Dua minggu lepas ketika bercuti di kampung Lubuk Meriam Pulau Pinang, saya dan suami dikejutkan dengan berita kematian ayah kawan kami Ainul dan Dzuha...kami hanya sempat mengirim ucapan takziah dan al fatihah.....
Ketika dapat berita itu melalui hebahan FB, hati saya terus teringat pada ayah di kampung...ayah juga dah semakin nampak tua...kalau dulu ayah nampak kemas dengan baju kemeja seluar slack ke pejabat...tapi sekarang ayah selesa dengan t shirt dan selipar sahaja...berbaju melayu berkain batik ke surau ...kulit ayah dah semakin nampak tua, mata ayah...moga Allah panjangkan umur ayah dan umi....ayah tidak ada penyakit yg serius tapi baru baru ini kami dikejutkan apabila ayah rasa kebas di bibir sebelah kiri, dan bibir sebelah kiri juga tidak dapat berfungsi dengan baik,...seperti ketika minum, senyum, meniup belon....
Inilah kali pertama kami adik beradik mendapat berita buruk tentang kesihatan ayah, sebelum ini ayah boleh dikatakan sentiasa sihat dan cergas...kalau ayah demam atau cirit birit pun ayah tetap boleh senyum...ayah jarang nampak dan tunjuk sakit....
alhamdullilah sekarang bibir ayah dah pulih sepenuhnya setelah 2 minggu...punca bibir ayah jadi macam tu disebabkan ayah makan madu campur telur puyuh dan lada hitam berturut turut setiap hari, pada hari ke empat ayah rasa kebas di bibir dan bibir jadi tak sensitif....mungkin kesan lada hitam dan madu yang menyebabkan otot di bahagian muka terjejas...alhamdullilah sekarang dah ok...
Berbalik pada cerita pemergian arwah pakcik Saad (ayah Dzuha) , saya ingin berkongsi cerita yang saya rasakan sangat baik untuk dikongsi bersama.....memang kematian itu menyedihkan, namun disebalik kesedihan tu terdapat banyak kemanisan...
jika kawan kawan nak baca blog anak pada pakcik Saad, Firdaus (abang dzuha)...silakan ke
part 1:abah-damailah-engkau-di-sana
part-2-abah-damailah-engkau-di-sana.
part-3-abah-damailah-engkau-di-sana.html
Betapa manis dan nikmatnya dapat memandikan, mengkafankan, mengetuai doa, mengimamkan, membaca talkin, dan seterusnya menguruskan urusan jenazah ayah kita sendiri...
Pastinya setiap bacaan doa itu adalah tulus ihklas dari hati...sangat berbeza doa yang org lain baca, dari doa anak kandung sendiri....
Firdaus (anak ke tiga arwah membaca doa) |
Ya Allah saya juga nak macam tu ya allah...
Kawan kawan ,...anak anak pakcik saad ni bukanlah ustaz atau mengambil bidang agama...tapi mereka mampu buat macam tu.....kerana apa?
pendapat peribadi saya...kerana mereka memang dah lama menyimpan niat untuk buat macam tu sejak dari sekolah lagi...sejak dari kecil lagi ...jadi Allah mudahkan usaha mereka ke arah itu..
Buat adik adikku, nazli aimi, najiy dan nabilah...
serta adik adik ipar,,,taufiq azam , dekdi wafa, nana zakwan, ila , alin, dayah ali,
Mungkin kita belum terlambat untuk belajar semua tu, dan simpan niat kemas kemas untuk buat semua tu....
Untuk suami tersayang...lin pun kalau mati nak abang boleh buat macam tu jugak untuk lin.
Al fatihah untuk arwah pakcik Saad,
takziah untuk seisi keluarga dan moga makcik tabah.
No comments:
Post a Comment