Wednesday, 2 February 2011

krisis mesir

sejak krisis di Mesir...kami sekeluarga banyak habiskan masa tgk perkembangan di sana melalui internet....sampai haikal pun dah tahu dah, nampak ja vidio orang tengah merusuh beramai ramai...terus cakap...mak tam ada kat san ala...macammana mak tam ni...
haikal memang khusuk sikit kalau nampak kereta kebal, askar....jadi kalau tgh tgk berita online kat internet pasal mesir, dia akan beri tumpuan dan tanya pasal mak tam....
semoga selamatlah mak tam....berita terbaru, kerajaan Malaysia sedang berusaha memindahkan pelajar malaysia ke Jeddah....bukan terus di bawa pulang ke Malaysia...mengikut kata nana (mak tam), kalau nak balik malaysia dari Jeddah harus guna duit sendiri....kasihan mereka....saya berdoa agar kerajaan malaysia dapat membawa mereka pulang terus ke malaysia...

saya rasa macam krisis ni akan berlarutan dan mungkin akan bertambah buruk...
saya terfikir, bagi pelajar yang datang dengan JPA mungkin mudah urusan dibawa pulang....tapi bagaimana pula dengan pelajar yang pergi dengan duit sendiri....ermmm

saya teringat ada orang kampung saya yang belajar di sana..aliran agama....usianya muda setahun dari saya...26 tahun sekarang ni...dia dah pegi lama ke mesir dan tak pernah pulang sejak itu kerana masalah kewangan...dia berasal dari keluarga susah....saya teringatkan dia...kalaulah kerajaan malaysia just tanggung sampai ke Jeddah...dan pelajar perlu uruskan sendiri dari Jeddah ke Malaysia....kasihannya pelajar pelajar yang kesimpatan wang ni....moga Allah buka jalan bagi mereka yang dalam kesusahan....

Saya terfikir lagi, kalaulah saya di tempat mereka...apa yang saya rasa?

Saya sebenarnya suka untuk harungi suasana macam ni, mencabarkan...tapi cakap bolehla, dah kena baru tahu macammana rasa...kalau masih bujang saya memang teringin nak berada di suasana macam tu, tapi dah ada anak...fikir anak....

Apalah perasaan merek akat sana...mesti dihantui rasa takut, rasa rindu pada keluarga, bimbang jika berlaku sesuatu yang buruk...
tapi dalam masa yang sama,mereka patut rasa bertuah kerana pengalaman sebegitu sukar diperoleh di tempat lain...apa apapun semoga nana dan semua pelajar malaysia selamat.....amin

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...