Showing posts with label Buku parenting. Show all posts
Showing posts with label Buku parenting. Show all posts

Wednesday, 17 December 2014

Permata yang hilang

Hujan tak berhenti 
Kami sekeluarga masih di open day fakulti FKEE UMP.

Sila lah datang, ada gerai makan makan, ada pameran kejuruteraan, ada pameran robot....



Hujan tak berhenti
Kami sekeluarga masih di open day fakulti FKEE UMP.

Sila lah datang, ada gerai makan makan, ada pameran kejuruteraan, ada pameran robot....
Teringat sebulan yang lepas ketika acara jual jual FKEE, saya sempat berkenalan dengan buku buku rumahtangga yang santai dan hebat.
~permata yang hilang kini dijumpai (kisah mencari cinta)
~kamar sutera (kisah laki bini)
~Semusim di syurga (Kisah tazkirah sempoi)
Saya berkenan sangat dengan buku Semusim di syurga....
Buku tersebut catatan diari pahit manis liku liku kehidupan seorang pemandu kereta mayat.melibatkan lokasi parking kereta mayat di sebuah surau ....penuh dgn rasa suka duka bersama ahli jemaah...
Yg menariknya, catatan ini bermula dari awal muharam sehinggalah penghujung musim haji 30 zulhijah mengikut kalendar islam....lengkap semusim di syurga 
Kini saya mahu berkongsi dengan rakan rakan buku best ni....ketiga tiga buku ni best semuanya. 

berkenan boleh pm saya atau wasup 0139270211

Setiap buku hanya RM 25!!!!









Monday, 1 December 2014

Belajar buat web yang ada open cart :)

Assalamuallaikum ...

malam ke tiga saya menuntut ilmu dengan cikgu Niza...dah nampak hasilnya sikit web site saya ni..
tak sabar nak tunggu siap

Saya bersyukur allah temukan saya dengan Syahirah ...rakan saya ini pakar dalam FB marketing...dia yang perkenalkan saya dengan Niza, pakar dalam buat open cart...

Shahirah ni pakar FB add...saya kenal cikgu shahirah masa menuntut ilmu under NPC  bawah Maryam rakan sekolah MRSM Taiping saya dulu. ...Masa tu shahirah ajar buat Page dan FB add.....dari situlah wujudnya Hiyoko Islamic parenting 

Saya bersyukur sangat sebab cikgu Niza ni bukan sahaja pakar tapi sangat sangat memahami keadaan saya sebagai seorang ibu 4 anak....adalah mustahil untuk saya duduk diam dan mengadap komputer untuk satu tempoh yang lama untuk buat webni...lebih lebih lagi saya memang kurang pandai bab bab teknologi komputer ni...

syukur sangat cikgu Niza setia temani saya...ajar saya satu satu...sudah 2 malam kami gunakan masa malam sampai ke pagi untuk hasilkan web saya...masa ni paling sesuai, sebab anak anak dah tidur....jadi dapat buat ikut flow yang cikgu niza ajar dengan tenang...

semasa saya tulis blog ni, cikgu niza tengah stop susukan anaknya yang baru berusia sebulan lebih....macamnilah kami menuntut dan cikgu niza memberi ilmu...adakalanya saya pula yang mohon diri stop sekejap untuk susukan anak yang menangis...indahnya...moga Allah murahkan rezeki dan beri kebahagian dan kejayaan dunia akhirat untuk Cikgu Niza.

Memang cikgu Niza ni ajar satu satu...orang yang tak pandai IT macam saya pun boleh buat ikut step satu satu .


Bila anak sedar tidur, nak susu atau meragam...kami stop dan kemudian sambung semula :)

Moga impian saya untuk ada sebuah web tercapai....

Oh ya untuk set permainan RM 60 clearance tu ada lagi tau...siapa berminat boleh terus pm saya atau wasup di 013-9270211 :)



Thursday, 13 November 2014

101 Kids Activities.

101 Kids Activities.

 Buku ini di bawa masuk kali kedua oleh pasukan kami. Buku ini dikarang oleh 2 penulis blog terkenal yang menerajui KidsActivitiesBlog.com dengan hits lebih dari 2 juta sebulan dan mempunyai lebih dari 71,000 peminat di Facebook dan 100,000 pengikut di Pinterest.

Atas permintaan ramai, kami membuka pre order semula. Dateline adalah pada selasa , 17 Nov 2014, bagi mamastikan buku sempat tiba pada awal December, InsyaAllah. Mudah mudahan dapat membantu musim cuti sekolah di rumah.

Berikut adalah harga yang kami tawarkan:
- Harga Sebuah: RM 100/pos Rm 7.30 Atau
- Beli secara borong dengan penjimatan lebih banyak iaitu:

5 buah: 10% less, jatuh RM 90 sebuah /pos RM 13 , Jimat RM 10
10 buah: 20% less, jatuh RM 80 sebuah/pos RM 20, Jimat RM 20

Dijangka ditiba di Malaysia: Minggu pertama December














Jika berminat silakan pm 
Norlin 013 9270211


Wednesday, 1 October 2014

Diam!

Untuk diamkan anak anak ...
ibu ayah tak boleh hanya suruh atau jerit

"Diam!"




ibu ayah kena berkorban sikit,
kena sediakan aktiviti...

anak tgh lompat lompat bising

" jom sini semua, tengok kaki ayah ni...kenapa la tapak kaki ayah ni pecah pecah....ayah rasa sakit ni"

semua anak kerumun si ayah...
mungkin ni akan keluar dari mulut mulut kecil yang aktif ni ...

"ayah tak pakai kasut kot"
" kesiannya ayah, sakit tak ni"
"kaki adik tak jadi macam ni pun, kaki adik lembut ja"
"sebab ayah dah tua, ayah banyak jalan berdiri"
"kalau pecah macam ni, cacing boleh masuk ni ayah"

" ok mai tolong ayah sapu lotion ni, bagi lembut tapak kaki ayah ni..."jerit si ayah sambil agihkan lotion pada tapak tangan setiap anak, jangan diberi botol lotion tu terus nanti berebut pula botol lotion tu. 

semua anak leka sapu kaki ayah dan kaki mereka sendiri....

tak perlu menjerit marah suruh diam

sabarlah wahai ayah dan ibu 

Tuesday, 16 September 2014

Buku "ibu ku ingin tahu"

Assalamuallaikum..







Saya kongsikan 

page 93 dari buku "Ibu Ku ingin Tahu"

Mari cipta masalah dan hubung kaitkan .
------------------------------------------------------

Untuk mengajar sesuatu , kadangkala kita perlu mencipta masalah. Sekadar memberitahu mereka, " Api neraka panastau", mungkin tidak akan menerbitkan rasa gerun di hati.

Apa reaksi anak sewaktu minum air yang agak panas?
pasti tindakbalasnya seperti terkena renjatan elektrik, kan?

Hal ini boleh menjadi langkah pertama memperkenalkan pada anak keadaan orang dalam neraka.Disebabkan tersangat dahaga, ahli neraka terpaksa minum air yang panas sehingga hancur lebur mulut dan seluruh badannya.

Saya suka bercerita kepada anak anak tentang neraka apabila
"bekerja bersama api". Jangan risau sekiranya anak jemu. anak kecil tidak akan jemu dengan cerita yang berulang ulang.
------------------------------------------------------------------------

Itulah idea dari page 93 buku "Ibu ku ingin tahu"

sekarang masanya kita berdialog dengan anak mengikut cara kita sendiri, lontaran intonasi , riak wajah....agar anak kita lebih "lekat" rasa gerun pada api neraka.

Cubalah 

Saturday, 13 September 2014

Ceramah dari sister Yasmin Mogahed

Assalamuallaikum

hari ni saya berada di rumah mertua di terengganu...
suami saya sertai lumba basikal di terengganu sejauh 160 km....

malam ni saya spent masa untuk menikmati kelajuan internet dengan mendengar ceramah dari sister Yasmin Mogahed, dah lama saya nak dengar talk dari beliau tetapi di rumah saya di kuantan, internet slow, youtube memang tak dapat buka....jadi inilah peluangnya...anak dah tidur...semua dah setel makan, sapu sampah basuh pinggan sekarang masanya saya melayan youtube...

Selama ni saya hanya membaca buku tulisan beliau RECLAIM YOUR HEART
malam ni saya dapat dengar sendiri , jelas dan tenang penyampaian beliau...

jika kawan kawan nak dengar silakan ke sini


Jika kawan kawan sukakan ceramah beliau dan suka dengan idea beliau, boleh beli buku reclaim your heart tu ...sesuai sangat untuk kita kaum wanita yang tak stabil emosi....hihi, saya la tu tak stabil emosi, sebab kadang kadang letih dengan kerja rumah, urusan anak suami...jadi tak stabil emosi kadang kadang...insyaAllah moga emosi jiwa kita dapat dikawal dengan rasa kasih dan sayang pada illahi....


kepada yang berminat boleh beli buku ni dari saya,

RM 81, kos pos RM 6.

013-9270211 Norlin 








Tuesday, 2 September 2014

Buku Screaming Free Parenting

JANGAN TENGKING ANAK!!!
- pengajaran untuk saya juga-
Buku ni baru masuk stok, moga kita tidak keras mendidik anak, ohhhh susahnya...kadang kadang kesabaran kita bertalu talu diuji...bukan mudah menjadi tenang bila semuanya tunggang langgang...
anak 1 ok lagi...2 sudah mulai mencubit...3 4 5 dan seterusnya....macam macam jadinya...moga Allah beri kita kekuatan untuk sabar mendidik anak anak syurga ini ...
jangan kecewa pada diri sendiri wahai ibu dan ayah andai kita tewas dengan kesabaran yang kuat diuji....rehat sekejap, fikir ...motivasikan diri untuk tidak menengking anak ...motivasikan diri untuk peluk sayang dan tunjukkan riang pada anak....
hapuskan wajah marah, wajah bengis, terbitkan sentiasa rasa sayang, hias kata kata dengan senyuman, pujian...teguran tenang kesan positif jangka masa panjang, bukan puas dengan menjerit , anak diam tapi penuh dendam....ya Allah jadikanlah kami ibu bapa yang mendidik dengan cara paling baik....


Screaming Free Parenting , RM 13

Boleh hubungi saya 
Norlin 013-9270211
untuk dapatkan buku ini ,
moga kita dapat berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja
   

Thursday, 28 August 2014

Buku Prophetic Parenting


                                   


Buku Prophetic parenting kini dalam Bahasa Malaysia!!!!

Buku ini merupakan buku best seller di Timur Tengah, best Seller juga di Indonesia..

Sebelum ini Buku Prpphetic parenting dalam bahasa indonesia moden mudah faham, atas permintaan tinggi terhadap buku ini, usaha telah dilakukan untuk terbitkannya dalam bahasa Malaysia 

dan yang bestnya harganya lebih murah hanya RM 40, dan sempena hari kemerdekaan kami beri 10% less untuk semua buku yang kami jual....alhamdullilah..


Buku Prophetic parenting adalah buku parenting no 1 yang saya suka dari segi pengisian ilmunya...memang dari bab pertama sampai akhir rasa penuh maklumat ilmu....insyaAllah saya akan tulis lagi isi bukunya untuk dikongsi bersama....

Di bawah ni adalah antara ilmu dari buku Prophetic parenting....




Kepada rakan rakan yang berminat untuk dapatkan buku ini 
boleh sms Norlin 013-9270211

bersama kita mencari ilmu 
agar sentiasa termotivasi menjadi ibu bapa 
yang puas mendidik anaknya

masa berlalu sangat cepat
jangan lepaskan detik detik masa kecil mereka
kerana ia sangat berharga :)











Saturday, 23 August 2014

Buku Hadiah dari syurga

Assalamuallaikum

Hari ni saya nak kongsikan satu buku yang bagi saya sangat bermakna untuk seorang wanita....moga semua kawan kawan wanita yang membaca blog ini bakal menjadi ibu suatu hari nanti...jangan dirisau lambat atau cepat...yang penting kita ada impian untuk menjadi ibu...

buat adik adik jangan malu untuk bermimpi menjadi ibu...walau kita masih belum ada calon, belum bertunang, belum berkahwin...tak salah untuk kita berazam menjadi ibu... :)

Menjadi seorang ibu bukanlah mudah...walau pun kita dah bergelar ibu, tapi ilmu untuk menjadi ibu untuk anak yang seterusnya tetap perlu sentiasa "direfreshkan"...teringat saya bebelan nurse ketika di ward semasa melahirkan Anas..

nurse tu beri nasihat kepada semua ibu di ward tu ( ada 4 orang ja masa tu)...nurse tu cakap : Awak ibu ibu muda ni, kena rajin cari ilmu...kalau tak kesian anak anak awak...patutnya bila baby dah lahir awak dah tahu apa nak buat  (eye contact dengan baby, tumpuan pada baby, menyusu)...kesian anak awak kalau awak buat tak layan ja kat minggu pertama baby (sebab ramai ibu yang layan handset ketika temankan anak sepatutnya perhatian perlu diberikan penuh baby terutamanya di awal hari hari usianya :)  )

:)

ok moga bebelan makcik nurse tu bermanfaat untuk semua juga untuk saya sendiri...

saya kongsikan buku HADIAH DARI SYURGA


bagus buku ni....bakal ibu kena beli :)


Buku Hadiah Dari Syurga merupakan panduan lengkap bagi ibu-ibu sepanjang tempoh kehamilan. Diinspirasikan dari pengalaman penulis sendiri, pelbagai tips yang bermanfaat dikongsikan oleh penulis untuk membantu ibu-ibu melalui tempoh kehamilan dengan kesihatan yang terbaik dari segi fizikal dan kerohanian. 
Halaman : 176
Penulis :  Fadillah Nur Bt Abdul Rashid



Buku ini berharga RM 60 dan kos pos Rm 7





Kepada kawan kawan yang berminat untuk dapatkan buku ini
boleh msg saya 
NORLIN : 013- 9270211




Wednesday, 20 August 2014

Mudah susahnya berpantang

Assalamuallaikum ,

Alhamdullilah hari ni saya dah selesai berpantang 44 hari...alhamdullilah moga Allah beri kesihatan dan kekuatan untuk saya terus jadi isteri, ibu dan anak yang baik.

Ok , :)

Khas buat ibu ibu yang bakal berpantang atau juga untuk ibu ibu yang baru habis pantang tapi masih nak melanjutkan pantang demi kesihatan badan....saya sangat syorkan buku ni  

Buku ini mengetengahkan panduan pemakanan yang sihat untuk keperluan wanita berpantang. Terdapat 23 menu cadangan yang lazat dan jarang-jarang didedahkan dalam mana-mana resepi berpantang.

Halaman : 56

Penulis : Muslim Cottage

Harga RM 35

kos pos Rm 5.90




Jika puan puan berminat untuk dapatkannya, boleh msg saya
Norlin: 013-9270211






Saturday, 28 June 2014

Promosi buku parenting sempena Ramadhan.

Assalamuallaikum..

Sempena bulan Ramadhan 2014 ini, kami menyediakan set Kombo hebat , Free postage , dan sangat terhad. Moga Bulan Ramadhan ini menjadi medan kita mencari ilmu penuh konsisten, kita bahagiakan diri dengan ilmu agar diri kita sentiasa lebih dekat pada sang Pencipta..

baca yang baik baik...agar dapat membentuk diri jadi baik...
baca sikit, kongsikan sikit...
kongsikan di FB, wasup, berbual dengan anak anak
tak perlu tunggu ilmu penuh didada...
tak pandai mengarang ayat tak apa...

apa yang kita baca, catat...dan sampaikan...
moga ilmu yang sedikit ni bererti

Ya Allah...aku menjual buku yang baik baik..
Berilah aku rasa dan semangat yang berterusan 
untuk terus membaca dan menyampaikan 
walau sebaris ayat











Berminat boleh terus hubungi saya
Norlin 013-9270211
atau boleh kunjugi page FB
Hiyoko Islamic Parenting






Wednesday, 9 April 2014

Pemilihan sekolah Ahmad Ammar





Dah habis baca buku Ammar...saya ni jenis baca sikit hayati, baca sikit hayati....lagipun kalau nak baca terus menerus tak mungkin, hihi para ibu suri rumah fahamla kan macammana keadaan kita kat rumah ni dengan anak anak kecik ni..

Dalam banyak banyak perkongsian, yang paling saya suka adalah perkongsian dari mak Ammar ...

saya tertarik dengan kisah sekolah Ammar..

Ammar dihantar ke sekolah yang islamik selama 6 tahun di SERI ABIM AL HUDA , kemudian menyambung pengajian selama 3 tahun di SAMBEST (SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI)...so memang dia dibesarkan dalam suasana sekolah yang islamic..

tapi lepas PMR, Ammar memohon masuk ke Maktab Tentera Diraja (RMC) tanpa pengetahuan mak dan ayahnya.

---> Tidak pernah terlintas dalam pemikiran dan perancangan abah mahupun emak, untuk menghantar Ammar belajar di sana. Menurut Ammar, "Ammar mohon online, kawan yang ajak".

Yang menariknya, emak ayah Ammar ambil berat pilihan anaknya...bukan terus menolak dan nak menangkan pilihan mereka untuk memilih institusi pengajian yang islamic ...mereka sangat berfikiran terbuka ...

namun dalam buku ini diceritakan last minit Ammar pula yang tak jadi nak ke RMC ( part tu kalau nak tahu boleh baca), tapi atas nasihat dan dorongan ibunya RMC menjadi pilihan terbaik Ammar.

Antara nasihat dan pandangan mak Ammar untuk bersetuju menghantar Ammar Ke RMC adalah

" Suasana di RMC lebih realistik, kerana di situlah nanti terdapat cabaran hidup yang sebenar. Ammar akan jumpa kawan kawan dari pelbagai latarbelakang kehidupan dan tahap penghayatan agama"

walaupun ada suara suara negatif tentang RMC---> tak berapa islamic, masalah sosial, ragging , mental torture , ----> ada di kalangan sahabat mak ayah Ammar yang hairan dengan keputusan memasukkan Ammar ke RMC , dan ada juga yg memberikan respon berbaur negatif..

Namun akhirnya RMC menjadikan Ammar kuat mental fizikal, Ammar mendapat kejayaan dalam bidang akademik, kokuriulum dan latihan ketenteraan. Kehidupan 2 tahun di RMC telah berjaya membentuk peribadi yang mantap dalam diri Ammar.

---------------------------------------------------------------

Ya Allah memang sebagai ibu bapa, buntu juga nak pilih sekolah anak anak...anak saya Adam Haikal yang sulung ni baru 6 tahun, tahun depan dah nak masuk darjah 1, pening juga saya nak fikir sekolah mana yang nak dimasukkan....

Cuma dari cerita Ammar ni, saya berkenan nak wujudkan suasana yang "mix"...islamic tapi dapat bergaul dengan semua lapisan....sekolah yang biasa biasa tapi luar biasa.. Ya Allah berikanlah yang terbaik untuk anak anak ku ....

Memilih sekolah anak anak adalah sesuatu yang subjectif untuk menentukan kualiti setiap sekolah...
Mungkin kita boleh buat strategi mengikut kemampuan dan keadaan kita dan anak...serah pada Allah agar diberi yang terbaik....insyaAllah.


UNTUK DAPATKAN BUKU CERITA CINTA AHMAD AMMAR 
BOLEH HUBUNGI SAYA
NORLIN 013- 9270211
ATAU 
FB Amir Izzani Norlin

Buku ini berharga RM 23 dan kos pos RM 7

ATAU 

BOLEH DAPATKAN SET KOMBO HOT INI 
PERCUMA SEBUAH BUKU AMMAR 

BUKU BUKU DALAM SET KOMBO HOT INI SEMUANYA BUKU BUKU PARENTING TERBAIK 
BESTSELLER PEBERBIT DAN PEMBEKAL  :)


HANYA RM 153, PERCUMA BUKU AMMAR
KOS POS RM 10 

Saturday, 5 April 2014

Reclaim your heart, buku mendidik jiwa ibu bapa.



Alhamdulillah, AKHIRNYA buku Reclaim Your Heart, Yasmin Mogahed sudah berada dengan kami setelah sudah lama kehabisan stok.


kenapa buku ini highly recommended untuk ibu bapa dan sesiapa sahaja?

=> kita tak mampu senyum gembira pada anak...di saat hati kita sesak dengan kegelisahan...

=> kita tak mampu mengawal jeritan dan tangisan anak..di saat hati kita juga menjerit dan menangis kebuntuan

=> kita tak mampu memimpin anak mencintai akhirat...di saat kita meletakkan dunia sebagai tujuan

=> kita tak mampu sabar menangani kerenah anak..di saat hati kita sendiri tidak tenang..

=> kita tak mampu berkreativiti dengan anak ..di saat kreativiti kita tersekat dengan fikiran fikiran yang menyesakkan...

=> Mulai saat ini, kita mulakan hidup yang lebih tenang..lebih dekat pada Ilahi....

=> agar kita bisa mencorakkan masa depan kita..pasangan kita..anak anak kita..dengan sesuatu yang menyegarkan..

=> Dalam Buku reclaim your heart karya Yasmin Mogahed banyak membantu persoalan di atas..

=> salah satu karya yang sedang di cari cari di pasaran antarabangsa...

dapatkannya bersama kami..


Buku ini berharga RM 81




ATAU


Anda boleh dapatkan KOMBO HOT dengan PERCUMA PERCUMA PERCUMA buku Cerita Cinta Ahmad Ammar di sini:

Semua buku ini adalah buku Best Seller samada di pasaran kami atau di pasaran penerbit.
hanya 40 set terbuka untuk semua sehingga 30 April 2014 ini.
40 set sahaja ya.
Jumlah harga semua buku di dalam KOMBO ini adalah rm 181
pada bulan ini, anda mendapat buku ini dengan harga RM 153, dan PERCUMA buku Cerita Cinta Ahmad Ammar (Harga Asal RM 23)
Harga pos: RM 9.80
Mahu lebih jimat kos pos? belilah secara beramai ramai kalau jiran, ahli keluarga atau rakan sepejabat mahu beli juga;)
Semoga lebih ramai mendapat manfaat dari segala ilmu dan rahsia kepunyaan Maha Pencipta


BERMINAT UNTUK DAPATKAN 
SET KOMBO HOT INI
BOLEH MSG SAYA 

NORLIN 013-9270211
FB Amir Izzani Norlin 
page FB : Hiyoko Islamic parenting 



Wednesday, 2 April 2014

Buku parenting PROMOSI SET KOMBO HOT!- PERCUMA BUKU AMMAR !!!

Bismillahirrahmanirrahim, 







Semua buku ini adalah buku Best Seller samada di pasaran kami atau di pasaran penerbit.


Hanya 40 set terbuka untuk semua sehingga 30 April ini.

40 set sahaja ya.



Jumlah harga semua buku di dalam KOMBO ini adalah rm 181

pada bulan ini, anda mendapat buku ini dengan harga RM 153, dan PERCUMA buku Cerita Cinta Ahmad Ammar (Harga Asal RM 23)


Harga pos: RM 9.80
Mahu lebih jimat kos pos? belilah secara beramai ramai kalau jiran, ahli keluarga atau rakan sepejabat mahu beli juga;)

Semoga lebih ramai mendapat manfaat dari segala ilmu dan rahsia kepunyaan Maha Pencipta






RECLAIM YOUR HEART 

by Yasmin Mogahead
Many of us live our lives entrapped by the same repeated patterns of heartbreak and disappointment. Often, we have no idea why this happens.  Reclaim Your Heart is about freeing the heart from this slavery.  It is about the journey in and out of life’s most deceptive traps.
Reclaim Your Heart is not just a self-help book. It is a manual about the journey of the heart in and out of the ocean of this life. It is a book about how to keep your heart from sinking to the depths of that ocean, and what to do when it does. It is a book about redemption, about hope, about renewal. Every heart can heal, and each moment is created to bring us closer to that transformative return. Reclaim Your Heart is about finding that moment when everything stops and suddenly looks different. It is about finding your own awakening. And then returning to the better, truer, and freer version of yourself. Many of us live our lives, entrapped by the same repeated patterns of heartbreak and disappointment. Many of us have no idea why this happens. Reclaim Your Heart is about freeing the heart from this slavery. It is about the journey in an out of life's most deceptive traps. This book was written to awaken the heart and provide a new perspective on love, loss, happiness, and pain. Providing a manual of sorts, Reclaim Your Heart will teach readers how to live in this life without allowing life to own you. It is a manual of how to protect your most prized possession: the heart.

HOT ISLAMIC PARENTING BOOK FROM UK 
THE MUSLIM PARENT'S GUIDE TO THE EARLY YEARS





The Muslim Parent's Guide to the Early Years is an invaluable aid for parents to help bring up their pre-school age children in an Islamic setting.



It offers advice from the Qur'an and Sunnah to the busy parent about a variety of issues from how to create a child-friendly, Islamic home environment right through to how to deal with a disruptive child.

It is packed full of ideas and activities that will keep children from the ages of 0 to 5 stimulated in all areas of their physical, mental, emotional and religious development, with sample daily activity plan, themes and observation chart.

CONTENTS:

1. The Role Of Parents
2. Creating An Islamic Home
3. Creating A Child Friendly Home
4. Raising Healthy Children
5. How To Deal With A Disruptive Child
6. Intellectual Development And Play
7. Child Development
8. Planning Your Day And Activities
9. Observing Your Child

Writer:
Ummu Safiyyah Najmaddin is a mother of two. She received her Diploma in Child Care and Education (DCE) in 2003 and currently is working towards her degree in Psychology. A passionate advocate of the Islamic education of the future generation, she has extensive experience working with pre-school children both in nursery setting and private tuitions.




Cinta Di Rumah Hasan Al Banna



                                                 




Menggambarkan contoh praktikal dalam kehidupan berumah tangga orang-orang soleh. Hasan Al Banna adalah figure yang soleh sekaligus pejuang dakwah yang harum namanya di dunia Islam. Bagaimana praktik kehidupan Hasan Al Banna ? Bagaimana ia menjalin komunikasi dengan isteri dan anak-anaknya? Dapatkan jawapannya di buku ini, melalui hasil temubual dengan anak-anak Hasan Al Banna Rahimahullah
As-Syahid Hasan Al-Banna, sebagai pewaris Nabi dan ulama mujtahid penyambung tugas penyampai Risalah Islamiyah ini, telah mengamalkan semaksima mungkin bagaimana praktikal dan amalan mendidik anak-anak yang beliau telah lakukan sendiri.

Justeru keteladanan yang telah ditunjukkan dengan nyata di dalam kehidupan keluarganya, terutama dalam pendidikan iman, ilmu dan akhlak, memberikan inspirasi hebat dalam kehidupan jemaah, terutama pelapis-pelapis besar yang mewarisinya, para ulama, pemikir, da'ie dan cendikiawan dalam medan dan rangkaian dakwah, sepetutnya terus menjadi pengajaran dan iktibar berharga bagi generasi kini, ulama, pendakwah dan aktivis gerakan Islam, khasnya pendidik dan orang tua dalam menghadapi cabaran dan tribulasi mewariskan perjuangan Risalah yang mulia ini kepada generasi akan datang

Muhammad Al-Fatih 1453

Pemuda yang mengukir namanya dalam sejarah emas dunia, dengan prestasi dan pencapaian yang tidak pernah ada pada masanya ataupun sebelumnya, prestasi yang jauh melampaui zamannya.
Ini adalah kisah ketika dunia hanya mengenal dua wilayah; Barat dan Timur. Ini adalah persaingan antara dua negara: Imperium Rom dan Khalifah Islam. Ini adalah ceritera saat dunia terbahagi menjadi dua bahagian; Kristian dan Islam. Ini adalah epik antara dua kekuatan: Byzantium dan Uthmani.
Pada suatu masa ketika dunia hanya terbahagi menjadi dua bahaagian, sudah menjadi kewajaran bagi Barat untuk menakluki Timur. Namun ada seorang pemuda yang membalikkan semuanya dan menakluki sebahagian besar Barat.
Pemuda yang mengukir namanya dalam sejarah emas dunia, dengan prestasi dan pencapaian yang tidak pernah ada pada masanya ataupun sebelumnya, prestasi yang jauh melampaui zamannya.
Ini adalah satu pertempuran paling penting dalam sejarah Islam dan sejarah dunia. Pertempuran yang sangat berpengaruh kepada hubungan Kristian dan Islam serta panglima terbaik yang telah digambarkan oleh Baginda Rasulullah SAW.




PERCUMA 
CERITA CINTA AHMAD AMMAR 


BERMINAT UNTUK DAPATKAN 
SET KOMBO HOT INI
BOLEH MSG SAYA 

NORLIN 013-9270211
FB Amir Izzani Norlin 
page FB : Hiyoko Islamic parenting 

PROMOSI INI HANYA UNTUK 40 SET SAHAJA!!!







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...