Wednesday 27 August 2014

Gambar raya






Hari ni mood nak tengok gambar raya..

adik saya Nabilah baru kirimkan ke FB ....orang lain dah kongsi gambar raya saya baru nak tgk gambar raya...tertinggal keretapi sungguh

raya kali ni saya masih dalam pantang...21 hari masa raya pertama...

ikutkan peraturan memang duduk atas katil ja, tapi perasaan membuak buak nak pakai baju raya dan bergambar raya, nak bersalaman dengan tetamu sedara mara yang datang...saya pakai juga baju raya cuma tak lah gi bejalan rumah org merata hihi....cuma ke rumah nenek saja, untuk beraya dengan mak bide (nenek saya), mak bide tak leh jalan dah uzur sekarang....moga mak bide sihat dan bahagia selalu sentiasa di bawah rahmat Allah, amin.

Masa ni selepas balik solat hari raya, saya di rumah dengan Anas.  Tahun ni Nazli aimi sekeluarga tak ada, mereka beraya di perlis, nabilah pulak time ni tgk duk make up  :) hihi kan dah tertinggal dalam gambar kesian adikku  yg comey.


Pergi beraya rumah mak bide (nenek)
Tudia adik saya , anak anak panggil SU....yang baju biru tu sepupu yang paling rapat dah macam adik dah pun...namanya Husaini , nama manja POKSA

                             

kunjungan anak anak arwah ayah mea......besar besar belaka dah anak anak ayah mea
semua anak anak ayah mea ada...arwah ayah mea mesti seronok anak anak dia dah besar  dan bagus bagus semua alhamdullilah :)...al fatihah untuk ayah mea
kunjungan keluarga mak lonng dari pasir pekan...teringat arwah ayah long , alfatihah.
depa duk melayan tv
Anas pun dapat duit raya, paling banayk kot 

Haikal beraya dengan coklat, banyak betul coklat rumah mak bide, mesti budak budak suka sangat.




Banyak lagi tetamu tetamu yang datang tapi tak snap...seronoknya raya walaupun serba sederhana tahun ni, sebab nak tumpu kenduri adik ...jadi raya tahun ni syarat raya je..yang penting berkunjung bermaafaan...bila lah nak dapat berkumpul lengkap satu keluarga...tahun ni nazli aimi sekeluarga beraya di perlis...tahun depan turn saya beraya di lubuk meriam pulak...nampak gayanya kena tukar jadual raya...bagi dapat kumpul semua...atau plan kumpul bila bila pun ok...asalkan ada semua...teringin nak pergi bercuti, ...tak pernah lagi bercuti dgn ayah umi sejak kawin...dulu masa bujang bujang, umi ayah selaulu bawak anak anak bercuti...mungkin kena fikirkan satu hari untuk kita pulak bawak mereka bercuti .... :)







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...