Monday 30 June 2014

Hari kedua puasa

Alhamdullilah sudah hari kedua ramadhan....

baby kat dalam macam selesa pula duk dalam hihi bila nak keluar ni sayang...
Puasa alhamdullilah ok, saya boleh berpuasa tanpa rasa letih yang teruk alhamdullilah...

Hari pertama saya masak ayam masak merah madu , tofu jepun masak soso tiram dan sayur...ringkas ringkas saja....saya pesan kat anak anak, bulan puasa kita tak boleh berlebihan dalam makan...baru kita rasa manisnya puasa tu...dan untuk memudahkan kerja saya masakkan lebih...lauk yang sama juga untuk sahur :)

sehari sebelum tu saya dah tunjukkan gambar gambar sedih anak anak syria yang cedera, shahid dan kelaparan.....gambar gambar tu banyak mendidik haikal dan yousuff.....

Dan kit seronoknya ramadhan yang saya belikan untuk haikal sempena ramadhan kali ni betul betul membantu saya membina azam dalam diri haikal.....haikal seronok bila saya nak kejutkannya sahur sebab dia dah lekatkan notis untuk saya gerakkannya sahur ..dan setiap kali dia solat, berjaya sahur, terawih dan puasa dia akan lekatkan sticker pada carta ramadhan.....tabung ramadhan, diari ramadhan...semua dalam kit tu sangat sangat membantu moodnya alhamdullilah...

Yousuff pula tidak puasa lagi...tapi setiap kali sahur saya kejutkannya untuk makan bersama....malam tadi yousuff betul betul minta kek coklat...sungguh sungguh dia minta saya masakkan kek, terharu pula rasa bila anak nak sangat makan apa yang kita pernah buat...kata yousuff dia tak mahu kek yang beli, nak yang mama masak  juga....jadi semalam lepas terawih saya buatkan kek coklat untuk youusuff  2biji......yousuff dan haikal ikut papa ke masjid, saya dan nabilah adik saya solat di rumah saja bertemankan si kecil umar :).....bila balik dari masjid Yousuff terus tanya kek coklatnya nasib baik dah siap masak...tapi saya minta dia sabar makan masa sahur sebab time tu dah lewat...

sekarang kek coklat tu pun dah tinggal sikit, betul betul suka kek coklat yousuff ni...

Hari ni saya dah masak ayam masak kicap berempah...nanti just nak tambah sayur...hihi simple ja kan....

saya rasa seronok sangat ramadhan kali ni, hati rasa tenang.....saya rasa lebih khusuhuk baca al quran....Ya Allah kekalkan lah rasa manis ini Ya Allah....hambamu yang hina ini sangat mengharapkan keredhaan dan kasih sayang mu ya Allah...amin.

Sunday 29 June 2014

berita sedih

hari ni saya dapat berita sedih....
sepupu umi saya mengalami keguguran akibat hamil luar rahim...

Ya Allah besar sungguh ujian dia...dah lama menunggu second baby, sangat happy bila dengar dia pregnant...dan hari ni dapat berita sedih ni pula...

Semua tu kuasa Allah...Allah yang tentukan segalanya....moga Cekju dan suami sentiasa tabah....

moga Allah beri terbaik untuk mereka...

Saturday 28 June 2014

Promosi buku parenting sempena Ramadhan.

Assalamuallaikum..

Sempena bulan Ramadhan 2014 ini, kami menyediakan set Kombo hebat , Free postage , dan sangat terhad. Moga Bulan Ramadhan ini menjadi medan kita mencari ilmu penuh konsisten, kita bahagiakan diri dengan ilmu agar diri kita sentiasa lebih dekat pada sang Pencipta..

baca yang baik baik...agar dapat membentuk diri jadi baik...
baca sikit, kongsikan sikit...
kongsikan di FB, wasup, berbual dengan anak anak
tak perlu tunggu ilmu penuh didada...
tak pandai mengarang ayat tak apa...

apa yang kita baca, catat...dan sampaikan...
moga ilmu yang sedikit ni bererti

Ya Allah...aku menjual buku yang baik baik..
Berilah aku rasa dan semangat yang berterusan 
untuk terus membaca dan menyampaikan 
walau sebaris ayat











Berminat boleh terus hubungi saya
Norlin 013-9270211
atau boleh kunjugi page FB
Hiyoko Islamic Parenting






Friday 27 June 2014

Pneumokokal ragut nyawa

Berjaga jaga kalau anak anda demam panas kebah panas kebah , kemungkinan ada jangkita paru paru (pneumonia) segeralah ke hospital

http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131215/ke_03/Pneumokokal-ragut-nyawa-Akil

Wednesday 11 June 2014

Lagu Arjuna Beta khas untuk anak anakku

Buat anak anakku...

Lama mama tak kirim lagu ....sayang selalu anak anakku...lagu khas untukmu anak anak mama
Adam Haikal (6 thun), Ahmed Yousuff, (4 tahun),  Muhammad Umar (2 tahun) dan baby dalam perut mama (35 minggu)

Lirik Lagu Arjuna Beta – Fynn Jamal


Takkan ku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur
Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri
Hiduplah Arjuna Beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda
Hiduplah Arjuna Beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Nanti tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

KIT SERONOKNYA RAMADHAN

MADRASAH RAMADHAN SEMAKIN HAMPIR! 
◐◑◐◑◐◑◐◑◐◑◐◑◐◑◐◑◐◑◐◑

Jemput lihat kit ini di album berikut
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.804086252954988.1073741867.733690586661222&type=3

Apa persediaan anda untuk masuk ke Madrasah Ramadhan kali ini?
Apa perbezaan sambut bulan ibadah untuk anak-anak pada kali ini?

Apakata kita tukar kali ini, hias rumah dan buat persediaan untuk Ramadhan pula. Buat bersama anak sekali! Pasti seronok!

Dengan KIT SERONOKNYA RAMADHAN !

Jom hidupkan suasana ramadhan untuk anak-anak! Sambil merebut peluang ganjaran dari Allah, rebut peluang untuk didik nilai-nilai murni dalam jiwa anak pada bulan ini. Hidupkan suasana ramadhan anda di rumah dengan anak-anak! Ajak anak-anak sambut bulan ini dengan penuh semangat!

✔Semangat untuk beribadah!
✔Semangat untuk beramal!
✔Semangat untuk berbuat kebajikan!

✔Jom didik anak-anak berlumba-lumba rebut peluang ganjaran dari ALLAH!

✔Jadikan rumah tempat PESTA IBADAH anda bersama anak-anak!

SETKAN MINDA ANAK-ANAK "IBADAH PUASA SEBAGAI 1 KESERONOKAN, BUKAN 1 BEBANAN "

KIT SERONOKNYA RAMADHAN
Kandungan:
1. Jurnal Ramadhan Saya
2. Carta Motivasi Ibadah
3. Pelekat
4. Buku Aktiviti Ramadhan
5. Tabung Sedekah Saya DIY
6. Bendera Pesta Ramadhan & Syawal DIY
7. Sampul Sedekah Saya
8. Taqwim Ramadhan DIY
9. Ramadhan Door Knob

Details kandungan setiap satu adalah seperti berikut:

Jurnal Ramadhan Saya
Saiz : 6" x 8"
Halaman : 104 mukasurat
Teks : Berwarna sepenuhnya
Material : Simili 70 gm

Carta Motivasi Ibadah
Saiz : A4
Halaman : 3 mukasurat
Teks : Berwarna sepenuhnya
Material : Art Card 230 gm

Pelekat Motivasi
Saiz : A4
Halaman : 3 mukasurat
Teks : Berwarna sepenuhnya
Material : Sticker Sheet

Buku Aktiviti Ramadhan
Saiz : 6" x 8"
Halaman : 40 mukasurat
Teks : Hitam putih
Material : Simili 70 gm

Tabung Sedekah Saya (DIY)
Saiz : 8 cm x 8 cm
Material : Art Card 310 gm

Sampul Sedekah Saya
Saiz : 8" x 15.5"
Bilangan : 5 keping
Teks : Berwarna sepenuhnya
Material : Art Paper 105 gm

Bendera Pesta Ramadhan & Syawal (DIY)
Saiz : A4
Halaman : 5 mukasurat
Teks : Berwarna sepenuhnya
Material : Art Paper 105 gm

Taqwim Ramadhan (DIY)
Saiz : 6" x 9"
Halaman : 2 mukasurat
Teks : Berwarna sepenuhnya
Material : Art Card 310 gm

Ramadhan Door Knob
Saiz : 6" x 8"
Halaman : 2 mukasurat
Teks : Berwarna sepenuhnya
Material : Art Card 310 gm

Total berat: 600 gram.
semua kit ini akan di simpan di dalam file berzip

Kit ini akan mula di pos insyaAllah pada 16 Jun 2014

HANYA RM39.90 pos rm 7

Friday 6 June 2014

LACY mainan lagenda untuk kreativiti anak anda

Assalamuallaikum

Anda pernah menjadi peminat no 1 LACY satu tika dulu ?
Ramai yang pernah bermain dengan LACY akan SENYUM dan banyak kenangan indah dengan mainan ini...LACY adalah lagenda kerana kualiti dan KESANNYA :)

Bagi yang belum pernah kenal LACY...
LACY adalah mainan yang sangat membantu menjana kreativiti anda terutamanya anak anak yang sedang membesar...bermain dengan LACY membuatkan otak anda LAJU dan bergerak KREATIF..

Memang berbaloi memilikinya....

Untuk makluman anda LACY yang kami jual ada dua jenis


---- > LACY ( 30 pieces) 
          RM 100 kos pos RM 6
          Sesuai untuk pertama kali mengenali LACY, sesuai untuk anak seorang yang bermain,  
           Selalunya anak dan kita sendiri akan teruja untuk miliki LACY MIX yang lebih banyak sebab    rasa tak puas mencipta rekaan hanya dengan 30 pieces. 

Namun begitu walaupun 30 pieces , dalam catalognya ada lebih 30 jenis model.
 Mengikut manufacturer 10 pcs boleh mencipta lebih 500 model .mengikut kreativiti masing masing.
Ia adalah produk original LACY dahulu yang daripada Germany, kini di ambil alih oleh manufacturer dari China.





         
---- > LACY MIX (besar dan kecil) (165 pieces)
RM 340, FREE POSTAGE
Selalunya memiliki LACY MIX ni baru puas hati, boleh bermain dalam 3 orang sesuai untuk yang ada anak ramai...dan dari segi kretiviti lebih lagi sebab lebih luas jelajah ciptaannya. 





Anak anak saya juga antara peminat LACY dan memang puas hati memilikinya...dari segi kualiti memang terbaik

Haikal dan Yousuff asyik bermain 


Haikal puas mencipta...ada yang mengikut buku, ada yang rekaan sendiri ... :) puas hatilah 


Jika anda berminat untuk 
dapatkan mainan LACY ini

boleh terus hubungi saya
atau SMS
NORLIN 013 - 9270211

Terbaik untuk anak anda :)





Omega guard Shaklee penting pada trimester ketiga kehamilan

Assalamuallaikum ..

Buat ibu ibu yang sedang hamil, terutamanya yang sedang berada pada trimester ke tiga kehamilan....
jom saya kongsikan info penting bagi memastikan perkembangan si manja kita berada pada tahap yg paling cemerlang :)

Actually saya juga sekarang berada pada trimester ketiga kehamilan...alhamdullilah saya tak terlepas pandang pada kepentingan DHA bagi anak saya yang sedang membesar dalam kandungan sekarang ni...



Kenapa DHA penting diambil pada trimester ke 3?

Mungkin jika para ibu mengetahui fakta ini akan terkejut...ya saya juga terkejut!!! dah masuk anak ke 4 baru nak ambil tahu....saiz otak anak dalam kandungan bertambah kira kira 260% semasa trimester ketiga kehamilan!

Kajian menunjukkan bahawa sebilangan besar DHA (Docosahexaenoic acid) berkumpul dalam otak dari lebih kurang 25 minggu kehamilan sehingga usia 2 tahun usia bayi.

jadi untuk tempoh 25 minggu kehamilan hingga ke usia 2 tahun, sangatlah penting anda memastikan bekalan DHA dapat disalurkan secukupnya pada bayi anda, dan ketika inilah rangsangan otak bayi sangat memberi kesan yang besar pada kecerdasan IQnya....insyaAllah.


Bagaiman  bayi memperolehi DHA dari ibu?

DHA disalurkan dari tubuh si ibu kepada bayi melalaui plasenta. DHA disalurkan lebih pantas berbanding asid asid lemak yang lain.


Bagaimana si ibu memastikan bekalan DHA dirinya mencukupi?

Walaupun tubuh manusia boleh menghasilkan DHA daripada asid alfa-linoleik (ALA), iaitu sejenis asid lemak perlu (EFA), bayi yang sedang berkembang tidak mampu berbuat demikian.

Sebab tulah kita sebagai ibu sangat penting untuk memastikan badan kita menerima bekalan DHA yang berterusan secara langsung pada sepanjang kehamilan untuk dilasurkan kepada bayi . Ini penting supaya bayi cenderung untuk bermula dengan tahap DHA yang lebih baik selepas dilahirkan.

Bekalan DHA buat ibu sangat kritikal semasa trimester ke tiga kehamilan apabila sebahagian besar dari perkembangan neurologi , visual dan sisitem saraf berlaku. Jadi ibu ibu yang sedang pregnant wajib ambil berat hal ni tau! :)

DHA penting untuk perkembangan neurologi , visual dan sisitem saraf


Dapatkan bekalan DHA secukupnya dengan Omega Guard Shaklee!

Ya terus terang saya katakan itulah yang terbaik...anda para ibu sangat penting untuk mendapatkan supplemen yang dapat membekalkan bekalan DHA secukupnya. Jadikan Omega guard  sebagai supplemen kegemaran anda mulai trimester ke 3 hingga 2 tahun usia bayi ( bayi anda akan memperolehi bekalan DHA dari susu ibu )




Disamping DHA berikut adalah nutrien nutrien lain yang penting sewaktu kehamilan

Asid folik
- Memainkan peranan dalam pembentukan sel darah merah
- Membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan bayi
- Penting bagi pertumbuhan dan pembahagian sel

Zat besi

- Pembentukan hemoglobin, kompenan darah yang membawa oksigen kepada sel sel tubuh anda
 (untuk anda si ibu dan melalaui plasenta kepada bayi)
- Membantu pembentukan darah yang diperlukan oleh si ibu dan bayi

kalsium

- Membina tulang dan gigi yang kuat bagi bayi
- Mengekalkna kekuatan tulang si ibu.
(Tubuh si ibu memberikan kalsium yang sedia ada kepada si bayi , oleh itu si ibu perlu mendapat bekalan semula kalsium yang telah digunakan)


Untuk mendapatkan info lanjut
jangan segan silu untuk 
hubungi saya

NORLIN  013-9270211
bersama kita berkongsi ilmu 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...