Monday 4 April 2011

majlis masuk kelas baru sekolah haikal...

pagi tadi kami berempat berbasikal ke sekolah haikal...papa bawa yousuf di belakang, mama bawa haikal....haikal dah naik kelas kuma gumi (group beruang).....ramai ibu bapa yang hadir....ada acara suai kenal untuk setiap kelas secara beramai ramai dalam dewan kecil....sensei(guru) akan panggil nama sorang sorang dan murid bangun angkat tangan dan jerit haik!...kali ni lain sikit dari majlis lain sebab guru yang buat persembahan di depan...lagu hajimemashite (macam salam perkenalan)...

dah habis majlis suai kenal, semua anak anak masuk kelas masing masing...tapi ibu bapa kena dengar sedikit talk dari pengetua...agak mengantuk, suami pula asyik jeling jam sebab ada kerja lagi di lab...yousuff baik ja menghisap jari....senang sungguh yousuff ni boleh bawak masuk majlis ....

lepas tu ibu bapa kena ke kelas anak anak masing ada talk dari cikgu kelas pulak....suami saya tak dapat nak join ada kerja lab....saya dan yousuff ke kelas haikal....seronok sangat muka haikal bila nampak saya masuk kelas dia....duk cerita macam macam , pasal tempat tido dia la, mainan, buku.....lepas habis talk saya pun nak balik....ha time ni la haikal riau punyala kuat, nak ikut balik...ish serba salah saya....kalau papa tinggalkan basikal yang ada sit belakang haikal tu ok jugak nak bawak haikal balik, tapi papa tinggalkan basikal yg tak ada sit belakang....so memang tak boleh bawak haikal balik, biar je haikal nangis, berat hati jugak nak melangkah tadi.....

sampai kat tempat basikal, ada satu lagi masalah...eh macammana nak galas yousuff kat belakang ni....selama ni suami saya yang bawa yousuff kalau naik basikal.....saya agak risau bercampur tak yakin....dah galas agak agak kemas saya cuba yakinkan diri yousuff selamat, tapi ketika kayuh basikal tangan sebelah kiri saya pegang yousuff di belakang, masih terdetik rasa tak harap takut jatuh.....bila dah separuh perjalanan baru saya yakin untuk tidak pegang yousuff..galas macam galas beg naik basikal...yousuff diam ja dari tadi mungkin tido.....
alhamdullilah selamat sampai rumah...lega

perkembangan haikal....
haikal dah sihat demam, papa baru potong rambut depan haikal....hihi macam helmet...
ermmm minggu lepas haikal cuti seminggu, seminggu tu haikal banyak main kereta, susun puzzle, dan tido.....
mengaji ikrak trgendala sikit minggu lepas, semalam baru start balik....baru sampai zal.....
haikal dah berjaya hafal surah al masad dua minggu lepas lagi....dalam masa minggu demam minggu lepas,saya naikkan ke surah Quraisy,.... saya ada bacakan surah tu, tapi haikal tak mahu baca, mungkin sebab tak sihat dan lebih suka main kereta....tapi saya tetap bacakan satu satu untuk dia dengar lepas maghrib atau sebelum tido...

malam tadi saya nampak haikal dah cergas, jadi saya suruh dia baca surah Quraisy, saya terkejut sebab haikal dah hafal surah tu sampai habis....cuma ada yang sebut tak kena lagi....ohh macamtu rupanya, walaupun dia tak baca tapi dia ingat bila kita baca kat dia.....betulla orang tua tua kata otak budak budak ni macam span, serap ja semua...alhamdullilah.

yousuff pula....amat suka hisap jari....kalau dulu yousuff masukkan semua jari tapi sekarang yousuff lebih gemar ibu jari kanan...kadang kadang ibu jari kiri...dan kadang kadang jari kaki pun dia hisap jugak,,,hahaha....lawakla yousuff ni....
seingat saya haikal dulu ada juga hisap jari tapi sekejap saja dan tidaklah membawa tidur....tapi yousuff ni memang sampai tertidur....saya rasa amalan hisap jari ni menenangkan bayi dan juga memudahkan ibu.....alhamdullilah shukur pada Allah sejak 2 minggu ni sejak yousuff suka hisap jari mudah banyak nak menjaga yousuff, kebetulan mama kurang sihat pulak tu, terima kasih yousuff bucuk....

gambar majlis pagi tadi ada di kamera papa...nanti mama bubuh dalam blog ni lain kali ...

3 comments:

Ina said...

alhamdulillah dh sihat haikal ye. bestnya dgr anak2 p skolah. nway moga sihat2 semua. ihsan pn ritu rasanya kena influenza. doc xpasti sbb alat utk check influenza tu xde so assume influenza je sbb demam berturut2 n tinggi.

Pija Madzlan said...

A'ah ek, kanak2 memang mcm span so kita kena ulang benda yang baik2 dan elak benda yang tidak2 supaya mereka menyerap benda yang betul...hukhuk

norlin said...

ina, la kesiannya ihsan demam...kalau demam suhu tinggi memang takutkan budak budak kecik ni..tapi rasanya duduk jepun yg cuaca berubah ni memang mudah kena demam.....kena terus gambarre la kan :)

kak pijah, betultu kena hati hati jugak yg tak elok pun cepat ja serap...tu yg risau tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...