saya mula belajar buat kuih sardin ni masa tingkatan 3 ...tgk dalam buku resepi umi....rasanya ni resepi org terengganu....
Adik adik saya (nazli, najiy dan nabilah) memang suka kuih ni....jadi kalau time cutisekolah, bila berkumpul adik beradik....saya mesti buat kuih ni.....selalunya nabilah la yg byk tolong
Sekarang ni suami dan haikal pulak yg suka.....kuih ni leceh sikit tapi best kalau mkn tgh panas panas.....kuih ni seakan akan karipap sardin cuma tak dibentuk mcm karipap ja....
Resepinya mudah saja...tak dak sukatan tepat sebab saya pakai bubuh ja kalau buat kuih ni
Untuk kulit
Satu cawan tepung
Sedikit garam
marjerin 2 sudu
Untuk Isi sardin
Bawang besar sebiji ptong dadu
1 tin sardin
garam
limau nipis
Cara
Campur tepung garam marjerin dan air
Uli sampai tak lekat kat tangan.
Pastu buat bulat bulat kecik, ambik minyak masak sikit...salut sikit kat bulat bulat kecik tu
Biar sekejap.Tujuan bubuh minyak nak bagi lembut doh tu
Untuk inti,
Tumis bawang, masukkan tuna, garam air limau nipis.
Tumis sampai kering.
Canai tepung yg bulat bulat tadi.
aliskan telur sebelum letak inti kat tengah.
Lipat kiri kanan, atas bawah.
pastu goreng.
dah siap goreng boleh potong dua supaya senang mkn dan nampak banyak...:)
No comments:
Post a Comment