Sunday, 9 February 2014

mati itu pasti.....

Assalamuallaikum

Dua minggu lepas ketika bercuti di kampung Lubuk Meriam Pulau Pinang, saya dan suami dikejutkan dengan berita kematian ayah kawan kami Ainul dan Dzuha...kami hanya sempat mengirim ucapan takziah dan al fatihah.....

Ketika dapat berita itu melalui hebahan FB, hati saya terus teringat pada ayah di kampung...ayah juga dah semakin nampak tua...kalau dulu ayah nampak kemas dengan baju kemeja seluar slack ke pejabat...tapi sekarang ayah selesa dengan t shirt dan selipar sahaja...berbaju melayu berkain batik ke surau ...kulit ayah dah semakin nampak tua, mata ayah...moga Allah panjangkan umur ayah dan umi....ayah tidak ada penyakit yg serius tapi baru baru ini kami dikejutkan apabila ayah rasa kebas di bibir sebelah kiri, dan bibir sebelah kiri juga tidak dapat berfungsi dengan baik,...seperti ketika minum, senyum, meniup belon....

Inilah kali pertama kami adik beradik mendapat berita buruk tentang kesihatan ayah, sebelum ini ayah boleh dikatakan sentiasa sihat dan cergas...kalau ayah demam atau cirit birit pun ayah tetap boleh senyum...ayah jarang nampak dan tunjuk sakit....

alhamdullilah sekarang bibir ayah dah pulih sepenuhnya setelah 2 minggu...punca bibir ayah jadi macam tu disebabkan ayah makan madu campur telur puyuh dan lada hitam berturut turut  setiap hari, pada hari ke empat ayah rasa kebas di bibir dan bibir jadi tak sensitif....mungkin kesan lada hitam dan madu yang menyebabkan otot di bahagian muka terjejas...alhamdullilah sekarang dah ok...

Berbalik pada cerita pemergian arwah pakcik Saad (ayah Dzuha) , saya ingin berkongsi cerita yang saya rasakan sangat baik untuk dikongsi bersama.....memang kematian itu menyedihkan, namun disebalik kesedihan tu terdapat banyak kemanisan...

jika kawan kawan nak baca blog anak pada pakcik Saad, Firdaus (abang dzuha)...silakan ke

part 1:abah-damailah-engkau-di-sana

part-2-abah-damailah-engkau-di-sana.

part-3-abah-damailah-engkau-di-sana.html

Betapa manis dan nikmatnya dapat memandikan, mengkafankan, mengetuai doa, mengimamkan, membaca talkin, dan seterusnya menguruskan urusan jenazah ayah kita sendiri...
Pastinya setiap bacaan doa itu adalah tulus ihklas dari hati...sangat berbeza doa yang org lain baca, dari doa anak kandung sendiri....

Firdaus (anak ke tiga arwah membaca doa)

Ya Allah saya juga nak macam tu ya allah...

Kawan kawan ,...anak anak pakcik saad ni bukanlah ustaz atau mengambil bidang agama...tapi mereka mampu buat macam tu.....kerana apa?

pendapat peribadi saya...kerana mereka memang dah lama menyimpan niat untuk buat macam tu sejak dari sekolah lagi...sejak dari kecil lagi ...jadi Allah mudahkan usaha mereka ke arah itu..

Buat adik adikku, nazli aimi, najiy dan nabilah...
serta adik adik ipar,,,taufiq azam , dekdi wafa, nana zakwan, ila , alin, dayah ali,

Mungkin kita belum terlambat untuk belajar semua tu, dan simpan niat kemas kemas untuk buat semua tu....

Untuk suami tersayang...lin pun kalau mati nak abang boleh buat macam tu jugak untuk lin.

Al fatihah untuk arwah pakcik Saad,
takziah untuk seisi keluarga dan moga makcik tabah.



Thursday, 6 February 2014

Cuti-cuti Gong Xi Fa Cai di Lubuk Meriam



Assalamualaikum ..

Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat teman teman yang menyambutnya...cuti Gong Xi  Fa Cai kali ni kami jadikannya agak panjang..suami saya dah plan untuk balik kampung Lubuk Meriam, kemudian ke Jitra rumah Ayah ngah Nazli dan kemudian balik Kelantan rumah Tok ayah tok umi...kiranya cuti kali ni kami round satu Malaysia lah :)

Sampai Lubuk Meriam, famili amin iman dah sampai dulu dari KL...Amin memang suka sangat kalau dapat berjumpa dengan Haikal Yousuff Umar...Amin kalau dengan Yousuff memang "kamcing"...memang Yousuff ni dah jadi macam "idola" dia...haha..kalau Yousuff main amin pun main, ...kalau Yousuff tidur Amin pun nak tidur...kalau Yousuff makan Amin pun nak makan...
Bila sampai kampung, kata mak ngah Wafa..amin tanya mana Yousuff dulu... :)


Inilah sepupu Yousuff, Amin.
Bermain bola...tengokla tu iman walaupun baby girl tapi main bola boleh tahan jugak
Kalau Haikal pula, balik kampung Lubuk Meriam, dia memang tak lekat atas rumah Tok abah...bangun ja tidur terus gi rumah Tok cik sebelah rumah Tok abah, nak main dengan pak sepupu Abg Ghazi dan Nakib ....memang melekat kat rumah Tok cik ja sampai nak kena paksa balik...mana yer gambar Ghazi dan Nakib...(tak ada pulak gambar mereka yang jelas lain kali kena ambik gambar dua hero pujaan haikal ni hihi)


Ini pula idola papa...Tok abah...sama tak :)

Inilah barisan anak lelaki abah dan mama,..semua dah sama tinggi ...yang mana abang yang mana adik sila teka... :)

Kat kampung saya selalunya habiskan masa tolong mama di dapur, sembang sembang...cuti kali ni anak anak lelaki 4 orang ja yang balik...abg amir, adi, azam dan taufiq......4 orang adik adik perempuan tak balik,jadi saya banyak habiskan masa dengan Wafa biras saya...bercerita hal anak anak, hal hal Shaklee kami berdua adalah shaklee distributor, nak tahu pasal Shaklee silakan yer...haha sempat lagi promote tu :) 

ok ada gambar apa lagi yer nak dikongsi bersama...ha!...pernah makan sambal Pahang tak ataupun orang panggil Sambal hitam....sambal ni glamer di pahang....

Masa balik kampung hari tu ada banyak buah belimbing buluh, jadi abah dah kutip dan teringin nak makan sambal Pahang...saya dan wafa pun mainlah masak masak...hihi...ni kali kedua saya buat sambal pahang, kali pertama adalah masa saya mengidam sangat nak makan sambal hitam ni...

Sambal Pahang dalam kuali lagi....tomotnya kan. :)

Ok saya kongsikan cara buat sambal hitam ni secara ringkas.....
  1. Masukkan belimbing buluh dalam kuali, jangan tambah air, hanya belimbing buluh semata mata..panaskan guna api sederhana...lama kelamaan , belimbing buluh akan keluarkan airnya, masak sampai coklat isi belimbing buluh tu dan sedikit kering.
  2. Goreng ikan bilis yang telah ditumbuk kasar, goreng bawang merah yang telah dimayang, goreng cili api yang telah ditumbuk kasar....ketepikan.
  3. Tumiskan bawang merah yang ditumbuk, campurkan semua belimbing buluh, bawang goreng, ikan bilis dan cili...tambah kicap...perasakan dengan garam dan gula. Siap !

Ini pula campuran tepung pulut dan air gula melaka...untuk buat lepat liat

Malam tu pula, kami belajar masak "Lepat liat"...saya memang tak pernah buat kuih ni...jadi mama dah ajarkan cara buat lepat liat dan lepat pisang....hihi senang ja...lepas ni sebelah matapun boleh buat dah...haha tapi tak taula jadi "lepat liat" ka atau "lepat yang liat"...hahaha....

Cara buat lepat liat ni agak mudah...campur tepung pulut dan gula melaka yang dah dilarutkan, tu yang warna koko tu...campur gula putih untuk berikan rasa manis..biarkan campuran ni sebati...lepas tu sediakan daun pisang yang telah dilayur atas api, letakkan sedikit minyak supaya tak melekat ...lepas tu leperkan sedikit adunan tepung tu...letak inti kelapa yang telah dicampur garam...pastu balut...senangja kan...masa membalut tu tak ambik gambar pula...Ni makanan tradisi lama utara...sedap juga :)

Banyak juga aktiviti lain, jalan ke rumah Mak teh, Maksu,,,,jalan jalan Jusco.....puas hatilah balik kampung kali ni, tu adik adik ipar perempuan Dayah, Nana, Ila dan Alin tak ada..kalau ada lagilah meriah ;)


Wednesday, 5 February 2014

Bermain di pantai kube golok...


Bila balik Kube Golok , tak sah kalau tak ke pantai...pantai belakang rumah ja...kali ni kami ke pantai lepas makan pagi, plan nak pergi petang semalam tapi papa dan tok ayah pulak dah planning main badminton dengan ayah sa....jadi pagi ni sebelum bertolak balik Pahang kami gi main main tepi pantai dulu....

Melalui depan kandang kuda milik Pok Su

Haikal memimpin tangan adik-adik 

Suasana pagi tenang ja, cuaca pagi agak berkabus....air laut pun tenang ja....ada dua orang pakcik sedang tangkap ikan...tapi rasanya macam tengah tangkap udang "baring" udang yang kecik kecik untuk buat belacan tu....pagi ni tak dak kuda pun, selalunya kalau waktu petang penuh kuda kuda Pok Su kat pantai ni....pagi ni taik kuda ja yang banyak hihi....tu yang haikal jaga sangat adik umar supaya tak terpijak taik kuda....

Inilah suasana pagi yang masih sedikit berkabus, nyaman terasa

Umar dan Yousuff menconteng pasir  
Yousuff yang paling suka menconteng, dia baru nak berimiginasi dengan lukisan...
"Mama! teka apa ni ?"
"lembu"
" bukanla mama, kucing "
:)
Di Kelantan permainan ini di panggil dekcok
Kali pertama saya perkenalkan Haikal dan Yousuff mainan tradisi ini...siapa tahu ni mainan apa?.....masa saya kecil kecil dulu ni adalah mainan yang sering kami main di kampung....setiap pemain kena ada " buah ko" masing  masing...selalunya buah ko atau penanda ni kami buat dari serpihan atap merah batu orang kelantan panggil "edek" betul ke ejaan kelate saya ni hihi...so "buah ko" ni akan diasah biar bulat comey , besar atau kecil bergantung pada kreativiti masing masing, yang penting "buah ko " ni boleh di baling dengan tempat ke sasaran yang dituju...
Di utara papa pon tak ingat dah hihi nama apa 
rugi anak anak zaman sekarang tak main permainan ni...selain melatih keseimbangan badan, mainan ni juga melatih tumpuan dan ketepatan balingan ...haikal masih tak pas mainan ni...hihi takpa nikan pertama kali haikal dan yousuff main... :)
KEGARISAN, SEDIA, MULA!
Papa ajak lumba lari pulak...

Tada! inilah hasil corengan papa ...papa rindu moto la ni....hihi
Umar pon ikut main sekali !
Tengokla tu, si kecil Umar pun bukan main lagi nak lari sama...papa nasib baik tak terlodeh kain hihi.. masa main lumba lari ni ada juga masanya Umar jatuh, nangis...tapi sambung lari balik hihi tak mau kalah tu...
Tok Ayah sedang mengambil kelapa
Dah letih main berlari, balik rumah tok ayah tengah petik buah kelapa muda...sedapnya air kelapa muda ...bawak balik rumah Tok Abah di Terengganu sikit...buah tangan dari kube golok..... :)...Air kelapa muda merupakan hidangan istimewa rumah kami...tok ayah kalau anak cucu balik memang akan petik kelapa....hihi

Itu saja sedikit kenangan ke pantai kali ini...anak anak tak mandi laut pagi tu, sebab kami nak siap siap balik Pahang pula...tak apa lain kali balik kelate kita gi mandi laut pulak ok...

Wednesday, 29 January 2014

Permainan blok RM 150 (harga pasaran RM 200) dan percuma buku The muslim parents guide (RM 40)!!

Bagus sangat ke bermain BLOCKS dengan anak-anak? 

Mari kita korek kelebihannya: 

1. A very good practice for focus attention
2. Motivation for young Children to complete a task
3. Enhance children’s logical thinking
4. Colourful material will help children’s interest to attend
5. Increase curiosity in children
6. Boost young children’s creativity
7. Help children to understand patterns
8. Indirectly help children to know colours
9. Help children to understand and follow instruction
10. Family activity especially between parent and kids
11. A good task to exercise tolerance in kids
12. Empower thinking skills in kids


Brainstorm Wooden Block Multiple Player mempunyai ciri-ciri ini. Ia terdiri di atas:

Ciri-Ciri
=> di sertakan design-design untuk kanak-kanak mencubanya.

=> Mengandungi bilangan blok kayu sebanyak 45 buah. Jadi sesuai untuk bermain secara beramai-ramai, termasuklah ibu ayah. Bilangan blok kayunya adalah 3 kali ganda lebih banyak berbanding Brainstorm wooden Block single player yang pernah kami jual pada harga Rm 89.

=> Sesuai untuk bermain secara beramai ramai. Sesuai untuk yang ada anak ramai atau pun digunakan di tadika atau taska dan juga pusat pusat rehabilitasi untuk latihan kemahiran motor, fokus dan motivasi kanak kanak


Harga brainstorm Wooden Block Multiple Player ini ialah RM 150, harga di luar sana mencecah sehingga rm 200 ke atas.

yang best nya, anda mendapat buku percuma Muslim Parent's Guide to Early Years yang yang harga asalnya RM 40 secara PERCUMA.





Promosi ini bermula 29 January 2014 sehingga 4 Febuari sahaja, untuk dapatkannya boleh sms atau wassup ke 013-9270211 atau boleh pm di akaun facebook saya Amir Izzani Norlin.

Cepat sebelum stok habis!

Monday, 27 January 2014

papa bercerita :)

Assalamuallaikum semua...

selalu saya kongsikan aktiviti saya dengan anak anak, hihi kali ni nak kongsikan aktiviti papa dengan hero hero kecik kami pula.....

bercerita!....tapi papa ni tak pandai sangat nak bercerita macam mama nya...hihi ....(abang, hakikat tu tau :) )  ...tapi walaupun cerita tu tak dak mimik muka, lantunan suara...anak anak tetap keliling papa tak mau lepas....ha tu lah magic bila papa bercerita...semua anak anak seronok, si kecil umar pun bukan main lagi belajar nak bercakap.....

Bercerita sangat baik untuk perkembangan bahasa dan memberi ilmu dalam bentuk contoh cerita..bercerita pada anak anak cerita yang sama dan berulang kali dapat memberikan kesan yang positif dan jangka masa panjang...jadi lebih baik kita memilih cerita cerita yang ada unsur akhlak, islamik....agar terpaku kukuh nilai nilai yang baik baik dalam diri mereka...

jom tengok vidio mereka..



Thursday, 23 January 2014

100 tips untuk naikkan rankinig blog credit to Zaidi

mesti baca :)

100 SEO Tips For Small Businesses

http://www.seomark.co.uk/small-business-seo-tips/

credit to Zaidi
http://cadarsunsweetmurah.blogspot.com/

Dialog Haikal dan Yousuff





Masa balik sekolah semalam nampak ada keychain bank Rakyat (kelab Nuri) kat belakang beg haikal ..sambil dia dan yousuff kayuh basikal (haikal dah start bawak basikal gi sekolah) , mama yang berjalan ni pun betanya la dengan excited siapa bagi..

Haikal: Cikgu yang bagi ni mama, hadiah sebab haikal dapat jawab soalan cikgu..(sengih ja)...

haikal: ok ni abang nak tanya yousuff soalan cikgu bagi tadi...kalau betul abg bagi keychain ni kat yousuff

yousuff: senang ja (sambil angkat kening gaya terror)

haikal: dalam setahun ada berapa bulan?

Yousuff: Apa la abang ni..ciptaan Allah bulan tu satu ja..tak baik kan mama tanya soalan macam tu

Gelak besar kami kat tgh jalan tadi...adui lawakla anakku Yousuff ni.. penuh yakin jawab soalan....pastu siap hulur tangan mintak keychain abang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...