Monday, 27 January 2014

papa bercerita :)

Assalamuallaikum semua...

selalu saya kongsikan aktiviti saya dengan anak anak, hihi kali ni nak kongsikan aktiviti papa dengan hero hero kecik kami pula.....

bercerita!....tapi papa ni tak pandai sangat nak bercerita macam mama nya...hihi ....(abang, hakikat tu tau :) )  ...tapi walaupun cerita tu tak dak mimik muka, lantunan suara...anak anak tetap keliling papa tak mau lepas....ha tu lah magic bila papa bercerita...semua anak anak seronok, si kecil umar pun bukan main lagi belajar nak bercakap.....

Bercerita sangat baik untuk perkembangan bahasa dan memberi ilmu dalam bentuk contoh cerita..bercerita pada anak anak cerita yang sama dan berulang kali dapat memberikan kesan yang positif dan jangka masa panjang...jadi lebih baik kita memilih cerita cerita yang ada unsur akhlak, islamik....agar terpaku kukuh nilai nilai yang baik baik dalam diri mereka...

jom tengok vidio mereka..



Thursday, 23 January 2014

100 tips untuk naikkan rankinig blog credit to Zaidi

mesti baca :)

100 SEO Tips For Small Businesses

http://www.seomark.co.uk/small-business-seo-tips/

credit to Zaidi
http://cadarsunsweetmurah.blogspot.com/

Dialog Haikal dan Yousuff





Masa balik sekolah semalam nampak ada keychain bank Rakyat (kelab Nuri) kat belakang beg haikal ..sambil dia dan yousuff kayuh basikal (haikal dah start bawak basikal gi sekolah) , mama yang berjalan ni pun betanya la dengan excited siapa bagi..

Haikal: Cikgu yang bagi ni mama, hadiah sebab haikal dapat jawab soalan cikgu..(sengih ja)...

haikal: ok ni abang nak tanya yousuff soalan cikgu bagi tadi...kalau betul abg bagi keychain ni kat yousuff

yousuff: senang ja (sambil angkat kening gaya terror)

haikal: dalam setahun ada berapa bulan?

Yousuff: Apa la abang ni..ciptaan Allah bulan tu satu ja..tak baik kan mama tanya soalan macam tu

Gelak besar kami kat tgh jalan tadi...adui lawakla anakku Yousuff ni.. penuh yakin jawab soalan....pastu siap hulur tangan mintak keychain abang...

Thursday, 2 January 2014

Vitamin C paling asas untuk permulaan vitamin anda.

Assalamuallaikum,

Ada rakan rakan yang bertanya saya,

"Saya tak pernah ambil sebarang supplemen, tapi kali ni bila dah baca banyak pasal Shaklee teringin nak cuba, vitamin apa yang patut saya ambil?"

selalunya saya akan bertanya status kesihatan seseorang tu dulu...mungkin ada supplemen yang sesuai untuk dirinya, kalau kesihatan normal....saya akan syorkan:

* Vitamin C dan Vitamin E untuk wanita
*Vitamin C dan alfalfa untuk wanita yang berkahwin
* Vitamin C dan Vitalea untuk lelaki
*Vitamin C untuk anak anak

Untuk pengetahuan semua, Shaklee ada dua jenis vitamin C iaitu
- Vitamin C Chewable 100 mg, boleh dikunyah, sesuai untuk anak anak dan juga orang dewasa.
- Vitamin C sustained release 500 mg.


Pentingnya vitamin C ;) sampaikan saya syorkan pada semua....bagi saya vitamin C ni asas...kalau kanak kanak vitamin C Chewable Shaklee sedap dan mudah untuk mereka makan.....bagi wanita pula Vitamin C sinonim dengan kecantikan kulit....dan actually banyak lagi kelebihan lain pada kesihatan badan kita....


" Apa specialnya vitamin C shaklee ni, akak tengok kat farmasi banyak jenis vitamin C yang ada , mana yang baik...kalau boleh nak cari yang terbaik"


Ok kak, puan puan tuan tuan semua....InsyaAllah kalau nak cari yang terbaik tu, Shaklee adalah antara yang terbaik, Shaklee ni dari 1956 lagi, Shaklee bukan calang calang banyak kajian saintifik , pakar pakar sains dan tekonologi tinggi...insyaAllah saya akan tulis tentang terbaiknya Shaklee.

Untuk jawab soalan kak tadi, ni antara kelebihan vitamin C sustained released shaklee;

1.Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya...

2. Ujian Klinikal membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee ( didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.


gambar ni saya ambil dari http://rindubertaut.blogspot.com

Kebaikkkan Vitamin C adalah :

Membentuk Kolagen
- Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
Memperbaiki Simptom Pendarahan
-Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
Peningkatan Sistem Imun 
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
Memerangi kanser 
- Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh
dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
Mencantikkan Kulit 
- Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
Memperbaiki Insomnia 
- Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
Mengekalkan kolestrol sihat 
- ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Berminat untuk menggunakan Vitamin C Shaklee boleh hubungi ;
Puan Norlin
SMS 013-9270211
FB: Amir Izzani Norlin



Tuesday, 31 December 2013

Set kesuburan dari shaklee...

Assalamuallaikum

Selamat tahun baru semua...semoga tahun 2014 ni memberi kebahagian dan kejayaan dunia akhirat buat kita.
hari ini saya nak kongsikan Set kesuburan dari Shaklee.
Mungkin ada antara kita yang dah lama kawin tapi masih belum dikurniakan rezeki anak, atau pun dah ada anak pertama tapi dah lama menunggu untuk anak kedua..sabarlah puan puan, rezeki anak tu adalah kuasa dari Allah....kita usaha dan doa sebagai hambanya...insyaAllah lambat atau cepat Allah akan beri apa yang terbaik buat kita....yang penting kita sentiasa di bawah rahmatNya.



Ok untuk Set Kesuburan Shaklee terdiri daripada :

Untuk Isteri
1. GLA- menstabilkan hormon.
2. Vitalea

Untuk Suami
1. Zink
2. Vitamin E

Cara pemakanan GLA dan Vitalea bagi isteri adalah :

Terbahagi kepada 2 Fasa;

Fasa pertama:

1. Makan GLA untuk menstabilkan hormon terlebih dahulu. GLA dimakan 1 biji selepas makan dan 1 biji sebelum tidur .
2. Vitalea pula dimakan sebiji sehari selepas makan.Jangan makan Vitalea dengan minuman berasakan susu.Sebaiknya gunakan air kosong.
3. GLA perlu dimakan setiap hari tanpa miss, ini penting untuk tujuan menstabilkan hormon dan meningkatkan kesuburan.Bagi bulan pertama , makan semasa hari pertama haid hingga period semula.
4. Semasa makan GLA, anda perlu mencatat tarikh datang haid dan bila sepatutnya haid seterusnya datang semula. Selalunya 28 hari bagi normal, so lepas 30 hari jika tak datang haid anda boleh buat UPT test , kalau positive stop makan GLA.

Fasa ke dua:

1. kalau tidak hamil juga, anda perlu kira berapa hari kitar haid anda, Contohnya jika 30 hari. bahagikan 30/2 : 15 hari...InsyaAllah masa subur adalah hari ke 11 hingga 15 , so makan GLA sejak hari pertama haid sehingga sehari sebelum waktu subur, iaitu hari ke 14.hari ke 15 berhenti makan GLA, tapi teruskan makan Vitalea...
2. Anda boleh buat UPT test jika haid anda lewat datang ...mungkin jika lewat seminggu sesuai untukanda buat UPT test.

Cara pemakanan Zink dan Vitamin E untuk suami

1. Makan 1 biji zink complex sebelum makan sarapan, selepas makan tengahhari makan 2 biji vitamin E.
2. Anda perlu ingat zink perlu diambil dalam keadaan perut kosong, jika kita ambil zink dengan makanan berkalsium seperti susu, keju....zink tidakakan diserap oleh badan dan akan disingkirkan begitu sahaja, so rugi jelah kita makan zink complex tu.
3. dan jika kita makan zink bersama roti, cornflake sumber carbohydrate pula, Phytates dalam makanan tersebut akan bergabung dengan zink dan menjadi bentuk yang sukar diserap oleh badan, so ia juga membazir. jadi anda perlu ingat untuk mengambil zink ketika perut kosong.


Berminat untuk menggunakan Set kesuburan boleh hubungi ;
Puan Norlin
SMS 013-9270211
FB: Amir Izzani Norlin

 

Sunday, 15 December 2013

Buku buku motivasi parenting sangat sesuai untuk semua

Assalamuallaikum,

Saya ingin war warkan kepada rakan rakan blog, selain menjual produk Shaklee yang sangat best dan memuaskan hati, saya juga baru berjinak jinak menjual buku buku motivasi parenting.

Untuk December ini, kami ada buat promosi untuk 4 set kombo...





Jadi kepada rakan rakan yang berminat untuk dapatkan buku buku ini, bolehlah sms ke no saya 013-9270211 atau pm saya di FB Amir Izzani Norlin.

Terima kasih.

Thursday, 12 December 2013

Mengarang doa

Assalamuallaikum,

Semoga kita sentiasa sihat, ceria dan di bawah petunjuk Allah selalu...
hari ni terlintas di fikiran saya untuk berkongsi tentang

Satu tika dahulu saya pernah terbaca di blog Mariafirdaus (saya tak sempat nak mencari semula entry tersebut di dalam blognya)...penulis blog tersebut mengwar warkan kepada semua pembaca blognya yang berhajat untuk mengirim doa untuk dibacakan di tanah suci mekah, mereka akan menunaikan umrah so jika sesiapa yang ingin mengirim doa perlulah tulis doa mereka dan hantarkan kepada mereka, dan mereka akan bacakan semua doa doa rakan rakan di sana........masa baca blog tu ketika itu, saya rasa sangat pelik bercampur kagum...ada juga idea dan cara sebegini...membacakan doa orang lain di tanah suci pulak tu....tapi masa tu saya rasa malu malu untuk hantarkan doa kerana saya hanyalah silent reader :)....kalaulah ada rakan rakan yang nak ke tanah suci, saya sangat sangat berhajat mengirim  doa yang bertulis untuk dibacakan...dan jika suatu hari nanti saya diizinkan ke tanah suci saya juga ingin lakukan tindakan yang sama, membacakan doa yang ditulis oleh teman teman.....alangkah indah idea tukan. :) ......

Dan kini setelah berbisnes Shaklee hampir 3 bulan lebih, saya sentiasa diingatkan oleh mentor saya untuk spesifikkan doa....spesifikkan doa biar jelas......dan suami saya juga mencadangkan saya menulis doa agar spesifik, dan boleh diulang setiap kali selepas menunaikan solat....alhamdullilah hari ini saya telah pun mengarang doa.... :)

Mari rakan rakan kita mengarang doa, agar petah di lidah, lekat di hati...moga doa kita dimakbulkan Allah. amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...