1 sudu besar madu
Saturday, 28 August 2010
terliur kung pao chicken fith
1 sudu besar madu
Monday, 23 August 2010
baby dah kedudukan normal...
Saturday, 21 August 2010
kak liza nak dtg berbuka
- 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing) - hana goreng tk garing sgt
- 1 labu bawang besar*
- 1 biji cili merah*- x dok!! gune cili kering jerk! ngeeee..
- 3 ulas bawang putih*
- 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
- 2-3 biji cili api (diketuk)- x letak sbb sos cili hana dh pedesss!!
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
- sedikit daun ketumbar (dihiris)
- 1/2 sudu besar kicap pekat
- Kisar bahan2 bertanda *.
- Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
- Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
- Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
risau mulai datang
Thursday, 19 August 2010
sekadar teringat kenangan lama..
Monday, 16 August 2010
perkembangan baby...
Sunday, 15 August 2010
tepung pelita
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras
1 biji kelapa diperah jadi
4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur
sedikit garam
Caranya:
- Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
- Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
- Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
- Bila dah masak masukkan dalam acuan.
- Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
- Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
- Sejukkan dan boleh makan
tempek dulu resepi popia basah ni
Bahan Kulit
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
Bahan Inti (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis
**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
Bahan Sambal
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.
Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.
2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper.
4. Buat dari arah jam.mulakan dari tepi dulu.kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar. Utk step nih sila lihat di my.resipi.
5. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat).
6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
7. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng.lipat macam biasa dan gulung.
8. Sedia untuk dimakan :)
Tambahan : Ros ikut tips dari kak Hana Kanazawa, bila nak ratakan adunan untuk kulit tu ros alihkan frypan dari api dan letakkan frypan di atas tuala yang di basahkan, kemudian ratakan adunan menggunakan jari, jadinya tak lah panas jari tu...terima kasih kak hana atas tips yang membantu in
------------------------------------------------------------------
tempek sekalia yat dari blog tu.....
kelas nihongo
Wednesday, 11 August 2010
biasiswa suami dah masuk...alhamdullilah...
Tuesday, 10 August 2010
bulan puasa
Monday, 9 August 2010
jom cuba buat cendol hari ni
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan air pandan
- secubit garam
- 1 sudu kecil air kapur
- sedikit pewarna hijau (option)
Cara-cara
- masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
- kacau selalu supaya tidak hangit
- sediakan bekas yang berisi air sejuk
- masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
- kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
- simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....
Segeralah mencari pintu taubat...dicopy dari blog Mutiara Hati
Disampaikan oleh Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani
Di Madrasah al-Maβmurah, Ahad, 10 Syawal 545H
(Rujukan : Fathur-Rabbani)
Wahai kaumkuβ¦!
Capailah olehmu pintu kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya, selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa kerana pintu itu masih terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapainya, berdesak-desakan dengan saudara-saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu.
Wahai kaumkuβ¦!
Bangunkanlah semula apa yang sudah kamu robohkan. Cucilah apa yang telah kamu kenakan najis. Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan dan jernihkanlah apa yang telah kamu keruhkan. Kembalikanlah apa yang sudah kamu ambil dan kembalikanlah kepada Tuhanmu apa yang telah engkau larikan daripada-Nya tanpa izin-Nya.
Wahai hambaβ¦!
Tiada sesuatu pun di sini kecuali al-Khaliq. Jika engkau bersama al-Khaliq maka engkau adalah hamba-Nya, dan jika kamu bersama makhluk-Nya, maka kamu adalah hamba mereka, hingga engkau dapat membuang ketandusan dan kegersangan di hatimu serta mencerai-beraikan semuanya dari hatimu. Apakah kamu tidak tahu, bahawa orang yang mencari Allah akan berpisah dengan semuanya itu. Sudah cukup jelas, bahawa segala sesuatu dari makhluk adalah hijab antaranya dengan Khaliq.
Wahai hambaβ¦!
Janganlah kamu bermalas-malas, kerana selamanya kemalasan itu akan membuatmu terhalang dan akan menimbulkan penyesalan di dalam hatimu. Oleh itu perbaikilah pekerjaanmu, sementara Allah telah berbuat baik kepadamu, di dunia mahupun di akhirat.
Abu Muhammad al-βAjami Rahimahullah sentiasa berdoa dengan ucapan: βYa Allah, jadikanlah kami orang-orang yang baik.β Seakan-akan ia bermaksud mengatakan: βYa Allah, jadikanlah kami sebagai orang yang memperbaiki apa yang telah kami lakukan.β Tetapi lafaz itu tidak sampai beliau ucapkan.
Barangsiapa yang pernah merasakannya, maka ia akan mengetahuinya. Pergaulan yang baik dengan makhluk dan berteman dengan mereka dalam batas-batas syariah dan keredaan-Nya adalah pergaulan yang diberkati. Sebaliknya, jika hal itu dilakukan dengan melanggar batas-batas syariah dan tiada keredaan-Nya, maka janganlah lakukan itu, kerana tiada kehormatan untuk mereka. Penerimaan dan penolakan terhadap suatu ketaatan merupakan suatu petanda bagi kaum sufi dan orang-orang yang menjauhi kemaksiatan.
Wahai hambaβ¦!
Tegakkanlah perangkap doamu dan kembalilah kepada keredaan. Janganlah engkau berdoa dengan lidahmu, sementara hatimu berpaling daripada Allah al-Haq. Pada hari akhirat kelak, semua manusia akan teringat akan apa yang telah dilakukannya di dunia, sama ada kebaikan atau keburukannya. Penyesalan ketika itu tiada bermanfaat sama sekali, demikian juga dengan ingatan itu. Bahkan tidak bermanfaat juga baginya mengingat hari kematiannya, ingat akan tanah pertanian dan persemaiannya dan masa menuai bagi manusia. Semuanya itu tidak bermanfaat lagi.
Jika kematian datang kepadamu, maka engkau akan terjaga (sedar akan segala perbuatan dan tindakan yang dilakukan selama hidup di dunia). Bagaimanapun terjaga pada waktu itu tidak berguna lagi bagimu.
βYa Allah..! Bangkitkanlah kami daripada ketiduran orang-orang yang terlupa terhadap-Mu dan orang-orang yang tidak mengerti tentang Engkauβ¦β
Wahai hambaβ¦!
Persahabatanmu dengan keburukan akan menjadikan kamu orang-orang yang berprasangka buruk terhadap kebaikan. Berjalanlah kamu di bawah naungan Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya, nescaya kamu akan berbahagia.
Wahai kaumkuβ¦!
Malulah engkau kepada Allah dengan sebenar-sebenar malu. Janganlah kamu melalaikan masa-masamu, janganlah kamu menyia-nyiakannya, janganlah kamu menyibukkan dirimu dengan mengumpulkan sesuatu yang tidak dapat engkau makan, mengangan-angankan sesuatu yang tidak akan dapat engkau capai, membangun sesuatu yang tidak mungkin engkau diami. Kerana semuanya itu akan menghalangimu daripada maqam Tuhanmu. Ingatan kepada Allah selalu terhunjam di dalam hati orang-orang yang arif, sehingga mereka lupa akan segala sesuatu yang pernah diingatinya sebelum itu.
Apabila hal itu dapat kamu laksanakan dengan sempurna, maka syurgalah tempat tinggalmu, iaitu syurga yang dipilih dan syurga yang dijanjikan. Syurga yang dipilih di dunia ialah reda kepada qadaβ Allah, dekatnya hati kepada Allah, bermunajat kepada-Nya, menyingkap tabir yang ada di antaranya dengan Allah. Ini akan menjadikan pemilik hati itu sebagai berteman dengan teman Allah di dalam kesunyiannya, tanpa perincian dan tanpa perumpamaan.
Allah swt berfirman :
βTiada sesuatu juapun yang menyerupai-Nya, dan Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.β (al-Syura : 11)
Adapun yang dijanjikan, ialah segala sesuatu yang sudah dijanjikan oleh Allah Taβala kepada orang-orang yang beriman dan melihat kepada Dzat Allah Yang Maha Agung, tanpa hijab. Tidak disangsikan lagi, bahawa semua kebaikan adalah di sisi Allah, manakala keburukan itu berada di sisi makhluk. Kebaikan adalah dalam menghadap kepada-Nya sedangkan keburukan adalah berpaling daripada-Nya. Setiap amalan yang kamu harapkan ganjarannya, maka ia adalah milikmu. Manakala semua amal yang kamu lakukan demi Allah dan untuk Allah, maka amal itu adalah untuk-Nya.
Apabila engkau beramal dengan mengharapkan imbalannya maka balasan untukmu ada pada makhluk, dan apabila kamu beramal kerana Dzatnya, maka balasan untukmu adalah kedekatanmu kepada-Nya dan melihat-Nya.
Kemudian, janganlah engkau mengharapkan imbalan amalmu secara keseluruhan. Segala sesuatu yang ada di akhirat, di dunia dan selain daripada Allah, bersandar kepada-Nya. Janganlah engkau mencari kenikmatan itu kepadamu. Carilah jiran, sebelum kamu mencari rumah yang hendak engkau diami. Dia Yang Ada sebelum adanya segala sesuatu. Dialah Yang Mengadakan segala sesuatu, dan Dialah Yang Ada setelah segala sesuatu.
Hendaklah engkau sentiasa ingat akan mati dan bersikap sabar atas segala bencana, serta bertawakallah kamu kepada Allah dalam semua keadaan. Jika ketiga-tiga tahap ini telah engkau laksanakan dengan sempurna, maka pada suatu ketika, akan datanglah malaikat kepadamu dengan mengingatkan kematian yang menjelang dan ketika itu berhasillah kezuhudanmu. Dengan kesabaran, engkau akan memperolehi segala sesuatu yang engkau harapkan dari Allah s.w.t, dan dengan ketawakalan, akan keluarlah segala sesuatu dari hatimu, sehingga ia hanya terkait dengan Allah semata-mata. Singkirkanlah dari hatimu dunia, akhirat dan segala sesuatu selain daripada Allah. Dengan demikian, akan datang kepadamu kesegaran dan ketenangan dari segala penjuru serta pemeliharaan dan perlindungan dari enam penjuru mata angin, sehingga tiada ruang bagi makhluk untuk mencederakan engkau. Tertutuplah daripadamu semua arah dan terkuncilah daripadamu semua pintu. Sehingga engkau tergolong kepada orang yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya yang berbunyi:
βSesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas merekaβ¦β (Al-Israβ : 65)
Bagaimana mungkin makhluk akan dapat menguasai orang-orang yang mengesakan Allah, yang ikhlas, yang tidak menunjuk-nunjukkan amalnya kepada makhluk, yang berbicara tentang tujuan akhir, bukan pada permulaannya. Semua permulaan itu adalah bisu dan semua penghujung itu adalah pemahaman. Orang yang ikhlas itu kerajaannya ada di dalam hatinya dan kekuasaannya ada di dalam batinnya tanpa memandang kepada kenyataan zahiriyah.
Adalah suatu hal yang jarang terjadi, seseorang yang mampu menghimpunkan kerajaan zahir dan batin. Jadilah kamu menjadi orang yang menyembunyikan semua sikap dan perilakumu, janganlah berhenti, hingga engkau mampu menyempurnakannya dan hatimu sentiasa berhubungan dengan Allah.
Jika engkau telah menyempurnakannya, maka ketika itu engkau tidak lagi akan peduli kepada sebarang halangan dan rintangan. Bagaimana kamu akan mempedulikannya, sedangkan kedudukan engkau telah mantap dan kukuh. Berdirilah engkau ditempatmu, sementara Dia akan memelihara dan melindungimu, maka manusia atau makhluk-makhluk lain akan menjadi dinding penghalang di hadapanmu.
Hinaan dan pujian ketika ini tiada beza bagi kamu, demikian juga dengan penerimaan atau penolakan mereka. Engkau akan menjadi orang yang membangun dan yang merobohkan mereka. Kamu bertindak terhadap mereka dengan seizin Khaliq, al-Haq Pencipta mereka.
Maka Dia akan memberimu jalan pemecahan dan penyelesaian serta membuang semua petaka di dalam hatimu dan memberikan tanda-tanda ke dalam batinmu. Tiada pembicaraan apapun sehingga engkau cukup mafhum dengan semuanya ini. Jika tidak, maka jadilah kamu orang yang berakal, janganlah berbuat bodoh. Kamu adalah bagaikan orang buta, oleh itu carilah orang yang akan menuntunmu, kamu adalah orang bodoh, maka carilah orang yang akan mengajarimu. Jika engkau telah menemuinya maka hendaklah engkau berpegang kepadanya, terimalah semua pendapat dan buah fikirannya dan terimalah dalil-dalil yang diberikannya secara baik. Jika engkau telah mendapatkannya, maka duduklah engkau di sana bersamanya hingga engkau mampu memantapkan pengetahuanmu berkenaan hal itu.
Pada ketika itu akan terlindunglah daripadamu segala kejahatan. Engkau menjadi pengikut kefakiran dan kemiskinan. Kesimpulan daripada semuanya ini ialah menjaga rahsia Allah dan berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik.
Dari manakah kamu mencari kebenaran dan keredaan Allah selain daripada-Nya! Apakah kamu tidak mendengar firman-Nya yang berbunyi:
βDi antara kamu, ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu (juga) ada orang yang menghendaki akhirat.β (Ali-Imran : 152)
Sementara dalam ayat lain pula, Allah berfirman, yang bermaksud:
βMereka menghendaki atau menginginkan keredaan-Nya.β (Al-Kahfi : 28)
Sesungguhnya kebahagiaan dan keberuntungan akan menjadi bahagianmu, dan datang kepadamu tangan-tangan mujaddid (pembaharu) yang akan membersihkan kamu daripada sentuhan tangan-tangan makhluk, serta akan membawamu menghampiri pintu gerbang taqarrub kepada Allah. Allah berfirman, yang berbunyi:
βDi sana, pertolongan itu hanya datang dari Allah Yang Haq.β (Al-Kahfi : 44)
Apabila engkau telah sampai ke tahap ini, maka dunia dan akhirat akan datang kepadamu sebagai pelayan, tanpa adanya kesusahan. Capailah pintu al-Haq dan tetaplah engkau berdiri di sana. Apabila engkau tetap di sana, maka akan nyatalah bagimu beberapa seruan atau bisikan, sehingga engkau akan mengetahui dan membezakan antara bisikan nafsu, bisikan hawa, bisikan hati, bisikan iblis dan bisikan malaikat. Inilah yang dikatakan dengan bisikan yang benar dan bisikan yang batil.
Pelajarilah satu demi satu bisikan-bisikan tersebut, sehingga engkau mengetahui tanda-tandanya. Apabila engkau telah sampai ke tahap ini, maka akan datang bisikan (ilham) dari Allah untuk membimbingmu berkenaan dengan kesopanan, keteguhan, tegak dan dudukmu, gerak dan diammu serta perintah dan larangan buatmu.
Wahai kaumkuβ¦!
Janganlah kamu mencari tambahan dan pengurangan, awalan dan akhiran, kerana takdir itu telah menyelebungi diri masing-masing dengan sempadan-sempadan atau batas-batas tertentu. Tiada seorangpun di antara kamu, kecuali ia mempunyai catatan atau ketentuan daripada kudrat ini.
Allah telah berlepas tangan daripada segala sesuatu yang telah ditetapkan-Nya sebelumnya. Bagaimanapun, akan datang bagi segala sesuatu itu hukum-hukum yang ditutup oleh perintah-perintah, dalam bentuk larangan dan kewajipan. Oleh yang demikian, tidaklah halal bagi seseorang untuk mengemukakan hujah atau alasan hukum atau ketetapan yang telah lalu. Allah Taβala berfirman:
βDia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya tetapi merekalah yang akan ditanyai.β (Al-Anbiyaβ : 23)
Wahai kaumkuβ¦!
Beramallah kamu dengan amalan zahiriyah, amalan yang nyata bagaikan dakwat hitam di atas kertas yang putih, sehingga membawamu kepada mengamalkan amalan batin dalam urusan ini. Jika kamu mengamalkan amalan zahiriyah, maka ia akan mendatangkan kefahaman bagimu terhadap perkara-perkara batiniyah, kemudian ia meresap ke dalam jiwamu dan mempengaruhi lisanmu, kemudian ia meresap ke dalam lisanmu dan kamu sampaikan ia kepada manusia. Demikianlah alirannya terus menerus secara berulang-ulang, untuk kemaslahatan dan kemanfaatan manusia sejagat.
Wahaiβ¦!
Alangkah beruntungnya kamu jika kamu mengikuti al-Haq dan mencintai-Nya. Sebaliknya, alangkah celakanya kamu, jika kamu hanya mengakui bahawa kamu mencintai Allah. Tahukah kamu bahawa untuk mencintai Allah itu diperlukan beberapa syarat yang mesti dipenuhi� Sebahagian daripada syarat-syarat cinta kepada-Nya itu ialah mentaati-Nya, serta tidak merasa tenang di sisi selain daripada-Nya, merasa tenteram bersama-Nya serta tidak merasa keberatan untuk tetap bersama-Nya. Apabila cinta kepada Allah itu benar-benar telah mantap dan terhunjam dalam ke hati hamba-Nya, maka hamba itu akan merasa tenteram bersama-Nya, dan membenci segala sesuatu yang boleh melalaikan hati dan jiwa daripada-Nya.
Oleh itu bertaubatlah kamu dari pengakuanmu yang bohong itu, kerana semuanya itu tidak mungkin diperolehi dengan khayalan, angan-angan, dusta, munafik atau dengan sikap kepura-puraan. Bertaubatlah kamu dan tetaplah kamu dalam taubatmu itu. Ketaubatanmu tidak sama dengan bagaimana engkau mengukuhkan taubat itu. Demikian juga dengan penipuan yang engkau lakukan, tidaklah sama dengan perbuatan yang engkau anggap dapat mengukuhkan pembohongan itu, serta apa-apa yang menjadi buah penipuan tersebut.
Tetaplah engkau untuk sentiasa reda dengan Allah, dalam keadaan derita atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan kesusahan atau kesenangan, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan baik atau buruk, ketika memperolehi yang engkau kehendaki atau tidak. Tiada ubat yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Al-Haq. Jika Dia menetapkan sesuatu yang merugikan kamu, janganlah kamu merasa benci kepada-Nya, jangan pula kamu menjauhkan diri daripada-Nya serta jangan pula kamu mengadukan hal yang menimpa dirimu itu kepada selain-Nya. Kerana semuanya itu akan menambah ujian dan cubaan terhadap dirimu.
Oleh itu hendaknya engkau tenang berada dihadapan-Nya. Lihatlah apa yang dilakukan-Nya terhadap kamu dan untuk kamu, maka berbahagialah kamu dengan perubahan dan penukaran yang dilakukan terhadapmu itu. Jika kamu bersama-Nya dengan jalan seperti ini, maka sudah pasti Dia akan menukar kegelisahanmu dengan ketenangan, dan jiwamu akan tenteram dalam mentauhidkan-Nya.
Ya Allah!
Jadikanlah kami bersama orang-orang yang berada di sisi-Mu dan bersama-Mu. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka.
Wednesday, 4 August 2010
motivasi diri...
Dipetik dari blog yang amat bermanfaat ini....GENTA RASA
Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita. Malangnya, manusia selalu memandang rendah terhadap keupayaannya sendiri.
Sedangkan hakikatnya, pakar-pakar psikologi, motivasi dan pendidikan sepakat mengatakan bahawa manusia lebih kuat daripada apa yang mereka sendiri jangkakan. Cabarannya ialah kebanyakan manusia tidak tahu bagaimana menggunakan sepenuhnya potensi akal, hati dan perasaan mereka untuk mengatasi masalah-masalah seterusnya berjaya dalam hidup.
jika hati telah tenang, fikiran telah lapang, kita akan jadi lebih kuat, kreatif dan sabar untuk menyelesaikan masalah. Malah, ada kalanya masalah belum pun diselesaikan⦠tetapi kita rasa seolah-olah telah selesai justeru tekanan dan himpitan masalah itu sudah kurang impaknya akibat jiwa dan fikiran kita yang telah dibangunkan. Benarnya kata pepatah, cita-cita besar akan mengecilkan masalah.
Tuesday, 3 August 2010
sotong mentega rangup mat gebu
500 g sotong
1 pack tepung gorengan berperisa (mat guna jenama "seri-aji")
1 putih telur, dipukul sedikit
1 1/2 camca besar mentega
1 ulas bawang putih
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Sotong dicuci bersih, buang kotoran dan potong sederhana besar. Kukus sotong tadi 4 - 5 minit. Sejukkan, kemudian lap kering2 dengan paper towel. Ketepikan.
- Gaul sotong tadi dengan putih telur rata, kemudian taburkan tepung gorengan berperisa dan golek2 kan sotong tadi sehingga semua bersalut rata dengan tepung.Goreng terendam dalam minyak sederhana panas hingga sotong kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel.
- Dalam kuali yang bersih, cairkan mentega dengan api perlahan dan biar hingga mentega keperangan, masukkan bawang putih dan goreng hingga peerang, masukkan sotong dan gaul rata. Matikan api dan angkat sotong tadi, toskan atas paper towel.
- Alih ke dalam bekas, taburkan dengan lada hitam dan hirisan daun bawang. Gaul rata dan boleh dihidangkan. Nak makan dengan sos pun ok, tak de masalah...
Monday, 2 August 2010
lagu oh itik
Sunday, 1 August 2010
Acar telur
35 biji telur burung puyuh (resipi asal guna telur ayam)
2 bawang putih, hiris
5 ulas bawang merah*
3 biji cili merah*
1 camca besar jintan manis*(*ditumbuk halus)
1 biji bawang besar, belah 8
1/1 camca besar cuka
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 camca besar kicap
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :-)
- Rebus telur puyuh, kupas, cuci dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan sebentar.
- Tumis bawang putih, masukkan bahan2 tumbuh, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga wangi.
- Masukkan cuka, kicap, gula (lebih skit) dan sedikit garam. Gaul rata, bila mendidih, masukkan telur, gaul hingga mesra, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Angkat dan hidangkan...
jalan jalan sungai
*2 biji telur
*2 sudu besar susu segar
*1 sudu besar susu pekat
*1 sudu besar gula
*sedikit garam
mentega - untuk goreng
- pukul semua bahan * hingga sebati
- panaskan kuali, buh mentega sikit
- salut roti dalam telur dan goreng hingga masak