sekarang saya sekeluarga berada di utazu grand hotel...kami bermalam di Utazu malam tadi, semalam kami uruskan hal visa yousuff ...alhamdullilah dah setel...cuma nanti kena datang kagawa lagi sekali untuk ambik visa ......Allah takdirkan visa yousuff problem ada hikmahnya jugak...kami dapat berjalan...hihi...
semalam lepas setel urusan visa, kami ke rumah kak Diana...kak Diana jamu makan nasi...alhamdullilah kenyang kami sekeluarga....best jugak sembang sembang dengan kak Diana...kak Diana pensyarah UMP, sambung phd ...kiranya nanti suami saya akan satu tempat kerja la dengan kak Diana.....
pastu kami ke Utaza ...lebih kurang 30 minit perjalanan dari imigresen tu....kami dijemput ke rumah teman suami saya Totoq atau nama betuldia Fairuz dan isterinya Ida....penuh meja depa jamu, ada nasi ayam, cheese kek, buah dan dadih...alhamdullilah kenyang kami malam tadi...
fairuz ni kerja dengan syarikat buat kapal....sembang sembang semalam, saya dapat tau yang nak siapkan sebuah kapal yang panjang 200 meter lebih ambik masa setahun....lama jugakkan tapi tengoklah harga sebuah kapal berapa...sapa yang boleh beli kapal memang orang kaya raya la..hihi
ermmm....haikal dan yousuff masih tido ni....kami plan hari ni nakjalan jalan Utazu ni...bandar Utazu ni kecik tapi terancang, nampak macam bandar baru....kedudukan di tepi pantai..jalan yang besar dan lapang, dan semuanya berpusat....best tengok keadaan bandar ni...
oklah, thanks buat kak Diana, totoq dan ida....mai la jalan ehime nanti...
No comments:
Post a Comment