Tuesday, 3 October 2017
Andai waktu
Andai waktu
sampai menjengah
jiwa keruan
Andai waktu
itu sampai
ke mana lara hati
yang dibawa sedikit cuma
yang ditinggal
ku meronta ingin bersama
Andai waktu ajal itu sampai
Ku takut ya Allah
Ku tahu hidup ini sementara cuma
Yang kekal adalah di sana
Ya Allah
Ku takut dengan seksa NerakaMu
Ku takut dengan ajalku
Ku takut pada azab kuburMu
Ya Allah
dekatkanlah hati ku pada Mu
Peliharalah imanku
Redhailah aku yang hina ini
Ampunkanlah dosa dosa ku
Jadikanlah aku isteri yg baik
yang lembut pada suami,
yang dikasihi dan diredhai suami
Jadikanlah aku anak yang baik
yang sentiasa dalam doa umi ku
Jadikanlah aku ibu yang baik
Yang sentiasa dirindui disusuli doa oleh anak anakku
Jika ajal itu sampai
Aku mahu semua nya berakhir dengan ya Allah.
Aku merayu pada Mu.
Mudahkan sakaratul mautku
tempatkanlah roh ku di taman syurgamu
dengan rahmat dan kasih sayang Mu
aku insan kerdil lagi hina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment