Masa demam H1N1 hari tu....kami sekeluarga memang tak lalu makan
2 hari juga makan nasi air, nak mkn nasi sakit tekak...kena mkn yg lembut lembut ja....
jadi time tu saya buat la juga roti, blh la buat cicah milo ka......
Ni dia roti kentang...sebab kentang byk ni kat rumah ni....
saya amat suka roti ni sedap dan teramatlah lembut, mungkin sebab guna kentang kot...kentang tu melembutkan kot (byk nya kot)..sebab dulu kalau saya buat donat bubuh kentang pun lembut jugak.....atau mungkin juga sebab saya guna Water roux (tiru emi) untuk buat roti....
ni gambar sebelum bakar
Tu dia lepas bakar, gedabab jadinya...haha nampak burukkan?..lain kali kena letak dalam bekas bakar kek tu, sebab dia lembut jadi dia mengelebar, ...kalau letak dalam bekas kek baru dia naik tinggi...lain kali kita buh dlm bks kek...hihi
Resepinya...
250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
120ml susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
120ml susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
CUSTARD CREAM (resepi dari http://rinnchan.fotopages.com)
Bahan-bahan:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung custard atau tepung jagung
4 tbs gula castor/gula pasir
1 cup susu segar (250ml)
1 biji telur (gred A) atau 2 biji kuning telur
Secubit garam halus
1 tbs mentega
Cara-cara:
1. Bancuh tepung, gula dan garam dengan menuang susu sedikit demi sedikit. Teruskan membancuh supaya tidak berketul.
2. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Masak di atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Apabila sudah likat. angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.

bestla roti ni, haikal suka....
No comments:
Post a Comment