Tuesday, 18 October 2011

hari ni nak gi check up

insyaAllah pagi ni pukul 845 saya akan gi check up di hospital berdekatan.....kali ni saya memilih hospital entiti, dulu semasa Yousuff saya check up dan melahirkan di red cross hospital, betul betul berhadapan dengan universiti suami...tapi kali ini entiti hospital agak jauh sikit dari universiti suami saya.....check up untuk pregnancy kali ni mungkin akan memberi pengalaman berbeza bagi saya...itu pilihan saya kali ini, menggunakan khidmat penterjermah bahasa...

kali ini saya akan ke hospital bersama seoranag teman nihonjin(orang jepun) yang boleh berbahasa enggeris dengan agak baik...namanya Yumiko....Yumiko akan menjadi penterjemah bahasa untuk saya...hari pertama ke hospital pastinya banyak borang borang soal jawab yang perlu diisi, jadi harapnya yumiko dapat membantu saya....dan juga difahamkan di Entiti hopital tak ada doktor yang boleh berbahasa enggeris, sebab tu lah saya memerlukan perterjemah....kalau tak nanti pasti tak puas setiap kali check up mendengar penerangan doktor...

kalau dulu macammana?...dulu semasa Yousuff ...saya check up di Red cross hospital....di situ ada seorang doktor yang boleh berbahasa enggeris, Dr Senoe namanya, Dr lelaki....saya suka Dr tu, baik cekap dan bagi saya Dr yang cemerlang....tapi kali ni , entah kenapa hati saya teringin nak merasa suasana di hospital entiti pula..sebenarnya saya lebih pada mahu kan doktor perempuan...di Entiti hospital semua Doktor adalah perempuan....cuma masalahnya mereka tidak boleh berbahasa enggeris....

saya harap pilihan saya kali ni tak mengecewakan saya...pastinya saya tak dapat lari dari membandingkan pengalaman dulu di redcross hospital ...bagi saya semua nya yang terbaik di redcross hospital, dari segi kecanggihan alatan dan juga kecekapan doktor dan petugas hospital yang lain....moga allah juga memberi yang baik untuk saya buat kali ini...

ok itu saja,...di sini baru selesai subuh 432 pagi......saya agak gementar untuk check up kali ni ...saya berdoa agar baby baik baik saja di dalam...hari ni saya menjangkakan saya dapat lihat baby bergerak....kalau dulu pada usia kandungan 12 minggu memang baby dah lengkap, bergerak, dan bunyi jantung yang jelas....sayangku...hari ni mama akan lihat anak mama ....moga kita sentiasa dalam rahmat Allah.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...