Sunday 24 August 2014

Bermulanya latihan coral spaking Haikal


Masa ambil haikal sekolah tadi, cikgu Puspa terus ke kereta saya...kalau dulu, bila nak ambil Haikal saya akan masuk hingga ke pintu sekolah sempat bertanya khabar hal sekolah anak...tapi sekarang dengan baby kecik Anas+ umar yang tak duduk diam dan Yousuff yang lincah,  saya just buka cermin kereta dan ucapkan terima kasih dan senyum saja pada cikgu Puspa yang selalunya setia temani anak anak yang tunggu ibu bapa datang menjemput...

Cikgu Puspa maklumkan pada saya, yang Haikal dan 6 orang teman sekelasnya terpilih untuk masuki acara coral speaking mewakili daerah Kuantan, jadi mereka akan mulakan latihan pada hari Rabu ini. Cikgu Puspa juga maklumkan yang Haikal turut terpilih untuk memasuki acara membaca dalam bahasa Inggeris. Cikgu puspa pesan pada saya untuk latih haikal membaca petikan akhbar berbahasa english dengan gaya macam pemberita  :) oh!! mama tak sempat dah nak latih haikal betul betul, tapi mama akan cuba sedaya upaya pulun untuk minggu ni ok :)

saya berterus terang pada cikgu Puspa saya agak tak sempat, tapi akan cuba latih Haikal...cikgu Puspa cadangkan saya beli akhbar the star dan cari petikan petikan mudah. Cikgu Puspa memang bersemangat, itulah yang saya kagum sangat dengan cikgu Puspa ni. Terima kasih kerana mendidik anak saya dengan sungguh sungguh.

:)

ok malam ni kita start berlatih membaca in english ok...

Yousuff pun basal join bang haikal berlatih ok

tahun lepas abang haikal berlatih hafal coral speaking , tengok tengok Yousuff pun ingat sekali rangkap pertama... :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...