Tuesday 9 December 2014

Pertandingan hafazan

Assalamuallaikum

Saja saya nak coretkan kenangan minggu lepas...
untuk anak anak...moga suatu hari nanti bila mereka dah besar boleh baca blog mama ni , dan mereka boleh ingat kembali aktiviti aktiviti zaman kecil mereka...

Sabtu lepas, kami beli sarapan di gerai...nasi lemak dan sedikit kuih...
cadangnya papa nak gi jogging di taman tasik dekat UIA...tetapi cuaca yang agak mendung dan nampak macam nak hujan , papa tukar plan...kami ke pantai berhampiran rumah...ada pondok di situ....jadi kami bersarapan di situ....

Seronoknya makan pagi di tepi pantai...masa tu dalam pukul 8 pagi macam tu...
sambil makan kami nampak banyak ketam pasir yang keluar dari sarang ...berlari lari atas pasir (hihi adakah ketam berlari?  )...seronoklah anak anak...

lepas makan, papa bawa kami ke bandar kuantan...kami pun tak tahu arah tujuan papa ke mana...just ikut sahaja....papa singgah kedai red tone....dan kemudian pandu pulang ke rumah...

ketika nak masuk taman rumah , kami nampak macam ada khemah depan deretan kedai dan surau....jadi sebab rasa ingin tahu kami singgah sekejap...

seronoknya saya bila tahu ada pertandingan mewarna untuk anak anak....cepat cepat saya jumpa urusetia dan tanya bolehkah kami join...agak kecewa sebab dah penuh untuk pertandingan mewarna...haikal dan yousuff sedikit kecewa...tiba tiba saya dapat tahu ada juga pertandingan melukis...alhamdullilah haikal dapat masuk pertandingan tu, yousuff tak dapat masuk sebab baru 4 tahun...acara tu untuk 7 tahun ke atas...haikal baru 6 tahun tapi dia diterima...

Yousuff kata .."tak pa mama, abang masuk sorang pun tak apa, Yousuff tukang sokoong"...alahai terharunya mama....sebab kalau boleh saya nak bagi haikal dan Yousuff masuk...takpa Yousuff lain kali kalau ada peluang masuk Yousuff masuk tau ..

Haikal tengah melukis ...first time dia masuk acara melukis :)

Haikal melukis habis cepat, mama pergi daftarkan haikal yousuff untuk acara azan dan hafazan, tengok tengok dia dah hantar kertas lukisan, tak sempat nak snap hasil akhirnya.



Selesai acara melukis, kami sertai acara azan dan hafazan pula...saya  daftarkan Haikal dan Yousuff untuk kedua dua acara ni....sebelum tu sempat wassup kak Wan  untuk ajak harith rakan haikal untuk join program ni sama....bagi saya program program macam ni bagus untuk tingkatkan keyakinan diri anak anak...bukanlah aim nak menang tapi sebagai pendorong untuk mereka beruasaha dan belajar lebih lagi....

Masa masuk dalam surau tu...Haikal serba salah ...

"mama, betul ke mama daftarkan haikal ni...tapi haikal tengok semua orang pakai jubah serban....betulka haikal boleh masuk acara ni ???"...berkali kali haikal tanya saya ...hihi saya tahu dia rasa pelik sebab dia hanya ber tshirt...Yousuff pula relax dan biasa saja, cuma Yousuff asyik cakap ..."yousuff boleh ke masuk mama?"...hihi ...haikal dan Yousuff tak confident sebab pakaian mereka..

tapi bila harith sampai, Haikal dan Yousuff dah nampak lain ...lebih yakin..sebab harith pun pakai tshirt juga, tapi harith ada songkok jadi nampak tertib sikit....

Bila sampai giliran Haikal untuk azan...haikal dengan langkah beraninya ke depan dan terus azan...
Laju ja haikal azan...dan yang kelakarnya ...Haikal campur azan dan iqamat....hihi
memang haikal selalunya iqamat di rumah bila nak solat...tapi say ajarang ajar dia azan....memang berteraburlah  hihi....

Kemudian nama Yousuff pula di panggil...hihi lagilah Yousuff....dia geleng kepala tak mahu azan ... :) takpalah Yousuff lain kali Yousuf kena berani lagi tau....

Selesai pertandingan azan, terus sambung pertandingan Hafazan....

Setiap peserta ditanyakan 3 soalan 

Alhamdullilah Haikal berjaya menjawab semua soalan...Harith rakan haikal pun berjaya jawab elok juga....Yousuff pula alhamdullilah berani tampil ke hadapan, tapi bila disoal...Yousuff tersipu sipu malu...dan kata tak ingat..hihi padahal Yousuff boleh baca surah tu....:) ni mesti perasaan bercampur campurlah ni...tak apa sayang, dah berani ke depan pun dah cukup bagus, tahniah :) ...lain kali Yousuff kena berani baca pula tau :)

Untuk haikal tahniah!!!! dapat no 3....lepas ni kita bersemangat hafal banyak surah lagi yer....moga Haikal dan Yousuff berjaya dunia akhirat...amin


Kebanyakkan yang masuk hafazan ni, anak anak dari sekolah pondok dan sekolah tahfiz yang berdekatan...bersih ja muka anak anak ni...suka tengok 


Giliran Haikal ....bila tengok balik gambar ni alahai serabainya rambut haikal...alhamdullilah Haikal berjaya jawab 3 soalan hafazan dengan baik.

Giliran Yousuff pula... mula mula Yousuff pegang mike macam nak makan...hihi lepas ustaz tegur baru dia jauhkan mike...masa ustaz tanya soalan dan bacakan ayat awal, Yousuff ikut perlahan dengan mulutnya...tapi bila disuruh sambung yousuff malu malu  ... :) tersenyum mama tengok Yousuff....tak pa Yousuff bagus dah tu berani ke depan, cuba lagi ok.
Hujan lebat hari tu...haikal yousuff harith memang main hujan sungguh sungguh..masuk dalam longkang , main air lumpur...bila dipanggil ambil hadiah mereka tak dengar pun, mamanya yang kena menjerit panggil mereka...alhamdullilah haikal dapat no 3....pengalaman manis buat haikal dan yousuff...dapat bawak balik hamper dan sijil...alhamdullilah.






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...