Tuesday, 22 March 2011

abang dan adik

adik kena campak...dah hilang sikit bekas campak

abang....jom main tom tom bak





makan makan dengan bong dan ken

minggu lepas bong dan boyfriendnya ken berkunjung ke rumah kami...bong adalah rakan suami saya...bong pelajar phd di lab bioteknologi,...lab bong satu floor dengan lab suami....jadi depa kenal, cuma bong jarang join aktiviti luar sebab sangat busy....bong akan tamat belajardan konvo akhir bulan 3 ni...




nasi ayam dan kek puding karamel....


saya buat dua biji kek puding karamel ni...satu untuk bong dan ken...dan sebiji lagi untuk taghreed dan laith rakan palestin yang datang petang tu pulak...

ohayo!

pagi ni saya ingat nak gi kedai pisang, nak gi supa nak beli sabun dan tisu dapur....nampak cuaca macam elok terang tapi suhu masih rendah 5 Celsius....

dalam tv, masih melaporkan ada gempa terbaru di sekitar fukushima....dan radioactive substances dah mencemarkan sayur sayuran , jadi kerajaan jepun beri warning untuk tidak makan sayur sayuran...untuk masyarakat sekitar fukushima...

di matsuyama, setakat ni selamat tapi saya tetap ambil langkah berjaga jaga..moga jarak 840 km dari fukushima cukup jauh untuk radioactive substances tu sampai..

ermmmm

haikal ke sekolah seperti biasa...sekarang tgh menghafal surah al masad pula, baru ayat pertama...kali ni haikal suka nak main main dengan ayat tu.....tabatyada ..tabbatyada...tabbatyada.....haikal suka ulang ulang perkataan tu sambil gelak gelak, geram saya.....mungkin bunyi tabbatyada tu kelakar ka bagi anak anak...entahla...
sekarang haikal dah mula bertanya maksud ayat yg di baca....contohnya dalam ayat pertama surah al masad....perkataan ABI, WATAB.....haikal cenderung nak tahu.....oh mama kena baca tafsir la haikal...mama zero bahasa arab

haikal: mama ABI tu apa
mama: ABI tu maksudnya ayah....abang harith panggil ayahdia ABI la
haikal:ooo haikal panggil papa...WATAB tu apa pulak
mama:mama tak tau, nanti kita tengok al quran maksud dia apa....

ada vidio vidio haikal yang sedang berlatih baca,,,tapi selalunya bila mama pegang kamera nak ambik vidio, haikal mula main main....tapi bila tengok balik best jugak tengok kerenah anak ni...menghiburkan...bila dah besar mesti best tengok vidio zaman kecik kecik

yousuff pula makin besar....papa ada belikan kerusi untuk yousuff....seronok yousuff duduk atas kerusi tu....yousuff suka tengok abang haikal....ni kalau dah dapat merangkak mesti kejar abang ja ni...hihi...
yousuff kalau menangis atau merengek, kalau saya baca al fatihah jelas jelas dan satu satu sambil tengok mata dia, yousuff akan diam , senyum dan hayati apa yg keluar dari mulut saya....masa haikal dulu saya tak pernah buat macam tu....bagus yousuff
...dan macam haikal kecik kecik dulu juga...saya selalu main nyanyi lagu ni kat yousuff

where is yousuff, where is yousuff
(sambil buat buat cari,tapi tak tengok muka yousuff...masa ni yousuff akan pandang kita macam nak cakap nila yousuff)
here he is!, here he is!
(sambil pandang tepat mata yousuff, dan buat muka excited sebab dah jumpa...time ni yousuff akan gelak kuat sebab mama dah jumpa dia, sama reaksi masa haikal kecik dulu jugak)
Yousuff is so kawai!yousuff is so kawai! (kawai-comey)
Mama love him , mama love him!
(sambil cuit pipi dia pastu peluk.....happy sangat!....kalau haikal dulu, bila dah besar sikit nanti dia pulak yg peluk mama)

tula lagu untuk yousuff sekarang....selalu tukar tukar...yousuff is so bijak, ...so bulat...so cerdik...
dan kalau ada haikal ....lagu tu tukar sikit...

where is yousuff, where is yousuff
here he is , here he is (tunjuk kat haikal )
nanti haikal jawab sambil nyanyi...no I'm not, no I'm not.....pastu ulang balik....
kalau ada papa...where is papa, where is papa....there he is , there he is...papa is so handsome, papa is so handsome, ...haikal love him, haikal love him...sambil lari gi peluk papa...

tula lagu zaman kecik haikal dan yousuff.....nanti besar besar nanti baca blog mama ni ...ingatla tau kenangan kita ni....:)

Friday, 18 March 2011

susu ibu

10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu:

Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.

Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.

Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.

Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.

Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.

Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.

Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.

Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.

Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.

Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).

Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.

Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.

Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.


dipetik dari http://www.momschoice.com.my/blog/?p=261

Thursday, 17 March 2011

kasihan jepun

ermmm dalam beberapa minggu ni ...memang tv di rumah asyik terpasang...saya asyik melihat perkembangan jepun yg dilanda gempa dan tsunami ...dan lebih kasihan lagi rentetan gempa yg menyebabkan pusat nuclear meletup....rasa sedih dan agak risau juga...harap jarak yg hampir 1000km dari fukushima tidak menjejaskan kedaan di sini....

dalam facebook, ramai sedara mara adik beradik yang bertanya tak mahu pulang ke malaysia ka....

ermmm....keadaan di matsuyama sepertinya selamat...dari berita yg saya lihat ...angin bertiup dari kiri ke kanan fukushima...dan tidak ke bawah...harap selamatlah kami dari bahaya radiasi...

namun saya tetap mengambil langkah berjaga jaga...kurangkan keluar rumah, jemur kain di dalam rumah...tingkap memang sentiasa tertutup sebab masih sejuk di sini....harap oklah,...sepertinya matsuyama dalam keadaan selamat...buat keluarga, jangan terlalu risau....
:) tahu dan faham...risau sebab sayangkan?.....tapi insyaallah setakat ni semuanya ok dan seperti biasa di sini... doakan kami selamat.

ermmm malam kelmarin buat jamuan nasi kerabu di rumah.....first time buat nasi kerabu di jepun ni....seronok tgk suami dan adik adik makan bertambah tambah...hihi mesti lepas rindu nasi kerabu malaysiakan?....ada satu cerita yg nak dikongsi semasa tgh memasak ayam percik untuk makan dengan nasi kerabu .....
tengah saya membakar ayam....tiba tiba datang orang gas...dengan agak cemas dia suruh saya tutup dapur gas dan tidak menyalakan sebarang api....nasib baik saya faham apa yg dia cakap walaupun tak pandai lagi nak balas cakap guna ayat lengkap....

saya sungguh terkejut bila dimaklumkan yg gas rumah saya bocor....padahal saya tak bau gas pun....dia cakap sampai amaran ke tempat dia, so dia datang cek, ada isyarat lampu berkelip kelip kat meter gas...saya terus call suami untuk pulang sebab nanti org gas tu nak masuk rumah untuk check kat dalam pula....
suami saya pun kelam kelibut la pulang, tinggalkan kerja di lab...kesian abang amat sibukkan...gambatte papa!....setelah kenalpasti kebocoran depa terus repair la la tu jugak (bahasa pineng)
cekap dan pantas betulla orang jepun ni....dalam sejam jugak kot setel semua, buat saluran baru...tutup saluran lama....tergendala la kejap kerja memasak saya...

itulah ceritanya....kagum dengan sikap orang jepun...kalau kat malaysia tak tahula tindakan pantas atau tak...saya teringat satu kisah terjadi kat keluarga saya....satu malam adik saya najiy tengah main game komputer....dah larut malam dah time tu...tiba tiba dia bau hangit, dia check tengok kotak meter kat ruang tamu berasap...terus dia kejutkan ayah..dari berasap terus keluar api.....dengan tergesa gesa ayah call bomba....nak tahu apa jawapan bomba

kalau meter terbakar kena panggil orang elektrikla...kami ni bila rumah terbakar baru panggil bomba...

aduih...adaka patut kena tunggu rumah terbakar baru dia nak datang......
tula salah satu kisah benar yang menunjukkan sikap segelintir orang kita, buat rosak nama bomba ja.....

kan dah melalut panjang...ermmm

oklah ...yousuff tak sihat ni ...kena campak 2 hari lepas...sekarang dah ok sikit tapi masih berbekas...kasihan anak mama ni...nak dukung ja.....moga cepat sembuh yousuff

Thursday, 10 March 2011

Yousuff dah 5 bulan

sekejapja rasa yousuffdah pun masuk 5 bulan...
pada usia 5 bulanni Yousuff sangatla suka bermain buat buih air liur...seingat saya haikal dulu tak la macam tu sangat....hihi kelakarla yousuff ni habis comot air liur meleleh...
dan..rasanya yousuff dah mulai mengerap dengan mama....kalau pagi pagi time mama masak, yousuff bangun...papa angkat dia still nangis....nampak mama terus diam....dan kalau mama tak ambik memang yousuff akan nangis....bila dah peluk dan susukan yousuff baru boleh papa ambik..pandai ni yousuff...

Berat yousuff dah hampir 7 kilo...dah boleh meniarap tapi masih belum boleh mengesot dengan laju....suka dibacakan buku cerita especially kalau ada abang haikal....
suka sangat time mandi.....suka hentak hentak kaki dalam air, bagi air tu berbunyi..sekarang yousuff dah mandi tiap tiap hari...kalau dulu sebab cuaca sejuk sangat yousuff mandi dalm 3 kali seminggu macam tu....sekarang suhu masih bawah 10 atau kadang kadang belas belas ..tapi ok sikit dari dulu,,,,dulu sejuk sungguh...alhamdullilah ...tak sabar nak panas...nak main main kat luar dengan bebas, tak payah pakai baju tebal tebal...

Haikal pulak semakin besar....masih suka nangis...manja haikal tu masih tebal lagi walaupun dah ada adik....
haikal suka buat geramkat adik yousuff....mama yang risau, tapi yousuff seronok kalau abang dia buat geram kat dia....yousuff ingat tu main main kot....
haikal kalau tengok adik yousuff buat buih, air liur meleleh...mesti haikal akan jerit kuat panggil mama..."mama ! tengok ni mama adik yousuff"..bagi haikal air liur tu kotor sangat...tak leh buat main main...hihi...adik kecik lagi la haikal...

malam malam selalunya haikal dan yousuff akan tidur bersebelahan...bila semua dah betul betul lena baru papa akan angkat haikal ke tempat tido dia, kalau tak bahaya juga takut tertindih....
Yousuff suka tido sebelah abang haikal, sambil sambil nak tido tangan dia duk main tarik rambut abang, cakau muka abang...yang abang pulak asyik kata "adik...janganla"...cakap baik baik ja haikal kat adik...tu yang suka tengok tu...

Haikal dah berjaya hafal surah alkaafiruun....sekarang mama tengah latih surah an nasr pulak..baru ayat pertama...izajaanasruallah hi wal fath...surah ni pendek tapi haikal macam susah sikit sebab ayat kedua dia agak panjang.....gambatte haikal!...
papa cerita tadi...semalam lepas ambik haikal dari sekolah papa singgah micc (surau ) untuk solat...pastu masa papa solat ,papa baca surah al kaafiruun....papa dengar haikal pun ikut baca sebab dia dah ingat surah tu.....best rasa dengar cerita papatu....buat mama lagi teruja nak ajar...tapi haikal ni jenis yg tak boleh di ajar dengan serius...masa yang tepat untuk ajar mengahafal adalah masa malam sebelum start main benda lain...paling banyak pun dua kali baca ja...kalau lebih dua kali dia terus buat tak layan....dan waktu sebelum dia makan benda kesukaan dia macam yakurt, vitamin c atau biskut koala.....kena buat umpan...tapi sekali ja, kalau dua kali....buat tak layan jugak...haikal haikal...kalau suruh mama baca buku cerita ulang 10 kali pun takpa lagi..hihi ...takpalah sambil main main jelah haikal...

hari ni haikal ada osampoo (macam lawatan sambil jalan jalan)ke matsuyama airport...kalut la dia pagi tadi kemas obento(bekal makanan) dalam beg...malam tadi lagi pesan kat mama.."mama esok mama buat cokodok na, boleh buat bento...haikal suka cokodok"....pisang ada tiga biji ja...malam tadi mama cakap kat haikal...haikal nak makan pisang tu ambik la....tapi haikal takmau makan, sebab nak simpan but cokodok untuk hari ni....jadi mama pun buatla cokodok kegemaran haikal dan nasi goreng sebagai obento haikal hari ni ....puas hati tak haikal?hihi

haikal minta bawak oocha (teh jepun)...tapi mama tak jumpa pulak mana mama simpan serbuk oocha tu...mama buat kocha ja (teh melayu)....haikal macam frust sikit tak dak oocha untuk bawak bekal ....tak sabar sungguh haikal hari ni ke sekolah....depa akan naik bas ramai ramai ke airport....memang selalu jugak depa osampoo (jalan jalan)...nanti balik sekolah nanti boleh dengar la cerita haikal pasal hikoki(kapal tebang)....hihi...ok oshimai (habisdah)...sayang haikal yousuff...papa pun

Monday, 7 March 2011

beli pisang

tadi saya keluar dengan yousuff ke Dogo...niat hati nak beli pisang...ada kedai pisang yang murah kat situ...cuaca hari ni masih sejuk tapi cahaya matahari beri keselesaan untuk berjalan..alhamdullilah...

saya berjalan kaki dan Yousuff baring dalam stroller...baru jalan sikit saya lihat yousuff dah tertido....saya bercakap sorang sorang ja tadi rupanya...saya berjalan sambil bercerita pasal pokok kat yousuff, rupanya yousuff dah lelap...ermm...anak mama ni....

selesai beli pisang dua bungkus saya lajakkan langkah saya ke kedai kedai area Dogo Onsen(onsen tu tempat mandi air panas org jepun)...saja jamu jamu mata...silap tak bawak kamera, kalau tak boleh snap snap....dah letih berjalan dan jamu mata saya bergerak pulang....
tiba tiba terlintas di hati nak singgah kedai jual bunga kat jalan ke Fuji....

sampai sana saya lihat ada beberapa orang pekerja yang sedang susun bunga dan siram bunga...yang istimewanya kedai ni, pekerja pekerjanya kebanyakkan adalah orang istimewa,
kebetulan tadi yang menjual bunga pada saya adalah seorang gadis SD...dia agak diam tapi seperti mahu menyapa saya....

saya sebenarnya dah tertarik pada satu bunga berwarna merah, tapi kalau saya terus ambil bunga tu dan bayar, gadis tadi tak dapat peluang menjual dengan best...saya pun bertanya dalam bahasa nihongo saya yang tak terror terror lagi ni...

Kore hana wa kirei ne (bunga ni cantikkan)

gadis tu hanya angguk dan senyum..

Kore mo kirei...demo chisai (ini pun cantik juga, tapi kecik)...saya membebel sambil tengok dia...

gadis tu diam, angguk saja...

ish sepatutnya saya bertanya, barula dia boleh jawab....dalam otak ligat fikir soalan apa nak tanya ni,,,....bagi chance dia bercakap....

ermm anatawa dochira suki..( antara dua ni awak suka yang mana)...berterabur ayat (nasib baik dia faham)

haa barulah dia bersuara.....dia pun cakap dua dua dia suka....saya pun tergelak...dia pun gelak jugak.....barulah rasa berkomunikasi....
saya beli kedua dua bunga tu....saya tanyaharga..ikura desuka (berapa harga)....dia dengan jelas dan nyaringnya sebut hyaku go ju yen (150 yen)....gadis tu cepat cepat ambil plastik dan masukkan dua dua bunga tu dan beri pada saya....arigato gozaimasu katanya sambil tunduk hormat....saya senyum ....ermmm terbeli bunga pulak saya hari ni...

saya suka memerhatikan gelagat mereka...kebanyayk pekerja di situ adalah dari pusat orang kelainan upaya yang berhampiran dengan kedai tu....selalunya kalau dulu pagi pagi saya hantar haikal ke sekolah saya akan melalui pusat tersebut , aktiviti pagi selalunya mereka bersenam dan bersantai di luar bangunan..ada yang spastik, berkerusi roda, SD dan macam macam lagi..kalau berselisih dengan mereka saya suka ucapkan ohayo!....dan mereka akan membalasnya...saya rasa mereka mesti suka bila ada orang asing yang mengucapkan ohayo dan memberikan senyuman.....sebab tu saya tak segan untuk berohayo dengan mereka....kadang kadang saya suruh haikal ucap ohayo jugak..satu kepuasan untuk saya :)...sebenarnya di sini telah menjadi kebiasan saya mengucapkan ohayo atau konichiwa pada sesiapa yang berselisih terutamanya yang terpandang mata...selalunya makcik pakikla...depapun suka ucap mungkin sebab warga asingkot...

bercerita pasal OKU atau orang kelainan upaya....budaya masyarakat jepun amat jauh berbeza dengan di Malaysia...disini menjadi perkara biasa melihat mereka yang special berjalan seorang diri, melintas jalan, beriadah, membeli belah dan macam macam aktiviti yang mereka lakukan bebas.....masa mula mula sampai jepun dulu, saya agak terkejut dan kagum melihat lelaki bertongkat yang melintas jalan seorang diri.....seorang kakak yang spastik, berkerusi roda elektrik menyusuri jalan, seorang tua yang buta berjalan sendiri dan lebih kagum lagi seorang anak SD yang berjogging sambil membawa botol air di leher di tepi jalan yang sibuk dengan basikal yang lalu lalang... aduh timbul juga risau dihati....tapi itulah hakikatnya....mereka bebas dan oarng ramai juga tidak menunjukkan wajah kasihan, memberi jalan, atau membantu..mereka sendiri bebas bergerak tanpa dibantu...saya betul betul teruja dan kagum....bagaimana Jepun mampu membudayakan keadaan yang hebat ini, kepercayaan yang amat luar biasa dari masyarakat yang normal melenyapkan terus kedaan diri mereka yang ada sedikit kelainan....menjadiakan semuanya sama....hebatkan ....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...