Friday 21 August 2015

Bahasa dengan anak anak ..

Assalamualaikum ...

sangat indah malam ni ,, bila lihat Haikal dan Yousuff tidur...dah besar hero hero ni....
bila lihat wajah anak yang sedang tidur...rasa bersalah bila teringatkan saat saya memarahi mereka...
maafkan mama haikal dan Yousuff...terlalu banyak silap mama ...

"mama marah sebab sayang , tapi kadang kadang keterlaluan..."

InsyaAllah ..mama sentiasa mahu perbaikki diri ...

malam ni mama menghayati artikel ni...sangat bagus isinya...

10 Bahasa dosa penyebab anak degil dan bermasalah 

Mama love you so much...Haikal, Yousuff, Umar dan Anas.

Sunday 2 August 2015

ayah kanser limfoma stage 4

saya teringin nak tulis pasal sakit ayah...mungkin boleh jadi rujukan pada sesiapa yang memerlukan tapi...hati rasa tersangat sayu untuk mulakan...Al fatihah untuk ayah...ya allah berikanlah aku hidayah dan bimbinglah dan jadikanlah aku anak yang soleh agar amalan ku boleh jadi hadiah berharga buat ayah........

tak tahu nak mula cerita...ayah disahkan menghidap kanser limfoma stage 4 setelah hampir 2 bulan di hospital...

saya ambil post saya di FB...........

-------------------------------------------------------------------------

Kabus pagi...on the way balik dari hantar haikal..

Petang semalam dapat berita dari ayah...penyakit ayah rupanya kanser limfotik..tahap 4.....ayah tenang sampaikan berita..ayah seorang yang sangat positif ...saya tahan untuk tidak menangis ketika bercakap dengan ayah...doakan ayah saya boleh sembuh dipanjangkan umur ...

Jika rakan rakan ada pesanan berguna untuk saya sebagai anak...apa yg terbaik blh saya lakukan blh share...terima kasih


--------------------------------------------------------------------

 

sahabat, guru , ayah


 Ya Allah rindunya pada ayah...
malam ni lepas selesai jahit seluar taek wando haikal...saya buka fb ayah...
sajak ni dari rakan ayah , En aswandi.....

---------------------------------

Tenanglah engkau di sana
Sahabat, Guru, Ayah......
Begitulah engkau di mataku...
Nasihat dan jenaka penghias kalam waktu...
Ketika aku kusut, engkaulah pendengar...
Ketika aku gembira, engkau jua tidak jemu mendengar....


Sahabat, Guru, Ayah.....
Perpisahan antara ruang waktu...
Tidak pernah membatas bicara.....
Sentiasa engkau bertanya khabar.....
Korbankan masa menjemput aku bersiar di kota...
Perjalanan berbatu singkat rasanya...kerana celotehmu pengubat rinduku...

Sahabat, Guru, Ayah.....
Perkhabaran geringmu mengejutkan aku....
kerana sepanjang mengenalimu aku akui engkau cukup cergas dan cerdas.....bertahun aku mendampingimu, tidak pernah sekalipun aku terdengar engkau mengeluh penat dan sakit....
Ketika ruang masa yang ada, ku gagahi jua untuk singgah menjengukmu, di kamar hospital kau kuatkan dirimu dengan menyambut aku dengan senyuman dan nada suara mu girang.....

Sahabat, Guru, Ayah....
Ketika hari melabuhkan mentari, ku terima perkhabaran akan pemergianmu, bukan utk jangka waktu tertentu, tetapi selamanya....menitis air mataku, mengenangkan betapa singkatnya ruang waktu dan peluang utk bersua denganmu, kau pergi jua menemui Yang Esa...
Setiap ajaran serta nasihatmu akan ku simpan selamanya didalam kotak kenanganku....
tenanglah engkau disana.....wahai, sahabat, Guru, dan ayah.......
Al Fatihah

(Dedikasi kepada Allahyarham Pauzi Musa).....

Monday 29 June 2015

Salam ramadhan

Assalamuallaikum ,

Salam ramadhan buat semua pembaca blog saya...
hari ni dah 13 ramadhan kot rasanya..
tersangat lama saya tinggalkan blog...maaf kepada rakan rakan yang tertunggu..
baru terasa nak menulis kembali..

terlalu banyak cerita yang ingin saya kongsikan
terutamanya tentang pemergian ayah kesayangan saya Pauzi b. Musa ke rahmatualah bulan april yang lalu
Moga ayah dibawah rahmat Allah di alam sana...
Moga Allah masukkan ayah ke dalam shurga dengan rahmatnya...
Ayah tersangat baik ..

Ya Allah yang maha pengasih dan penyayang kau bentuk dan jadikan saya dan adik adik anak yang soleh agar doa amalan kami dapat menjadi hadiah istimewa buat ayah di sana..
Ya  Allah kau jadikanlah Ramadhan ini, untuk kami anak anak menjadi lebih baik....terimalah doa kami, terimalah amalan kami yang biasa ini, ilhamkanlah kepada kami keinginan untuk  kuat beribadat pada mu, jauhkanlah rasa malas agar kami terus seronok beribadat pada mu....jadikanlah kami anak anak yang soleh...agar doa kami diterima..agar kami dapat hadiahkan yang istimewa buat ayah kami Pauzi b. Musa.

Tuesday 3 March 2015

haikal dan taekwando

Assalamuallaikum

lama tak bercerita pasal anak anak.. :)

haikal anak sulung saya masuk taekwando :)

saya yang beria nak masukkan haikal sebab haikal ni sangat tak duduk diam...jadi dah tak duduk diam sangat mama masukkan dalam taekwando...biar berdisplin sikit dan ikut peraturan...

seni pertahanan diri ni selalunya ada penerapan displin yang tinggi....

teringat masa di mrsm gerik dulu , saya juga masuk taekwando...warming up dia sangatlah meletihkan, 30 minit warming up memang berpeluh lencun.....jadi saya nak haikal pun rasa macam yang saya rasa....rasa peritnya nak bertahan 30 minit non stop warming up tu...kalau tak cekal memang boleh give up... :)

alhamdullilah ketika bercuti di kelantan masa tok ayah sakit...dapat sms dari sekolah irsyad pendaftaran ahli baru taekwando...terus saya call ustaz, untuk maklumkan anak saya berminat tapi minta tangguh hadir kerana bercuti agak lama untuk beri semangat pada tok ayah yang sakit....alhamdullilah ustaz faham...

alhamdullilah dah masuk minggu ke tiga haikal join taekwando.....setiap hari isnin ptg

adik adik haikal...yousuff dan umar pun bercita cita nak masuk taekwando juga....insyaAllah umur 7 tahun mama papa akan beri green light yer :)

minggu ketiga haikal bertaekwando dengan kepiah....katanya tak sempat nak buka simpan...dan ptg tu juga haikal share impiannya untuk naik tali piggang kuning bulan mei ni...gambatte haikal!!!





Friday 27 February 2015

sakit saraf ....rupanya ada ketumbuhan

Assalamuallaikum ...

sejak akhir akhir ni saya dapat banyak juga msg dari rakan rakan yang nak tahu pasal sakit saraf...moga ikatan persahabatan yang terjalin dari sakit saraf ini allah rahmati dan kita boleh berkongsi cara, idea dan sekadar berkongsi rasa pun memadai....

saya pernah kongsikan sakit saraf saya di sini

Sejujurnya saya rasa sangat terharu dan rasa ingin berkongsi dan mendengar masalah masalah rakan rakan lain yang dengan sepenuh hati....saya sangat faham sakitnya sakit saraf....hanya allah yang tahu sakitnya tu....

hari ni saya dah tekadkan diri untuk menulis tentang ayah...mungkin rakan rakan yang sakit macam ayah saya boleh dapat idea tentang sakit mereka...

ayah saya mulai sakit kaki sebulan sebelum saya melahirkan anak ke empat saya Anas, iaitu pada Julai 2014....saya masih ingat , ayah dan umi datang ke kuantan pada hari kelahiran Anas....ketika di rumah saya , ayah memang dah sebulan dah tak dapat tidur malam, kaki ayah sakit....nampak ayah berjalan pun dah tak selesa, sakit katanya....tapi demi anak dan cucu...ayah masih sanggup drive dari kelantan ke kuantan....terima kasih ayah, ayah memang sangat baik....memang lekat di hati kasih sayang ayah....

kemudian kaki ayah semakin sakit...berjalan pun dah nampak tak elok....ayah memang langsung tak dapat tidur malam....walaupun berbulan tak dapat tidur tapi ayah sentiasa positif masih boleh bercakap bergurau dengan anak cucu...masih suara gembira di telifon...sebab tu saudara dan rakan rakan tak tahu ayah sakit, hanya umi dan anak anak yang tahu ayah sakit walaupun ayah senyum selalu....

selepas kenduri kahwin najiy , adik yang ketiga, bulan Ogos sebulan selepas kelahiran Anas...kaki ayah bertambah teruk....ayah masih lagi ke majlis kenduri najiy di kl....masa tu ayah memang tahan sakit....bila tengok balik gambar kahwin najiy, nampak ayah bergambar dalam keadaan berpeluh dan muka tahan sakit....kata ayah tu bukan peluh panas, tapi peluh tahan sakit....Ya Allah masa tu rasa sangat kasihan pada ayah.....

pada masa kenduri najiy di kelantan, ayah dah bertongkat masa tu ...lepas kenduri baru ayah buat check up di hospital...ayah ke jitra....adik yang no 2  Nazli kerja Dr di hospital jitra....di jitra ayah buat MRI....dapat result MRI bawa balik ke kelantan...jumpa Dr di hospital KB...malangnya mengikut penilaian Dr MRI ayah normal semuanya...ayah di tahan wad....darah di check semuanya normal...xray juga normal...ayah kemudiannya di refer ke bahagian medicine ...Dr kemudiannya beri ubat saraf dan minta datang 6 bulan kemudian ...

dalam tempoh tu ayah umi ada berubat cara kampung....dengar saja pakar urut saraf ayah akan pergi...malam ayah memang tak dapat tidur...nazli najiy ada bawak balik pain killer punnn tak ada kesan...kalau nasib baik pun boleh tidur 2 jam sahaja lepas tu sakit balik...malam malam umi yang sentiasa berjaga urut kaki ayah....kaki ayah sakit belah kanan...dari pinggul hingga ke bawah....rasa kebas, mencucuk, ....kaki ayah dah tak rasa , tak dapat gerak...dan bila kita gosok tapak kaki , ayah rasa macam ada renjatan elektrik....

ayah tak dapat duduk lama, sakit sangat katanya....paling selesa adalah baring, tapi tu pun tetap sakit....tapi ayah org nya sangat lembut hati...bila ada tetamu yang datang ayah tetap layan baik, keluar dan duduk di kerusi....masih boleh tolong orang yang perlukan bantuan datang jumpa ayah di rumah...walau sakit ayah tahan...masa tu kalau saya ada dengan ayah, bila ada tetamu datang saya akan cakap kat tetamu...ayah sakit tak boleh duduk lama, jadi tak dapat nak sembang lama...kalau nak harap ayah yang cakap susah sikit....ayah akan tetap melayan orang walaupun tahan sakit...Ya allah tolonglah ayah, ayah tersangat baik orangnya.

pada masa tu kami hanya fikir pasal ianya berpunca dari saraf, mungkin ayah ada slipdisk ....atau saraf ayah cedera ....saya berkongsi rasa tentang sakit saraf yang saya alaami pada ayah...saya beri kata kata positif pada ayah......bila balik kg ramai ramai..kami sekeluarga dah tak makan di dapur, kami makan di meja bulat dekat tV....rumah ayah umi agak luas, nak ke dapur pun jauh.....jadi sejak ayah sakit memang ayah makan di meja bulat...najiy belikan ayah kerusi roda...dari bertongkat, ayah berkerusi roda....ubat ubat herba jgn cakaplah macam macam dah makan....kami juga ada berjumpa dengan ustaz ustaz, bimbang juga kalau sakit ni disebabkan benda luar, tapi beberapa orang ustaz kata tak ada apa apa....bukan sebab benda luar...ayah umi juga ada ke klinik swasta, dr tu memang pakar tentang sendi saraf tulang...pun tak ok....

akhirnya 3 bulan selepas MRI pertama dan mencuba alternatif ubatan dan urutan tradisional...ayah ke hospital semula ...kali ni ayah ke HUSM...najiy yang uruskan kami terus dapat jumpa pakar...result MRI ayah di bawa bersama....Dr pakar tu cakap kena repeat semula MRI ....dia jangkakan ayah ada masalah di saraf...Dr tu ada tulis sikit srat rujukan pada hospital KB.....setelah result MRI kedua keluar...kami semua sangat terkejut.....rupanya ayah ada ketumbuhan, ketumbuhan tu dah sebesar bola tenis....

sebab ketumbuhan tulah ayah sakit, saraf di tekan... masa duduk , seolah olah ayah duduk atas ketumbuhan tu...t yang sakit sangat..kata Dr berdasarkan result MRI tu memang patutlah ayah sakit sangat sebab ketumbuhan tu dah besar, ya allah ayah tahan sakit sangat sebelum ni....mungkin kalau org lain dah meronta ronta sakit , tapi sebab ayah ni jenis boleh tahan sakit, ayah nampak tenang....org lain tak tahu ayah sakit....

sekarang ayah masih di hospital setelah sebulan lebih ....pembedahan kali kedua telah pun dilalui....doakan ayah saya ...

buat kawan kawan yang ada masalah saraf....cepatlah ke hospital...pastikan punca sakit saraf anda...
MRI wajib....rupanya org yang sakit saraf ni memang banyak yang ulang buat MRI..mungkin kali pertama tak nampak...penting sangat tahu punca

macam ayah saya ingatkan sakit saraf slipdisk ker...rupanya ketumbuhan ..

insyaAllah akan sambung lagi

Monday 16 February 2015

ayah...

assalamualaikum ..

lamanya menyepi...banyak perkara berlaku
perkara paling penting ....ayah saya sakit..

sekarang ayah masih di hospital..
esok ayah akan menjalani operation kali kedua untuk keluarkan ketumbuhan di tulang belakang.

jiwa saya hampir semuanya ingatkan ayah...
saya tak pandai nak handle semua benda dalam keadaan begini...

saya stop dulu sementara bisnes online...dan fokus kesihatan ayah..
hampir 2 minggu lebih saya bercuti di kampung...anak anak juga saya bawa pulang ke kampung, haikal baru seminggu ke sekolah tapi saya dah mohon cuti pada gurunya...

walaupun tak banyak yang saya mampu tolong dengan 4 orang anak yang masih kecil...tapi dengan adanya saya di kampung , saya rasa sekurang kurangnya saya boleh beri sokongan moral pada umi dan ayah...mereka perlukan sentuhan hati dari kami anak anak buat masa ini ...

moga esok ayah ok ...
sayangnya operation kali kedua saya tak dapat pulang ke kampung
inilah isteri...tempatnya di sisi suami...

andai saya suami, pasti saya dah ada di sisi ayah ...

ayah....ayah sangat baik
tersangat banyak memori dengan ayah

ayah banyak ajar yang baik baik
ayah ajar noli jadi ibu yang sangat haikal yousuff umar dan anas suka :)
noli jadi seorang ibu ikut gaya ayah layan didik noli dulu :)

i love you

Noli sayang ayah ..

Ya Allah tolonglah .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...