Wednesday, 17 December 2014

Permata yang hilang

Hujan tak berhenti 
Kami sekeluarga masih di open day fakulti FKEE UMP.

Sila lah datang, ada gerai makan makan, ada pameran kejuruteraan, ada pameran robot....



Hujan tak berhenti
Kami sekeluarga masih di open day fakulti FKEE UMP.

Sila lah datang, ada gerai makan makan, ada pameran kejuruteraan, ada pameran robot....
Teringat sebulan yang lepas ketika acara jual jual FKEE, saya sempat berkenalan dengan buku buku rumahtangga yang santai dan hebat.
~permata yang hilang kini dijumpai (kisah mencari cinta)
~kamar sutera (kisah laki bini)
~Semusim di syurga (Kisah tazkirah sempoi)
Saya berkenan sangat dengan buku Semusim di syurga....
Buku tersebut catatan diari pahit manis liku liku kehidupan seorang pemandu kereta mayat.melibatkan lokasi parking kereta mayat di sebuah surau ....penuh dgn rasa suka duka bersama ahli jemaah...
Yg menariknya, catatan ini bermula dari awal muharam sehinggalah penghujung musim haji 30 zulhijah mengikut kalendar islam....lengkap semusim di syurga 
Kini saya mahu berkongsi dengan rakan rakan buku best ni....ketiga tiga buku ni best semuanya. 

berkenan boleh pm saya atau wasup 0139270211

Setiap buku hanya RM 25!!!!









Tuesday, 9 December 2014

Biasakan anak susah



Saya teringat umi selalu kata  " Umi nak latih anak hidup gaya susah , supaya boleh bawa diri....kalau hari ni umi boleh beli pencuci muka kat noli...bila noli dah kawin belum tahu lagi dapat suami yang boleh beli pencuci muka atau tak...jadi kalau dah biasa susah...dapat suami yang tak berapa nak mampu, noli boleh bawa diri...dan kalau dapat suami yang mampu alhmadullilah akan lebih menghargai "

Saya ingat sangat pesan umi tu...sebab tu saya tak kisah apa apa yang ayah umi sediakan pada saya ...alhamdullilah...saya berterima kasih kat ayah umi latih kami adik beradik hidup sederhana...walaupun mampu tak semestinya boleh dapat...

Kini giliran saya pula untuk terapkan nilai tu pada anak anak...saya mahu anak anak rasa hidup susah...tapi akan tambah sikit nilai ...hidup susah tetapi dalam masa yang sama berusaha untuk dapat lebih, yang lebih untuk dikongsi dengan yang memerlukan 

Terima kasih ayah umi
Rindu ayah umi 
I love you 

Catatan Matluthfi

Catatan matlutfi

Wah saya memang suka juga ikuti vidio vidio matlutfi ni...dan alhamdullilah hari ni saya dapat jual buku beliau...

sedikit sinopsis dari buku beliau

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Catatan Matlufti
Kalau kalian suka baca diari orang, mungkin kalian suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia.
Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada dalam buku ini (ha???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.
Buku kedua Puteh Press ini pasti akan membawa pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim (koh koh), dan yang paling penting mengenal diri kalian sendiri.
Rm25 senaskah




Kami turut kombokan dengan buku buku best ini 

The other side of coin



"With any one way of looking at something in life, there will be a different way or different ways of looking at it."
"The Other Side of the Coin" offers an alternative perspective into topics such as identity, love, education, community, and self-worth. These are only a few essential topics that we need to look into, refine, and do a societal self-reflection on. There is more than one side to any coin. It means that with any one way of looking at something in life, there will be a different way or different ways of looking at it.
"Everyone can inspire. You do not need to do everything to please everyone. You just need to know what talent is suitable for you."
AIMAN AZLAN
Aiman Azlan is, among other things, a video blogger who makes videos on Youtube and a blogger who writes on his blog www.aimanazlan.com. He graduated from University of Toronto, Canada with a degree in Biology and Psychology. He now spends his time traveling across Malaysia and beyond as a freelancer public speaker, speaking to people, especially the youth, on various topics. His aim is to motivate and inspire people to become a better version of themselves, realizing their full God-given potentials. AMEEN MISRAN 'Abdul Muhaimin Misran or known as 'Ameen Misran' is a passionate lover of the arts and literature. His fiery spoken word poetry performances are designed to captivate the audience. Ameen Misran is a former student of Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyyah (MATRI). He holds a bachelor's degree in English Language and Literature (BENL) from International Islamic University Malaysia (IIUM). Ameen Misran is a writer (www.langitilahi.com). journalist and spoken word artist.
Rm25, kos post RM 6



Dracula vs al fateh
Nama Dracula sering disebut-sebut. Sangkaan kita, nama ini hanyalah cerita. Dongeng Barat yang direka-reka.
Siapa sangka yang Dracula memang benar-benar wujud? Lebih menakjubkan, Dracula ini pernah hidup sezaman dengan sultan yang namanya selalu disebut, Sultan Muhammad Al-Fateh.
Dalam buku ini, ada banyak fakta yang mengejutkan. Antaranya:
1. Dracula adalah antara musuh paling ketat Sultan Al-Fateh. 2. Dracula pernah berkawan dan tinggal bersekali dengan Sultan Al-Fateh. 3. Tidak seperti yang digambarkan dalam filem Dracula Untold, Al-Fateh tidak dibunuh Dracula. 4. Wujudnya watak bernama Radu, adik-beradik Dracula yang banyak membantu Kerajaan Uthmaniyah. 5. Radu adalah pemburu Dracula, seolah-olah watak sebenar yang menginspirasi Van Helsing.
Dracula vs Al-Fateh adalah buku fakta, berasaskan kajian ilmiah.
Rm19, kos pos RM 6

Jika berminat boleh terus msg atau wassup
Norlin 013-9270211


Pertandingan hafazan

Assalamuallaikum

Saja saya nak coretkan kenangan minggu lepas...
untuk anak anak...moga suatu hari nanti bila mereka dah besar boleh baca blog mama ni , dan mereka boleh ingat kembali aktiviti aktiviti zaman kecil mereka...

Sabtu lepas, kami beli sarapan di gerai...nasi lemak dan sedikit kuih...
cadangnya papa nak gi jogging di taman tasik dekat UIA...tetapi cuaca yang agak mendung dan nampak macam nak hujan , papa tukar plan...kami ke pantai berhampiran rumah...ada pondok di situ....jadi kami bersarapan di situ....

Seronoknya makan pagi di tepi pantai...masa tu dalam pukul 8 pagi macam tu...
sambil makan kami nampak banyak ketam pasir yang keluar dari sarang ...berlari lari atas pasir (hihi adakah ketam berlari?  )...seronoklah anak anak...

lepas makan, papa bawa kami ke bandar kuantan...kami pun tak tahu arah tujuan papa ke mana...just ikut sahaja....papa singgah kedai red tone....dan kemudian pandu pulang ke rumah...

ketika nak masuk taman rumah , kami nampak macam ada khemah depan deretan kedai dan surau....jadi sebab rasa ingin tahu kami singgah sekejap...

seronoknya saya bila tahu ada pertandingan mewarna untuk anak anak....cepat cepat saya jumpa urusetia dan tanya bolehkah kami join...agak kecewa sebab dah penuh untuk pertandingan mewarna...haikal dan yousuff sedikit kecewa...tiba tiba saya dapat tahu ada juga pertandingan melukis...alhamdullilah haikal dapat masuk pertandingan tu, yousuff tak dapat masuk sebab baru 4 tahun...acara tu untuk 7 tahun ke atas...haikal baru 6 tahun tapi dia diterima...

Yousuff kata .."tak pa mama, abang masuk sorang pun tak apa, Yousuff tukang sokoong"...alahai terharunya mama....sebab kalau boleh saya nak bagi haikal dan Yousuff masuk...takpa Yousuff lain kali kalau ada peluang masuk Yousuff masuk tau ..

Haikal tengah melukis ...first time dia masuk acara melukis :)

Haikal melukis habis cepat, mama pergi daftarkan haikal yousuff untuk acara azan dan hafazan, tengok tengok dia dah hantar kertas lukisan, tak sempat nak snap hasil akhirnya.



Selesai acara melukis, kami sertai acara azan dan hafazan pula...saya  daftarkan Haikal dan Yousuff untuk kedua dua acara ni....sebelum tu sempat wassup kak Wan  untuk ajak harith rakan haikal untuk join program ni sama....bagi saya program program macam ni bagus untuk tingkatkan keyakinan diri anak anak...bukanlah aim nak menang tapi sebagai pendorong untuk mereka beruasaha dan belajar lebih lagi....

Masa masuk dalam surau tu...Haikal serba salah ...

"mama, betul ke mama daftarkan haikal ni...tapi haikal tengok semua orang pakai jubah serban....betulka haikal boleh masuk acara ni ???"...berkali kali haikal tanya saya ...hihi saya tahu dia rasa pelik sebab dia hanya ber tshirt...Yousuff pula relax dan biasa saja, cuma Yousuff asyik cakap ..."yousuff boleh ke masuk mama?"...hihi ...haikal dan Yousuff tak confident sebab pakaian mereka..

tapi bila harith sampai, Haikal dan Yousuff dah nampak lain ...lebih yakin..sebab harith pun pakai tshirt juga, tapi harith ada songkok jadi nampak tertib sikit....

Bila sampai giliran Haikal untuk azan...haikal dengan langkah beraninya ke depan dan terus azan...
Laju ja haikal azan...dan yang kelakarnya ...Haikal campur azan dan iqamat....hihi
memang haikal selalunya iqamat di rumah bila nak solat...tapi say ajarang ajar dia azan....memang berteraburlah  hihi....

Kemudian nama Yousuff pula di panggil...hihi lagilah Yousuff....dia geleng kepala tak mahu azan ... :) takpalah Yousuff lain kali Yousuf kena berani lagi tau....

Selesai pertandingan azan, terus sambung pertandingan Hafazan....

Setiap peserta ditanyakan 3 soalan 

Alhamdullilah Haikal berjaya menjawab semua soalan...Harith rakan haikal pun berjaya jawab elok juga....Yousuff pula alhamdullilah berani tampil ke hadapan, tapi bila disoal...Yousuff tersipu sipu malu...dan kata tak ingat..hihi padahal Yousuff boleh baca surah tu....:) ni mesti perasaan bercampur campurlah ni...tak apa sayang, dah berani ke depan pun dah cukup bagus, tahniah :) ...lain kali Yousuff kena berani baca pula tau :)

Untuk haikal tahniah!!!! dapat no 3....lepas ni kita bersemangat hafal banyak surah lagi yer....moga Haikal dan Yousuff berjaya dunia akhirat...amin


Kebanyakkan yang masuk hafazan ni, anak anak dari sekolah pondok dan sekolah tahfiz yang berdekatan...bersih ja muka anak anak ni...suka tengok 


Giliran Haikal ....bila tengok balik gambar ni alahai serabainya rambut haikal...alhamdullilah Haikal berjaya jawab 3 soalan hafazan dengan baik.

Giliran Yousuff pula... mula mula Yousuff pegang mike macam nak makan...hihi lepas ustaz tegur baru dia jauhkan mike...masa ustaz tanya soalan dan bacakan ayat awal, Yousuff ikut perlahan dengan mulutnya...tapi bila disuruh sambung yousuff malu malu  ... :) tersenyum mama tengok Yousuff....tak pa Yousuff bagus dah tu berani ke depan, cuba lagi ok.
Hujan lebat hari tu...haikal yousuff harith memang main hujan sungguh sungguh..masuk dalam longkang , main air lumpur...bila dipanggil ambil hadiah mereka tak dengar pun, mamanya yang kena menjerit panggil mereka...alhamdullilah haikal dapat no 3....pengalaman manis buat haikal dan yousuff...dapat bawak balik hamper dan sijil...alhamdullilah.






Wednesday, 3 December 2014

Solar power mechanical device ( Set RM 60)

Assalamuallaikum ,

Hari ni saya nak cerita sedikit tentang Solar power mechanical device yang termasuk dalam set clearance sale RM 60 ini.
Solar power mechanical device


Kos post RM 12




  • Solar power mechanical device ni menggunakan tenaga "solar"....tak perlu bateri...jadi kenderaan yang dibina akan bergerak sendiri bila diletak di bawah cahaya matahari..sangat sesuai untuk kita memberi idea yang matahari / cahaya juga merupakn sumber tenaga.
  • "Solar panel is linked to motor in the same unit, tough and durable, small but effective. Use a 60W and up bulb within a 15 cm distance or exposed under the sunlight to drive it"
  • Solar power mechanical device ini mengandungi 301 pcs per set. Ia perlu dibina, dan terdapat buku manual yang menjelaskan secara terperinci cara binaannya. Ia juga boleh dibina mengikut kreativiti sendiri.
  • A gearing down driving system is used to reduce the rotating speed of the driven gears and result in the increase in the driven power. Jadi dalam membina dan menggerakkan solar mechanical device ini dengan menggunakan tenaga solar, anak anak juga dapat membina kemahiran dan pengetahuan tentang bagaimana gears work through chain. How gear reduction affects force and motion.
  • Secara keseluruhannya kereta ini membawa muatan/berat 500g dengan menggunakan tenaga solar dan dibantu oleh sistem gear menggunakan chain/rantai.



Dalam masa bermain, ibu bapa terutamanya para ayah yang luas pengetahuannaya tentang gear, solar sistem dalam kenderaan....bolehla berkongsi ilmu dengan anak anak ....

biarkan mereka mencuba mereka bentuk mengikut kreativiti sendiri dan juga boleh mengikut manual, saksikan kenderaan ini bergerak di bawah matahari...terangkan tentang tenaga solar...betapa tenaga percuma ini boleh menggerakkan kenderaan....tidak perlu guna bateri dan minyak. Soalkan pada anak mungkinkah kereta ayah punboleh bergerak dengan tenaga solar????...atau mungkinkah kapal terbang juga boleh terbang dengan tenaga solar????

bandingkan kelemahan dan kelebihan tenaga solar dengan minyak ????

Percayalah mainan ini tidak akan mengecewakan anda dan akan lebih berbaloi jika anda bersama sama bermain dan berkongsi ilmu dengan anak anak bijak anda.



Untuk dapatkan set promosi ini boleh hubungi 
Norlin bt Pauzi 
013-9270211




Yousuff belajar ABC

Assalamuallaikum ,

Anak kedua saya Ahmed Yousuff yang bakal berumur 5 tahun 2015 akan datang..dan Yousuff insyaAllah akan masuk sekolah Tadika Perpaduan Bandar Kuantan Puteri.

Sebagai persedian nak masuk sekolah ni , saya tengah berusaha untuk Yousuff kenal ABC....sebelum ni memang saya ada ajar Yousuff sambil main main, tetapi Yousuff macam kurang minat, jadi saya biarkan dia ikut rentak cara nya sebab kecil lagi....

Sekarang Yousuff dah tahu tulis dan kenal huruf ABC sampai J....gambatte Yousuff kita usaha lagi ok :)... masa mula mula ajar
Yousuff moga jadi anak bijak dan baik.....ya latif ya latif ya latih ....

Ni masa mula mula perkenalkan huruf A pada yousuff...saya minta yousuff cari dan warnakan huruf A.

Semua tengah beri tumpuan vidion ABC ni :)

Disamping ajar Yousuff menulis terus pada kertas, saya juga pasangkan Yousuff vidio dari Youtube..

Sebelum ni internet rumah kami sangat slow dan memang tak dapat nak buka Youtube, tapi sekarang papa dah pasangkan line TM..so sangat laju...dan alhamdullilah kami dapat nikmati vidio vidio berguna dri Youtube. Harapnya teknologi yang ada ni kami tak sia siakan ....

Ni antara vidio yang saya rasa bagus untuk ABC...umar yang 2 tahun lebih pun suka :)

Vidio ABC

Yousuff memang tengah bersemangat belajar ABC sekarang ..
lagipun papa Yousuff dah janji nak bawa pulang lacy yang disimpan di office kalau Yousuff berjaya mengenal ABC sampai Z...untuk Haikal pula kalau haikal boleh hafal sifir sampai sifir 5.. sampai 20x5...pun papa akan bawa pulang lacy....so kalau nak dapat main LACY permainan kegemaran mereka kena hafal dulu .....insyaAllah Gambatte anak anak mama!!!!


Tips : Jom fikir

Ajak anak anak masuk bilik...

semua dah atas katil...

TUTUP LAMPU...

mama: Ok duduk diam diam , mama nak cerita..

" Tengok bilik ni gelapkan, mama nak cerita pasal tok umi dulu zaman kecik kecik, rumah tak ada elektrik...sentiasa bergelap...kalau nak belajar waktu malam kena guna pelita"

"tahu tak pelita tu apa?"

"tahu!"...si abang yang besar terangkan pada adik adiknya..

" Ok ,masa tu tak ada TV , jadi tok umi dengan adik adik suka dengar cerita dari tok nek dan tok ayah tua..."

Si kecil abang ngah mencelah " kesiannya, tak best la tak ada TV"

Mama menyambung cerita,

"Walaupun tak ada TV , pasang api pelita tapi best sebab tok nek pandai cerita ...ok cuba fikir , kalau tak ada elektrik apa lagi yang tak boleh guna"

"Komputer!"

"Peti Ais!"

"Radio!"

"Mesin basuh!"

Si bongsu pun pandai juga mencelah "kereta!"....hahaha bising abang abang gelak..."kereta guna minyakla"

"Iron pun mama tak boleh guna!" jerit si abang pula

"kesian tok umi tak boleh iron baju sekolah, mesti berkedut ja baju tok umi"...

Si mama pun mulai dapat idea untuk buat anak anak berfikir
"Ok walaupun tak ada elektrik, tapi tok umi boleh iron baju...baju tok umi kemas ja, tak berkedut....cuba fikir macammana tok umi iron baju walaupun tak ada elektrik"

Sangat bermakna idea soalan tu, anak anak keluarkan macam macam idea.....dan si abang yang sulung ternyata pandai berfikir logik, katanya masak besi lepas tu letakkan pada kain  ...hampir tepat logik idea tu...

Akhirnya mama pun menerangkan "Seterika arang"

dalam proses bercerita tentang seterika arang....
anak anak ingin tahu apa itu arang? bagaimana arang dibuat?
Kenapa besi boleh pindahkan haba?
Macammana nak guna seterika arang?
apa kelemahan seterika arang ?

Akhirnya anak anak lelap dengan ilmu SETERIKA ARANG

Jom kita bercerita, dan ajak anak anak berfikir!!!! 
72 people reached



Tuesday, 2 December 2014

Kereta solar pilihan hati ....


Assalamuallaikum 

Stock Clearance untuk 2 set ni masih ada lagi
Kos post RM 12

Ramai yang rambang mata nak pilih antara 2 set promo ni ..
anak anak saya hari tu saya pilih yang Mars explorer tu....tapi bila mereka gi main rumah kak wan Wan Farina, nampak harith punya kereta solar....jatuh hati jatuh cinta sangat dengan kereta solar tu...Kak wan pilih set yang kereta solar tu ...
haikal minta mamanya beli satu set lagi yang kereta solar ni...katanya best boleh gerak tengah panas, so jimat bateri :)
huhu habis modallah mama haikal 





Monday, 1 December 2014

Belajar buat web yang ada open cart :)

Assalamuallaikum ...

malam ke tiga saya menuntut ilmu dengan cikgu Niza...dah nampak hasilnya sikit web site saya ni..
tak sabar nak tunggu siap

Saya bersyukur allah temukan saya dengan Syahirah ...rakan saya ini pakar dalam FB marketing...dia yang perkenalkan saya dengan Niza, pakar dalam buat open cart...

Shahirah ni pakar FB add...saya kenal cikgu shahirah masa menuntut ilmu under NPC  bawah Maryam rakan sekolah MRSM Taiping saya dulu. ...Masa tu shahirah ajar buat Page dan FB add.....dari situlah wujudnya Hiyoko Islamic parenting 

Saya bersyukur sangat sebab cikgu Niza ni bukan sahaja pakar tapi sangat sangat memahami keadaan saya sebagai seorang ibu 4 anak....adalah mustahil untuk saya duduk diam dan mengadap komputer untuk satu tempoh yang lama untuk buat webni...lebih lebih lagi saya memang kurang pandai bab bab teknologi komputer ni...

syukur sangat cikgu Niza setia temani saya...ajar saya satu satu...sudah 2 malam kami gunakan masa malam sampai ke pagi untuk hasilkan web saya...masa ni paling sesuai, sebab anak anak dah tidur....jadi dapat buat ikut flow yang cikgu niza ajar dengan tenang...

semasa saya tulis blog ni, cikgu niza tengah stop susukan anaknya yang baru berusia sebulan lebih....macamnilah kami menuntut dan cikgu niza memberi ilmu...adakalanya saya pula yang mohon diri stop sekejap untuk susukan anak yang menangis...indahnya...moga Allah murahkan rezeki dan beri kebahagian dan kejayaan dunia akhirat untuk Cikgu Niza.

Memang cikgu Niza ni ajar satu satu...orang yang tak pandai IT macam saya pun boleh buat ikut step satu satu .


Bila anak sedar tidur, nak susu atau meragam...kami stop dan kemudian sambung semula :)

Moga impian saya untuk ada sebuah web tercapai....

Oh ya untuk set permainan RM 60 clearance tu ada lagi tau...siapa berminat boleh terus pm saya atau wasup di 013-9270211 :)



Sunday, 30 November 2014

Tips : kesilapan anak .... ya ka ?

Anak suka tumpahkan air, anak suka berebut barang, anak suka tinggalkan toilet tanpa di flush, anak suka mengejek.....macam macam lagi kereneh anak anak yang sangat suci bersih jiwanya, tak ada dosa seperti kita yang dewasa ni...

anak anak yang besar sikit...kerenahnya lain pula, suka melayan gajet, tidak suka buat kerja kerja rumah, suka sepahkan bilik tidur...macam macam lagi...

Mengubah kebiasaan lama anak, memerlukan masa yang panjang bukan sehari dua untuk mengubahnya. Ini kerana anak harus diberi kesempatan yang cukup untuk berlatih dengan kebiasaan yang baru, sambil diberi bimbingan supaya anak mampu membuat matlamat untuk berlatih dengan kebiasaan yang baru.

Berikan masa untuk mereka berubah....tapi jangan pula malas dan jemu untuk mengubah perilaku buruk mereka....kerana jika mereka terus dibiarkan kekal dengan perilaku yang negatif...kelak sikap anak anak ini akan merugikan diri anak itu sendiri dan semestinya sikap itu akan terus dikongsi pada bakal keluarganya nanti....

yang tak elok janganlah diwarisi..tinggalkanlah.....

Tuesday, 25 November 2014

Tips : Kurangkan peraturan di rumah

Seringkali dalam mendidik anak , ibu bapa terlalu fokus pada kesalahan yang diberikan anak. Akhirnya yang lebih banyak diterima oleh anak adalah hukuman.

Sedangkan kebaikkan yang dilakukan oleh anak tidak pula dipandang ataupun dihargai oleh ibu bapa. 

Kurangkanlah peraturan di dalam rumah...supaya tidak banyak kesalahan dan hukuman...

Semakin sedikit peraturan semakin baik...
Semakin sedikit atau semakin jarang jarang hukuman , semakin baik..

Berilah penghargaan sebanyaknya...

Buka mata hati lihat fokus yang baik..
yang kurang molek janganlah terlalu fokus sehingga anak anak rasa
"ayah ni semua yang saya buat semua salah"

Tuesday, 18 November 2014

laporan sekolah Haikal

Semalam saya ke sekolah haikal...ada hari menerima laporan...
Tak ada buku laporan, cuma ibu akan diberi laporan terperinci oleh guru secara lisan...agak lama juga lebih kurang 15 minit sorang.

Saya masih ingat tahun lepas ketika haikal umur 5 tahun, 
laporan yang cikgu beri semuanya sangat bagus, kecuali mewarna....
tapi tahun ni, semuanya juga sangat bagus...dan termasuk mewarna, cikgu kata ada peningkatan...sambil berseloroh cikgu cakap "kan dapat no 1 hari tu mewarna, so memang dah nampak hasil improve haikal"..... :) alhamdullilah.

Cikgu Puspa banyak memberi semangat untuk saya untuk terus membimbing anak anak di rumah...
Untuk cuti sekolah panjang nanti , cikgu puspa sarankan untuk saya mendisplinkan masa sekurang kurangnya 1 jam masa dengan buku, samada membaca, menulis atau mengira.

kata cikgu biarkan jadi satu jam sehari tu satu tabiat...supaya dia boleh kekal sikap suka belajar. Kata cikgu puspa lagi...cikgu puspa cadangkan saya banyak beri buku cerita berbahasa english pada haikal...untuk lancarkan bacaannya.

Cikgu Puspa banyak berikan pujian....katanya haikal seorang murid yang dia kagumi...saya pula rasa nak nangis masa tu ...

cikgu puspa beritahu lagi..haikal banyak kongsikan dengan cikgu dan kawan kawan ilmu yang saya beri di rumah...
" mama saya kata......bla bla bla..."
jadi selalunya bila cikgu ajar apa apa...haikal akan beri input lebih, dan selalu dia akan beritahu sumber yang dia dapat adalah dari mamanya  :)
cikgu puspa ucapkan tahniah kepada saya juga selaku ibu dan galakkan saya terus berkongsi ilmu dengan anak anak , sebab pengaruh ibu sangat besar mengatasi ilmu yang guru berikan...

saya juga berkongsi dengan cikgu puspa yang haikal suka bercakap bahas english yang simple simple di rumah contohnya " mama look here!....mama, please help me!.....sedangkan saya dan suami memang bercakap bahasa melayu sepenuhnya di rumah, saya ucap terima kasih pada cikgu puspa, sebab saya tahu ni adalah pengaruh guru di sekolah...

cikgu Puspa seronok bila saya maklumkan begitu, ada hasil pada usahanya, rupanya cikgu puspa beritahu setiap selasa dan khamis, cikgu Puspa memang akan bercakap dalam bahasa english dengan pelajar pelajar tadika perpaduan....samada mereka faham atau tidak cikgu akan terus bercakap dengan tegas dan jelas. Terima kasih sangat cikgu! 

InsyaAllah tahun hadapan Haikal akan bersekolah di sekolah agama irsyad, dia perlu tahu lebih tentang tulisan jawi, ayat ayat al quran dan banyak subjek agama yang akan diberikan tumpuan. Berdasarkan perkongsian dari kawan kawan yang ada anak di irsyad, mereka katakan untuk bi dan math ibu ayah kena beri tumpuan lebih di rumah, kerana di sekolah masa untuk subject tu kurang untuk beri masa pada subjek agama lain. Jadi ibu ayah kena galas peranan, moga Allah mudahkan saya mengajar anak anak nanti ...

Untuk Yousuff
Hero mama yang selalu bersemangat nak ke sekolah
insyaAllah tahun depan Yousuff dah boleh ke sekolah....tahun lepas Yousuff berkobar kobar nak ke sekolah tapi tak dapat...tahun ni insyaAllah dapat
Tadika perpaduan juga menjadi pilihan....
mama dan papa dah fikir panjang...insyaAllah Tadika perpaduan akan berikan yang terbaik untuk Yousuff...kita sama sama berusaha jadi baik...baik akademik, baik perangai, baik emosi dan baik iman...gambatte Yousuff dan Haikal..

Besar dah anak anak mama :)




Thursday, 13 November 2014

101 Kids Activities.

101 Kids Activities.

 Buku ini di bawa masuk kali kedua oleh pasukan kami. Buku ini dikarang oleh 2 penulis blog terkenal yang menerajui KidsActivitiesBlog.com dengan hits lebih dari 2 juta sebulan dan mempunyai lebih dari 71,000 peminat di Facebook dan 100,000 pengikut di Pinterest.

Atas permintaan ramai, kami membuka pre order semula. Dateline adalah pada selasa , 17 Nov 2014, bagi mamastikan buku sempat tiba pada awal December, InsyaAllah. Mudah mudahan dapat membantu musim cuti sekolah di rumah.

Berikut adalah harga yang kami tawarkan:
- Harga Sebuah: RM 100/pos Rm 7.30 Atau
- Beli secara borong dengan penjimatan lebih banyak iaitu:

5 buah: 10% less, jatuh RM 90 sebuah /pos RM 13 , Jimat RM 10
10 buah: 20% less, jatuh RM 80 sebuah/pos RM 20, Jimat RM 20

Dijangka ditiba di Malaysia: Minggu pertama December














Jika berminat silakan pm 
Norlin 013 9270211


Saturday, 8 November 2014

Promosi crazy sale

Set ni masih ada

set ni masih ada

dah habis

set ni masih ada tapi electrical kit tu di replace dengan item lain sebab dah habis

set ni dah habis



Jika berminat dengan set clearance ini 
boleh sms ke
013-9270211

Terima kasih 

Sunday, 19 October 2014

menang mewarna

Sabtu lepas ada pertandingan mewarna ..sekolah haikal tadika perpaduan bandar kuantanputeri dan tadika perpaduan berjaya permai...

haikal tekun mewarna...antara yang paling lambat hantar tidaak seperti sebelum sebelum ni dia paling cepat hantar :)

Yousuff pun join juga...yousuff pun hantar sekali dengan abang dia..:)
Umar pulak conteng ja dia...tapi dia asyik cakap kat Anas..

"Anas jangan kacau, abang sekolah ni" :)




dah hantar terus bergegas ke playgroup untuk Yousuff di rumah cikgu Wahidah jadi tak sempat nak tahu keputusan...

dalam kereta haikal cakap

"mama, ..mama rasa haikal boleh menang tak...haikal tak pernah menang pun pertandingan mewarna...banyak kali dah masuk tak pernah menang"

saya doa dalam hati...biarla haikal menang, kesian pulak dia dah usaha dan berharap...






dan akhirnya...cikgu dan kawan kawan beritahu haikal dapat no 1...

teringat post di blog yang saya tulis pasal pertandingan mewarna haikal tahun lepas

Akhirnya usaha haikal dah nampakkan hasil..alhamdullilah

saya beritahu haikal...kalah menang tu adatla...tapi kita kena perbaikki diri dan usaha,,,

saya juga beritahu yousuff..." tadi Yousuff pun color tak habiskan...takpa nanti youusff usaha rajin rajin, insyaAllah tahun depan kalau ada lagi pertandingan cuba masuk,...biar ada perubahan yang lebih baik, macam abang haikalla dulu warna tak elok...sekarang dah elok banyak"

petang tu pula kami ke pertandingan fesyen show haikal...

saya pesan sekali lagi pada haikal

" kita usaha, beranikan diri....kalau kalah atau menang tak jadi hal" :)   :)

sekolah haikal hantar 6 orang wakil...

dalam acara ni haikal dapat saguhati...

dia tak ingat step silat yg saya ajar..hihi takpalah haikal






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...