Monday, 15 February 2010

sate untuk hilangkan tention suami



Malam tadi buat sate, mkn ngan nasi impit dan kuah kacang...mkn juga dgn cucur jagung ikan bilis, tomato capsicum dan cendawan bakar.......kononnya nak hilangkan tention suami dgn urusan tesis master, nak bagila makan special sikit...

hihi...errmmm...tapi tak tau la hilangkan tention atau tak...

Moga abang tenang dan tabah hadapi dugaan pelajar master...moga pulang dengan senyuman....good luck abang!

ermm ni resepinya, nak buat kuah sate ni saya call umi di Malaysia....sebab rasanya umi bubuh macam macam....

Resepi kuah kacang

1 biji Bawang besar
lengkuas sikit
halia sikit
serai sebatang
bawang putih dalam 3 ke 4 biji
Cili kering agak agak ikut kepedasan
Gula perlu banyak (kalau ada gula melaka lagi sedap)
Air asam jawa
Kacang tanah digoreng tanpa minyak, diblander separuh, separuh lagi jgn hancur sgt.

Cara
1. Bland halia, lengkuas serai.
2. Kemudian bland asing bawang besar, bawang putih dan cili kering.
3. Tumiskan semua sekali sampai pecah minyak.
4. Masukkan kacang tanah.
5. Masukkan air asam jawa, garam , gula
6. Masukkan sedikit santan.
7. Masak biar sampai pekat.

Resepi satay.

Potong kecil kecil ayam. Perapkan dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang dah dikisar (patutnya ditumbuk). Masukkan juga jintan manis , jintan putih dan ketumbar yg telah digoreng tanpa minyak dulu, kemuadian diblander (juga sepatutnya ditumbuk). Perasakan dgn garam dan gula. Boleh la diperap semalaman.

Resepi Nasi impit

SEmasa raya kat kampung (rumah mak bidan)...memang inilah cara kami buat nasi impit...kalau di utara, mereka rajin mengayam daun kelapa untuk buat nasi impit...tapi kami just guna plastik.

caranya...

Isi separuh beras yang telah dibasuh dan direndam 6 ja kaatau lebih ke dalam plastik. Plastik kecil kecilja bukan yang besar tu.
Pastu jahit ngan benang kat bahagian atas plastik tu untuk tutup ataupun blh gunakan stapler ja. Ambil pengcungkis gigi, cucuk cucuk kat palstik tu...pastu rebus dengan air yg banyak sampai air tu khampir kering.
Pastu penyet nasi impit yg tengah panas panas tu dengan apa apa yg berat, saya guna macam macam yg ada kat dapur rumah saya ni...hihi...biarkan sampai puas hati.
Nanti nasi tu dah sejuk dan padat, boleh la dipotong.




Sunday, 14 February 2010

doa keringanan beban



“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma’aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

(QS Al-Baqarah:286)

Saturday, 13 February 2010

Buat haikal...

Mama tujukan lirik lagu ni untuk Adam Haikal...


Satu...
Kasih nan abadi,
Tiada tandingnya Dia yang satu...

Dua,
Sayang berpanjangan,
Membawa ke syurga...kasihnya ibu

Tiga...
Lapar dan dahaga,
relah berpayah..setianya ayah

Empat..
Mudah kau ketemu,
Berhati selalu...beza antara, kasih dan kekasih...

Ibu ,
kuingat dahulu...menyisir rambutku
kemas selalu...

Ayah,
menghantar ke sekolah,
bergunalah ilmu bila dewasa...

Sayang, dengar lagu ini,
Untuk kau sandarkan buat pedoman..

Jangan manis terus ditelan,
Pahit terus dibuang,
Itu bidalan...harus kau renungkan..

Andai kau beroleh bahagia..
Ingat itu bukan untuk selamanya..

Andai kau dalam sengsara,
Ingat itu bukan untuk selamanya.

Hidup ini sementara....
Hidup ini sementara....

Friday, 12 February 2010

kuih sardin

pagi tadi disampaing mkn nasi, kami mkn kuih sardin ni...

saya mula belajar buat kuih sardin ni masa tingkatan 3 ...tgk dalam buku resepi umi....rasanya ni resepi org terengganu....
Adik adik saya (nazli, najiy dan nabilah) memang suka kuih ni....jadi kalau time cutisekolah, bila berkumpul adik beradik....saya mesti buat kuih ni.....selalunya nabilah la yg byk tolong

Sekarang ni suami dan haikal pulak yg suka.....kuih ni leceh sikit tapi best kalau mkn tgh panas panas.....kuih ni seakan akan karipap sardin cuma tak dibentuk mcm karipap ja....



Resepinya mudah saja...tak dak sukatan tepat sebab saya pakai bubuh ja kalau buat kuih ni

Untuk kulit

Satu cawan tepung
Sedikit garam
marjerin 2 sudu

Untuk Isi sardin

Bawang besar sebiji ptong dadu
1 tin sardin
garam
limau nipis

Cara

Campur tepung garam marjerin dan air
Uli sampai tak lekat kat tangan.
Pastu buat bulat bulat kecik, ambik minyak masak sikit...salut sikit kat bulat bulat kecik tu
Biar sekejap.Tujuan bubuh minyak nak bagi lembut doh tu

Untuk inti,
Tumis bawang, masukkan tuna, garam air limau nipis.
Tumis sampai kering.

Canai tepung yg bulat bulat tadi.
aliskan telur sebelum letak inti kat tengah.
Lipat kiri kanan, atas bawah.
pastu goreng.
dah siap goreng boleh potong dua supaya senang mkn dan nampak banyak...:)



Ku mohon pada Mu ....


Ya Allah,
permudahkanlah segala usaha ku,
permudahkanlah segala usaha suami ku...
Berkatilah setiap langkah kami.....
Terangkanlah hati kami....
Lancarkanlah fikiran kami...
Kuatkanlah semangat kami...
Permudahkanlah segala apa yang kami lakukan....
Lembutkanlah hati pemeriksa tesis kami...
Lembutkanlah hati penginteview viva...

Ya Allah,
hanya pada Mu tempat kami mengadu
tempat kami memohon....
Engkaulah tuhan yang Maha berkuasa, maha mengatahui
Kurniakanlah yg terbaik buat kami



* Good luck untuk abang...semoga sentiasa kuat, tabah dan moga semuanya dipermudahkan

Thursday, 11 February 2010

alif ba ta


Haikal masih belum boleh mengenal alif ba ta...tapi menyebutnya secara tak teratur blh la sikit sikit....kali pertama diperkenalkan dgn tulisan alif ba ta dalam beberapa bulan yg lepas...masa tu papa tulis alif ba ta sampai dal dekat peti sejuk guna marker hitam...

haikal suka sgt dgn tulisan tu...selalu gi dapur, baca merapu rapu.....selalu yg jadi tok guru mengaji haikal sayala...sambil basuh pinggan, sambil masak....lama lama tulisan alif ba ta tu makin pudardan comot sebab haikal selalu pegang kat peti tu tunjuk tunjuk masa baca

Sekarang ni, papa dah buat tulisan alif ba ta kat atas kertas kadboard (kertas kotak)...kerat kerat kertas kotak tu tulis alif ba ta sampai ya....haikal seronok sgt , tapi bukan baca...seronok main dgn kertas tu.....


Haikal masih merindui kat tulisan alif ba ta yang papa tulis kat peti ais, tapi mama dah padam guna alkohol tulisan tu...mencuci peti ais yg comot dgn tulisan dan contengan haikal...peti ais kita comey dah la ni....haikal kalau gi kat peti ais...dia akan cakap

"papa tu lih"....sambil tunjuk tunjuk kat peti ais.....

dah tak dak dah...silap mama tak ambik gambar peti ais kita yg comot tukan...
boleh buat kenangan haikal nanti....

gambatte haikal dgn alif ba ta...sekarangni disamping papa mama ajar...haikal layan youtube juga...haikal suka alif ba ta versi melayu dan alif ba ta versi arab.....

Sibuk, cuti berniaga :)

hari ni tak jual nasi sebab busy sikit dgn urusan master....doakan master saya dipermudahkan ALLAH.....

birthday saya semalam....11 Febuari....saya tak buat apap pun sebab sibuk sungguh minggu ni...
tapi malam tadi husband belikan kek gulung, kira kek birthday la tu...sedap kek tu....
suami suruh saya makan sepuasnya...hihi thank you abang....

ni ada gambar roti yg saya buat dalam minggu ni....walaupun sibuk sempat lagi buat roti sebab ... bread maker setia membantu......kalau takdak bread maker...meroti memang leceh sikit la...

Ni roti isi sosej kat dalam...Haikal kerja mengorek sosej ja....sebab tu tak potong roti ni nanti dia nampak sosej, terus nak sosej...jadi bagi seketul roti tu...nanti dia makan baru la terserempak sosej tu... :)

Ni pun roti sosej jugak, cuma saya tabur cheese kat atas dia....pastu calit madu sikit bagi manis ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...