Sunday 19 October 2014

menang mewarna

Sabtu lepas ada pertandingan mewarna ..sekolah haikal tadika perpaduan bandar kuantanputeri dan tadika perpaduan berjaya permai...

haikal tekun mewarna...antara yang paling lambat hantar tidaak seperti sebelum sebelum ni dia paling cepat hantar :)

Yousuff pun join juga...yousuff pun hantar sekali dengan abang dia..:)
Umar pulak conteng ja dia...tapi dia asyik cakap kat Anas..

"Anas jangan kacau, abang sekolah ni" :)




dah hantar terus bergegas ke playgroup untuk Yousuff di rumah cikgu Wahidah jadi tak sempat nak tahu keputusan...

dalam kereta haikal cakap

"mama, ..mama rasa haikal boleh menang tak...haikal tak pernah menang pun pertandingan mewarna...banyak kali dah masuk tak pernah menang"

saya doa dalam hati...biarla haikal menang, kesian pulak dia dah usaha dan berharap...






dan akhirnya...cikgu dan kawan kawan beritahu haikal dapat no 1...

teringat post di blog yang saya tulis pasal pertandingan mewarna haikal tahun lepas

Akhirnya usaha haikal dah nampakkan hasil..alhamdullilah

saya beritahu haikal...kalah menang tu adatla...tapi kita kena perbaikki diri dan usaha,,,

saya juga beritahu yousuff..." tadi Yousuff pun color tak habiskan...takpa nanti youusff usaha rajin rajin, insyaAllah tahun depan kalau ada lagi pertandingan cuba masuk,...biar ada perubahan yang lebih baik, macam abang haikalla dulu warna tak elok...sekarang dah elok banyak"

petang tu pula kami ke pertandingan fesyen show haikal...

saya pesan sekali lagi pada haikal

" kita usaha, beranikan diri....kalau kalah atau menang tak jadi hal" :)   :)

sekolah haikal hantar 6 orang wakil...

dalam acara ni haikal dapat saguhati...

dia tak ingat step silat yg saya ajar..hihi takpalah haikal






Testimoni Octard

Alhamdullilah

di sini saya kongsikan beberapa testimoni pengguna Octard






Berminat boleh terus msg saya

Norlin 013-9270211

Trial set RM 95 
Octard foundation RM 58 
Octard soft 2 cake foundation RM 63
 include postage from Japan


Wednesday 15 October 2014

gagal itu kan biasa ...

terjumpa gambar ni...

ada cerita disebalik gambar gamba ni..

saya masih ingat ...hari tu , haikal ada pertandingan mewarna di sekolahnya...saya , yousuff dan Umar ikut serta melihat pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh bank rakyat tak silap...


jadi haikal mewarna dengan sangat tekun pada mulanya, gambar utama adalah seekor burung nuri yang sedang naik slide di laut...haikal mewrna dengan elok gambar burung nuri...saya hanya melihat sambil jaga umar yang nak mewarna sama...dan juga yousuff juga diberikan kertas oleh cikgu puspa untuk join sekali mewarna....tetapi di ketika masa dah semakin nak habis, haikal mewarna dengan agak cincai background lukisan tu...backgroundnya adalah gambar laut dan ombak....terkejut juga saya tapi untuk menegurnya ketika itu tak sempat sebab lihat dari jauh saja...

ketika pengumuman pemenang tempat pertama kedua dan ketiga di buat...saya lihat wajah haikal berharap agar dia menang....tapi dia tak menang pun, nampak air wajahnya yang kecewa....haikal tengok ja rakan rakan nya yang menang...saya tahu haikal nak hadiah sebenarnya :)

selesai majlis saya ucap tahniah kat haikal

" haikal tadi mama tengok haikal warna burung nuri tu cantik sangat...tak keluar pun garisan..warna pun menarik, ...tapi bila haikal warna background lukisan tu haikal warna tak ikut arah yang sama...sebab tu tak nampak elok dah lukisan tu"

haikal akui yang dia warna tak kemas background lukisan tu....

malam tu bila suami pulang dari kerja saya ceritakan pada suami hal pertandingan mewarna...saya minta suami lukis gambar burung sebab saya tak pandai sikit melukis ni...dan saya nak ajar haikal mewarna dengan elok....jadi malam tu haikal dan adik adiknya mewarna...yousuff pun ikut sekali tapi yousuff dia lebih suka mewarna di buku ...yousuff pun pandai mewarna juga, dia lebih teliti sikit....

malam tu saya ajar haikal tentang kalah menang...bukan semua pertandingan kita akan menang...
saya ajar dia untuk terima kekalahan dan belajar dari kesilapan dan untuk kita belajar jadi lebih baik
saya juga ajar haikal...untuk berlatih jadi baik dalam sesuatu hal...
walaupun haikal tak dapat mewarna dengan elok hari ni, kalau selalu berlatih akan dapat mewarna dengan baik suatu hari nanti.....

memang sedih bila nampak riak kecewa pada anak kita walaupun hanya pertandingan mewarna...
tapi pengajaran dari kekalahanni sangat besar, banyak benda yang baik baik berjaya diterap masuk ke hati dan jiwa anak anak insyaAllah










kapal terbalik di Dungun

malam ni sambil susun susun gambar terjumpa gambar gambar di Dungun hari tu...semasa ikut papa ada meeting di Dungun...kami jalan jalan di pantai teluk bidara..

saya suka pokok ni...unik dan antik :)



pokok kelapa yang tumbang macam ni selalu ada di pantai kampung saya, selalunya budak budak main meniti dan buat jongkang jongkit...nampak tak jauh nun di sana ada kapal karam ditimbus pasir, besar juga kapal tu


Umar tak berani panjat kapal ni...




tengok pokok tajam tajam yang haikal dan umar main tu ...masa saya kecil kecil pun selalu main pokok ni...selalunya kami lepaskan bunga ni ditiup angin pantai dan kami akan kejarrrrrr ramai ramai best !

cantik gambar ni , suami saya yang ambil gambar ni ...saya sukakannya :)

pantai :)


Monday 13 October 2014

Selamat hari jadi Yousuff dah 4 tahun....Usaha Haikal !!!

Assalamuallaikum..

malam ni saya tidur lambat sikit...

sebelum tu , nak ucapkan selamat hari jadi buat hero kecil papa mama...Ahmed Yousuff 11 oktober ....dah 4 tahun dah...alhamdullilah, moga Allah beri keimanan, yousuff jadi anak soleh baik dan penyanyang...mama sayang sangat yousuff....

Sempena dah masuk umur 4 tahun ni, saya dah stopkan botol susu buat yousuff...nampakla yousuff jeling jeling botol susu adiknya Umar...dan pernah semalam, bila Umar tak habis minum susu, dia habiskan...saya buat buat tak nampak...takpalah slow slow...tapi botol susu Yousuff memang saya dah simpan dalam almari.... :) tak dak botol dah tau Yousuff...

malam ni saya stay up sikit ...tadi cikgu Puspa baru send gambar keratan newspaper english...7 keratan semuanya...panjang panjang pulak tu....untuk Haikal...hari khamis ni ada pertandingan membaca...
so ada dua hari lagi...untuk haikal baca dan lancar...hari pertandingan tu nanti , akan diundi dapat petikan yang mana....terkejut juga saya bila tgk petikan tu panjang ..dan banyak perkataan yang susah...sebelum ni saya bayangkan keratan pendek sahaja....takpalah, fikir positif usahalah haikal sekuatnya...nasib baik juga diberi awal walaupun sangat singkat masa diberi...kalau diberi masa atas stage tu lagilah susah...so sekarang 2 hari ni, gambarre haikal....usaha tangga kejayaan...kita usaha saja dulu , selebihnya tawakal saja dan doa...

pada hari yang sama juga ada persembahan coral speaking...coral speaking ni tak risau sangat sebab mereka dah berlatih lama...

mama doakan yang terbaik buat haikal....dan juga Yousuff....mama dah start ajar yousuff a b c...yousuff ni sangat luar biasa tau...mama kena ubah cara untuk ajar yousuff...tak sama macam abg haikal...moga Yousuff dan haikal jadi anak bijak soleh dan baik amin.

Friday 10 October 2014

nasihat dari fb

saya terjumpa notes ni di fb dari Akmal Ismail

saya kongsikan di sini buat bacaan saya di kemudian hari

rasanya sangat bagus untuk diri saya dan suami

-----------------------------------------------------

Wahai ibu, wahai ibu, wahai ibu, dan wahai bapa




Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibu bapa yang baik, ialah ibu bapa yang sentiasa mempertingkatkan diri sendiri bacalah jika ingin menambah ilmu, segala yang baik, dari Allah...:



1. untuk ajar/ubah minda anak-anak, gunakan +ve reinforcement samada dalam perbuatan atau perkataan,jika anak-anak ada perbuatan yang negative, seperti gemar memukul adiknya sendiri gunakan perkataan +ve..iaitu

" abaaaang, sayang adik...berlembut dengan adik..tolong adik..nanti kalau abang susah, barulah adik tolong..sebab abng suka sayang adik"...

jangan guna perkataan -ve..

" jangan,x boleh" dan sebagainya.



2. jika nak menghindarkan anak-anak melakukan sesuatu tabiat buruk, maka terlebih dahulu ibu bapa, wajib
menunjukkan perbuatan baik itu terlebih dahulu, anak-anak lebih belajar melalui peniruan terhadap perbuatan kita berbanding lisan kita...contohnya anak kita gemar memukul ibunya dengan kuat...

jadi kita, sambil memeluk isteri, atau membelai lembut si isteri kita..kita sebut

" tengok ni, papa sayang mama,papa lembut je dengan mama, mama pun sayang papa, mama sayang je papa",,,

anak- anak akan meniru perbuatan kita samada +ve atau -ve..



3. Jika ingin membuat suatu peraturan hukuman terhadap anak-anak, jangan memukul fizikalnya, malah
sebagai hukuman, ambil satu alat mainannya, atau sesuatu yang menjadi kesenangannya..contoh, ambil permainan kegemarannya, ambil sesuatu keseronokannya jika dia tidak mahu mengikut undang undang...

contohnya "baby, kalau baby xmau simpan balik semua permainan, mama xmau bawa baby ke taman petang nanti"...



4. Jika ingin memberi suatu peraturan kepada anak anak, kita wajib jelaskan apa peraturan itu, apa hukuman yang bakal dikenakan dan wajib menerangkan apa kesan jika anak-anak tidak mahu mengikut peraturan tersebut..

contohnya " baby, setiap kali baby main, lepas main kena susun balik mainan dalam kotak mainan tau, kalau baby x susun balik, mama akan simpan mainan baby selama 2 hari, baby x boleh main permainan baby tu, 2 hari....sebab apa mama suruh simpan, sebab kalau baby x simpan, nanti baby terpijak mainan baby, kaki baby sakit, boleh berdarah, boleh terjatuh, boleh patah gigi..haaa..baby kan baik, rajin, dengar cakap mama,,kan?"

lihat di akhir ayat contoh, ada +ve reinforcement skali lagi...



5. Jika ingin memberi sesuatu peraturan, pastikan peraturan itu tidak menyekat perkembangan kreativiti anak-anak anda, selagi perbuatannya itu tidak membahayakan diri, maka jangan dilarang..



6. jangan sesekali memarahi anak-anak di hadapan orang ramai, anak-anak akan merasakan hilang tempat berlindung dan hilang daya kreativiti,,malah puji anak-anak setiap masa, insyaAllah dia akan membuat mengikut apa yang kita suka..



7. Memek muka marah, intonasi suara marah, apatah lagi perbuatan hukuman fizikal yang menyakitkan, akan membantutkan minda kreatif anak anda..dan meningkatkan minda survival anak...dia akan membesar menjadi seseorang seperti ayah ibunya, yang gemar menyakiti fizikal, mental dan roh orang lain, menjadi tidak sensitif terhadap perasaan orang lain..



8. Malah ajar anak empati,,,dan kasih sayang, sentiasa senyum, dan memuji anak-anak...sentiasa membuat perbuatan +ve dihadapan anak-anak, suami isteri sentiasa hormat menghormati dan sayang menyayangi antara satu sama lain, apatah lagi dihadapan anak-anak, sekiranya bersama anak-anak, tetapi tiada pasangan anda disitu, maka pujilah pasangan anda dihadapan anak- anak. Anak-anak akan meniru perbuatan +ve
ini, dan akan menghormati ibu dan bapanya.



9. Empati merupakan satu skill sosial yang amat penting di dalam menentukan kejayaan anak- anak di masa hadapan pada pendapat saya,lebih dari IQ…empati ialah dimana seseorang itu memahamkan orang lain, bahawa dia faham perasaan orang lain…secara automatic, perasaan orang lain itu akan menjadi stabil, dan orang lain akan menyukai orang yang empati..bagaimana mengajar empati kepada anak-anak? Pabila anak sedang beremosi, contohnya, anak kehilangan mainan kesayangannya, lalu menangis meronta inginkan mainannya itu, dirinya penuh dengan emosi…fahamkan dia yang kita faham perasaannya…

seperti ini “ baby sedih, bobot(nama permainan beliau) hilang..sebab tu baby menangis, …“

kemudian samakan dirinya dengan diri kita “….kalau mama hilang bobot mama pun, mama sedih, mama menangis…” dan cukup setakat itu (boleh ulang ayat2 ini),

pada mulanya anak itu mungkin akan menangis makin kuat untuk melepaskan lagi perasaannya, terus ulang
perkataan- perkataan empati itu…dia akan slow down, selepas melepaskan perasaan, dan emosinya akan stabil kembali….ini teknik mengajar anak empati dengan orang lain, disamping memahamkannya dengan perasaannya sendiri…

Contoh lain, anak itu marah dengan papanya sebab kerap outstation, jadi keluarkan ayat sebegini

“ baby marah ya, sebab papa kerja jauh, x balik rumah kan? Baby marah, sebab tu baby jerit-jerit…dulu-dulu,
mama pun marah, kalau tokwan kerja jauh-jauh…”..

ini teknik mengajar anak empati, bila besar kelak, beliau akan menjadi seorang pendengar yang baik dan
mempunyai daya empati yang hebat, rakan-rakan dan orang ramai akan senang bersamanya, insyaAllah.



10. Anak-anak umpama kain putih, seperti di dalam hadis rasulullah SAW…yang mencoraknya ialah kita, ibu bapa, kita adalah sistem asas yang membentuk akhlak anak-anak kita, kita bertanggungjawab utama membentuk akidahnya…lihat akhlak perbuatan kita…adakah seperti nasrani? Seperti yahudi? Atau seperti mukmin sejati?

Adakah kita sentiasa menunjukkan perbuatan yang terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak kita?
Adakah kita membaca quran setiap hari untuk menjadi ikutan anak-anak kita?
Adakah kita sentiasa mengembalikan segalanya kepada Allah dalam percakapan kita kepada anak-anak?
Adakah kita menunjukkan akhlak yang terbaik sesama suami isteri di hadapan anak-anak?
Adakah budaya membaca kita tunjukkan kepada anak-anak?
Adakah kita selalu membawa mereka ke kedai-kedai buku, supaya mereka menyayangi ilmu?
Adakah kita selalu bercakap lembut dengan mereka?
Adakah kita selalu memberi mereka pujian dan hadiah semasa mereka mereka berbuat baik?
Adakah kita selalu menahan diri dari mengasari fizikal dan roh mereka?
Adakah kita mengamalkan sunnah nabi, supaya mereka terikut sama?

Ingat,,,anak-anak lebih mengikut kelakuan kita, berbanding percakapan kita….kurangkan membebel…lebihkan
amali…gunakan +ve reinforcement di dalam percakapan, mahupun perbuatan…

wallahua'lam.

La Haula wa La Quwwata illa billah

(Tiada Daya dan Upaya Melainkan Pertolongan Allah)
jemput2 share..

Thursday 9 October 2014

keledek oh keledek!

Balik raya haji di Terengganu hari tu..
kami pakat pakat bakar ayam dan ada juga keledek...
dan kemudian pagi raya kami masak nasi beriani

First time saya buat nasi beriani....ikut ja resepi kat bungkusan set nasi beriani tu...
akhirnya jadi jugak...  :) tapi saya rasa kurang kick..tak macam nasi beriani yg makcik johor masak masa kenduri najiy hari tu....kena call makcik ni menuntut ilmu..sedap nasi beriani dia buat.

mak mertua saya pun tak pernah buat, cuma adik ipar yang belajar mesir yang pernah masak nasi beriani tu...rupanya nak masak nasi beriani ni tak guna air banyak...600 ml air untuk 1 kilo beras....rasa ragu ragu jugak saya, siap angkat periuk tunjuk kat mak mertua betul ke tak ni macam was was sungguh kang tak masak nasi ni....

nasib baik ok, sebab beras beriani ni jenis lembut dan kita dah rendam dulu beras tu lebih kurang 40 minit, so memang masak elok dan lembut nasinya...cuma rasanya ja kurang sikit pada pendapat saya...

ok ...hihi melalut cerita nasi beriani...
nak cerita pasal keledek ni sebenarnya...

keledek ada lebih hari tu jadi kami bawa balik lah kuantan sikit

cucur keria dah buat
cek mek molek pun dah buat...

hari ni rasa nak buat bingka keledek pulak ...
tapi dah lama tak buat terpaksalah google....

 sini resepi bingka keledek orennya



Wednesday 1 October 2014

Diam!

Untuk diamkan anak anak ...
ibu ayah tak boleh hanya suruh atau jerit

"Diam!"




ibu ayah kena berkorban sikit,
kena sediakan aktiviti...

anak tgh lompat lompat bising

" jom sini semua, tengok kaki ayah ni...kenapa la tapak kaki ayah ni pecah pecah....ayah rasa sakit ni"

semua anak kerumun si ayah...
mungkin ni akan keluar dari mulut mulut kecil yang aktif ni ...

"ayah tak pakai kasut kot"
" kesiannya ayah, sakit tak ni"
"kaki adik tak jadi macam ni pun, kaki adik lembut ja"
"sebab ayah dah tua, ayah banyak jalan berdiri"
"kalau pecah macam ni, cacing boleh masuk ni ayah"

" ok mai tolong ayah sapu lotion ni, bagi lembut tapak kaki ayah ni..."jerit si ayah sambil agihkan lotion pada tapak tangan setiap anak, jangan diberi botol lotion tu terus nanti berebut pula botol lotion tu. 

semua anak leka sapu kaki ayah dan kaki mereka sendiri....

tak perlu menjerit marah suruh diam

sabarlah wahai ayah dan ibu 

Kod warna Octard dan Naturactor foundation


Assalamuallaikum

Untuk memudahkan rakan rakan yang nak beli octard atau naturactor foundation kami sediakan kod warna mengikut wajah artis...mudah sikit anda nak pilih...

tapi sebelum tu masih ada yang tertanya tanya nak pilih octard atau naturactor....kedua dua produk ni adalah di bawah meiko cosmetic,

ok secara ringkasnya ,

Perbezaan octard dan naturactor adalah pada ingredientsnya, dari segi coverage sama je boleh cover blemishes (parut jerawat, jeragat).. octard texture die lebih moist dan soft dari naturactor .

Octard sesuai utk kulit kering, naturactor sesuai untuk oily skin.. 
tetapi jika oily skin, yang selalu kerje atau stay indoor or dalam air cond, boleh je pakai octard takde masalah. :)

Naturactor RM 50 include postage from Japan
Octard RM 58 include postage from Japan

                                                                                Naturactor 


130 : Untuk kulit sangat cerah (Chinese skin color)
140 : Untuk kulit cerah ke medium tone (Chinese skin color to very fair Malay skin color)
141 : Untuk kulit cerah/natural (Fair skin color for Malay)
151 : Untuk kulit sawo matang (Typical Malay skin color)
171 : Foundation untuk cover cela di muka

RM 50 include postage from Japan.

Kandungan cover face: minyak jojoba (jojoba oil) beras (rice)

1) Minyak Jojoba memang terkenal dengan fungsinya untuk melembap. So, dengan adanya ingredient ni, Cover Face mampu membantu untuk menghidratkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut, dan cantik berseri.

2) Cover Face ni jugak adalah rice based powder, so ia menyerap minyak berlebihan yang dihasilkan oleh kulit, menyeimbangkan kelembapan kulit agar tidak berminyak, menghasilkan kulit yang bebas dari keradangan dan jerawat. 


3) Kombinasi dua ramuan di atas mampu menghasilkan kulit yang lebih sihat, lembut dan berseri.

4) Cover Face juga terkenal sebagai ''moist powder foundation'' - yang bertindak sebagai bedak asas dan pelembab. Sambil menjadi foundation (menutup cela di muka), ia juga bertindak sebagai pelembap pada kulit.

5) Bertindak sebagai pelindung dari sinar UV, menjadikan kulit tidak mudah gelap (act as sunblock too)

6) Tidak menutup pori2 di muka, ringan, tidak melekit, tidak bertompok2 apabila dipakai.

7) Bertindak sebagai 3-dalam-1 foundation; sebagai bedak asas, pelembab, dan juga sunblock.

Sapu kat muka macam pakai foundation menggunakan span mekap then apply to all parts of your face. Cover face ni jenis mudah sebati dan 'masuk' ke dalam kulit. Teksture die sangat padat dan menutup parut2 di wajah. Then pakai compact powder @ any loose powder> NATURACTOR Silky Lucent Powder. ** tahan selama hampir sepuluh jam ! berpeluh pon, this foundation still mantain ... Tak bercapuk langsung.

** Confirm ORYGINAL made in Japan.



Octard 


Octard Cover Face (Foundation)#100% ORIGINAL MADE IN JAPAN.

# ISO9001 OBTAINED CERTIFICATION - for improving the International Standard of Quality.
# ISO14001 ACHIEVED CERTIFICATION - tackling the environmental problem.
# AMAZING QUALITY - REASONABLE PRICINGORIGINAL FROM JAPAN!!! OCTARD MEIKO- Cover foundation ( seperti cover face naturactor)

** diperbuat dari royal jellly
** texture lebih halus & lembut drp cover face naturactor
** ada 1 code colour lebih gelap dr cover face naturactor
** sgt2 best

OCTARD Cover Foundation Range

S31: kulit cerah mcm cina (cover face 130)
S41: kulit cerah melayu (cover face 140)
S51: kulit sawo matang (cover face 141)
S52: kulit hitam manis (cover face 151)
S71: concealer (cover face 171)

RM58 each including postage from japan.

Boleh terus sms saya 
Norlin 013-9270211
untuk dapatkan produk produk ni
fresh dari Jepun :) 
diterbangkan kepada saudari :)


ayah

Assalamuallaikum ...

Alhamdullilah .....
orang orang yang saya sayang masih dipinjamkan lagi..
untuk saya curahkan kasih, yang dekat boleh ditatap dipeluk dan disayang...
yang jauh, boleh berbual melalui telifon,
kirimkan doa dan harapan...


ayah memang sangat rapat dengan haikal yousuff umar...ingat masa haikal kecil dulu ayah selalu baca ayat al quran pagi pagi jelas jelas di telinga haikal, ayah selalu bercerita kat cucunya, selalu ajak main bola, mandi pantai, lumba lari...ayah selalu buat acara sukan kat cucu cucu.... sayang TOK AYAH!!!


hati saya teringatkan ayah di kampung...
ayah saya kurang sihat, sudah 2 bulan lebih sakit kaki , tak dapat tidur malam...
badan ayah dah surut banyak.
tapi ayah masih boleh senyum...
kalau lihat dia seolah dia sihat tak sakit pun...
sebab ayah seorang yang kuat, tabah, sabar dan positif selalu...
Ya Allah sihatkan lah ayah ku...dia sangat baik ya Allah..

sekarang ayah di hospital, sudah 2 hari..
bertemankan ummi yang sentiasa di sisi...
ayah dan umi tak pernah jauh, kalau jauh...ayah susah hati, umi ibarat hilang kaki...
sebab tu kemana sahaja ayah pasti ada umi, dan umi akan sentiasa dengan ayah...

insyaAllah ayah, noli balik jumaat ni...
walau pun sangat sekejap jumpa ayah
tapi moga ayah happy ...

terasa sangat insaf...
besarnya kasih sayang ayah..
memang tak mampu nak balas...di dunia dan akhirat...

sabar ja ayah...
sakit tu ...beri pahala kalau kita redha dan sabar
ayah memang orang yg sangat sabar
sebab tu Allah beri ujian ini..

insafnya diri
ayah sakit , saya di sini masih di sini
ayah sakit, saya lihat besarnya kasih suami isteri
umi jadi kuat walaupun umi nampak lemah

teringat dulu pernah tanya ayah..

"ayah , saja tanya...
ayah nak ummi mati dulu, atau ayah mati dulu?"
soalan nakal anak yang tak matang lagi...

ayah jawab
"biar umi mati dulula, kalau ayah mati dulu...macammanala umi nak hidup hari hari, umi kalau tak dak ayah tak pegi manala...umi memang kena ada ayah"

moga ayah dan umi kuat dan tabah...

noli doa selalu

:(




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...