Monday 15 February 2010

sate untuk hilangkan tention suami



Malam tadi buat sate, mkn ngan nasi impit dan kuah kacang...mkn juga dgn cucur jagung ikan bilis, tomato capsicum dan cendawan bakar.......kononnya nak hilangkan tention suami dgn urusan tesis master, nak bagila makan special sikit...

hihi...errmmm...tapi tak tau la hilangkan tention atau tak...

Moga abang tenang dan tabah hadapi dugaan pelajar master...moga pulang dengan senyuman....good luck abang!

ermm ni resepinya, nak buat kuah sate ni saya call umi di Malaysia....sebab rasanya umi bubuh macam macam....

Resepi kuah kacang

1 biji Bawang besar
lengkuas sikit
halia sikit
serai sebatang
bawang putih dalam 3 ke 4 biji
Cili kering agak agak ikut kepedasan
Gula perlu banyak (kalau ada gula melaka lagi sedap)
Air asam jawa
Kacang tanah digoreng tanpa minyak, diblander separuh, separuh lagi jgn hancur sgt.

Cara
1. Bland halia, lengkuas serai.
2. Kemudian bland asing bawang besar, bawang putih dan cili kering.
3. Tumiskan semua sekali sampai pecah minyak.
4. Masukkan kacang tanah.
5. Masukkan air asam jawa, garam , gula
6. Masukkan sedikit santan.
7. Masak biar sampai pekat.

Resepi satay.

Potong kecil kecil ayam. Perapkan dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang dah dikisar (patutnya ditumbuk). Masukkan juga jintan manis , jintan putih dan ketumbar yg telah digoreng tanpa minyak dulu, kemuadian diblander (juga sepatutnya ditumbuk). Perasakan dgn garam dan gula. Boleh la diperap semalaman.

Resepi Nasi impit

SEmasa raya kat kampung (rumah mak bidan)...memang inilah cara kami buat nasi impit...kalau di utara, mereka rajin mengayam daun kelapa untuk buat nasi impit...tapi kami just guna plastik.

caranya...

Isi separuh beras yang telah dibasuh dan direndam 6 ja kaatau lebih ke dalam plastik. Plastik kecil kecilja bukan yang besar tu.
Pastu jahit ngan benang kat bahagian atas plastik tu untuk tutup ataupun blh gunakan stapler ja. Ambil pengcungkis gigi, cucuk cucuk kat palstik tu...pastu rebus dengan air yg banyak sampai air tu khampir kering.
Pastu penyet nasi impit yg tengah panas panas tu dengan apa apa yg berat, saya guna macam macam yg ada kat dapur rumah saya ni...hihi...biarkan sampai puas hati.
Nanti nasi tu dah sejuk dan padat, boleh la dipotong.




3 comments:

Ina said...

hi norlin. rajinnya norlin msk2. mesti sedap. btw happy belated bday utk norlin. semoga dipjgkan umur n dimurahkan rezeki n berbahagia slalu disamping yg tersyg ye :D

emilia said...

wah dah buat sate gk yer..hrni emi mkn dgn nsi impit lak kuah kcg tu..hehe cm rye lak rse..mga semua ursan masterni dipermudahkan kn norli..nua pun tgh bz ni esok present..

norlin said...

to ina....hihi bukan rajin pun, kadang kadang ja masak yg leceh leceh ni...selalu mkn yg senang senang ja...janji kenyang.terima kasih ucapan birthday.ina guna lagi ka blog yg ni ni.

to emi....hihi ni kes terpengaruh dengan emi la..nampak sate emi terus teringin nak buat sate.....tula dah jadi macam raya, cum atakdak lagu raya dan takbir raya ja....amir hari ni interview phd...viva master minggu dpn.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...