Monday 25 April 2011

tahniah adiiku najiy..selamat melangkah menjadi seorang Doktor.

Tahniah buat adik saya yang no 3... Najiy....
Semoga menjadi seorang Doktor yang baik, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab...
Kakak rasa lega, happy dan rasa terharu J dah berjaya harungi dunia medical student, dan sekarang kakak doakan J boleh terus melangkah dengan sabar dan tabah ke dalam dunia sebenar kedoktoran...

Doktor tu hanya sebuah tugas, pekerjaan....macam cikgu, jurutera, pensyarah, nurse, tukang kebun, suri rumah, penjual kuih, prpmoter supermarket....hanyalah sebuah pekerjaan untuk teruskan hidup membina keluarga....semua kerja kalau dilakukan dengan baik, ikhlas kerana Allah, insyaAllah akan berkat....gunakan peluang menjadi Doktor ni untuk lebih banyak ruang berjasa pada orang...kakak harap J best dengan kerja J nanti....jangan stress....

kalau ikut cerita abang li, housementship memang menguji kesabaran mental dan ketahanan fizikal....kakak harap J boleh buat...kakak yakin J boleh...yang penting J jagalah iman....Allah yang bagi semua kelebihan pada kita, kalau kita lupakan Allah....bila bila masa ja Allah boleh tarik ...semuanya atas kuasa Allah...jagalah solat tu yang paling utama....*kakak pesan untuk kakak samani*

Buat umi ayah, noli ucapkan tahniah juga kerana umi ayah dah mendidik kami adik beradik dengan cukup baik...senyum senyum senyum, shukur alhamdullilah....

Buat adik adik ku...nazli najiy nabilah....kakak pernah terbaca, selagi kita terus mendoakan ibu bapa kita dalam setiap akhir solat, insyaAllah apa yang kita doakan untuk diri kita akan dimakbulkan Allah....pada nazli yang dah berkeluarga....jagalah isteri dan anak dengan baik, seorang suami mesti lembut pada ahli keluarga dalam mendidik tapi mesti keras pada tempatnya....moga nazli dan aimi kekal bahagia ...irfan jadi anak soleh...

buat adiiku nabilah...satu satunya adik perempuan...kakak selalu ingat adik...dan kakak nak sangat adik berjaya dunia akhirat.....walaupun adik ni muda dari kakak..hihi tapi adik ni kira matang la jugak.....cuma kakak harap adik jaga la pergaulan, dan jagalah aurat, janganlah tudung semakin singkat....biasa biasa asal tutup dada dah ok....jangan pakai yang ketat ketat...kita try ikut apa yang agama suruh,...biasa biasa tapi yang menutup aurat..semoga adik dan kakkak semakin bagus ....juga untuk adik iparku aimi....kakak bershukur Allah pertemukan jodoh nazli dan aimi, Aimi seorang perempuan yang lembut dan baik...semoga aimi juga sama sama dengan kakak dan nabilah berusaha menjaga aurat .....kalau tak jaga aurat, kita dapat dosa....
juga untuk sesiapa bakal isteri najiy *dah ada ka J*.....jom kita menjaga aurat

kan kakak dah terbagi ceramah .....
buat adik adikku doakan kakak bahagia dan berjaya....

Sunday 24 April 2011

surah al Asr ....menusuk jiwa surah ni...

haikal dah berjaya hafal surah Al Khautar....surah Al khautah pendek tapi sebutannya susah, berbelit haikal membacanya...kalau ikutkan pada cara bacaan tajwid sebutan memang haikal banyak silapnya, takpalah kena sloe slow...mama yang kena belajar dulu ni...mama pun fail bab bab tu..hihi...

sekarang dah pindahkan ke surah Al Asr...haikal bila baca surah ni dia akan sebut sekali maksud pertama ayat dalam surah tu...DEMI MASA!....dia akan sebut macam oarang bersajak macam tu....
surah Al Asr ni nampak macam mudah haikal nak hafal..harap mudahla haikal...

saya rasa berderau sikit bila lihat maksud surah ni....

1. Demi masa!

2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

3. Kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan peasan dengan kesabaran.

Ya Allah bantulah aku agar aku bukan termasuk dalam golongan yang rugi....dan ya Allah berikanlah aku kekuatan dan kuatkanlah hatiku agar tidak mensia siakan masa yang ada...sesungguhnya Ya Allah aku sering alpa dan lupa...hanya engkau Ya Allah yang mampu membolak balikkan hati ini...tolonglah ya Allah beri aku tumpuan dalam setiap tingkahku, moga aku boleh melakukan setiap amanah dan tugasku dengan khusuk ......ya Allah hanya pada mu akau serahkan segalanya...jauhkanlah aku dari hasutan syaitan dan sikap malas diriku sendiri...amin.

terdengar lagu ni di radio


ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

yousuff bulat

bulatnya yousuff...

dengan cik wan yg rajin dukung yousuff...bakal bapa mithali ni

dengan makcik nad...hihi ka kak nad.....bulat la yousuff

gambar gambar acara masuk kelas baru haikal

pernah tulis entry ni kat sini

sampai sekolah, kena gi ambik name tag baru ...haikal masuk kelas kuma(beruang)...
lepastu haikal masuk kelas dia, mama papa adik yousuff gi ke dewan kecik....tak ramai lagi orang, mama ambik tempat depan sekali...


setiap kelas di panggil masuk dan duduk di kerusi depan ibu bapa....haikal sengih ja bila nampak mama papa....

senyum ja...asyik tengok mama papa......sayang haikal moga cemerlang dunia akhirat...

kek ulang tahun perkahwinan ke 4


terjumpa gambar kek yg saya buat 24 feb lalu ...buat ulang tahun perkahwinan yg ke 4....
moga Allah beri rahmat pada keluarga ini....semakin erat ikatan kasih, biar jatuh bangun kami memberikan rasa insaf, rasa sayang yang semakin marak, dan lebih menghargai rezeki kasih sayang ikatan kekeluargaan...moga anak anak jadi anak soleh baik cerdas cergas dan menghormati semua....amin...

ni pula gambar laith dan taghreed ...berkunjung ke rumah kami...sekarang mereka berdua dah pindah ke nagoya....moga mereka terus bahagia dan semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata pertama tak lama lagi

ni pula gambar bunga tulip yg haikal semai dan jaga di sekolah....pada bulan 3 hari tu, bunga tu dah mekar...dan akhir dapat bawa pulabg sempena akhir tahun sekolah, tapi sebab haikal demam tak dapat hadir untuk acara tahun akhir...petang tu sensei datang bawakan tulip ni dan hadiah hadiah yg lain......gambar menangis tu entahla sebab apa dah tak inngat...hihi haikal memang masih suka nangis


Wednesday 20 April 2011

urusan visa yousuff

sekarang saya sekeluarga berada di utazu grand hotel...kami bermalam di Utazu malam tadi, semalam kami uruskan hal visa yousuff ...alhamdullilah dah setel...cuma nanti kena datang kagawa lagi sekali untuk ambik visa ......Allah takdirkan visa yousuff problem ada hikmahnya jugak...kami dapat berjalan...hihi...

semalam lepas setel urusan visa, kami ke rumah kak Diana...kak Diana jamu makan nasi...alhamdullilah kenyang kami sekeluarga....best jugak sembang sembang dengan kak Diana...kak Diana pensyarah UMP, sambung phd ...kiranya nanti suami saya akan satu tempat kerja la dengan kak Diana.....

pastu kami ke Utaza ...lebih kurang 30 minit perjalanan dari imigresen tu....kami dijemput ke rumah teman suami saya Totoq atau nama betuldia Fairuz dan isterinya Ida....penuh meja depa jamu, ada nasi ayam, cheese kek, buah dan dadih...alhamdullilah kenyang kami malam tadi...
fairuz ni kerja dengan syarikat buat kapal....sembang sembang semalam, saya dapat tau yang nak siapkan sebuah kapal yang panjang 200 meter lebih ambik masa setahun....lama jugakkan tapi tengoklah harga sebuah kapal berapa...sapa yang boleh beli kapal memang orang kaya raya la..hihi

ermmm....haikal dan yousuff masih tido ni....kami plan hari ni nakjalan jalan Utazu ni...bandar Utazu ni kecik tapi terancang, nampak macam bandar baru....kedudukan di tepi pantai..jalan yang besar dan lapang, dan semuanya berpusat....best tengok keadaan bandar ni...

oklah, thanks buat kak Diana, totoq dan ida....mai la jalan ehime nanti...

Tuesday 19 April 2011

vidio

vidio haikal dengan surah al maauun dan vidio yousuff belajar mengesot..

kelakar yousuff ni mengesot tak pandai lagi...mengesot ke belakang...tapi gaya dah macam nak merangkak....hihi kalau ikut ayah ngah nazli dia, memang tak mengesot tapi terus merangkak...nampak gaya macam tu ja yousuff ni...gambatte yousuff!


Monday 18 April 2011

Yousuff dah mulai nak mengesot/merangkak


For crawling, place him on his tummy and press the palms of your hands against the soles of his feet. As he pushes against your hands (perhaps by accident at first), he'll move forward – more and more, as he learns the consequences of his actions. If he's already up on all fours and rocking back and forth, encourage him to crawl by holding or placing favorite objects just beyond his reach.

roti nan


Roti nan...menjadi...walaupun rupa tak comel ...tapi rasa jadi, lembut....akan selalu buat lepasni...ambil resepi dari sini...tapi tak letak cheese...nan kosong ja...makan dengan ayam tandoori yg tak berapa nak jadi, kuah dal dan salad....papa dan haikal pun suka...nanti mama buat lagi ya haikal.

Bahan bahan

  • 750 g tepung gandum
  • 250 g tepung naik sendiri
  • 250ml plain yogurt (low fat pun boleh)
  • 1 sudu serbuk yeast ( rendam dlm secawan air suam)
  • 2 sudu butter (olive oil lg sedap)
  • 2 sudu gula
  • sedikit garam
  • gula
  • Cara cara
  1. Rendam terlebih dulu yis didalam cawan berisi air suam2 kuku. Tunggu sehingga yis timbul.
  2. Sementara itu, di dalam mangkuk berasingan. campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata.
  3. masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati dan lembut, masukkan air sedikit demi sedikit jika perlu (if adunan terlalu kering)
  4. uli sehingga agak lembut, dan bulat2kan untuk diperam seketika ( sampai kembang dan gebu)
  5. canai leper, dan bakar atas kuali (prefferable non stick pan) leper tanpa minyak, api kecik, tunggu sampai kembong2 seperti dlm gambar, baru terbalikkan

Sunday 17 April 2011

Betul lah kata hukama... "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".



lagu dua insan




Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang


Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hati tetap padamu


Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga




makanan


ayam masak asam pedas...lama tak buat lauk ni...tepi tu roti telur ikut resepi fith

nasi goreng tuna dan telur bungkus...

ayam bakar salut kuah kacang...macam sate la ni...tapi ayam seketul hihi...dan salad ja...


nak tunjuk kek pisang tu...first time buat kek pisang guna bread maker....kurang best la....tak rasa macam kek pun, tapi macam roti pisang....okla...boleh isi perut jugak...tu ayam pedas...

kuih sagu first time buat tu....dan kuih cara , haikal panggil kuih kura kura...
cara buat kuih sagu merah ni sennag ja...1 cawan sagu+3 cawan air+1 cawan gula+pewarna merah sikit+sirap merah sikit+ daun pandan+garam sikit....masak semua sampai kering air...pastu kukus 30 minit.....dah siap kukus sejukkan...pastu potong, salut kelapa muda....kalau kat jepun ni tak ada kelapa muda....guna kelapa kering campur santan sikit....tabur garam sikit dalam kelapa kering tu..siap....sedap ..;)

roti potong biasa ja...lembut sedap .

ha ni yang mahal sekali ni...ayam kfc ni malaysia mari ni....adik adik kohai yang pulang bercuti yang bawa....arigato!...kami tak dapat join depa makan ramai ramai hari tu....jadi depa tapau bagi...arigato!....



cucuk haikal dan yousuff

hari ni haikal dan yousuff kena cucuk....
si adik nangis bila kena cucuk..tapi sekejap ja...rasanya yousuff nangis sebab pegang tangan dia kuat kot..

lepas adik giliran haikal pulak...

mama; Ok haikal ...haikal pulak kena cucuk ni...

haikal buat muka relax tapi nampak dia takut jugak sebab masa adik kena cucuk dia tengok

mama; Haikal cucuk ni untuk bagi haikal kuat, bagi haikal strong tau...
haikal; ha mama, haikal nak strong macam badman....haikal tak takut cucuk....

sambil duduk atas kerusi....pastu nurse suruh papa yang ribakan haikal...haikal tak nampak riak takut tapi nampak dia macam berhati hati..mesti gementar jugak tu dlm hati ...hihi

papa; haikal jangan tengok tau, tengok belakang...
haikal;ok

bila nurse cucuk...haikal diam ja..langsung tak nangis...dah selesai semua...haikal senyum ja, mama pun senyum jugak sebab haikal tak nangis

haikal; Tengok adik, abang tak nangis pun...abang tengok belakang barula tak takut...adik tak tengok belakang sebab tu adik takut nangis la...

haikal membebel kat adik yousuff....hihi .....abang haikal ni la....mentang mentang la dia tak nangis mengebat kat adik pulak .....adikkan kecik lagikan...

selesai sudah cucuk cucuk hari ni....nak balik hujan pulak dah. tak bawak payung dan baju hujan, nak redah kesian pulak kat yousuff dan haikal....papa pun terpaksala berkorban, kayuh basikal balik rumah ..ambik kereta...arigato papa!


macam biasa kalau gi Yoshida klinik ni...haikal memang suka main rocking horse sambil tengok kartun, hari ni haikal tak kacau mana mana budak...hihi selalunya haikal suka kacau kacau jugak kawankawan dia...makin besar dah kot haikal...bagus bagus

nila kaunter....kertas yang tertampal bawah IMFORMATION tu ada umumkan jumlah kutipan derma....23 309 yen kot jumlahnya......selalunya bila masukja klinik ni, staff staff kat kaunter tu akan jerit ...OHAYO! atau KONICHIWA!...bila nak balik depa akan jerit ODAIJINI! (selamat sihat)

papa bagi nasihat....

nurse nurse ...

nurse ajar papa cara pegang....masa daik yousuff mama yang pegang....tak ambik gambar pulak ..

haikal tengok belakang...ikut nasihat papa.....bagus haikal tak nangis...

masa tunggu papa ambik keta, haikal tengok tengok gambar dalam kamera...
haikal; Mama!...gambar mama ngan adik tak dak pun...mai haikal ambik gambar mama pulak...
hihi.....jadilah gambar ni, haikal tolong snap....kochi muite! (tengok sini!)...haikal jerit...

Wednesday 13 April 2011

kura kura

teringat cerita upin ipin...."Seronoknya membaca"
dalam cerita tu suka ayat ni...."kura kura tetap terus berlari walaupun ketinggalan jauh"

*******************************************************************************

Yousuff selsema sikit hari ni....sejak dah masuk 6 bulan ni, tiap tiap hari saya suap nasi kat yousuff.....nasi campur ubi kentang dan tabur ikan bilis goreng yang dah dikisar.....yousuff suka makan.....nanti mama buat nasi campur carot pulak ok :)...
Yousuff suka tengok jari dia sendiri sekarang ni....angakt tangan dan yousuff akan gerak gerakkan jari dia....comel sangat tengok telatah tu....
Yousuff suka bangun awal sekarang ni....mama bangun subuh dia pun bangun jugak....
ooo lupa nak tulis sejak dua minggu dah kot, Yousuff dah ada buaian.....papa yang reka....papa terbalikkan katil yousuff...pastu sangkut spring dan kain buai...nanti la snap gambar bubuh kat blog...sejak ada buai ni yousuff memang senang tido siang.....alhamdullilah...

haikalpun selsema jugak hari ni tapi masih ke sekolah macam biasa...haikal suka sangat tengok cerita upin ipin...selalunya tengok upin ipin time makan pagi ....sambil makan sambil tgk komputer...

haikal baru baca iqrak sampai sim baris atas bunyinya SA.....
bila nak mengajar anak mengeja alif ba ta ni...baru saya sedar yang saya ni tak ingat atau masih tak pandai sebenarnya....haikal tanya saya kenapa zal kecik dan zal yang panjang bila baris atas tu bunyinya sama ZA....dan juga sim dan sa baris atas bunyinya sama...SA....saya tak tahu nak sebut yang betul macammana....ceteknya ilmu saya....
semalam saya tanya suami, nasib baik suami saya tahu ....bolehla saya ajar haikal....
saya berfikir, Allah kurniakan saya anak ...dan Allah berikan minat dan usaha untuk saya ajar ...rupanya Allah nak saya juga belajar....syukur sangat....

dari segi hafalan pula....
haikal dah ingat surah Al Maa''uun...malam tadi baru naik surah ke surah Al-Kauthar....3 ayat ja surah ni....harap haikal suka la surah ni....maksud surah ni pun jelas dan senang di faham....

kalau dalam surah Al Maa''uun haikal suka pada maksud "zalim", "yatim " dan "miskin"....haikal kaitkan dengan upin ipin yang yatim piatu....hihi macam macam
dalam surah Al-kauthar ni pulak....haikal suka dengan maksud "akhirat" dan "sembelihla korban"...walaupun baca surah surah ni sambil main main dan santai....tapi bila buat hari hari, insyaAllah melekat juga dalam minda anak anak kecikni.....

ok jom kangsi bersama maksud surah Al -Kauthar...

1. Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikkan (di dunia dan akhirat)

2. Oleh itu kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu semata mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)

3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat segala yang diingininya)

Semoga Haikal ingat surah ni...dan saya dapat ambil pengajaran dari surah Al Kauthar ni....


Thursday 7 April 2011

ada jishin lagi ka..

pagi tadi sambil duk masak buka facebook..ada jishin lagi rupanya semalam....inalilah...semoga Allah selamatkanlah kami semua di bumi jepun ni....harapnya kawasan matsuyama tidak berlaku gempa.....hati saya teringat pada rakan rakan yg berada di kawasan agak bahaya....moga Allah beri perlindungan...

saya terbaca sebuah blog yang bagus...banyak aktiviti aktiviti menarik untuk anak anak dalam blog tu.... http://cinta-rasul.blogspot.com/

semangat betul si ibu yang buat macam macam aktiviti untuk anak anak nya....kagum saya....
banyak mainan yang direka sendiri.....kreatif....
banyak juga bahan bahan untuk mengajar membaca ada dalam blog tu...

saya teringat pada haikal...saya masih belum mengajar membaca secara tersusun pada haikal....saya cuma membaca mengeja main main ja....sambil makan nampak tulisan sama sama baca dan mengeja.....just suka suka....rasanya kalau saya nak serius ajar membaca mungkin boleh jadikan blog tu sebagai panduan, bahan bahan pun ada dalam blog tu blh print ja.....

tapi saya confuse lagi patutkah saya mengajar membaca secara serius pada haikal pada usia baru 3 tahun....tak awal sangatka,,,ermmm yelah kalau zaman saya dulu 7 tahun baru belajar mengeja
...tapi zaman dah berubahkan...

ermmmm....mungkin boleh ajar tapi jangan paksa untuk dia boleh membaca....slow slow sambil main main...supaya dia enjoy!......ok lah haikal jom kita buka buku.....adik yousuff pun rajin tengok buku ni...habis basah buku kena makan ngan adik yousuff....

Wednesday 6 April 2011

surah al masad dan surah quraisy

hihi saya ada daftar youtube...saya rasa vidio kalau simpan dlm youtube lebih jelas....


vidio haikal....aiskrim yg haikal pegang tu buat sendiri...senang ja masukkan jus budo (anggur) dalam bekas ais krim dan bekukan...siap!....


Tuesday 5 April 2011

teringat

teringat pada cikgu Tajun Niswa, ustaz Rahim, cikgu Shah, cikgu Roswan dan cikgu Disdi munah....moga Allah merahmati cikgu semua

surah Al-Maa''uun

ermm pagi ni saya berfikir untuk mulakan baca surah Al-Maa''uun untuk haikal dan yousuff....
saya tengok tafsir surah ni maksud dia jelas dan senang nak cerita...kalau surah Quraisy susah sikit nak story kat haikal....surah Al-Maa''uun ni pun saya rasa dekat untuk diri saya sendiri ambil pengajaran...

saya kongsikan di sini maksudnya

1. Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama(meliputi hari pembalasan)

2. Orang itu ialah yg menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim.

3. Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin

4. Maka kecelakaan besar bagi orang orang Ahli sembahyang

5. Iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyang

6. Juga bagi orang orang yang berkeadaan riak dalam ibadat dan bawaannya

7. Dan orang yg tidak memberi sedikit pertolongan kepada orang yang berhak mendapatkannya


harap haikal suka surah ni....dan mudah hafal....

Monday 4 April 2011

majlis masuk kelas baru sekolah haikal...

pagi tadi kami berempat berbasikal ke sekolah haikal...papa bawa yousuf di belakang, mama bawa haikal....haikal dah naik kelas kuma gumi (group beruang).....ramai ibu bapa yang hadir....ada acara suai kenal untuk setiap kelas secara beramai ramai dalam dewan kecil....sensei(guru) akan panggil nama sorang sorang dan murid bangun angkat tangan dan jerit haik!...kali ni lain sikit dari majlis lain sebab guru yang buat persembahan di depan...lagu hajimemashite (macam salam perkenalan)...

dah habis majlis suai kenal, semua anak anak masuk kelas masing masing...tapi ibu bapa kena dengar sedikit talk dari pengetua...agak mengantuk, suami pula asyik jeling jam sebab ada kerja lagi di lab...yousuff baik ja menghisap jari....senang sungguh yousuff ni boleh bawak masuk majlis ....

lepas tu ibu bapa kena ke kelas anak anak masing ada talk dari cikgu kelas pulak....suami saya tak dapat nak join ada kerja lab....saya dan yousuff ke kelas haikal....seronok sangat muka haikal bila nampak saya masuk kelas dia....duk cerita macam macam , pasal tempat tido dia la, mainan, buku.....lepas habis talk saya pun nak balik....ha time ni la haikal riau punyala kuat, nak ikut balik...ish serba salah saya....kalau papa tinggalkan basikal yang ada sit belakang haikal tu ok jugak nak bawak haikal balik, tapi papa tinggalkan basikal yg tak ada sit belakang....so memang tak boleh bawak haikal balik, biar je haikal nangis, berat hati jugak nak melangkah tadi.....

sampai kat tempat basikal, ada satu lagi masalah...eh macammana nak galas yousuff kat belakang ni....selama ni suami saya yang bawa yousuff kalau naik basikal.....saya agak risau bercampur tak yakin....dah galas agak agak kemas saya cuba yakinkan diri yousuff selamat, tapi ketika kayuh basikal tangan sebelah kiri saya pegang yousuff di belakang, masih terdetik rasa tak harap takut jatuh.....bila dah separuh perjalanan baru saya yakin untuk tidak pegang yousuff..galas macam galas beg naik basikal...yousuff diam ja dari tadi mungkin tido.....
alhamdullilah selamat sampai rumah...lega

perkembangan haikal....
haikal dah sihat demam, papa baru potong rambut depan haikal....hihi macam helmet...
ermmm minggu lepas haikal cuti seminggu, seminggu tu haikal banyak main kereta, susun puzzle, dan tido.....
mengaji ikrak trgendala sikit minggu lepas, semalam baru start balik....baru sampai zal.....
haikal dah berjaya hafal surah al masad dua minggu lepas lagi....dalam masa minggu demam minggu lepas,saya naikkan ke surah Quraisy,.... saya ada bacakan surah tu, tapi haikal tak mahu baca, mungkin sebab tak sihat dan lebih suka main kereta....tapi saya tetap bacakan satu satu untuk dia dengar lepas maghrib atau sebelum tido...

malam tadi saya nampak haikal dah cergas, jadi saya suruh dia baca surah Quraisy, saya terkejut sebab haikal dah hafal surah tu sampai habis....cuma ada yang sebut tak kena lagi....ohh macamtu rupanya, walaupun dia tak baca tapi dia ingat bila kita baca kat dia.....betulla orang tua tua kata otak budak budak ni macam span, serap ja semua...alhamdullilah.

yousuff pula....amat suka hisap jari....kalau dulu yousuff masukkan semua jari tapi sekarang yousuff lebih gemar ibu jari kanan...kadang kadang ibu jari kiri...dan kadang kadang jari kaki pun dia hisap jugak,,,hahaha....lawakla yousuff ni....
seingat saya haikal dulu ada juga hisap jari tapi sekejap saja dan tidaklah membawa tidur....tapi yousuff ni memang sampai tertidur....saya rasa amalan hisap jari ni menenangkan bayi dan juga memudahkan ibu.....alhamdullilah shukur pada Allah sejak 2 minggu ni sejak yousuff suka hisap jari mudah banyak nak menjaga yousuff, kebetulan mama kurang sihat pulak tu, terima kasih yousuff bucuk....

gambar majlis pagi tadi ada di kamera papa...nanti mama bubuh dalam blog ni lain kali ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...