Mengapa bisnes Shaklee best???
1.
Mendekatkan diri pada yang Esa, Kebergantungan sepenuhnya
pada Allah SWT , dididik untuk memaksimumkan amalan rohani, tahajud, solat di
awal waktu, solat dhuha, membaca Al Quran, zikir. Bagi saya kalau tak dapat apa
apa keuntungan wang ringgit dari bisnes Shaklee pun tak apa kerana saya dapat
sesuatu yang lebihhhhh bernilai dari itu. Group Shaklee umpama usrah kecil yang
selalu menyuntik rasa kehambaan pada illahi, usaha mencari rezeki dalam rahmat
Allah. Alhamdulilah. J
2.
Bisnes Shaklee memberi ruang untuk saya mencari ilmu
dengan tekun dan sungguh sungguh. Sebagai seorang ibu, rasanya mencari ilmu
tentang pemakanan, kesihatan diri suami dan anak anak adalah sesuatu yang
sering kita lakukan kadang kadang tanpa kita sedar. Anak demam, kita google di
internet cara sesuai mengurangkan panas,bila suami pula sakit perut…kita cari
info tentang puncanya dan cara cara penyedian ramuan ramuan tradisi dari halia
atau bawang putih misalnya untuk diberi pada suami agar melegakan sikit rasa
kurang selesa, dan apabila diri sendiri yang sakit sakit badan bila terlalu
letih uruskan rumah tangga, kita jugalah yang mencari info apakah vitamin
sesuai untuk maksimumkan tahap kesihatan kita agar dapat lakukan kerja
sebaiknya untuk suami dan anak…ilmu tentang pemakanan kesihatan ini kita
terokai tanpa kita sedar, so kalau dah alang alang kita membaca, mendalaminya
lebih baik kita terus berkongsi secara aktif info info ini, dan join Shaklee
adalah ruang terbaik anda mencari, selami dan seterusnya berkongsi ilmu yang
anda perolehi…..bermakna sangat join Shaklee dari segi menambahkan ilmu, trust
me J
3.
Bisnes Shaklee mudah dan sesuai untuk semua…..betul,
memang sangat sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki atau wanita…samada yang
bekerja atau tak berkerja, suri rumah tangga seperti saya lagilah sesuai…..
Bagi saya seorang surirumah dengan 3 orang hero kecil
yang lasak, bisnes Shaklee antara yang mudah jika dibandingkan dengan bisnes berasaskan makanan, menjahit atau menjual pakaian dan beg…bayangkan kalau saya
jual kek, jenuhla nak berebut dengan 3 hero saya yang memang suka tolong saya
buat kek (yousuff anak no dua saya memang suka minta mamanya buat kek)….nak
buat kek untuk makan sendiri pun dah kelam kabut inikan pula nak buat jual tak
mungkin bagi saya…..dan nak jual baju atau beg, saya kurang pandai berfesyen…dan
tak mungkin rumah saya penuh dengan stok pakaian dan baju, lagila penuh
berselerak rumah ni….
Dan paling mudah, sesuai bagi saya adalah
Shaklee….kongsikan info di internet, order online pada Shaklee, dan Shaklee yang
akan bungkus dan hantarkan barang order kepada pembeli…semuanya di hujung jari
tanpa saya perlu simpan stok, tanpa perlu saya bungkus dan pos….sangat mudah
kan?
4.
Bisnes Shaklee sentiasa memberi bimbingan, kita akan ada
mentor yang akan sentiasa ikuti perkembangan
kita, beri tunjuk ajar, akan beri idea untuk kita bertindak, mentor dan secret
group akan sentiasa naikkan semangat kita untuk terus berjuang dalam Shaklee (
Yer, mudah mudah pun kena berjuang juga, bukanlah boleh goyang kaki)..semuanya
akan dibimbing dan dipantau secara online, so anda tak perlulah hadiri meeting
semuanya anda boleh lakukan sambil anda lakukan aktiviti harian…contohnya
sambil memasak, sambil tidurkan anak, sambil susukan anak….tak perlu secara
formal. Alhamdullilah saya di bawah group yang sangat best, mentor yang sangat
mengujakan….saya pernah juga terbaca ada ahli yang tersilap pilih group,
mentornya kurang aktif, jadi ahli ahlinya pun kurang inspirasi….sampai jadi isu
nak keluar tukar group lain…..sebab tu lah berhati hati pilih group dan
pilihlah group yang anda yakini…silakan ke group kami insyaAllah anda akan puas
hati , belajar dari orang yang dah berjaya dalam Shaklee sangat bermakna,
insyaAllah.
5.
Tips tips berniaga sentiasa diberikan secara berterusan. Saya
pernah terfikir segala tips dan petua yang disampaikan dalam group sebenarnya
bukan hanya sesuai untuk Shaklee semata mata, malah ianya sesuai digunapakai
untuk semua jenis bisness. Join Shaklee sebagai ahli RM 65.00 seumur hidup
umpama anda mendaftarkan diri ke kelas usahawan. Beruntungnya, kerana jika ke
kelas usahawan anda habis beratus untuk hanya kelas satu hari, tapi dengan
Shaklee setiap hari anda disuntik dengan semangat keusahawanan. ( saya tak lah
kata kursus keusahawanan tak bagus, cuma dengan Shaklee ianya bagaikan kursus
keusahawanan yang berterusan, ianya penting terutamanya bila kita berada dalam
keadaan berputus asa atau malas)
6.
Sesuai untuk yang baru berjinak dengan berniaga.
Perniagaan adalah 9/10 dari punca rezeki….jika tak cuba mungkin kita pun ragu ragu..dan
bagi yang baru mencuba, banyak sangat yang perlu kita pelajari terutamanya
bisnes online. Seperti saya, terlalu banyak benda benda online yang saya
kurang mengerti, alhamdullilah dengan Shaklee saya terbimbing…dan ketika ada
masalah mentor saya akan cuba selesaikan.
7.
Keyakinan tinggi pada mutu produk Shaklee. Menjual
sesuatu berteraskan keyakinan sangatlah penting. Bila kita dah cuba dan tahu
hasilnya kita akan jadi lebih yakin. Antara sebab bisness Shaklee ni best
adalah kerana Shaklee tu sendiri, produknya bukan calang calang, Shaklee telah
bertapak sejak 1956 lagi, pengasasnya Dr Shaklee juga seorang saintis hebat,
yang memainkan peranan penting dalam penerokaan vitamin sejak 1915. Kini
Shaklee mempunyai kepakaran dan teknologi yang terkini untuk hasil produk yang
bermutu. Produk produk Shaklee banyak yang telah dipatenkan dan sentiasa di
bawah piawaian yang ditetapkan. Sangat safe dengan Shaklee, anda boleh lakukan
lebih pembacaan tentang Shaklee, tak kenal maka tak cinta org kata J
8.
Pulangan yang lumayan, usaha lebih insyaAllah dapat
lebih. Part ni saya banyak lagi nak berusaha, tanamkan azam, ikut tujuk ajar
mentor, work hard, pray hard dan perbaikki diri untuk peroleh pendapatan
lumayan seperti mentor saya Ainul. Ainul adalah mak Shaklee saya, saya ikuti
perkembangannya dah lama….saya masih ingat dulu bonus ainul lebih kurang 8 ribu
sebulan, masa tu saya dah start pasang impian nak join Shaklee tapi tak join
join juga hihi….sekarang Ainul dah mencapai bonus RM 28 000 untuk Oktober
lepas, wah banyakkan!! Semua tu boleh dapat dengan Shaklee….ya Allah ya tuhanku
kau permudahkan lah urusan ku, peliharalah kesihatankuu agar aku dapat terus
solat dengan sepenuh hati pada Mu…jika rezeki Shaklee ini baik untuk ku, boleh
jadikan diri ini lebih baik untuk agamaMu, kau permudahkanlah urusanku
untukmencapainya…amin. Ainul adalah inspirasi saya, sedang mengikut usahanya,
caranya, semangatnya….anda ingin dapatkan sentuhan dan bimbingan dari Ainul dan
mentor mentor lain dalam group kami dipersilakan J…sama sama
kita usaha dan sama sama kita berjaya insyaAllah, yang penting mendapat
keredhaan Allah.
Setakat itu dulu perkongsian saya tentang istimewanya
bisness Shaklee…jangan tunggu lama untuk join, rugi…modal sangat sikit RM 65.00
, insyaAllah usaha tangga kejayaan…cubalah J
fb : Amir Izzani Norlin
No comments:
Post a Comment