Wednesday 9 April 2014

Pesakit SLE , berikhtiar dengan Shaklee.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit info tentang SLE. Terima kasih pada customer Shaklee saya yang bertanya tentang SLE, saya telah melakukan pembacaan untuk mencari info di internet, mungkin anda boleh terus membaca lebih lagi dan boleh membawa maklumat maklumat ini bertukar pendapat dengan Dr untuk dapatkan hasil yang terbaik. 

setiap pesakit SLE mempunyai gejala dan tahap kesihatan yang berbeza, oleh sebab itu sangat penting untuk anda kenali tahap kesihatan anda dahulu dari pemereksaan Dr, jika anda ada masalah buah pinggang, hati atau organ lain perlu dimaklumkan kepada si penjual supplemen supaya anda tidak tersilap ambil supplemen. Dan yang paling penting anda berbincang lah dengan beberapa orang Dr terlebih dahulu untuk tingkatkan keyakinan anda.

Pesakit Shaklee menghadapi cabaran gejala sakit itu sendiri dan juga kesan kesan treatment ubat ubatan seperti steroid dan sebagainya...semoga terus bersabar dengan ujian ini, dan kita sebagai manusia tiada pilihan lain selain dari terus bersabar dan berdoa pada Allah. Bersyukur atas apa saja kurnian Allah , pasti ada hikmahnya....kita rasa sakit, tapi mungkin ramai lagi yang lebih dasyat sakitnya dari kita :) 



ok , saya kongsikan :)



SLE ( Systemic lupus Erythematosus) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza. 


Jadi dalam produk Shaklee ada beberapa jenis produk yang tidak digalakkan diambil oleh pesakit SLE, antaranya adalah ;

RISIKO UNTUK PESAKIT SLE

ALFALFA


Alfalfa mengandungi amino acid (L-canavanine). L canavanine  ni selalu didapati dalam legumen . L canavanine dapat meningkatkan sistem immune badan dan keadaan ini akan meningkatkan lagi symptoms auto imun di badan pesakit. So sebab apa Alfalfa bahaya ? sebab L canavanine yang terkandung dalam alfalfa nilah puncanya. Walaupun alfalfa yang digunakan oleh Shaklee adalah dari bahagian daun yang sangat kurang kuantiti canavaninenya dibandingkan dengan alfalfa dari bahagian legumen atau sprout  tetapi atas dasar keperhatinan Shaklee tentang sensitiviti pesakit SLE maka Shaklee meletakkan warning di botol Alfalfa untuk pesakit SLE. 


Untuk lebih detail...saya kongsikan secara ringkas kenapa canavanine ni bahaya, mungkin anda boleh cari lagi apakah tumbuhan lain yang mengandungi canavanine sebagai langkah berjaga jaga. Antara yang dapat saya senaraikan adalah tomato, terung , kentang

L canavanine memberikan kesan negatif pada B sel atau pun dikenali sebagai B lymphocyte dalam badan manusia. B sel pula berfungsi untuk membina antibodi terhadap antigen, membentuk antigen-presenting cell dan untuk develop memory  B cells after activation by antigen interaction. 

Anda boleh baca tentang kaitan B sel dengan SLE di sini, saya tak pandai nak terjemahkan...memang detail :)
Mechanisms of B cell autoimmunity in SLE .


VITALEA
Vitalea juga mengandungi kandungi Alfalfa walaupun sedikit, tetapi sebagai langkah berjaga jaga lebih baik elak.


GARLIC COMPLEX


Garlic mengandungi allicin, ajoene dan thiosulfinates yang dapat merangsang sitem imun badan. Garlic dapat meningkatkan activiti sel darah putih , terutamanya marcophage dan lympocytes. Keadaan ini bagus kerana garlic dapat meningkatkan sistem imun badan seseorang dari jangkitan, namun malangnya  tidak untuk pesakit SLE. Ini kerana sistem imun pesakit SLE dah overactive so garlic akan memudaratkan lagi keadaan pesakit SLE.  So mengambil sebarang supplemen yang mengandungi garlic adalah tidak digalakkan. Begitu juga dengan penyedian makanan , seboleh bolenyanya cuba kurangkan bawang putih.



ESP dan CINCH SHAKE MIX


Soy product mengandungi kadar phytoestrogen yang tinggi, estrogen dipercayai dapat meningkatkan kadar risiko pesakit SLE, so lebih baik tak payah ambil produk berasaskan soya. Walaupun phytoestrogen meniru mimik estrogen sebenar dengan ikatan ynag sangat lemah , namun adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga jaga. Atau kalau nak ambil juga, perlu dalam dos yang sikit.


Disamping itu kandungan protein tinggi tidak sesuai untuk pesakit SLE yang mengalami gangguan buah pinggang.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CADANGAN PRODUK SHAKLEE UNTUK PESAKIT SLE
OSTEMATRIX
Pesakit SLE berisiko tinggi terdedah kepada Osteporasis akibat dari penyakit itu sendiri dan juga pengambilan ubat ubatan untuk meredakan SLE yang mengakibatkan pengurangan calsium dalam badan.
jadi, OSTEMATRIX (kalsium) sangatlah digalakkan untuk diambil.


Di samping itu, Ostematrix juga mengandungi vitamin D. Vitamin D sangat penting bagi pesakit SLE kerana mereka tidak boleh terdedah pada cahaya matahari, ini menyebabkan badan mereka kekurangan vitamin D. Vitamin D penting dalam membantu penyerapan calsium oleh badan. So pengambilan Ostematrix adalah paling tepat bagi pesakit SLE yang mencari supplemen tambahan.



OMEGA
Omega 3 mengandungi asid lemak yang penting untuk mengurangkan inflamasi pesakit SLE, omega juga dapat mengurangkan risiko penyakit coronary atery disease, dapat menurunkan tekanan darah pada pesakit SLE. Omega juga membantu pesakit SLE untuk lebih fokus dan mengelakkan gangguan memori yang serius akibat pengambilan ubat ubatan SLE seperti steroid.

VITAMIN C dan VITAMIN E
Pesakit SLE digalakkan mengambil antioksidan untuk mengurangkan symptom symptom SLE. Vitamin C dapat meningkatkan keupayaan badan menyerap iron dan ini penting bagi pesakit SLE yang selalu mengalami gejala anemia.

Itu sahaja secara ringkas dari saya,
Moga pesakit pesakit SLE sentiasa tabah dan kuat semangat,
setiap sakit itu adalah ujian dari Allah, hanya orang orang yang mampu sahaja diuji begitu..pasti ada nikmat dan hikmah di sebaliknya...

INSYAALLAH , shaklee dapat membantu anda mendapatkan nutrisi yang sesuai dengan kesihatan anda, ramai juga pesakit SLE yang beri feed back positif pada Shaklee...
dapatkan nasihat Dr dan ketahui tahap kesihatan anda




Untuk sebarang persoalan boleh sms 
NORLIN 013-9270211
FB Amir Izzani Norlin 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...