Hari konvo di Jepun ni memang tak leh tanding la dengan kemeriahan hari konvo universiti universiti di Malyasia.....tanpa jubah, tanpa gerai gerai , tanpa atucara majlis yg komplek, hanya wakil jurusan yg naik stage ambil sijil..semuanya amat simple,dan majlis yg simple pastinya menjimatkan banyak masa dan yang penting wang.....
teringat saya majlis konvo di malaysia, sebelum majlis konvo terlalu banyak persedian dijalankan. meeting yang melibatkan pihak urusetia di kalangan mahasiswa saja dah ambil masa yg lama dan kerap, tu tak dikira meeting team team atas lagi....persedian sebelum majlis saja memakan banyak masa dan wang...periuntukan universiti juga besar untuk hari konvo.....dan yang tak bestnya, lepas majlis konvo...pihak universiti masih menaggung hutang dengan agen agen luar yang terlibat dgn majlis konvo.....
itulah bezanya jepun dan malaysia....
Semalam majlis penyampaian sijil ijazah sarjana start pukul 11 pagi....hujan tidaklah terlalu lebatt..tapi memandangkan dewan konvo dekat saja dengan rumah, jalan kaki saja....suami saya bertolak dulu ke dewan...saya dan haiakl bertolak lewat sikit .....
saya dan haikal berpayung ke dewan....haikal tak mahu share payung...terkodek kodek dia berjalan dengan payung besar dan bertopi kuning...lawakla haikal ni....jalan slow ja menghayati hujan....mama dah jauh ke depan, haikal boleh stop stop petik daunla, kutip batu la....stop tengok burung la...alahai haikal....dah separuh jalan...nampak adik adik ehime berjalan sama menuju kea rah dwan...jadi kami pun bersama samala ke dewan....
sampai di kawasan dewan ramainya org....yang lelaki kemas berbaju kemeja dgn "kot"....yang perempuan pula cantik dengan kimono, make up, rambut didandan dan beg tangan jepun....dalam keadann hujan....rasa agak tak selesa menunggu di luar, kami masuk ke lobi dewan....agak luas di dalam...ramai yang menunggu di situ....haikal tak duduk diam berlari ke sana ke mari....risau juga kalau hilang tak tahu nak cari kat mana nanti...sambil menunggu PAPA dan DIN (junior yang turut konvo) dan melayan karenah haikal....akhirnya kelihatan lah papa...tahniah abang!...lepas ambil ambil gambar bersama junior junior....kami pun pulang....pukul 3 nanti abang ada jamuan di hotel pula....semua yang konvo hari tu ada jamuan.....
saya dab haikal balik rumah dan rehat tertido...papa pergi lab bergambar bersama rakan rakan lab, jumpa sensei dan kemudia terus ke jamuan......hari masih hujan sampai lah ke malam....
Itulah cerita konvo abang....konvo pertama abang di jepun...masa degree dulu tak sempat konvo sebab nak balik malaysia nak tgk haikal ...sebab masa tu haikal baru lahir seminggu....jadi merasalah abang konvo kalini...
Semoga abang terus beruasaha keras untuk kejayaan mendatang.....semoga Allah permudahkan segala urusan abang....di berikan kesihatan badan dan kecerdasan akal fikiran...gambatte abang.
Suasana dalam dewan....
papa...ni bunga dari kami semua ....cantik tak...
bergambar sekeluarga...haikal tak duduk diam...
Bersama rakan rakan......
Ni pakcik Din....konvo juga hari tu.....
Lepas tu papa gi lab...bergambar dengan kawan lab dan jumpa sensei...
No comments:
Post a Comment