Friday 10 October 2014

nasihat dari fb

saya terjumpa notes ni di fb dari Akmal Ismail

saya kongsikan di sini buat bacaan saya di kemudian hari

rasanya sangat bagus untuk diri saya dan suami

-----------------------------------------------------

Wahai ibu, wahai ibu, wahai ibu, dan wahai bapa




Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibu bapa yang baik, ialah ibu bapa yang sentiasa mempertingkatkan diri sendiri bacalah jika ingin menambah ilmu, segala yang baik, dari Allah...:



1. untuk ajar/ubah minda anak-anak, gunakan +ve reinforcement samada dalam perbuatan atau perkataan,jika anak-anak ada perbuatan yang negative, seperti gemar memukul adiknya sendiri gunakan perkataan +ve..iaitu

" abaaaang, sayang adik...berlembut dengan adik..tolong adik..nanti kalau abang susah, barulah adik tolong..sebab abng suka sayang adik"...

jangan guna perkataan -ve..

" jangan,x boleh" dan sebagainya.



2. jika nak menghindarkan anak-anak melakukan sesuatu tabiat buruk, maka terlebih dahulu ibu bapa, wajib
menunjukkan perbuatan baik itu terlebih dahulu, anak-anak lebih belajar melalui peniruan terhadap perbuatan kita berbanding lisan kita...contohnya anak kita gemar memukul ibunya dengan kuat...

jadi kita, sambil memeluk isteri, atau membelai lembut si isteri kita..kita sebut

" tengok ni, papa sayang mama,papa lembut je dengan mama, mama pun sayang papa, mama sayang je papa",,,

anak- anak akan meniru perbuatan kita samada +ve atau -ve..



3. Jika ingin membuat suatu peraturan hukuman terhadap anak-anak, jangan memukul fizikalnya, malah
sebagai hukuman, ambil satu alat mainannya, atau sesuatu yang menjadi kesenangannya..contoh, ambil permainan kegemarannya, ambil sesuatu keseronokannya jika dia tidak mahu mengikut undang undang...

contohnya "baby, kalau baby xmau simpan balik semua permainan, mama xmau bawa baby ke taman petang nanti"...



4. Jika ingin memberi suatu peraturan kepada anak anak, kita wajib jelaskan apa peraturan itu, apa hukuman yang bakal dikenakan dan wajib menerangkan apa kesan jika anak-anak tidak mahu mengikut peraturan tersebut..

contohnya " baby, setiap kali baby main, lepas main kena susun balik mainan dalam kotak mainan tau, kalau baby x susun balik, mama akan simpan mainan baby selama 2 hari, baby x boleh main permainan baby tu, 2 hari....sebab apa mama suruh simpan, sebab kalau baby x simpan, nanti baby terpijak mainan baby, kaki baby sakit, boleh berdarah, boleh terjatuh, boleh patah gigi..haaa..baby kan baik, rajin, dengar cakap mama,,kan?"

lihat di akhir ayat contoh, ada +ve reinforcement skali lagi...



5. Jika ingin memberi sesuatu peraturan, pastikan peraturan itu tidak menyekat perkembangan kreativiti anak-anak anda, selagi perbuatannya itu tidak membahayakan diri, maka jangan dilarang..



6. jangan sesekali memarahi anak-anak di hadapan orang ramai, anak-anak akan merasakan hilang tempat berlindung dan hilang daya kreativiti,,malah puji anak-anak setiap masa, insyaAllah dia akan membuat mengikut apa yang kita suka..



7. Memek muka marah, intonasi suara marah, apatah lagi perbuatan hukuman fizikal yang menyakitkan, akan membantutkan minda kreatif anak anda..dan meningkatkan minda survival anak...dia akan membesar menjadi seseorang seperti ayah ibunya, yang gemar menyakiti fizikal, mental dan roh orang lain, menjadi tidak sensitif terhadap perasaan orang lain..



8. Malah ajar anak empati,,,dan kasih sayang, sentiasa senyum, dan memuji anak-anak...sentiasa membuat perbuatan +ve dihadapan anak-anak, suami isteri sentiasa hormat menghormati dan sayang menyayangi antara satu sama lain, apatah lagi dihadapan anak-anak, sekiranya bersama anak-anak, tetapi tiada pasangan anda disitu, maka pujilah pasangan anda dihadapan anak- anak. Anak-anak akan meniru perbuatan +ve
ini, dan akan menghormati ibu dan bapanya.



9. Empati merupakan satu skill sosial yang amat penting di dalam menentukan kejayaan anak- anak di masa hadapan pada pendapat saya,lebih dari IQ…empati ialah dimana seseorang itu memahamkan orang lain, bahawa dia faham perasaan orang lain…secara automatic, perasaan orang lain itu akan menjadi stabil, dan orang lain akan menyukai orang yang empati..bagaimana mengajar empati kepada anak-anak? Pabila anak sedang beremosi, contohnya, anak kehilangan mainan kesayangannya, lalu menangis meronta inginkan mainannya itu, dirinya penuh dengan emosi…fahamkan dia yang kita faham perasaannya…

seperti ini “ baby sedih, bobot(nama permainan beliau) hilang..sebab tu baby menangis, …“

kemudian samakan dirinya dengan diri kita “….kalau mama hilang bobot mama pun, mama sedih, mama menangis…” dan cukup setakat itu (boleh ulang ayat2 ini),

pada mulanya anak itu mungkin akan menangis makin kuat untuk melepaskan lagi perasaannya, terus ulang
perkataan- perkataan empati itu…dia akan slow down, selepas melepaskan perasaan, dan emosinya akan stabil kembali….ini teknik mengajar anak empati dengan orang lain, disamping memahamkannya dengan perasaannya sendiri…

Contoh lain, anak itu marah dengan papanya sebab kerap outstation, jadi keluarkan ayat sebegini

“ baby marah ya, sebab papa kerja jauh, x balik rumah kan? Baby marah, sebab tu baby jerit-jerit…dulu-dulu,
mama pun marah, kalau tokwan kerja jauh-jauh…”..

ini teknik mengajar anak empati, bila besar kelak, beliau akan menjadi seorang pendengar yang baik dan
mempunyai daya empati yang hebat, rakan-rakan dan orang ramai akan senang bersamanya, insyaAllah.



10. Anak-anak umpama kain putih, seperti di dalam hadis rasulullah SAW…yang mencoraknya ialah kita, ibu bapa, kita adalah sistem asas yang membentuk akhlak anak-anak kita, kita bertanggungjawab utama membentuk akidahnya…lihat akhlak perbuatan kita…adakah seperti nasrani? Seperti yahudi? Atau seperti mukmin sejati?

Adakah kita sentiasa menunjukkan perbuatan yang terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak kita?
Adakah kita membaca quran setiap hari untuk menjadi ikutan anak-anak kita?
Adakah kita sentiasa mengembalikan segalanya kepada Allah dalam percakapan kita kepada anak-anak?
Adakah kita menunjukkan akhlak yang terbaik sesama suami isteri di hadapan anak-anak?
Adakah budaya membaca kita tunjukkan kepada anak-anak?
Adakah kita selalu membawa mereka ke kedai-kedai buku, supaya mereka menyayangi ilmu?
Adakah kita selalu bercakap lembut dengan mereka?
Adakah kita selalu memberi mereka pujian dan hadiah semasa mereka mereka berbuat baik?
Adakah kita selalu menahan diri dari mengasari fizikal dan roh mereka?
Adakah kita mengamalkan sunnah nabi, supaya mereka terikut sama?

Ingat,,,anak-anak lebih mengikut kelakuan kita, berbanding percakapan kita….kurangkan membebel…lebihkan
amali…gunakan +ve reinforcement di dalam percakapan, mahupun perbuatan…

wallahua'lam.

La Haula wa La Quwwata illa billah

(Tiada Daya dan Upaya Melainkan Pertolongan Allah)
jemput2 share..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...