Saturday, 25 December 2010

ipod papa

haikal: papa papa...ni ipod papa
(sambil bawak ipod papa dari bilik dan bagi kat papa kat ruang tamu)

papa: ha haikal jgn main ni ipod papa

haikal: ha la haikal bagi papa simpan la ni...simpan dalam poket papa la...nanti haikal main pulak nanti ha macammana...papa simpanla baru haikal tak main...

tulah haikal sekarang dah tau dah papa akan jadi raksasa kalau haikal main ipod papa...
dulu memang selalu biar ja haikal main...budak budak zaman sekarang cepat sungguh tahu guna benda benda ni, dah macam budah darjah satu pulak tgk haikal guna ipod...pandai bukak serba serbi....
tapi sekarang papa dah tak bagi haikal main ipod....dah beberapa kali papa jadi raksasa ...sekarang ni haikal pun dah tau dah...nampak ipod papa...tgk mama dulu, tekan sikit sikit pastu dia tau kot bersalah....bawak gi kat papa, suruh papa simpan...dan ayat selalu yg keluardari mulut haikal ayat kat atas tu la...
saya dan suami mula mula dengar ayat tu tergelak....pandai nya anak mama ni buat ayat....

Yousuf dah makin ok sikit batuk....suka menegur, mata suka tgk kat mata papa mama....pastu sengih....pastu gelak....minum susu kurang sikit sejak batuk ni...sejak batuk, yousufdah tak terjeluak macam selalu..mungkin sebab kurang menyusu kot....

hari ni saya buat roti puri...suka sangat...rasanya jadi kot....kembung, lembut di dalam garing di luar....sedap...makan dgn kuah dal...




Friday, 24 December 2010

Singa dan tikus

haikal : mama! mama! cerita la (sambil ambik buku)

mama: Ok ni cerita singa yang sombong dan tikus yang baik

haikal: Sombong tu apa

mama: sombong tu berlagak

haikal: berlagak tu apa

mama: berlagak tu suka cakap besar la

haikal: Aaaummmm macam tu ka (serius ja muka)

haha ...haikal ni ...dia ingatkan cakap besartu ...bunyi suara kuat macam singa....

haikal memang suka banyak bertanya....bumi tu apa?...bumi tu planetla....planet tu apa?...planet tu bumi la, bulat, yang kita pijak ni bumi la.....
haikal dah buat muka heran...pastu cakap nirumah kitala!...cantik rumah kita...cantik planet ni.....hahaha....you make me smile la haikal

Yousuf...kuat lonjak, suka sengih....yg adik ni nanti dapat mulut tak tau la macam mana pulak....tido lena lena ya Yousuf....batuk tak reda lagi anak mama ni....moga cepatla baik..sayang haikal dan yousuf!




Tuesday, 21 December 2010

Buat umi tersayang


teringat sangat kat umi ayah bila dengar lagu ni....

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


ingin saya tulis di sini,...
semasa menghantar keluarga mertua di airport osaka....
saya terlihat suami saya mendakap mama dan mencium di dahi....
saya amat amat tersentuh....fikiran saya terus teringat pada umi dan ayah...
seumur hidup saya...saya tak pernah mencium dahi umi ayah....
Y a Allah panjangkanlah umur ku...umur umi ayah agar dapat bertemu lagi...dan Ya Allah aku pasti akan gunakan saat itu untuk mencium dahi umi dan ayah .....moga ayah umi sentiasa dalam rahmatmu...

nugget ayam tauhu



semalam buat nugget ayam dan sup tauhu....
seronok sgt merasmikan food processor...mudahnya kisar ayam...halus ja...
dulu saya pernah buat burger daging...pinjam pengisar yg manual, shafiq punya....susah sangat mengisar, memang guna tenaga tgn sepenuhnya...dan prosesnak basuh pun susah....ni bila dah try guna yg elektrik ni....fuh senang dan mudah...berbaloi beli...dekat 4000 yen (RM160.00) juga harganya...terima kasih abang!....lps ni rajinla buat benda benda yg kena kisar ni....

ok ni resepi nugget ayam tauhu....sedap, lembut ja kat dalam....buat byk byk simpan dalam peti ais atas...nak mkn goreng, mudah!...resepi ni di ambil dari sini

Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)

4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)

2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs

1/2 biji telur

150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu

sedikit garam

lada sulah

2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah)

*Untuk Coating*

2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu

3 cawan breadcrumbs

Cara-Caranya

1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.

2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.

3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je.

4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba.


untuk sup tauhu pulak sayaambil resepi dari sini

Bahan-bahan:

2 bungkus tauhu jepun (dikenali juga sebagai tahu telur/lembut)
2 ulas bawang putih
1 inci halia – dimayang
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap pekat
Gula dan garam secukup rasa
1 biji telur
Sedikit air
Sedikit tepung gandum dibancuh dengan sedikit air – untuk celup tauhu
Sedikit tepung jagung – untuk pekatkan kuah


Cara Penyediaan:

Potong tauhu setebal 2cm. celup ke dalam bancuhan tepung gandum dan goreng sehingga kekuningan. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama halia. Masukkan air,sos tiram, kicap, gula dan garam secukup rasa.

Masukkan telur dan kacau seketika. Masukkan tauhu goreng dan gaul sehingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung jagung dan gaul sehingga mereneh.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

gambar gambar Ahmed Yousuf bin Amir Izzani

Yousuf dah nak masuk 3 bulan ...
dah 3hari yousuf batuk...semalam sampai tak bunyi suara....nangis pun tak berbunyi...kesiannya...
semalam dah bawak ke klinik...Dr bagi ubat batuk...nasib baik yousuf tak demam...
selalunya bila di agah yousuf akan senyum dan melontarkan suara kegembiraan....(tertawa)...tapi sejak dua tiga hari ni, bila diagah tetap senyum tapi tanpa suara kesiannya anak mama ni...

Yousuf tak blh ditinggalkan jauh ...kalau yousuf tido di bilik, saya di dapur...kena selalu selalu jenguk dia...sebab kalau yousuf sedar dan nangis pun tak berbunyi...
semalam...saya tgh memasak di dapur....saya gi jenguk kat bilik tgk tgk yousuf dah riau kuat merah muka tapi tanpa suara....

hari ni macam ok sikit dari semalam....suara ada la keluar sikit sikit....
saya ada ambil kan vidio yousuf guna kamera, tapi tak dapat buka pulak...selalu ambik vidio guna handset....nantilah ambik lain....kenangan yousuftanpa suara....



kayuh yousuf kayuh!...baru lepas salin pampers ni....paha yousufdah belipat lipat dah tu isinya....gemuk dah anak mama ni...semalam masa gi klinik berat yousuf dah nak dekat 6 kilo....

Wah besarnya penumbuk adik!...hero ni :)



Yousuf ku sayang!...dah besar dah anak mama ni...suka senyum....

pagi tadi...papa tgh solat kat ruang tamu...mama kat dapur ambik air sembahyang dan nak buat susu haikal...sebelum tinggalkan haikal, pesan kat dia haikal jaga adik sat mama nak gi buat susu...
pastu mama pulak solat, papa dah sudah...papa masuk bilik...tgk abang haikal tgh tido tepi adik sambil pegang pegang dahi adik....pandai jaga adik dah ni....adik yousuf dan abang haikal kena saling sayang menyayang antara satu sama lain tau....love both of you!

Friday, 17 December 2010

vidio haikal masa campak




anak rusa nani

sepohon kayu

katak kat rumah tok ayah

vidio haikal 2 thn 10 bulan

ambik semlm vidiop vidio ni....kalut ja haikal...tiba tiba aktif semacam...umi ayah semua,,,tgkla haikal yg byk ckp ni...








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...