saya ingin kongsikan apa yang saya dan suami lakukan untuk hadapi saat saat getir ni, mungkin kawan kawan yang hadapi masalah yang sama boleh cuba cara yang saya lakukan.
Sebelum tu saya nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada kawan kawan yang memberi cadangan dan dorangan, intan , shahiniz, nazima, kak wan, wafa, azah, diyana, mash dan ramai lagi ...terima kasih.
Rakan saya Intan ada berkongsi pengalaman melakukan fisioterapi, saya juga sedang mencari klinik yang sesuai untuk fisioterapi tetapi melihat pada perkembangan positif saraf saya ni, saya hold dulu dan teruskan dengan langkah langkah berikut.
1. Lakukan urutan mengikut cara ini cara urut saraf, untuk lakukan urutan ini sendiri memang boleh sebab urutannya simple tetapi lebih berkesan jika mendapat bantuan suami. Suami saya telah buat urutan ini pada saya, agak mudah dan memang kena dan fokus pada titik sarafnya. Lepas urut saya pakai stokin ikut cadangan rakan saya Azah Zamhari. Saya sangat syorkan pada kawan kawan yang ada masalah saraf kaki macam saya untuk buat urutan ini, bukan urutan sangat sebenarnya lebih pada memberi sedikit tekanan pada point point tertentu saraf.
2. Lakukan regangan, kedudukan macam orang buat yoga duduk bersela, rapatkan tapak kaki, saya tak dapat cari gambar yang sesuai jadi saya minta tolong anak anak untuk buat demo, moga dapat berkongsi dengan rakan rakan :)
(gambar saya bubuh kemudian yer)
3. Saya berpendapat mengekalkan badan panas (bukan demam) bagus untuk merawat saraf, jadi saya minum juga air halia (bukan yang pekat sangat), 2 biji alfalfa Shaklee, sebelum ni saya pernah sekali sekala makan alfalfa walaupun pregnant sebab bagi saya alfalfa tidaklah panas macam herba kampung lain (saya memang jenis mkn herba, so dpt rasa level kepanasan tu, alfalfa ok untuk badan saya. tapi kalau kawan kawan yang bukan jenis makan herba kampung mungkin anda kena kenal diri anda, takut alfalfa panas bagi anda )
4. Setiap hari saya akan makan sebiji vitamin C SR Shaklee dengan segelas air kosong di awal pagi masa perut kosong, dan lepas makan pagi saya makan 2 biji Ostematrik. Sebelum tidur juga 2 biji Ostematrik...jika sebelum ini saya ambil Ostematrik hanya sebiji 3kali seminggu, tapi dalam keadaan sakit saraf ni saya ambil semaksimumnya Ostematrik.
Pada awalnya, saya tak nampak apa apa kaitan ambil Ostematrik dengan saraf, tapi bila sakit saraf ni saya banyak baca pasal saraf...dan rupa rupanya memang ada kaitan yang besar sakit saraf dengan kekurangan kalsium...ingatkan kalsium berkait dengan tulang gigi ja rupanya banyak lagi peranan kalsium :). saya juga baru tahu...tu yang saya tekad ambil 4 biji Ostematrik setiap hari. Sebiji Ostematrik bersamaan 250 mg, so setiap hari saya ambil 1000mg kalsium ...untuk makluman kawan kawan, pengambilan kalsium adalah terbaik pada dos yang rendah, jadi ambil sikit sikit..sebiji sekali ambil atau 2biji...jangan terus telan 4 biji Ostematrik.
Ostematrik membantu pengecutan otot dan saraf :)...insyaAllah saya akan tulis kaitan kalsium dan saraf , moga boleh berkongsi ilmu ini pada kawan kawan terutamanya yang ada masalah macam saya.
5. Pakai stokin, atau selipar dalam rumah, terutamanya rumah yang bersimen macam rumah saya :)
saya kurang menitik beratkan hal ini, walaupun mak mertua saya selalu pesan pakai selipar masa di dapur...so bila dah terkena baru saya nak take action :)...jadi kawan kawan yang rumah banyak kawasan bersemen jomla kita pakai kasut :)..
6. Jangan minum air ais, terutamanya pada kawan kawan yang tgh sakit macam saya, minum air panas
7. Elakkan bangun dari tidur dan terus bergerak...pengalaman saya sangat perit untuk bangun pagi, sangat tajam sakitnya pada setiap gerakan, memang air mata mencurah curah setiap pagi...setelah seminggu saya telah belajar dari pengalaman, sedar dari tidur , buat regangan kaki dulu ..dalam keadaan baring tarik kaki macam bersela, biar betul betul regang...dan kemudia pusingkan badan macam meniarap...saya memang rasa lega regangan macam ni, dan mengurangkan sakit saya untuk bangun pagi sekurang kurangnya saya tak mengalir air mata :). Sekali lagi saya minta anak anak baik saya untuk buat demo :) , moga membantu rakan rakan yang senasib dengan saya.
(gambar ni pun saya letak kemudian yer )
8. Akhir sekali think positive :)...suami saya pesankan ini pada saya...cakap kat diri sendiri saya nak sembuh...saya nak sembuh..
sebelum ni bila sakit saya banyak kata " Ya Allah sakitnya"...tapi sekarang saya dah tukar " Alhamdullilah ya Allah sakitnya"...saya nak salurkan sebanyak mungkin cas cas positif pada saraf saya, moga Allah tolong saya. Allah beri saya sakit baru seminggu saya rasa sangat tertekan , fikir balik rakan rakan saya yang diuji lebih lama bagaimanalah perasaan mereka...sakit saraf sangat sakit, siapa yang pernah merasa tahulah macammana, nak minta tolong orang pun kita tak tahu nak minta tolong macammana
saya kongsikan sikit lagi, contohnya anda tersilap posisi ketika mahu berbaring, sakkittt sangat , dan anda tak mampu nak gerakkan kaki untuk hilangkan rasa sakit sebab setiap gerakan adalah sakit walaupun hanya menarik nafas (dasyatkan, tapi tulah yg saya rasa, tarik nafas panjang pun sakit saraf kaki tu ) jadi anda minta tolong suami , tapi suami nak ubah kedudukan kaki anda tu macammana?..sebab suami nak gerakkan pun akan memberi rasa tersangat sakit....jadi berdasarkan pengalaman yang sangat sikit ini saya kongsikan....
suami perlu mengubah kedudukan kaki kita sipesakit secara serentak dan menyeluruh, contohnya pegang kedua dua belah kaki di bahagian atas (area pinggul ) dan bahagain bawah (area betis)..dan angkat dengan serentak..baru ok..faham tak...ok takper, kalau anda pesakit saraf mungkin anda dapat faham sedikit sebanyak apa yang saya kongsikan :)
ini adalah perkongsian kalau anda sakit saraf pinggul ke kaki, kalau saraf tulang belakang atau saraf bahagian lain saya tak tahu...moga Allah mudahkan urusan rakan rakan yang ada masalah saraf...dan kongsikanlah sakit dan cara anda merawat untuk bantu orang lain dapatkan info...
Terus terang saya katakan seminggu ni saya memang mencari info tapi tak banyak perkongsian dari pesakit saraf sendiri...semoga apa yang saya kongsikan ini memberi maklumat pada anda, saya tidak terus berjumpa Dr kerana sebelum sebelum ini saya menghadapi masalah sama setiap kali prengnant dan Dr tidak dapat memberi rawatan direct sebab pregnant. untuk makluman kawan kawan saya mengalami masalah saraf setiap kali pregnant dan level sakit nya adalah berbeza beza untuk setiap pregnancy. Sakit ini akan hilang terus setelah bersalin. Jadi Dr hanya sarankan saya menjaga posisi badan, dan menjaga pemakanan.....tidak mencadangkan sebarang ubat seperti pain killer kerana saya mengandung.
Semoga sedikit perkongsian ini membantu terutamanya kawan kawan yg tengah pregnant dan mengalami masalah saraf di sekitar sciatic nerve.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi;
Puan Norlin
SMS 013-9270211
FB: Amir Izzani Norlin