Friday, 5 August 2011

kelas agama haikal

pagi ni pukul 10 ada acara perasmian kelas agama haikal....pertama kali umat islam di ehime ni buat acara kelas agama untuk anak anak sempena ramadhan...

kelas bermula isnin ni sampai jumaat...seminggu saja....jadi haikal akan bercuti di tadika Yagumo dan akan ikuti kelas agama ni selama seminggu dari pukul 9 sampai pukul 12.....pengisiannya adalah kelas membaca ikrak, kelas hafalan, kelas belajar berwuduk dan solat dan kelas santai...

guru gurunya adalah terdiri daripada para ibu ibu....semasa usrah minggu lepas mereka memilih guru guru secara sukarela...saya pilih untuk jadi guru kelas santai...kelas santai aktiviti bebas, boleh bercerita kisah nabi, buat kad raya atau aktiviti kebudayaan....selamat menjadi guru untuk saya..... :)

sementara para ibu yang mahir dalam bacaaan al Quran akan ditugaskan mengajar mengaji...ada yg mengajar solat, wuduk.....

dari minggu lepas lagi saya dah bagitahu haikal yang minggu ni haikal akan bercuti dari yagumo dan akan ikuti kelas agama.....haikal diam, nampak macam dia tak berapa suka....

mama: haikal ok kan nak gi sekolah agama ni
haikal: haikal sedihla mama, haikal suka sekolah yagumo
mama: haikal cuti seminggu ja, lepas tu haikal pegi tadika yagumo balik
haikal:sensei (cikgu) sekolah usrah tu sapa (haikal selalu sebut kelas agama tu sebagai kelas usrah)
mama: haikal ingat tak makcik yang pakai tudung biru tu (masa usrah mama), nanti dia ajar haikal mengaji ikrak
haikal:kan haikal baca dah al quran dengan mama
mama: memangla tapi haikal tak baca habis al quran kecik tu (ikrak)...kalau haikal gi sekolah agama baru haikalpandai baca...
haikal: haikal tak sukala...

ermmmmm......harap harap isnin ni haikal tak nangisla.....

tentang yousuff pula....dah semakin laju menapak...comey tengok yousuff jalan...dah faham kalau mama kata stand up, dia akan bangun....bila papa kata give me five dia dah pandai five kat papa....bila dengar bunyi muzik atau mama berzikir mula la goyang goyang badan dan kepala..
sejak dua tiga hari ni, dah selalu pangil mammaaa...bila nak sesuatu, bila mama tinggalkan dia....mammmaa sambil mata tengok pada mama.....yousuff semakin cerdik dan telatahnya selalu comey...sayang yousuff haikal...

3 comments:

Diyana said...

Gudluck untuk Haikal.. Norlin, Haikal lahir tahun 2008 ke?

viss said...

haikal p kelas agama jgk naa :)~~

norlin said...

diyana betul ...birthday haikal 26 feb 2008...sama tahun dgn anak diyanakan...
dayah hihi tula seronok pulak haikal...mula mula tak mau...kak noli target dia boleh tumpu iqra la bila habis seminggu kelasni...selalu susah nak bagi dia duduk diam baca iqra....tu yg tak bergerak iqra tu baru sampai sim..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...