Sunday, 15 August 2010

tepung pelita

ni pulak resepi tepung pelita....berkenan sgt dgn tepung pelita yg wani buat semalam.....
tempek je dulu ....diambil dari sini

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras
1 biji kelapa diperah jadi
4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur
sedikit garam

Caranya:

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan dan boleh makan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...