Monday, 31 March 2014

Alhamdullilah sakit saraf makin ok :)

Alhamdullilah saya boleh katakan setelah seminggu bertarung sakit saraf pada pinggul kiri , akhirnya sakit saya sudah berkurang 70%...alhamdullilah :)

saya ingin kongsikan apa yang saya dan suami lakukan untuk hadapi saat saat getir ni, mungkin kawan kawan yang hadapi masalah yang sama boleh cuba cara yang saya lakukan.

Sebelum tu saya nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada kawan kawan yang memberi cadangan dan dorangan, intan , shahiniz, nazima, kak wan, wafa, azah, diyana, mash dan ramai lagi ...terima kasih.

Rakan saya Intan ada berkongsi pengalaman melakukan fisioterapi, saya juga sedang mencari klinik yang sesuai untuk fisioterapi tetapi melihat pada perkembangan positif saraf saya ni, saya hold dulu dan teruskan dengan langkah langkah berikut.

1. Lakukan urutan mengikut cara ini cara urut saraf, untuk lakukan urutan ini sendiri memang boleh sebab urutannya simple tetapi lebih berkesan jika mendapat bantuan suami. Suami saya telah buat urutan ini pada saya, agak mudah dan memang kena dan fokus pada titik sarafnya. Lepas urut saya pakai stokin ikut cadangan rakan saya Azah Zamhari. Saya sangat syorkan pada kawan kawan yang ada masalah saraf kaki macam saya untuk buat urutan ini, bukan urutan sangat sebenarnya lebih pada memberi sedikit tekanan pada point point tertentu saraf.

2. Lakukan regangan, kedudukan macam orang buat yoga duduk bersela, rapatkan tapak kaki, saya tak dapat cari gambar yang sesuai jadi saya minta tolong anak anak untuk buat demo, moga dapat berkongsi dengan rakan rakan :)

(gambar saya bubuh kemudian yer)

3. Saya berpendapat mengekalkan badan panas (bukan demam) bagus untuk merawat saraf, jadi saya minum juga air halia (bukan yang pekat sangat), 2 biji alfalfa Shaklee, sebelum ni saya pernah sekali sekala makan alfalfa walaupun pregnant sebab bagi saya alfalfa tidaklah panas macam herba kampung lain (saya memang jenis mkn herba, so dpt rasa level kepanasan tu, alfalfa ok untuk badan saya. tapi kalau kawan kawan yang bukan jenis makan herba kampung mungkin anda kena kenal diri anda, takut alfalfa panas bagi anda )

4. Setiap hari saya akan makan sebiji vitamin C SR Shaklee dengan segelas air kosong di awal pagi masa perut kosong, dan lepas makan pagi saya makan 2 biji Ostematrik. Sebelum tidur juga 2 biji Ostematrik...jika sebelum ini saya ambil Ostematrik hanya sebiji 3kali seminggu, tapi dalam keadaan sakit saraf ni saya ambil semaksimumnya Ostematrik.

Pada awalnya, saya tak nampak apa apa kaitan ambil Ostematrik dengan saraf, tapi bila sakit saraf ni saya banyak baca pasal saraf...dan rupa rupanya memang ada kaitan yang besar sakit saraf dengan kekurangan kalsium...ingatkan kalsium berkait dengan tulang gigi ja rupanya banyak lagi peranan kalsium :). saya juga baru tahu...tu yang saya tekad ambil 4 biji Ostematrik setiap hari. Sebiji Ostematrik bersamaan 250 mg, so setiap hari saya ambil 1000mg kalsium ...untuk makluman kawan kawan, pengambilan kalsium adalah terbaik pada dos yang rendah, jadi ambil sikit sikit..sebiji sekali ambil atau  2biji...jangan terus telan 4 biji Ostematrik.

Ostematrik membantu pengecutan otot dan saraf :)...insyaAllah saya akan tulis kaitan kalsium dan saraf , moga boleh berkongsi ilmu ini pada kawan kawan terutamanya yang ada masalah macam saya.

5. Pakai stokin, atau selipar dalam rumah, terutamanya rumah yang bersimen macam rumah saya :)
saya kurang menitik beratkan hal ini, walaupun mak mertua saya selalu pesan pakai selipar masa di dapur...so bila dah terkena baru saya nak take action :)...jadi kawan kawan yang rumah banyak kawasan bersemen jomla kita pakai kasut :)..

6. Jangan minum air ais, terutamanya pada kawan kawan yang tgh sakit macam saya, minum air panas

7. Elakkan bangun dari tidur dan terus bergerak...pengalaman saya sangat perit untuk bangun pagi, sangat tajam sakitnya pada setiap gerakan, memang air mata mencurah curah setiap pagi...setelah seminggu saya telah belajar dari pengalaman, sedar dari tidur , buat regangan kaki dulu ..dalam keadaan baring tarik kaki macam bersela, biar betul betul regang...dan kemudia pusingkan badan macam meniarap...saya memang rasa lega regangan macam ni, dan mengurangkan sakit saya untuk bangun pagi sekurang kurangnya saya tak mengalir air mata :). Sekali lagi saya minta anak anak baik saya untuk buat demo :) , moga membantu rakan rakan yang senasib dengan saya.

(gambar ni pun saya letak kemudian yer )

8. Akhir sekali think positive :)...suami saya pesankan ini pada saya...cakap kat diri sendiri saya nak sembuh...saya nak sembuh..
sebelum ni bila sakit saya banyak kata " Ya Allah sakitnya"...tapi sekarang saya dah tukar " Alhamdullilah ya Allah sakitnya"...saya nak salurkan sebanyak mungkin cas cas positif pada saraf saya, moga Allah tolong saya. Allah beri saya sakit baru seminggu saya rasa sangat tertekan , fikir balik rakan rakan saya yang diuji lebih lama bagaimanalah perasaan mereka...sakit saraf sangat sakit, siapa yang pernah merasa tahulah macammana, nak minta tolong orang pun kita tak tahu nak minta tolong macammana

saya kongsikan sikit lagi, contohnya anda tersilap posisi ketika mahu berbaring, sakkittt sangat , dan anda tak mampu nak gerakkan kaki untuk hilangkan rasa sakit sebab setiap gerakan adalah sakit walaupun hanya menarik nafas (dasyatkan, tapi tulah yg saya rasa, tarik nafas panjang pun sakit saraf kaki tu ) jadi anda minta tolong suami , tapi suami nak ubah kedudukan kaki anda tu macammana?..sebab suami nak gerakkan pun akan memberi rasa tersangat sakit....jadi berdasarkan pengalaman yang sangat sikit ini saya kongsikan....

suami perlu mengubah kedudukan kaki kita sipesakit secara serentak dan menyeluruh, contohnya pegang kedua dua belah kaki di bahagian atas (area pinggul ) dan bahagain bawah (area betis)..dan angkat dengan serentak..baru ok..faham tak...ok takper, kalau anda pesakit saraf mungkin anda dapat faham sedikit sebanyak apa yang saya kongsikan :)

ini adalah perkongsian kalau anda sakit saraf pinggul ke kaki, kalau saraf tulang belakang atau saraf bahagian lain saya tak tahu...moga Allah mudahkan urusan rakan rakan yang ada masalah saraf...dan kongsikanlah sakit dan cara anda merawat untuk bantu orang lain dapatkan info...

Terus terang saya katakan seminggu ni saya memang mencari info tapi tak banyak perkongsian dari pesakit saraf sendiri...semoga apa yang saya kongsikan ini memberi maklumat pada anda, saya tidak terus berjumpa Dr kerana sebelum sebelum ini saya menghadapi masalah sama setiap kali prengnant dan Dr tidak dapat memberi rawatan direct sebab pregnant. untuk makluman kawan kawan saya mengalami masalah saraf setiap kali pregnant dan level sakit nya adalah berbeza beza untuk setiap pregnancy. Sakit ini akan hilang terus setelah bersalin. Jadi Dr hanya sarankan saya menjaga posisi badan, dan menjaga pemakanan.....tidak mencadangkan sebarang ubat seperti pain killer kerana saya mengandung.

Semoga sedikit perkongsian ini membantu terutamanya kawan kawan yg tengah pregnant dan mengalami masalah saraf di sekitar sciatic nerve.

 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi;
Puan Norlin
SMS 013-9270211
FB: Amir Izzani Norlin




18 comments:

Nur Diana said...

Alhamdulillah Norlin.. Semoga cepat sembuh. Sesungguhnya Allah sayang sangat kat Norlin dengan menguji Norlin begini.. Alhamdulillah.. :) Kalau senang2 mai la lawat blog saya yang tak seberapa di kindhearty.blogspot.com.

norlin said...

terima kasih Diana :) ..tula ujian Allah alhamdullilah semakin ok sekarang :) alhamdullilah .
InsyaAllah Diana saya lawati blog Diana :)

Kalsom Ali said...

Assalamualaikum...
Ada alami masalah sakit saraf....pelbagai internatif diguna tapi tak berhasil....
saya ada cara yang selamat dan berkesan...whatsapp 0176607841...insyaallah saya akan bantu dan guide anda hingga berjaya

zuhairi hairi said...

KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT

Swietenia Atau pun dipanggil buah tunjuk langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).

3 BAHAN AKTIF PENTING

FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

Mengurangkan tahap gula dalam darah
Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki kelancaran peredaran darah
Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

Fungsi-Fungsi Utama Saponins
Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak

Syamimie Sumairi said...

Pn.norlin.sekarang saya tgh menderita sakit mcm puan tetapi dlm keadaan saya tgh mengandung di awal kandungan. Saya harap dapat cepat sembuh dari sakit ini.Allah swt sahaja yg tahu bertapa sakitnya penyakit ini.

Unknown said...

Sakit ni bole berbekam (buang darah kotor) tak?

norlin said...

assalamuallaikum syamimie maaf sangat saya dah lama tak buka blog...memang saya faham sangat sakit tu macammana...saya juga memang sakit ketika awal pregant, bila start prut mula membesar 4 ke 5 bln....bila perut dah betul besar, sakit saraf tu hilang....dan akan jadi balik sejurus selepas bersalin....dan ikut pengalaman saya berakhir setelah hampir 2 minggu lps bersalin....moga shamimie sabar....

norlin said...

saya pun tak pasti sakit ni bleh berbekam atau tak...boleh cuba...berbekam sunah nabi..insyaAllah kita usaha saja....

Ross Sapirin said...

thanks dgn info ni..sy da menderita sakit ni bermula awal Disember 2015...wpun skrg da sembuh dlm 70% tapi sy masih rasa sakit..skrg hampir 3 bln sy sakit....sy pun sakit belah kiri juga..kenapa ya ramai sgt org sakit pinggul sebelah kiri ni?sy pun buat urutan Alhamdulillah sakit mcm kena karen tu da hilang..cuma klu duduk atau baring terlalu lama sy akan rasa sakit..sy juga buat xcercise,bersauna & buat fisioterapi..ternyata bika d uji dugaan mcm ni kita nampak sangat tahap kesabaran kita ni setakat mana...semoga penderita sakit saraf ni akan terus tabah& bersabar..wpun hakikatnya berkata sabar tu sangat mudah,,tetapi sgt sukar menjadi insan yg benar2 sabar..

Sate Zul said...

Mcm mana keadaan sekarang . Boleh share ? Tq 0179700161 . Sy Dah 5 bulan

Sate Zul said...

Mcm mana keadaan sekarang ? Boleh share

Nik Shamsiah said...

Blh whatsapkt.saya sbb sy rasa sy alaami sakitnsaeaf jg

Nik Shamsiah said...

Blh pm.sy 0122919154

Izza Rahim said...

Salam, saya alami sakit nie masa awal pregnant dan hujung kehamilan tetapi tidak semasa pertengahan kehamilan...adakah masih terasa sakit nie lepas bersalin...rawatan apa yg sesuai jika masih terasa selepas bersalin?

pajilah Mokhta said...

Assalam.. Tq untuk info yg sgt brguna.. Sy hasfazilah bru brumur 22..sy mngalami sakit saraf kaki kiri slma beberapa bulan..amat sukar.. Bila jalan sikit rasa sakit dan lenguh.. Sy x ambil sbrg ubat luar slain ubat yg Dr bg.. Sape2 yg rasa ubat bersesuaian boleh direct msg sy 0145033398

rohana ahmad said...

Bismillah.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Bila tgk gambar yg disertakan...mmg di situ rasa sakit yg Kak Ana alami. Kerap blkg pinggul jadi tegang & peha dekat pinggul rasa mcm urat kendur...xtau mcm mana nak bayangkan. Kak Ana kerap juga makan Donna. Baru2 ni jatuh dgn kaki berlipat yg memburukkn keadaan blkg peha/dkt pinggul. Solat pun dah msk 3 minggu duduk atas kerusi sbb x boleh melutut. Tergerak juga nak dptkn fisiotrapi...
Mungkin ada info yg dpt dikongsi...fb Rohana Ahmad. Whatsapp 019-7909872.

Ilham Villa said...

Anak saya sakit saraf muka. Mcm kena kejutan elektrik katanya. Ada juga dtg mencucuk-cukuk. Jk ada ubat yg org dah guna serta berhasil, bleh wasap saya 0139323442. wasap shj

Talib Mansor said...

boleh wasap saya 0193780837

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...