Monday, 7 February 2011

Setelah ku dupaling

shahdu lagu ni...dari RAST

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

cintai dan terus mencintai

hari ni rasa segar....rasa happy dan bersemangat...
Buat suami ku...
puisi ini khas untuk mu....

kusedari jujurnya cinta
pada tiap renung matamu...
kuterjaga pada terlanjurnya kata
pada tiap diammu..

kuhanyut pada bayang ratapan...
yang suka tersenyum pada kehancuran...
kulupa kasih sayang itu
tak mudah dinilai dari kata dan zahirnya...
kumudah dibuai rasa
pada bisikan yang tak mengerti mahalnya cinta...

maaf kan diri ini..

kusenyum untuk bahtera kita
kugirang untuk si kecil yang comel
ku mahu terus senyum
ku tak mahu senyum sendiri...temani ku untuk terus tersenyum.



Sunday, 6 February 2011

haikal gerak mama pukul 3 ok!

hari ni haikal tak ke sekolah....tghhari tadi pukul 230 tgh saya rasa ngantuk sangat....yousuff dah tidur tapi haikal masih nak bermain lagi....
saya pun berpesanla pada haikal

mama: Haikal nanti gerak mama pukul 3 ok!

haikal: Ok mama pukul 3 tu ...jarum dekat no 3 la...nanti haikal gerak mama...mama tidola...

dalam hati saya....hahaha haikal ni macam tau ja pukul 3 tu macammana....sebenarnya haikal baru kenal no 1, 3 dan 7...no lain dia buat tak heran ja....
takpalah haikal, mama bukannya serius sgt suruh haikal gerak ...saja nak maklumkan kat haikal yang mama nak tido...hihi....

baru nak pejam mata....haikal duk ambik kerusi dia nak panjat....

Haikal: Mama mama...haikal nak ambik jam nila...letak bawah senang nampak...

Mama:la mana boleh haikal jam tu tinggi, tu tempat dia...tak boleh letak bawah

Haikal: La mama tido la cepat, nak dekat pukul 3 dah ni...mama tido, nanti pukul 3 haiakl gerak (Sambil berdiri atas kerusi, mendongok tengok jam)

Mama: La haikal lambat lagi pukul 3 25 minit lagi...haikal main la dulu (hihi serius ja mama bagi tugas kat haikal)

Haikal: Tu mama nak dekat dah dengan pukul 3...sat sat...mama tutup mata, pukul 3 haikal gerakla...haikal tahu no 3....yang macam tu macam tu (sambil buat tangan macam no 3)

Ish haikal ni...mama pun tutup mata sambil intai....dia tercegat la atas kerusi dia, sambil tunggu pukul 3...dalam hati....haikal ni mesti dah silap faham....time tu 2 40...dia mesti nampak jarum pendek yang dah nak dekat pukul 3...haha....ermmm lama la haikal tunggu....tak sampai hati saya....lalu saya bangun ambik jam tu bawak turun pastu cerita kat dia....

Mama: Haikal pukul 3 tu jam panjang dekat pukul 12....lambat lagi ...jarum pendek dekat pukul 3...ok?....

Haikal: Aik mama tak mau tidodah ka..

Mama:tak mau dah la...tak ngantuk dah

haikal kena belajar tengok jam lah ya nanti.....

adik Yousuff...tidur ja...sekarang ni pulak mama tgh buat roti....tgh buat inti ayam sos....terhangit bawang sebab nak tulis jugak bloh ni takut terlupa nanti....haikal ngan yousuff sedang lena berselimut......sayang anak anak mama!...sayang papa jugak!

Thursday, 3 February 2011

Blog itu catatan kenangan....

saya terpanggil untuk membaca blog Dr mas Afzal Masarudin....saya baru mengenalinya ketika membaca blog http://saifulislam.com/ ,...sememangnya saya selalu mengikuti semua blog yg ada dalam blog list saya....namun entah kenapa, baru hari ni saya terasa untuk mengenali arwah....ermmmm saya rasa sayu.....moga Allah merahmati rohnya....al fatihah

saya cuba secara rambang menyusuri blog Dr Mas Afzal.....saya tertarik pada enty Losing a friend...menceritakan tentang temannya yang menghembuskan nafas terakhir ...juga pesakit kanser....saya cuba buka blog temannya itu....saya terkedu, jika saya tak baca dari blog Dr Mas Afzal tentang kematiannya...pasti saya akan anggap pemelik blog itu masih wujud dan mungkin lambat update blog.....
namun saya rasa amat amat sedih bila membaca entry akhirnya...Too many in too little....
dan ayat akhirnya yang menyentuh hati saya...

Let's hope this is not the final entry. Should it be, I hope it becomes an avenue that people seek for some good guidance, InsyaAllah.

saya terkedu....penulis blog itu amat kuat semangatnya...ajal maut di tangan tuhan....mereka bertuah kerana sekurang kurangnya mereka diberi tanda akan ajal yang amat menyakitkan...tapi saya?adakah Allah akan beri tanda pada saya akan ajal yang entah bila.....

Ya Allah dekatkanlah hati ini pada apa apa yang mendekatkan hati ku padaMu.....
Sesungguhnya aku takut akan ajal, kerana diri ini masih terlalu sikit amalnya....
Ya Allah bukakanlah hatiku untuk bertakwa padaMu sepenuh hati...




Cuaca dah tak sejuk sangat

Alhamdullilah cuaca kat ehime ni dah tak sejuk sangat...siang dalam 7 darjah juga...tapi okla...dah semakin panas....alhamdullilah....
tak sabar nak rasa suasana panas...haikal asyik ajak main di taman dogo....dan saya pun tak sabar nak bawa yousuff keluar jalan jalan....

saya dah mulai hantar haikal pada waktu pagi....tapi baru dua tiga kali....belum sepenuhnya lagi...
say aplan kalau cuaca dah tak sejuk sangat, boleh la saya bawa yousuff dalam stroller dan jalan kaki ngan haikal ke sekolah....boleh bersenam sama....
tapi cuaca masih tak mengizinkan lagi...

sekarang ni saya rasa berat saya macam bertambah...musim sejuk ditambah lagi dengan keadaan saya yang menyusu yousuff, memang membuatkan saya kuat makan....gemuk dan montellah saya hihi...


Wednesday, 2 February 2011

krisis mesir

sejak krisis di Mesir...kami sekeluarga banyak habiskan masa tgk perkembangan di sana melalui internet....sampai haikal pun dah tahu dah, nampak ja vidio orang tengah merusuh beramai ramai...terus cakap...mak tam ada kat san ala...macammana mak tam ni...
haikal memang khusuk sikit kalau nampak kereta kebal, askar....jadi kalau tgh tgk berita online kat internet pasal mesir, dia akan beri tumpuan dan tanya pasal mak tam....
semoga selamatlah mak tam....berita terbaru, kerajaan Malaysia sedang berusaha memindahkan pelajar malaysia ke Jeddah....bukan terus di bawa pulang ke Malaysia...mengikut kata nana (mak tam), kalau nak balik malaysia dari Jeddah harus guna duit sendiri....kasihan mereka....saya berdoa agar kerajaan malaysia dapat membawa mereka pulang terus ke malaysia...

saya rasa macam krisis ni akan berlarutan dan mungkin akan bertambah buruk...
saya terfikir, bagi pelajar yang datang dengan JPA mungkin mudah urusan dibawa pulang....tapi bagaimana pula dengan pelajar yang pergi dengan duit sendiri....ermmm

saya teringat ada orang kampung saya yang belajar di sana..aliran agama....usianya muda setahun dari saya...26 tahun sekarang ni...dia dah pegi lama ke mesir dan tak pernah pulang sejak itu kerana masalah kewangan...dia berasal dari keluarga susah....saya teringatkan dia...kalaulah kerajaan malaysia just tanggung sampai ke Jeddah...dan pelajar perlu uruskan sendiri dari Jeddah ke Malaysia....kasihannya pelajar pelajar yang kesimpatan wang ni....moga Allah buka jalan bagi mereka yang dalam kesusahan....

Saya terfikir lagi, kalaulah saya di tempat mereka...apa yang saya rasa?

Saya sebenarnya suka untuk harungi suasana macam ni, mencabarkan...tapi cakap bolehla, dah kena baru tahu macammana rasa...kalau masih bujang saya memang teringin nak berada di suasana macam tu, tapi dah ada anak...fikir anak....

Apalah perasaan merek akat sana...mesti dihantui rasa takut, rasa rindu pada keluarga, bimbang jika berlaku sesuatu yang buruk...
tapi dalam masa yang sama,mereka patut rasa bertuah kerana pengalaman sebegitu sukar diperoleh di tempat lain...apa apapun semoga nana dan semua pelajar malaysia selamat.....amin

membaca blog genta rasa

Dipetik dari blog genta rasa


Tidak ada gunanya berangan-angan. Angan-angan tentang kebaikan akan menyebabkan seseorang itu alpa. Angan-angan tentang keburukan akan menyebabkan seseorang itu kecewa. Manusia angan-angan tidak akan dapat merancang, bekerja dan berusaha dengan baik.

Sebaliknya, hiduplah dalam lingkungan hari ini kerana cara yang paling tepat untuk hari esok ialah dengan menumpukan perhatian dan bekerja dengan sepenuhnya pada hari ini. Pemikiran dapat mencari kesan dan sebab-sebab untuk melahirkan perancangan dan pelaksanaan. Kekhuatiran akan membawa kekusutan fikiran dan tekanan perasaan.

Seorang pakar psikologi – Robert Louis Stevenson berkata:

“Sesiapa sahaja boleh membuat kerjanya, walau bagaimana berat, untuk satu hari. Sesiapa sahaja boleh hidup dengan riang, penuh kesabaran, kasih sayang, bersih, sehingga matahari jatuh. Dan inilah sebenarnya makna kehidupan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...