Wednesday, 23 June 2010

Pesan ustaz hazrizal dari bukunya...

Membelek belek buku yang di beli suami...buku bertajuk "secangkir teh pengubat letih"
ditulis oleh ustaz hazrizal....

tertarik dengan pesanan ustaz hazrizal di muka surat 9

"Carilah satu dunia asing ...untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. Basahkanlah kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah; samada di tikar sejadah atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah"

Bersunyi sunyi dengan Allah....saya bertanya pada diri sendiri...ermmmm..

Sunday, 20 June 2010

lempeng pisang satu!

tgh hari tadi gi cari kasut baru haikal kat hard off...hihi haikal dapat kasut baru...kasut lama dah ketat...terpaksala simpan untuk adik pulak kasut upin ipin haikal ttu....
lps tu gi taman dogo....main mainan dan main tanah....cuaca hari ni mendung, tak panas best berbasikal ...rasa mcm tak mau balik rumah ja....tapi nampak haikal pun dah mengantuk....

Sekarang ni haikal tgh tido celah ketiak papa....ala comelnya dua beranak ni.....dah snap satu gambar tapi segan pulak nak masukkan dalam blog....seksi sgt depa tido.....hihi

rasa nak mkn lepeng pisang ptg ni...ok lempeng pisang satu!....satgi haikal papa bgun blh kita isi perut ptg ptg yg mendung ni.....

Friday, 18 June 2010

kuah dal tak jadi...

untuk dinner tadi buat kuah dal, sambal ikan bilis ..mkn dengan roti arab...ikut resepi emi....
roti arab tu dah jadi dah...tapi alahai kuah dal pulak tak berapa nak jadi...kacang dal tu tak hancur pun walaupun dah rendam lama dan rebus lama.....
sebelum ni pernah buat juga kuah dal tapi ok ja.....(guna stok kacang dal yang lama)
rasanya saya dah tersilap beli kacang dal yg untuk buat kuih tu la...kuih masalodeh....
patutla dulu masa bujang ....kat LGM time tu...mamak yg jualkacang dal tu tanya saya...nak kacang yg dal untuk buat kuih atau buat kuah....ermmmm lain kali sebelum beli kacang dal kena pastikan betulbetul dululah.....atau saya ada silap mana mana ek......

Thursday, 17 June 2010

Mengemis kasih....

Lirik ni dipetik dari lagu Mengemis kasih...saya suka part ni.....

Tuhan dosaku menggunung tinggi,
Tapi rahmatMu melangit luas,

Harga selautan syukurMu,
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi,

Tuhan walau taubat sering ku mungkir,
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi,

Bila selangkah kurapat pada Mu,
Seribu langkah Kau dekat padaku,

Monday, 14 June 2010

haikal dan pampers

panjang ceritanya....dipendekkan cerita...setelah hampir 6 bulan (lebih rasanya) berusaha untuk melepaskan pampers akhir seminggu yang lepas haikal dah berjaya untuk tidak memakai pampers di rumah....tapi, masa tido masih pakai....dan ketika keluar rumah (pegi rumah org, kedai)....kalau ke taman mainan dah tak pakai...
alhamdullilah setelah menempuh pelbagai cabaran...akhir nya haikal dah boleh control kencing dan beri tahu masa nak kencing dan berak....

teringat detik detik mula mula train haikal....10 minit sekali saya bawa dia ke toilet (mak mertua yg cadangkan macam tu)....memang setiap kali bawa haikal akan kencing.....tapi dalam masa tu juga dia akan kencing dan berak di luar toilet...masa tu rumah kami kecil saja, dan memang kelam kabut kalau haikal kencing kat ruang tamu....berak pun pernah di ruang tamu....sampai akhirnya kapet rumah saya memang beberapa kali kena basuh dan jemur di luar....kalau tak pasang kapet , takut kena direct atas tatami (tikar jepun yang memang dah lekat kat lantai rumah)...memang menguji kesabaran saya dan suami....menyebabkan kadang kadang rasa nak marah....haikal dah boleh sebut "mama nak kencing", tapi bila time nak kencing tak sebut pun....
bila tanya "haikal kalau nak kencing pegi mana"....pandaija jawab..."pegi toilet"....tapi amat jarang la haikal berjaya....

Kemudian ikut petua ayah pulak, pulas paha kalau kencing merata...dah berapa kali pulas tetap macam tu jugak...masa tu musim sejuk, haikal asyik nak kencing....seluar yg basah kena kencing memang byk setiap hari, perlu di basuh segera.....cuaca pulak lembap musim sejuk, lambat nak kering baju di ampaian menyebabkan saya rasa rimas dan kerap kali juga berputus asa....ditambah dengan kapet, tilan yang sentiasa di basuh dijemur kena air kencing..memang rimas sgt rasa....tapi sebab hajat hati memang nak haiakl cepat lepas pampers, digagahkanjuga semnagat...mujur papa haikal pun turut serta bawa haiakl ke toilet, kalau nak harapkan saya sorang memang patah pinggang...hihi...betul ni...

Kemudian idea suami, set jam..bunyi loceng tanda haikal mesti ke toilet....haikal macam seronok pulak main macam tu...tapi tetap tak berjaya....haikal kerap kencing ....dan saya rasa mungkin pengaruh musim sejuk menyebabkan dia tak dapat kawal kencing dan asyik nak kencingt....cara tu pun gagal juga akhirnya...kelakar ingat balik detik detik tu...

Latihan untuk tinggalkan pampers, kadang kadang terpaksa di stopkan ...sebab haikal demam...kami pernah terkena H1N1....jadi kalau time sakit memang stop la trainning ke toilet....dugaan sungguh.

Akhirnya kami berpindah ke rumah baru, rumah baru sekarang ni...tak ada tatatmi, jadi saya rasa agak mudah untuk latih haikal...kalau haikal kencing di lantai pun, mudah untuk saya basuh...namun mengambil masa juga, tapi dah nampak ciri ciri poisitif.....

Pulang bercuti ke malaysia....ayah umi, mama semuanya duk tanya haikal bila nak lepas pampers....ermmm tertekan juga saya....saya dah berusaha tapi gagal....saya cakap kat ayah...noli tention la, dah cuba tapi tak boleh....kanak kanak mesti tak sama...memang la masa saya kecik 1 tahun lebih dah tinggal pampers...adik adik pun sama malah leih cepat...tapi mungkin setiap anak anak tak sama....saya mengeluh juga depan ayah umi...sebabnya saya rasa macam saya pulak yang dipersalahkan bila haikal tak dapat tinggalkan papmers lagi....hihi tu antara pergelutan jiwa time tu.....di malaysia, rumah ayah umi...haikal cuba tak pakai pampers...tapi tetap gagal...di rumah mama pun sama, tetap gagal....

akhirnya bila dah pulang ke jepun semula, kami tetap terus berusaha.....seminggu yang lepas papa cubit paha haikal...lepas tu dah boleh dah bagitahu bila nak kencing......
alhamdullilah....."mama nak kencing!"...kalau papa yang bawak tak mau pulak....tapi bila dah lama lama dengan papa pun ok...tapi tetap panggil mama dulu......

dan ayat lain pulak...""Eh kencing".....ingatkan dah terkencing...rupanya tu maksudnya nak kencing juga...suspen ja haikal ni.....alhamdullilah mama dan papa happy sangat.....haikal dah besar dah nak ada adik, bagusla dah berjaya tinggalkan pampers....sayang anak mama ni....

"anakku bijak, anakku soleh"....haikal selalu cakap macam tu lepas saya ajar dia ayat tu , tajuk buku.....hihi .... mama dan papa SAYANG HAIKAL!!!!
Syukur pada Allah. :)

Thursday, 10 June 2010

apam balik

Pagi ni breakfast dgn apam balik...tgk resepi dari blog emi....dulu masa bulan puasa rajin la buat ...tapi sekarang dah lama tak buat...kat malaysia beli ja...kalau kat malaysia saya suka apam balik yg kecik kecik dan garing....sedapnya....

First time buat apam balik adalah lepas balik dari tokoshima, melawat famili emi dan perot..tengok emi buat senang ja...balik balik ehime terus cari pan yang tak lekatt tu...sebab nak buat apam balik ni wajib..hihi yeka...kena ada pan tu....

ok ni cara buat apam balik, saya ambil dari resepi emi

Bahan-bahan
2cwn tepung gandum
1sk serbuk penaik
1sk soda bikabonat
1/2cwm gula
1biji telur
1 1/2cwn air
Bhn tabur: kacang tumbuk, jagung krim, gula


Cara-cara
  • Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan serbuk penaik, soda dan air. Pukul sebati. Blender semua sekali pun boleh.
  • Biarkan 1/2jam. Panaskan pan dan masukkan 1 senduk aduan. Tabur dgn kacang, jagung krim dan gula. Bila masak lipat 2 dan sapu dgn butter. Kalau suka ranggup xyah sapu butter.





Tabur jagung, kacang dan gula.....dah garing lipat...


pastu potong potong...sedap mkn panas panas tgh garing tu...kiranya selesai satu terus ngap....haikal suka apam balik ni..."mama!sedapp...", kata haikal....


Wednesday, 9 June 2010

Langkah bestari isteri mithali


Pagi tadi baca balik buku kecik yang saya beli hampir dua tahun yang lepas......saya beli untuk saya satu, untuk suami satu...masa tu umur haikal 5 bulan....suami saya pulang dari jepun bercuti dan melawat kami (saya dan haikal duduk malaysia masa tu).......

Saja nak share tip tip dalam buku tu...ada 50 tip semua...saya larat taip 10 ja dulu....

LANGKAH BESTARI ISTERI MITHALI

1 Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong , perangsang , penasihat, pendengar, pendidik dan pendoa.

2 Sentiasa taat pada suami dlm semua hal yg dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yg melibatkan kemungkaran.

3 Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang yg penting.

4 Fahami kereneah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.

5 Didik suami berkenaan apa yg anda harapkan secara hikmah. Ada kalanya anda perlu berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila member pesanan pada suami.

6 Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas serta menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yg dia gemari.Lakukan mengikut kehendaknya.

7 Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf kepada suami. Kemaafan menyucikan hati,menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik saying dan memakbulkan doa.

8 Doakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih saying yang mendalam dan berkekalan.

9 Pastikan anda melebihkan suami daripada ibu bapa atau orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun dan menghormati ibu bapa supaya mendapat kebahagian dunia akhirat.

10 Berbahagialah apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...