Saturday, 21 August 2010

kak liza nak dtg berbuka

hari ni kak liza nak dtg berbuka kat sini...kak liza nak buat samabal telur, ikan masin goreng dan salad...saya nak masak apa ya.....mungkin udang madu ni...ambil resepi dari blog hana

resepinya adalah....

Bahan-bahan
  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing) - hana goreng tk garing sgt
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*- x dok!! gune cili kering jerk! ngeeee..
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)- x letak sbb sos cili hana dh pedesss!!
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara
  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
  3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...