Friday 22 December 2017

Rindu pada anak anak

Assalamuallaikum

rindunya pada anak anak...
anak pertama saya adam Haikal 9tahun, ahmed yousuff 7 tahun dan umar 5 tahun..berada di kampung menemani umi saya sempena cuti sekolah..
rindu sgt bila anak anak tak ada di rumah.
selalunya bising riuh dgn suara mereka bermain bergadu ketawa dan menangis...
tinggal anas dan ameena saja di rumah.

esok kami akan balik kampung dan ambil anak anak balik...untuk siap siap sekolah bermula.ikutkan hati berat nak lepaskan tinggalkan annak anak di kampung.tapi fikirkan umi yg sunyi...saya kena padamkan kerinduan :)

Ya allah selamatkanlah perjalan kami esok,agar dapat berjumpa anak anak.sungguh ya Allah aku terlalu rindu pada mereka. Berjauhan dengan mereka seketika ini mengajar aku untuk menghargai detik masa yg ada dengan anak anak.jadikanlah aku ibu yg baik, sabar dan bertanggungjawab mendidik mereka jadi insan yang baik

Haikal yousuff umar..mama sgt sgt rindu.mama sayang anak anak mama..anas dan ameena pun rindu abang abangnya.

insyaallah kita jumpa esok :)

Tuesday 3 October 2017

Andai waktu



Andai waktu
sampai menjengah
jiwa keruan

Andai waktu
itu sampai
ke mana lara hati
yang dibawa sedikit cuma
yang ditinggal
ku meronta ingin bersama

Andai waktu ajal itu sampai
Ku takut ya Allah
Ku tahu hidup ini sementara cuma
Yang kekal adalah di sana

Ya Allah
Ku takut dengan seksa NerakaMu
Ku takut dengan ajalku
Ku takut pada azab kuburMu

Ya Allah
dekatkanlah hati ku pada Mu
Peliharalah imanku
Redhailah aku yang hina ini
Ampunkanlah dosa dosa ku

Jadikanlah aku isteri yg baik
yang lembut pada suami,
yang dikasihi dan diredhai suami

Jadikanlah aku anak yang baik
yang sentiasa dalam doa umi ku

Jadikanlah aku ibu yang baik
Yang sentiasa dirindui disusuli doa oleh anak anakku

Jika ajal itu sampai
Aku mahu semua nya berakhir dengan ya Allah.
Aku merayu pada Mu.
Mudahkan sakaratul mautku
tempatkanlah roh ku di taman syurgamu
dengan rahmat dan kasih sayang Mu
aku insan kerdil lagi hina





Tuesday 7 March 2017

sihat dan sakit itu alllah yang beri

assalamuallaikum

malam ni tak dapat tido elok, batuk dan rasa sakit dada....
sebenarnya sejak bersalinkan ameena saya diuji sakit batuk dan masalah kahak dan rasa berat nak bernafas...ameena dah hampir 3 bulan tapi kesihatan pernafasan saya masih tak ok.
alhamdullilah saya tak ada masalah saraf yang teruk kali ni...
ameena juga tido lena tak bangun sangat pun menyusu malam, cuma saya ja yang akan bangun dalam pukul 3 pagi sebab sukar bernafas, batuk dan asyik ke toilet untuk buang kahak...
ujian allah beri.
minggu  lepas hampir seminggu saya dah sihat..alhamdullilah saya masuk 3MT (3 minutes thesis competition)...mujur kesihatan saya Allah beri ok, saya tak batuk, boleh sampaikan talk dengan baik, seminggu sebelum pertandingan saya langsung tak ada suara...guna bahasa isyarat ja di lab :)...
sekarang, tak sangka juga setelah seminggu sihat sepenuhnya sakit batuk dan susah nak bernafas datang balik..
mungkin sekarang musim batuk sebab anak anak saya yang lain pun batuk batuk juga...
ameena pun batuk juga kesian dia kecil lagi dah batuk.harap tak mealaratlah.

sejak dua minggu ni saya asyik teringat arwah ayah...
saya terfikir adakah batuk dan gangguan pernafasan ini akan jadi asbab kesihatan saya merudum dan hampir pada ajal...macam arwah ayah, sihat cergas sentiasa tiba tiba allah beri sakit yang akhirnya datangnya ajal...
saya juga jenis yang jarang sakit...tapi sejak bersalin ameena saya dapat rasa daya tahan badan saya berkurang, berterusan saya tak sihat. moga saya terus positif dan sabar...
allah baru tarik sikit nikmat sihat saya dah rasa sakitnya. kena sabar lagi dan teruskan positif untuk kecerian anak anak dan suami.

rindunya kat ayah...
tanggungjawab saya untuk doakan ayah agar tenang di alam sana..


Sunday 5 March 2017

belajar lagi..

Assalamuallaikum

lama tak update blog :)

ameena anak ke lima kami dah berumur hampir 3 bulan.alhamdullilah..allah kurniakan anak perempuan kali ni..penyeri kami sekeluarga ;)..nanti mama akan tulis pasal saat kelahiran ameena di blog :)

haikal yousuff dah semakin besar ...hari hari kesekolah naik bas sekarang, mama dah tak hantar ke sekolah sebab mama dah sambung belajar.............haikal dah darjah 3, makin tinggi ..kurus walaupun mkn banyak anak mama ni... :)...dan gigi haikal dah macam gigi mama..agak jarang :)...perjalanan pelajaran haikal alhamdulllilah bagus, syukur...dan haikal aktif dengan taekwando dan bola...nanti mama tulis lain pasal taekwando dan bola anak anak mama

yousuff pula dah darjah satu...anak mama yg penyayang ni pun makin tinggi dan kurus. sejak bersekolah ni kulit yousuff agak gelap dimakan mentari..takpa yousuff yang penting yousuff dapat ilmu...yousuff pun dah makin menunjukkan minat nak hafal ayat al quran sejak masuk sekolah irsyad ni alhamdullilah

umar pula makin lasak kata guru kelasnya..umar sekarang dah umur 5 tahun di PASTI...tahun lepas umar dapat pelajar terbaik pasti untuk umur 4 tahun, pada acara penyampaian hadiah umar wakil kelasnya untuk bacaan hadis...alhamdullilah lancar umar baca...umar pun makin tinggi dah..banyak baju seluar abg yousuff yang dia dah muat ;)

Anas...anak ke empat mama papa ni...mata besar, ada lesung pipit di pipi....anas badan dah makin kejap...dia kuat minum susu dan makan nasi..kalau abang umar kena paksa pujuk makan nasi, tapi anas memang nganga ja mulut...kalau gi makan kenduri habis sepinggan nasi dia makan sendiri :)
anas dah pandai nyanyi banyak lagu...zikir pun sama, bersemangat dia berzikir ..kadang kadang tak sangka juga cepat dia hafal lagu lagu nasyid yg dia dengar abg abg nya nyanyi...

moga anak anak mama semua membesar dengar sihat kuat dan penuh iman ...moga semakin lancar baca al quran (papa selalu duk ajar) dan moga pelihara solat...

mama sekarang dah jadi student semula...doakan mama lancar dalam menimba ilmu ..
amin.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...