borang soal jawab yang perlu diisi, jadi harapnya yumiko dapat membantu saya....dan juga difahamkan di Entiti hopital tak ada doktor yang boleh berbahasa enggeris, sebab tu lah saya memerlukan perterjemah....kalau tak nanti pasti tak puas setiap kali check up mendengar penerangan doktor...

kalau dulu macammana?...dulu semasa Yousuff ...saya check up di Red cross hospital....di situ ada seorang doktor yang boleh berbahasa enggeris, Dr Senoe namanya, Dr lelaki....saya suka Dr tu, baik cekap dan bagi saya Dr yang cemerlang....tapi kali ni , entah kenapa hati saya teringin nak merasa suasana di hospital entiti pula..sebenarnya saya lebih pada mahu kan doktor perempuan...di Entiti hospital semua Doktor adalah perempuan....cuma masalahnya mereka tidak boleh berbahasa enggeris....

saya harap pilihan saya kali ni tak mengecewakan saya...pastinya saya tak dapat lari dari membandingkan pengalaman dulu di redcross hospital ...bagi saya semua nya yang terbaik di redcross hospital, dari segi kecanggihan alatan dan juga kecekapan doktor dan petugas hospital yang lain....moga allah juga memberi yang baik untuk saya buat kali ini...

ok itu saja,...di sini baru selesai subuh 432 pagi......saya agak gementar untuk check up kali ni ...saya berdoa agar baby baik baik saja di dalam...hari ni saya menjangkakan saya dapat lihat baby bergerak....kalau dulu pada usia kandungan 12 minggu memang baby dah lengkap, bergerak, dan bunyi jantung yang jelas....sayangku...hari ni mama akan lihat anak mama ....moga kita sentiasa dalam rahmat Allah.


Thursday 13 October 2011

tabahkanlah hati adiku najiy

hati kakak mana yang tak risau bila dapat tahu adiknya ada masalah....
tak sangka pula, masa belajar semuanya ok, tapi time masuk bidang pekerjaan...banyak dugaan..


semoga Allah tabahkan hati najiy, dibuka pintu hati untk menimba ilmu ekspress ...dipermudahkan segala kerja....lembutkan hati MO dan specialis agar tak selalu marah marah....kuatkan keyakinan najiy agar dapat bertahan dengan bebanan kerja...lancarkan bahasa englishnya...berikanlah najiy kesihatan yang baik agar kuat untuk harungi hari hari....

ya Allah berikanlah yang terbaik buat adikku...

kakak dan abg amir, abang (nazli) dan nabilah sentiasa doakan J.


Tuesday 11 October 2011

ermmm bila nak gi check up ni

kalau ikut kiraan berdasarkan last period....saya dah masuk 12 minggu .....tapi saya still tak pegi check up lagi...plannnya nak pegi minggu ni atau minggu depan...masa haikal dan yousuff dulu pun saya memang tunggu 14 minggu baru ke hospital kalau tak silap...(ermmm malas nak gi check up sebab tak suka nak kena VE)
segala letih dan mengantuk dah berkurang sikit...loya juga semakin berkurang.....
mengikut kiraan saya due date jatuh pada 30 April....moga selamatlah semua...
famili dah pun diberitahu 2 minggu yang lepas...ayah umi mama abah terkejut juga..hihi..Yousuff baru nak masuk setahun...insyaAllah moga Allah permudahkan semua...mama akan cuba memberi kasih sayang yang terbaik buat anak anak mama..

semalam genaplah umur yousuff 1 tahun...dah besar yousuff...
haikal pun dah semakin panjang...
saya berharap agar kali ni dapat girl pulak...tapi kalau boy lagi pun ok jugak...lagi bertambah la hero hero mama....

moga selamat proses mengandung dan melahirkan buat kali ketiga ni..doakan saya

Tuesday 4 October 2011

haikal tak menangis kena cucuk

hari ni saya bawa haikal dan yousuff ke klinik...alah pergi papa ikut sama..temujanji pukul 10 pagi...papa ada urusan di lab, jadi papa just teman hantar sampai ke klinik...seperti biasa saya dengan strolller, haikal dengan papa naik basikal....cuaca amat baik...nyaman....walaupun dah semakin sejuk tapi masih ok lagi...tak perlu pakai baju tebal lagi...

Yousuff asyik keluarkan bunyi sambil tunjuk tunjuk bila nampak burung berterbangan....haikal pulak asyik suruh papa bawak slow, sebab takut mama kena tinggal....hihi haikal haikal...

sampai di klinik, haikal seperti biasa terus ke tempat mainan....Yousuff pulak jalan jalan sendiri tengok ikan dalam aquarium ...saya pula mengisi segala borang borang....terkial kial saya mengisi borang...tulisan kanji pulak tu (macam tulisan cina)....tulis alamat dan nama ja pun...tapi sebab banyak borang fuih berpeluh jugakla..

saya ingatkan yousuff tak pandai nak berjalan merata lagi, ingatkan dia duk tengok ikan kat tepi aquarium tu ja...rupanya dia dah masuk bilik Doktor....Yousuff Yousuff semakin berani sekarang...tak takut orang dan tak takut tanpa mama....

saya suruh haikal jaga yousuff...nasib baik haikal ni kadang kadang bertanggungjawab macam abang besar...haikal dukung yousuff gi tempat mainan....bila nampak ja yousuff nak lari dari tempat mainnan dia terus tarik adik masuk dalam kawasan tu balik...mama still duk mengisi borang....orang jepun ni memang sikap macam tu, depa tak suka bantu isi borang...mungkin tu dianggap peribadi... walau dah macam siput saya tiru alamat rumah saya...depa still sabar tunggu saya isi borang...hihi....jepun jepun....patutla oarang jepun ni tabah tabah kental kental belaka...

Yousuff diperiksa dulu...kemudian haikal..haikal perlu terima dua suntikan di lengan hari ni....haikal relax ja...dia dah tahu apa yang perlu dibuat....duduk tarik nafas..pandang tempat lain...kali ni sebab papa tak ada, nurse yang ribakan haikal....nurse baik....nurse cakap "isshoni gambatte ne!" (sama sama berjuang macam tu la maksudnya)....haikal sengih ja..sambil cakap apa tah ..mama pun tak faham bahasa jepun haikal...nurse tu faham la...banyak dah vocab haikal ni...

bila nak cucuk haikal pandang tepi....cucuk pertama...haikal sengih...cakap"itai kunai" tak sakit....haikal tak sangka nak cucuk sebelah lagi pulak...haikal relax lagi...tapi suntikan kali kedua ni...nampak muka haikal berkerut...belum sempat haikal nak kerutkan banyak lagi muka dia saya cepat cepat tepuk tangan...." wah bagus haikal, tak nangis...hero hero!"...terus haikal sengih tak jadi kerut muka...dua dua nurse yang bertugas tu pun tepuk tangan....lega mama rasa

memang sejak dah besar ni haikal dah tak nangis kena cucuk...sekarang ni saya dan suami selalu cerita pasal bersunat kat haikal...haikal cakap nanti dia umur 5 tahun dia nak sunatla...
mula mula haikal takut nak bersunat....tapi bila dah cerita cerita kat dia, nampak macam dah boleh terima....tapi bila ditanya nak sunat sekarang tak...haikal akan jawab tak mau sebab kecik lagi baru 3 tahun.....

oklah haikal 5 tahun kita sunat tau...

Sunday 2 October 2011

Undokai (hari sukan sekolah haikal)

tahun ni kali kedua acara sukan untuk haikal....kami sekeluarga memang tertunggu tunggu acara ni, sentiasa doakan agar haikal sihat supaya dapat hadir....alhamdullilah haikal sihat dan memang happy....

haikal ada masuk beberapa acara....acara pembukaan, acara jual aiskrim, acara lumba lari, persembahan tarian dan acara bersama ibu bapa....haikal memang happy sangat tapi dalam satu acara tarian, haikal menari sambil tahan kencing....terkepit kepit dia menari...hahaha lawakla haikal ni...


dalam acara lumba lari pulak, haikal berjaya dapat no 2...tahun lepas haikal dapat no last, tapi tu pn dia seronok sangat....kali ni haikal lagi seronokla..sebab haikal cakap dia berjaya dapat pegang tali penamat...tahun depan haikal kata nak bagi tali penamat tu kena perut pulak (no 1)....tapi tahun depan mungkin haikal dah tak sekolahla sayang...lumba lari dengan mama adik yousuff la pulak tau...

ok ni kenangan vidio haikal berlari...tahniah haikal!

masa majlis penutup ada acara menari dengan ibu bapa...tapi mama tengah susukan adik youusff di bilik menyusu....haikal menari dengan papa....bila tengok balik vidio haikal dan papa menari rasa best sangat...tahun lepas haikal menari dengan mama (perut tengah memboyot time tu)...

adik yousuff pun ada acara jugak....tapi masa tu adik yousuff tengah tido, tiba tiba dikejutkan suruh berjalan ambik bungkusan hadiah....memang dia tak mau berjalan....menangis...jadi mama dukungjelah yousuff....acara untuk baby.....berjalan ambil bungkusan hadiah....kalau tak mesti comel tengok yousuff berjalankan...

terima kasih untuk yasir dan aishah sudi datang ....happy sangat rasa...arigato!

berita iman nayli na

semalam saya dikejutkan oleh berita sedih iman nayli na....iman ni anak kepada awe dan kak shytah...iman terkena sawan dan sekarang berada di ICU hospital kota baru dan berada dalam keadaan memerlukan bantuan pernafasan.....hati saya rasa terkejut dan asyik fikir pasar iman....

awe dah bergegas balik ke Malaysia dari matsuyama malam tadi....insyaAllah akan sampai ke malaysia pagi ni...moga tabahlah awe dan kak shytah....

iman baru berusia 50 hari...masih kecik dah terpaksa lalui semua ni...moga baby iman kuat...

saya rasa amat gundah gelana sekarang ni...Ya Allah ya tuhannku berikanlah kemudahan pada mereka....pulihkanlah iman agar sihat seperti biasa,amin.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...