Wednesday 9 April 2014

Pemilihan sekolah Ahmad Ammar





Dah habis baca buku Ammar...saya ni jenis baca sikit hayati, baca sikit hayati....lagipun kalau nak baca terus menerus tak mungkin, hihi para ibu suri rumah fahamla kan macammana keadaan kita kat rumah ni dengan anak anak kecik ni..

Dalam banyak banyak perkongsian, yang paling saya suka adalah perkongsian dari mak Ammar ...

saya tertarik dengan kisah sekolah Ammar..

Ammar dihantar ke sekolah yang islamik selama 6 tahun di SERI ABIM AL HUDA , kemudian menyambung pengajian selama 3 tahun di SAMBEST (SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI)...so memang dia dibesarkan dalam suasana sekolah yang islamic..

tapi lepas PMR, Ammar memohon masuk ke Maktab Tentera Diraja (RMC) tanpa pengetahuan mak dan ayahnya.

---> Tidak pernah terlintas dalam pemikiran dan perancangan abah mahupun emak, untuk menghantar Ammar belajar di sana. Menurut Ammar, "Ammar mohon online, kawan yang ajak".

Yang menariknya, emak ayah Ammar ambil berat pilihan anaknya...bukan terus menolak dan nak menangkan pilihan mereka untuk memilih institusi pengajian yang islamic ...mereka sangat berfikiran terbuka ...

namun dalam buku ini diceritakan last minit Ammar pula yang tak jadi nak ke RMC ( part tu kalau nak tahu boleh baca), tapi atas nasihat dan dorongan ibunya RMC menjadi pilihan terbaik Ammar.

Antara nasihat dan pandangan mak Ammar untuk bersetuju menghantar Ammar Ke RMC adalah

" Suasana di RMC lebih realistik, kerana di situlah nanti terdapat cabaran hidup yang sebenar. Ammar akan jumpa kawan kawan dari pelbagai latarbelakang kehidupan dan tahap penghayatan agama"

walaupun ada suara suara negatif tentang RMC---> tak berapa islamic, masalah sosial, ragging , mental torture , ----> ada di kalangan sahabat mak ayah Ammar yang hairan dengan keputusan memasukkan Ammar ke RMC , dan ada juga yg memberikan respon berbaur negatif..

Namun akhirnya RMC menjadikan Ammar kuat mental fizikal, Ammar mendapat kejayaan dalam bidang akademik, kokuriulum dan latihan ketenteraan. Kehidupan 2 tahun di RMC telah berjaya membentuk peribadi yang mantap dalam diri Ammar.

---------------------------------------------------------------

Ya Allah memang sebagai ibu bapa, buntu juga nak pilih sekolah anak anak...anak saya Adam Haikal yang sulung ni baru 6 tahun, tahun depan dah nak masuk darjah 1, pening juga saya nak fikir sekolah mana yang nak dimasukkan....

Cuma dari cerita Ammar ni, saya berkenan nak wujudkan suasana yang "mix"...islamic tapi dapat bergaul dengan semua lapisan....sekolah yang biasa biasa tapi luar biasa.. Ya Allah berikanlah yang terbaik untuk anak anak ku ....

Memilih sekolah anak anak adalah sesuatu yang subjectif untuk menentukan kualiti setiap sekolah...
Mungkin kita boleh buat strategi mengikut kemampuan dan keadaan kita dan anak...serah pada Allah agar diberi yang terbaik....insyaAllah.


UNTUK DAPATKAN BUKU CERITA CINTA AHMAD AMMAR 
BOLEH HUBUNGI SAYA
NORLIN 013- 9270211
ATAU 
FB Amir Izzani Norlin

Buku ini berharga RM 23 dan kos pos RM 7

ATAU 

BOLEH DAPATKAN SET KOMBO HOT INI 
PERCUMA SEBUAH BUKU AMMAR 

BUKU BUKU DALAM SET KOMBO HOT INI SEMUANYA BUKU BUKU PARENTING TERBAIK 
BESTSELLER PEBERBIT DAN PEMBEKAL  :)


HANYA RM 153, PERCUMA BUKU AMMAR
KOS POS RM 10 

5 comments:

nikkhazami said...

Salam.. tq sudi singgah blog saya. :)

Saya belum sempat baca buku Ahmad Ammar ni. Ramai yang cakap best sebab banyak input yg boleh kita dapat.

Insyaallah akan baca dlm masa terdekat.

norlin said...

Terima kasih Nik Khazami :)....memang best buku Ammar ni :)

norlin said...

Terima kasih Nik Khazami :)....memang best buku Ammar ni :)

Cik Matahariku said...

As salam sdri:) kali pertama singgah sini. saya setuju dengan pandangan,sekolah anak dan persekitaran atau budaya sekolah juga sangat berperanan dalam perkembangan diri anak.saya juga menghantar dua puteri saya kesekolah rendah di mana Ammar pernah belajar dulu.Seawal usia 7 hingga 9 tahun, ank2 saya dapat banyak input akan asas pendidikan Islam.pendidikan dirumah dan sekolah dapat dilaksanakan secara seiring kerana ada kesinambungan matlamat dan hasrat.InsyaAllah..

norlin said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...