Saya teringat umi selalu kata " Umi nak latih anak hidup gaya susah , supaya boleh bawa diri....kalau hari ni umi boleh beli pencuci muka kat noli...bila noli dah kawin belum tahu lagi dapat suami yang boleh beli pencuci muka atau tak...jadi kalau dah biasa susah...dapat suami yang tak berapa nak mampu, noli boleh bawa diri...dan kalau dapat suami yang mampu alhmadullilah akan lebih menghargai "
Saya ingat sangat pesan umi tu...sebab tu saya tak kisah apa apa yang ayah umi sediakan pada saya ...alhamdullilah...saya berterima kasih kat ayah umi latih kami adik beradik hidup sederhana...walaupun mampu tak semestinya boleh dapat...
Kini giliran saya pula untuk terapkan nilai tu pada anak anak...saya mahu anak anak rasa hidup susah...tapi akan tambah sikit nilai ...hidup susah tetapi dalam masa yang sama berusaha untuk dapat lebih, yang lebih untuk dikongsi dengan yang memerlukan
Terima kasih ayah umi
Rindu ayah umi
I love you
No comments:
Post a Comment