Friday 27 February 2015

sakit saraf ....rupanya ada ketumbuhan

Assalamuallaikum ...

sejak akhir akhir ni saya dapat banyak juga msg dari rakan rakan yang nak tahu pasal sakit saraf...moga ikatan persahabatan yang terjalin dari sakit saraf ini allah rahmati dan kita boleh berkongsi cara, idea dan sekadar berkongsi rasa pun memadai....

saya pernah kongsikan sakit saraf saya di sini

Sejujurnya saya rasa sangat terharu dan rasa ingin berkongsi dan mendengar masalah masalah rakan rakan lain yang dengan sepenuh hati....saya sangat faham sakitnya sakit saraf....hanya allah yang tahu sakitnya tu....

hari ni saya dah tekadkan diri untuk menulis tentang ayah...mungkin rakan rakan yang sakit macam ayah saya boleh dapat idea tentang sakit mereka...

ayah saya mulai sakit kaki sebulan sebelum saya melahirkan anak ke empat saya Anas, iaitu pada Julai 2014....saya masih ingat , ayah dan umi datang ke kuantan pada hari kelahiran Anas....ketika di rumah saya , ayah memang dah sebulan dah tak dapat tidur malam, kaki ayah sakit....nampak ayah berjalan pun dah tak selesa, sakit katanya....tapi demi anak dan cucu...ayah masih sanggup drive dari kelantan ke kuantan....terima kasih ayah, ayah memang sangat baik....memang lekat di hati kasih sayang ayah....

kemudian kaki ayah semakin sakit...berjalan pun dah nampak tak elok....ayah memang langsung tak dapat tidur malam....walaupun berbulan tak dapat tidur tapi ayah sentiasa positif masih boleh bercakap bergurau dengan anak cucu...masih suara gembira di telifon...sebab tu saudara dan rakan rakan tak tahu ayah sakit, hanya umi dan anak anak yang tahu ayah sakit walaupun ayah senyum selalu....

selepas kenduri kahwin najiy , adik yang ketiga, bulan Ogos sebulan selepas kelahiran Anas...kaki ayah bertambah teruk....ayah masih lagi ke majlis kenduri najiy di kl....masa tu ayah memang tahan sakit....bila tengok balik gambar kahwin najiy, nampak ayah bergambar dalam keadaan berpeluh dan muka tahan sakit....kata ayah tu bukan peluh panas, tapi peluh tahan sakit....Ya Allah masa tu rasa sangat kasihan pada ayah.....

pada masa kenduri najiy di kelantan, ayah dah bertongkat masa tu ...lepas kenduri baru ayah buat check up di hospital...ayah ke jitra....adik yang no 2  Nazli kerja Dr di hospital jitra....di jitra ayah buat MRI....dapat result MRI bawa balik ke kelantan...jumpa Dr di hospital KB...malangnya mengikut penilaian Dr MRI ayah normal semuanya...ayah di tahan wad....darah di check semuanya normal...xray juga normal...ayah kemudiannya di refer ke bahagian medicine ...Dr kemudiannya beri ubat saraf dan minta datang 6 bulan kemudian ...

dalam tempoh tu ayah umi ada berubat cara kampung....dengar saja pakar urut saraf ayah akan pergi...malam ayah memang tak dapat tidur...nazli najiy ada bawak balik pain killer punnn tak ada kesan...kalau nasib baik pun boleh tidur 2 jam sahaja lepas tu sakit balik...malam malam umi yang sentiasa berjaga urut kaki ayah....kaki ayah sakit belah kanan...dari pinggul hingga ke bawah....rasa kebas, mencucuk, ....kaki ayah dah tak rasa , tak dapat gerak...dan bila kita gosok tapak kaki , ayah rasa macam ada renjatan elektrik....

ayah tak dapat duduk lama, sakit sangat katanya....paling selesa adalah baring, tapi tu pun tetap sakit....tapi ayah org nya sangat lembut hati...bila ada tetamu yang datang ayah tetap layan baik, keluar dan duduk di kerusi....masih boleh tolong orang yang perlukan bantuan datang jumpa ayah di rumah...walau sakit ayah tahan...masa tu kalau saya ada dengan ayah, bila ada tetamu datang saya akan cakap kat tetamu...ayah sakit tak boleh duduk lama, jadi tak dapat nak sembang lama...kalau nak harap ayah yang cakap susah sikit....ayah akan tetap melayan orang walaupun tahan sakit...Ya allah tolonglah ayah, ayah tersangat baik orangnya.

pada masa tu kami hanya fikir pasal ianya berpunca dari saraf, mungkin ayah ada slipdisk ....atau saraf ayah cedera ....saya berkongsi rasa tentang sakit saraf yang saya alaami pada ayah...saya beri kata kata positif pada ayah......bila balik kg ramai ramai..kami sekeluarga dah tak makan di dapur, kami makan di meja bulat dekat tV....rumah ayah umi agak luas, nak ke dapur pun jauh.....jadi sejak ayah sakit memang ayah makan di meja bulat...najiy belikan ayah kerusi roda...dari bertongkat, ayah berkerusi roda....ubat ubat herba jgn cakaplah macam macam dah makan....kami juga ada berjumpa dengan ustaz ustaz, bimbang juga kalau sakit ni disebabkan benda luar, tapi beberapa orang ustaz kata tak ada apa apa....bukan sebab benda luar...ayah umi juga ada ke klinik swasta, dr tu memang pakar tentang sendi saraf tulang...pun tak ok....

akhirnya 3 bulan selepas MRI pertama dan mencuba alternatif ubatan dan urutan tradisional...ayah ke hospital semula ...kali ni ayah ke HUSM...najiy yang uruskan kami terus dapat jumpa pakar...result MRI ayah di bawa bersama....Dr pakar tu cakap kena repeat semula MRI ....dia jangkakan ayah ada masalah di saraf...Dr tu ada tulis sikit srat rujukan pada hospital KB.....setelah result MRI kedua keluar...kami semua sangat terkejut.....rupanya ayah ada ketumbuhan, ketumbuhan tu dah sebesar bola tenis....

sebab ketumbuhan tulah ayah sakit, saraf di tekan... masa duduk , seolah olah ayah duduk atas ketumbuhan tu...t yang sakit sangat..kata Dr berdasarkan result MRI tu memang patutlah ayah sakit sangat sebab ketumbuhan tu dah besar, ya allah ayah tahan sakit sangat sebelum ni....mungkin kalau org lain dah meronta ronta sakit , tapi sebab ayah ni jenis boleh tahan sakit, ayah nampak tenang....org lain tak tahu ayah sakit....

sekarang ayah masih di hospital setelah sebulan lebih ....pembedahan kali kedua telah pun dilalui....doakan ayah saya ...

buat kawan kawan yang ada masalah saraf....cepatlah ke hospital...pastikan punca sakit saraf anda...
MRI wajib....rupanya org yang sakit saraf ni memang banyak yang ulang buat MRI..mungkin kali pertama tak nampak...penting sangat tahu punca

macam ayah saya ingatkan sakit saraf slipdisk ker...rupanya ketumbuhan ..

insyaAllah akan sambung lagi

5 comments:

Unknown said...

Assalam puan..sy bt terbaca blog puan. Suami saya ada problem yg sama mcm bapa puan. Mri dah buat di kpj smc tapi dr jamal ckp semua ok. Ada slip disc di L11 tapi mcm tak significant dgn sakit yg suami sy rasakan. Sakit dan lenguh di kaki kanan dah merebak ke kaki kiri pula. Result mri semua ok. Y Allah..apa la sebenarnya sakit suami sy. Dia punca pendapatan kami dan perkara ni sgt2 membuat kami berdua stress.
Harap puan terus menulis dan memberi inspirasi pd kami.

Unknown said...

Assalam puan..sy bt terbaca blog puan. Suami saya ada problem yg sama mcm bapa puan. Mri dah buat di kpj smc tapi dr jamal ckp semua ok. Ada slip disc di L11 tapi mcm tak significant dgn sakit yg suami sy rasakan. Sakit dan lenguh di kaki kanan dah merebak ke kaki kiri pula. Result mri semua ok. Y Allah..apa la sebenarnya sakit suami sy. Dia punca pendapatan kami dan perkara ni sgt2 membuat kami berdua stress.
Harap puan terus menulis dan memberi inspirasi pd kami.

norlin said...

assalamuallaikum puan maaf lambat reply..arwah ayah saya rupanya kanser limfoma stage 4..ayah saya baru buat kimo kali pertama, tapi tak dapat bertahan...ajal maut di tangan tuhan..kami redha.

jusinfiniti said...

Salam ..saya pengeluar herba warisan yang telah dirumus khas bagi tujuan penyembuhan penyakit yg mampu memusnahkan pelbagai jenis kanser seperti ; ✅Kanser Usus ✅Kanser Payudara ✅Kanser Lymphoma dan lain-lain lagi. Turut mampu mengubati penyakit lain seperti ; ✅Batu Karang ✅Batu Hempedu ✅Saraf Parkinson ✅Slip Disk ✅Gout ✅Resdung ✅Demam Campak ✅Denggi dan lain-lain lagi
Proses penyembuhan juga perawatan secara semulajadi ini tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang.
✔Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat dan seterusnya mencegah apa saja penyakit yang dihadapi dari terus merebak ke tahap yang lebih kritikal. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.contoh pesakit gout belum ada lagi herba untuk gout yang mampu hilangkan terus gout.banyak yang Cuma mampu menahan saja dan kena makan hari hari berbeza dengan jus infiniti keluaran jutawan herbs.cukup untuk makan berapa botol saja gout anda telah pulih dan tidak perlu risau lagi dan hari hari boleh makan udang dan ikan bilis macam sebelum sakit gout.memang hebat sama jugak degan saraf ada yang sakit sampai bertahun tahun sakit saraf..berubat merata tempat..bila minum jus infiniti keluaran jutawan herbs memang banyak kuar angin dalam berapa hari sakit makin kurang..badan makin kuat cergas dan sihat,,.

batu hempedu dan lain lain peyakit boleh juga rujuk testimony saya yang banyak banyak kes lain..jika anda hendak menjaga kesihatan jus ininpaling terbaik sebab mampu menurunkan paras kolestrol dengan cepat tidak perlu risau lagi serangan jantung atau kolestrol tinggi
✔Hutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia.Hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, ✔JUS INFINITI amat mujarab jika diamalkan dengan betul dan konsisten. Jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya. ✔Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini .Ia terbukti dengan testimoni pelbagai jenis penyakit yang sudah sembuh dengan penggunaan yang betul dan konsisten. ✔JUS INFINITI ini juga boleh dijadikan makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.
✔Insyaallah sama-sama kita berikhtiar. ✔Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy :
✅Encik Mohd Zuhairi 0174687570 (Whats App ,Call,SmS ) ✅HARGA 1BOTOL: RM180 ✅NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS ✅NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: PG 0346818-W ✅NAMA PEMILIK : MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN 0174687570 (WHASTAPP,SMS&CALL)

Ilham Villa said...

Sakit saraf muka boleh juga ke. Mencucuk-cucuk dan mcm kena kejutan elektrik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...