Monday 21 November 2011

sejuk sejuk

sejuk dah bermula...tido malam pun dah pakai baju tebal, dah buka heater ....

kandungan...
minggu depan akan pegi check up lagi ....moga baby sihat...
kali ni setelah usia kandungan hampir 4 bulan saya mengalami masalah sakit belakang yang teruk sama seperti semasa yousuff dan haikal dulu...
sakit apabila bangun dari tidur atau sekadar berbaring...memang sakit di bahagian pinggul kaki kiri..rasa seperti saraf terhimpit...bila dah bangun dan berjalan baru semuanya seperti normal kembali....
saya agak rungsing juga tentang problem saraf sayani..harap bila kandungan dah makin besar harap okla..(dulu pun masa yousuff macam ni, sakit tu hilang bila dah masuk 6 bulan)....

haikal...
haikal semakin besar tinggi...seluar seluar semua dah singkat...tapi haikal kurusja...makan masih bersuap ketika di rumah...dah hampir seminggu lebih haikal berjaya tinggalkan terus botol susu...harap berkekalanla....
hafazan haikal masih tertunda disebabkan kemalasan saya...baru semalam mulakan semula, haikal tunjukkan perkembangan positif walaupun ada beberapa ayat yang terlupa kepala ayat.
7 desember ni ada hapyokai...persembahan pentas di sekolah haikal...kelas haikalturut buat persembahan..semoga haikal sihat dan dapat hadir pada majlis tu nanti...ni merupakan hapyokai terakhir haikal sebab tahun depan haikal mungkin tak bersekolah dah...

Yousuff...
makin kurus anak mama sorang ni...walaupun makan banyak tapi yousuff nampak lebih kurus dari dulu sebab yousuff aktif berlari memanjat menari ....memang tak duduk diam
banyak perkembangan yousuff yang mama dan papa tersenyum selalu...
dah tahu apa yang mama papa cakap....dah banyak faham arahan...
suka sangat menyorok belakang langsir....suka baca buku...suka gambar burung, car, dan motosikal....pandai ucapkan bai bai dan buat gaya flying kiss.....
dah tahu(faham) lagu incy wincy spidder, if you happy clap your hand, dan alif ba ta....
pandai cemburu bila abang haikal peluk mama...
kalau nak makan bila abang haikal baca doa makan, dia pun dah pandai angkat tangan gaya dia doa...nampak ja kain macam sejadah mesti buat gaya sujud...haha memang comel...mama nak rakam aksi yousuff tapi nampak ja kamera terus terpa kamera macam abang haikal kecik kecik dulu jugak...
sekarang ni memang mata mamaasyik tengok yousuff ja...suka sangat tengok aksi comel dia...
ok mama dah nak masak....

sayang sangat haikal dan yousuff....papa pun...tak dan nak tulis pasal papa....




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...