Sunday, 7 August 2011

Ahmed Yousuff


Yousuff dah nak masuk 10 bulan....dah boleh berjalan, dah tumbuh gigi sebatang kat bawah....bakal keluar satu lagi....cepat juga gigi yousuff tumbuh..bagus...tapi mama ada rasa gerun sikit time menyusu....hihi....jgn tergigit mama ok yousuff....abg haikal dulu berenti menyusu badan masa umur setahun, masa tu gigi tak tumbuh lagi ...setahun lebih baru tumbuh gigi,terselamatla mama.... :)

Yousuff suka tepuk tangan....suka tiru apa yang papa mama buat...macam bye bye!...no no! (goyangkan jari telunjuk)....tunjuk gambar pada buku (jari telunjuk elok ja tunjuk)....siapa nama yousuff angkat tangan (yousuff akan angkat tgn)....rasanya yousuff dah mulai faham arahan dan dah dapat tangkap sesuatu jika diulang selalu...

Yousuff suka sangat main dengan abang haikal..abang haikal menyorok tepi tilam, dia pun kalut nak menyorok jugak....tapi kalau abang haikal terlasak sikit dengan dia, mesti yousuff akan nangis sambil tengok mama....nak minta tolong mama soundkan abang haikal kan....hihi....abg haikal pulak suka sangat buat geram kat adik....ermm macam macam....

Yousuff memang lalu makan apa apapun...kalau bagi air suam guna cawan...Yousuff akan tolak bila terasa haba panas...kalau air biasa tak suam baru dia nak minum....yousuff dah cekap minum guna cawan, tapi mama la yang kena pegangkan...

Petang petang selalunya mama akan bagi yousuff tengok burung samaada kat belakang rumah atau depan rumah....bila tanay yousuff mana bird?....yousuff akan tengok atas langit sambil tunjuk kalau nampak burung....

Yousuff suka ketawa, renyih dan suka bila bunyi muzik...yousuff akan goyang goyangkan badan macam menari.....

selalunya malam malam bila mama bukakan tilam ( kat jepun ni, tilam dibuka time nak tido....pagi pagi lipat tilam.....nak jimatkan space rumah)....nampakja tilam terbuka...Yousuff akan golek golek atas tilam dan buat gaya macam bestnya nak tido atas tilam.....selalu haikal la yang akan jerit...mama! tengok tu adik...manja ja....hihi tula ayat abang haikal..

semoga Ahmed Yousuff terus membesar jadi anak soleh, pintar cergas dan cerdas....jadi anak baik, rajin dan mentaati orang tua..


kelas agama haikal...(hari pertama)

rupa rupanya hari sabtu semalam bukannya sekadar perasmian tapi terus dimulakan kelas....kalut saya berlari balik rumah ambikkan ikrak haikal...hari pertama haikal macam terkaku sebab penggunaan bahasa indonesia...

semua pelajar diberikan tanda nama...semua pelajar adalah dari Indonesia, Haikal sorang ja malaysian...hihi tu yg tercengang dia...

Mbak Dewi tengah menceritakan tentang lafaz ALHAMDULLILAH.....

Semua pelajar kena tulis kaliah ALHAMDULLILAH 10 kali....kebanyakkan pelajar dah besar besar..yang peringkat umur haikal ada dalam 4 orang ...semasa pelajar tgh menulis (untuk yang budak budak besar, budak budak kecik besara haikal buat aktiviti bebas, mewarna, menulis...)....pak Agus akan panggil sorang sorang setiap pelajar lelaki baca iqra ...Mbak Dewi pula ajarkan pelajar perempuan

bila nama haikal dipanggil, haikal cepat cepat pegi kat pak agus...dan membaca iqra dari muka surat 3 (IQRA 1)....haikal serius membaca dengan kuat dan bersungguh sungguh....seronok saya tengok...kalau kat rumah memang tak duduk diam nak baca..alhamdullilah bila berguru dia tahu beri perhatian....pak DEDEK ada rakamkan vidio haikal membaca Iqra, segan pula nak mintak....takpalah.

Kemudian Pak agus dan Mbak dewi mengajar cara cara berwuduk, ada nasyid cara wuduk..haikal suka nasyid tu ...bila balik rumah dia asyik duk nak nyanyi //tapi terlupa rentaknya...puas saya cari di Youtube tak jumpa....hari ni (kelas agama haikal hari ahad)...saya berjaya rakamkan nasyid tu, tapi tak dapat nak bukak pulak..yousuff pun suka juga nasyid ni,,,,bila orang tepuk dia pun tepuk tangan juga...happyla dua dua beradik ni...

yousuff pulak memang happy ja kalau kat tempat ramai budak budak...dia tak kacau orang tapi nak jadi macam budak besar nak join ap ayg oarnag buat....nisa dan Fey antara yang suka sangat dengan yousuff sebab depa kata yousuff lucu dan suka ketawa...

hari ni ahad haikal dan yousuff ke kelas agama lagi...pukul 10 sampai 12....yousuff pun join juga aktiviti yg dia boleh ikut...saya ada snap juga beberapa gambar nanti bila free masukkan dalam blog atau fb....

gambar


basikal baru haikal.....selamat tinggal basikal kecik....beli dengan ozaki san...500 yen, berbaloila haikal nak melasak degan basikal ni...bila nampak haikal kayuh basikal ni nampak la haikal semakin besar... :)
Keropok lekor....buat dua jenis satu guna ikan selayang ..satu lagi guna ikan tuna tin...sedap yang ikan selayang lagi...
kuih puteri satu sebilik hihi...sebab buat satu ja inti dia...ataupun di kelantan panggil kuih tepung bungkus...kegemaran mama dan haikal..

Friday, 5 August 2011

kelas agama haikal

pagi ni pukul 10 ada acara perasmian kelas agama haikal....pertama kali umat islam di ehime ni buat acara kelas agama untuk anak anak sempena ramadhan...

kelas bermula isnin ni sampai jumaat...seminggu saja....jadi haikal akan bercuti di tadika Yagumo dan akan ikuti kelas agama ni selama seminggu dari pukul 9 sampai pukul 12.....pengisiannya adalah kelas membaca ikrak, kelas hafalan, kelas belajar berwuduk dan solat dan kelas santai...

guru gurunya adalah terdiri daripada para ibu ibu....semasa usrah minggu lepas mereka memilih guru guru secara sukarela...saya pilih untuk jadi guru kelas santai...kelas santai aktiviti bebas, boleh bercerita kisah nabi, buat kad raya atau aktiviti kebudayaan....selamat menjadi guru untuk saya..... :)

sementara para ibu yang mahir dalam bacaaan al Quran akan ditugaskan mengajar mengaji...ada yg mengajar solat, wuduk.....

dari minggu lepas lagi saya dah bagitahu haikal yang minggu ni haikal akan bercuti dari yagumo dan akan ikuti kelas agama.....haikal diam, nampak macam dia tak berapa suka....

mama: haikal ok kan nak gi sekolah agama ni
haikal: haikal sedihla mama, haikal suka sekolah yagumo
mama: haikal cuti seminggu ja, lepas tu haikal pegi tadika yagumo balik
haikal:sensei (cikgu) sekolah usrah tu sapa (haikal selalu sebut kelas agama tu sebagai kelas usrah)
mama: haikal ingat tak makcik yang pakai tudung biru tu (masa usrah mama), nanti dia ajar haikal mengaji ikrak
haikal:kan haikal baca dah al quran dengan mama
mama: memangla tapi haikal tak baca habis al quran kecik tu (ikrak)...kalau haikal gi sekolah agama baru haikalpandai baca...
haikal: haikal tak sukala...

ermmmmm......harap harap isnin ni haikal tak nangisla.....

tentang yousuff pula....dah semakin laju menapak...comey tengok yousuff jalan...dah faham kalau mama kata stand up, dia akan bangun....bila papa kata give me five dia dah pandai five kat papa....bila dengar bunyi muzik atau mama berzikir mula la goyang goyang badan dan kepala..
sejak dua tiga hari ni, dah selalu pangil mammaaa...bila nak sesuatu, bila mama tinggalkan dia....mammmaa sambil mata tengok pada mama.....yousuff semakin cerdik dan telatahnya selalu comey...sayang yousuff haikal...

Wednesday, 3 August 2011

pemergian ayah tua

petang semalam dapat berita ayah tua (datuk) sudah meninggal....meninggal ketika tidur...moga roh ayah tua dalam rahmat Allah.....
saya tak tahu nak tulis apa lagi....dari jauh hanya bacaan yasin dan doa dapat disedekahkan..moga roh ayah tua tenang di sana..amin

Tuesday, 2 August 2011

kuih ooo kuih

hari ni rasa nak buat kuih tepung bungkus....nostalgia kuih ni....mak aji (nenek belah ayah)..pandai buat kuih tepung bungkus ni...umi pun pernah buat juga dulu, masih ingat lagi kenangan buat kuih ni dengan umi.....
masih ingat umi cakap....kalau org utara panggil kuih puteri dua sebilik....saya cakap kat umi bubuh satu jelah, puteri satu sebilik....jimat sikit..hihi...masa tu saya kecik lagi darjah 4 rasanya..

moga umi dan ayah sentiasa bahgia....sayang umi ayah

jom hari ni....puteri dua sebilik.....

Saturday, 30 July 2011

lompat tikam dan seri muka

pertama kali buat kuih lompat tikam...sensei papa dan sone datang rumah....buat nasi ayam dan lompat tikam ni ...lain kali akan buat lagi lompat tikam sebab suami suka


kuih seri muka, tapi atas dia keras sikit....kalau boleh kena bagi lembik sikit baru sedap....cuba lagi lain kali


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...