Thursday, 24 March 2011
Wednesday, 23 March 2011
cucuk yousuff
tudia...mama dah start memasukkan semua gambar ke dalam blog, vidio tak dapat nak pindah lagi ni.......rajin betul mama harinikan...gambar tersimpan dalam kamera dah lama ni...masa time cucuk yousuff hari tu....
baca buku cerita time tunggu turn
dua beradik melangut
haikal seronok kalau gi yoshida klinik ni sebab ada rocking horse kat belakang tu...tu mainan kegemaran dia kat situ

Tuesday, 22 March 2011
ume blooming
naik basikal ke taman dogo...yousuff dengan papa...mama bawa haikal
Yousuff tengokla bunga ume ni cantik!....nanti kita tengok sakura pulak bila sampai masanya ok....love you!
aktiviti panjat panjat memang haikal suka....saya dapat lihat haikal semakin berani, jatuh tapi dia tahan sakit dan panjat balik...sebelum ni kalau jatuh haikal nangis walaupun tak sakit...mungkin sikap tak give up dan cuba lagi ni berjaya sekolah dia terapkan...anak jepun memang dilatih panjat panjat di sekolah...


lepas main mainan main bola pula...haikal suka main dengan orang besar pada dia...abang kai ni ganas juga...kai ni sebenarnya jiran kami...bila dia nampak kami keluar dia tanya doko ikimasuka(nak gi mana)...bila tau kami gi dogo koen dia pun ikut sama...
makan di rumah laith
Laith and taghreed rakan palestin, rapat juga dengan depa ni...dah nak pindah ke nagoya...taghreed tengah pregnant 2 bulan....moga selamat untuk first baby mereka....
yang nihonjin(orang jepun) tu nama arabnya adalah nabila....nabila boleh berbahasa arab, hebatkan...dia belajar bahasa arab....nabila berkomunikasi dengan laith dan taghreed dalam bahasa arab, kagum saya...
haikal bila jumpa nihonjin, mesti nak cakap nihongo...walaupun tak terror lagi tapi dia akan guna juga nihongo(bahasa jepun)

saya bawa cheese kek resepi mbak seko...nabila bawa kek strawbery gulung, sedap sangat ...dan safiyah bawa manisan...tak tahu nama apa tapi manis...
nila hidangan utama hari tu...kus kus namanya...makan dengan ayam...sedap juga...

Laith sedang hias hidangan...
Laith sedang hias hidangan...
arigato laith and taghreed
mama lambat simpan ...haikal dah buat main...dia dapat idea susun buat huruf...punya tak puas hati sebab tak leh buat bentuk O.....pening mama nak explain...O yang betul betul bulat mana boleh buat..ish ish
jom main kat luar rumahla...dalam rumah tak duduk diam sangat....panas time ni tapi tetap sejuk sikit...
Subscribe to:
Posts (Atom)